Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MEMBELI SAHAM IPO

MAYBANK
Pertama kali saya beli IPO, saje nak timba pengalaman sebelum pembelian IPO
satu lagi yang saya tunggu-tunggu. Mudah je sebenarnya. IPO yang dibeli kali ni
adalah IPO Pavilion REIT.

Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) adalah pemilik Pavilion (yes.. tempat
budak-budak poser melepak tapi tak beli apa-apa tu.. ) dan menara Pavilion.
Daripada namanya, kita tahu bahawa perniagaan utama mereka adalah hartanah
runcit tempatan (shopping mall).

Mereka dalam perancangan untuk membeli pusat membeli belah Fahreinheit 88,
Pavilion Extension dan sebuah lagi pusat membeli belah di USJ.

Antara pelabur institusi Pavilion REIT adalah Permodalan Nasional Berhad,


KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan. Pelaburan dalam saham REIT biasanya
dilihat lebih selamat dan stabil kerana pelaburan itu disokong oleh hartanah yang
mereka miliki. Dengan lokasi hartanah utama mereka yang terletak di Bukit
Bintang, saya tak perlu risau sangat untuk memiliki saham Pavilion REIT ni.

Bagaimana membeli IPO melalui


Maybank2u?
1. Kena ada akaun CDS. Sila buka akaun CDS di cawangan Maybank berdekatan
anda. Pembukaan dikenakan caj sebanyak RM10. Dokumen yang diperlukan
adalah buku akaun bank dan kad pengenalan.

2. Log masuk ke akaun Maybank2u. Pergi ke Investment > eShare. IPO akan
disenaraikan di sini. Rajin-rajin baca berita untuk mengetahui bila permohonan
boleh dibuat. Boleh juga memohon IPO melalui mesin ATM, tapi kat Moscow ni
takda mesin ATM Maybank.
3. Pemohon IPO mestilah berumur 18 tahun ke atas dan bersetuju bahawa
permohonan ini mungkin akan ditolak sekiranya anda tidak terpilih dalam proses
pengundian. Biasanya IPO akan mendapat permintaan bilangan saham yang lebih
besar daripada penawaran, maka proses pengundian akan dijalankan untuk
menentukan siapa yang dapat.
4. Masukkan bilangan unit yang dikehendaki. Biasnya bilangan adalah dalam
gandaan 100. Pastikan baki dalam akaun Maybank mencukupi. Ada orang cakap
pemegang status bumiputra akan mendapat sedikit pemberat semasa proses
pengundian nanti. Kalau ada pun tapi bumiputra tak ambil kisah nak beli IPO pun
takde guna, ye tak?

Kelebihan beli IPO ni adalah, pada hari pertama saham ini disenaraikan di Bursa
Malaysia, pelabur lain yang tak dapat memiliki IPO akan cuba untuk
mendapatkannya pada harga pembukaan.

Permintaan yang banyak ini akan menyebabkan kenaikan harga saham, kadang-
kadang sehingga 30% pada hari pertama. Jadi pemilik IPO awal-awal lagi dah
dapat untung. Boleh dijual atau disimpan berdasarkan matlamat pelaburan
seseorang.

5.
Sahkan butiran pembelian anda. Kalau semuanya ok, klik confirm.
6.
Kalau semuanya ok, status permohonan anda akan berjaya. Biasanya permohonan
IPO dibuka dalam tempoh antara seminggu atau dua minggu. Pemilik akaun CDS
layak untuk memohon sekali sahaja bagi satu akaun CDS, tapi seseorang boleh
memiliki seberapa banyak akaun CDS yang mereka mahu (lain bank/broker).

Semoga pembelian IPO anda (dan saya juga of course) berjaya!


* Segala maklumat tambahan dan pendapat di sini adalah berdasarkan pemahaman
daripada pembacaan. Sila betulkan kalau ada yang tak betul. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai