Anda di halaman 1dari 83

Penafian

Segala strategi yang digariskan dalam eBook ini mungkin


tidak sesuai untuk setiap individu dan tiada jaminan
dikeluarkan untuk mengeluarkan sesuatu keputusan.
Segala nasihat, idea dan cadangan adalah ditulis sebagai
panduan asas dan nasihat profesional mungkin
diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau


kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya,
bagi kedua-duanya penulis dan penerbit secara khusus
tidak bertanggungjawab terhadap apa jua liabiliti,
kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang
berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung,
daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa jua
kandungan daripada buku ini.

2
Hak Cipta Terpelihara © 2017 KakiProperty & Dr. Bad

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini
termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk
dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman,
cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih
dahulu mendapat izin bertulis daripada kakiproperty.com

Edisi Ketiga Disember 2017

3
Biodata

DR. HAJI BADRUL HISHAM BIN MOHD YUSOFF

CFP, CA(M), CMIIA, MMIM MBA, BACCT (HONS), ASA(Aust), CRMA

Penulis bersama merupakan Pengarah Urusan kepada


firma Badrul & Co Berpengalaman luas dalam bidang
perakaunan, hartanah, pengurusan kewangan, khidmat
latihan dan perbankan. Pernah berkhidmat sebagai
pengurus kanan audit di beberapa syarikat GLC dan
institusi kewangan sebelum menguruskan firma Badrul &
Co secara sepenuhnya.

4
Isi Kandungan
Penafian .......................................................................................................................................... 2
Biodata ............................................................................................................................................ 4
Kata Pengantar ............................................................................................................................... 7
Rujukan Pantas............................................................................................................................. 10
Singkatan Perkataan................................................................................................................. 10
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017 .......................................................................................... 11
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018 .......................................................................................... 13
Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18 ............................................................................... 15
Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18 .............................................................................. 16
Rebat Tahun Taksiran 2017-2018............................................................................................ 18
Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat ................................................................................. 18
Formula Pengiraan Cukai Pendapatan..................................................................................... 19
Buat Bisnes? Daftar Syarikat enterprise ...................................................................................... 20
Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan tunggal? ............................................................... 21
Kelebihan Enterprise ................................................................................................................. 22
Kelemahan Enterprise ............................................................................................................... 23
Dapat Duit, Bayar Cukai ................................................................................................................ 24
Jualan ........................................................................................................................................ 26
Kos Jualan ................................................................................................................................ 28
Untung Pakai, Tolak Cukai ........................................................................................................... 30
Pebelanjaan yang dibenarkan .................................................................................................. 31
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan ........................................................................................ 33
Barang Sendiri, Bisnes Pakai........................................................................................................ 34
Belanja Orang, Tolak Cukai........................................................................................................... 37
Bayar Gaji, Carum KWSP .............................................................................................................. 39
Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri ............................................................................ 40
Pinjam Duit, Kena Faedah ............................................................................................................ 43
Beri Hutang, Ada Tak Bayar.......................................................................................................... 45

5
Potongan Cukai Berganda ............................................................................................................ 47
Elaun Modal .................................................................................................................................. 49
Elaun Modal untuk Kenderaan ..................................................................................................... 53
Kesalahan dengan Cukai .............................................................................................................. 57
Kesilapan Pemilik Bisnes ............................................................................................................. 59
Tidak menyimpan rekod kewangan, resit, baucer semasa. ..................................................... 59
Tidak buat bajet dan ramalan kewangan tahunan. ................................................................. 61
Tidak berjumpa dengan akauntan profesional ........................................................................ 63
Tidak menyimpan semua dokumen dalam fail dan tersusun.................................................. 64
Enterprise ke Sdn Bhd .................................................................................................................. 67
Contoh Pengiraan ......................................................................................................................... 70
Senario 1 ................................................................................................................................... 70
Senario 2 ................................................................................................................................... 77
Senario 3 ................................................................................................................................... 80
Penutup ......................................................................................................................................... 81

6
Kata Pengantar
Fuh, Lega! Siap semua kerja percukaian untuk bisnes kita
pada tahun ini. Bagi anda yang belum lagi membayar
cukai, diingatkan untuk kita yang ada pendapatan
perniagaan, perlu melunaskan bayaran cukai pada atau
sebelum 30 Jun setiap tahun (Borang B).

Nak lari? Tidak mahu bayar cukai? Buangkanlah angan-


anganmu itu. Lambat laun, anda akan tertangkap juga.
Anda perlu tahu, banyak kelebihan jika kita membayar
cukai walaupun hanya RM1.

Untuk individu yang makan gaji (Borang BE), mereka


mungkin (tidak semua) tidak ambil berat sangat
mengenai cukai ini. Kerana bagi mereka, setiap tahun
adalah sama dan hanya berbeza jika ada penambahan
pendapatan.

7
Bagi kita yang menjalankan perniagaan walaupun
pendapatan hanya sedikit, cukai amat penting sekali. Ia
merupakan ‘slip gaji’ dan dokumen yang diguna pakai
untuk membuat pinjaman bank.

Kita perlu tahu bagaimana untuk membuat perancangan


percukaian kita sendiri. Maklumlah LHDN telah
memberikan kepercayaan kepada kita untuk menaksir
sendiri cukai kita setiap tahun.

Jadi, adalah tanggungjawab semua pihak untuk


memastikan semua dokumen dalam keadaan yang betul
dan disimpan rapi selama 7 tahun. Ya, bukan senang bagi
individu yang berniaga dan sekaligus menguruskan
percukaian. Malah, pakar percukaian pun boleh pening
kepala dengan undang-undang cukai yang sentiasa
berubah.

Ebook ini akan memberikan ilmu asas percukaian dan


kefahaman menguruskan bisnes supaya kita boleh

8
mendapat faedah maksimum daripada insentif cukai dan
elaun.

Saya pasti ramai diantara pemilik perniagaan kecil-


kecilan masih tidak menaksirkan cukai mereka. Apatah
lagi membayarnya.

Kerana tidak tahu bagaimana menaksirkan cukai sendiri,


dan kekurangan bajet untuk mendapatkan bantuan
profesional tentang percukaian, ramai yang terperangkap
dan terpaksa membayar penalti yang berlipat kali ganda.

Saya berharap dengan ebook yang mampu milik ini, ramai


yang akan memperolehi manfaat daripadanya. Saya
bukan pakar percukaian. Tetapi saya belajar dari
kesilapan saya sendiri.

Semoga Allah s.w.t memberkati anda semua yang tidak


berhenti mencari ilmu. Ilmu adalah kuasa, tetapi hanya
apabila ia dipraktikkan. Selamat Berjaya!

9
Rujukan Pantas

Singkatan Perkataan

LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri


KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional
Sdn. Bhd. Sendirian Berhad
SOCSO Pertubuhan Keselamatan Sosial
OKU Orang Kelainan Upaya
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
ICT Teknologi Komunikasi dan Informasi
PCB Potongan Cukai Bulanan
Business Opportunity Program/ Program
BOP
Peluang Perniagaan
MAKNA Majlis Kanser Nasional

10
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2017

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

5,000 – 20,000 5,000 pertama 0


15,000 berikutnya 1 150

20,001 – 35,000 20,000 pertama 150


15,000 berikutnya 5 750

35,001 – 50,000 35,000 pertama 900


15,000 berikutnya 10 1,500

50,001 – 70,000 50,000 pertama 2,400


20,000 berikutnya 16 3,200

70,001 – 100,000 70,000 pertama 5,600


30,000 berikutnya 21 6,300

100,001 – 250,000 100,000 pertama 11,900


150,000 berikutnya 24 36,000

250,001 – 400,000 2500,000 pertama 47,900


150,000 berikutnya 24.5 36,750

400,000 – 600,000 400,000 pertama 84,650


RM berikutnya 25 50,000

600,000 -1,000,000 600,000 pertama 134,650


RM berikutnya 26 104,000

11
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama 238,650


RM berikutnya 28

12
Jadual Cukai Tahun Taksiran 2018

Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

5,000 – 20,000 5,000 pertama 0


15,000 berikutnya 1 150

20,001 – 35,000 20,000 pertama 150


15,000 berikutnya 3 450

35,001 – 50,000 35,000 pertama 600


15,000 berikutnya 8 1,200

50,001 – 70,000 50,000 pertama 1,800


20,000 berikutnya 14 2,800

70,001 – 100,000 70,000 pertama 4,600


30,000 berikutnya 21 6,300

100,001 – 250,000 100,000 pertama 10,900


150,000 berikutnya 24 36,000

250,001 – 400,000 2500,000 pertama 46,900


150,000 berikutnya 24.5 36,750

400,000 – 600,000 400,000 pertama 83,650


RM berikutnya 25 50,000

600,000 -1,000,000 600,000 pertama 133,650


RM berikutnya 26 104,000

13
Pendapatan Bercukai (RM) Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai(RM)

Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama 237,650


RM berikutnya 28

14
Derma & Hadiah Tahun Taksiran 2017/18

Butiran Derma & Hadiah Penolakan (RM)

Hadiah wang tunai kepada kerajaan, kerajaan negeri, kerajaan Mengikut Jumlah
tempatan Pembayaran

Hadiah wang : Terhad 7% daripada


Pendapatan
 Kepada institusi atau organisasi diluluskan Agregat
 Atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau
badan sukan yang diluluskan
 Atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan
negara yg diluluskan

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan Tidak Melebihi


RM20,000

Hadiah wang untuk kos peralatan perubatan kepada badan kesihatan Tidak melebihi
RM20,000

Hadiah wang untuk sumbangan bagi menyediakan kemudahan di Mengikut Jumlah


tempat awam untuk orang kelainan upaya (OKU) Pembayaran

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan Mengikut Jumlah


Pembayaran

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara Mengikut Jumlah


Pembayaran

15
Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2017/18

Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)

Diri Sendiri & Saudara Tanggungan 9,000

Suami/ Isteri/ Alimoni 4,000*

Suami/ Isteri Kurang Upaya 3,500

Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan ibu bapa 5,000*

Peralatan Alat Sokongan Asas untuk isteri, anak atau ibu bapa 6,000*

Individu Kurang Upaya 6,000

Yuran Pendidikan Sendiri 7,000*

Perbelanjaan Perubatan Sakit Kronik sendiri, isteri atau anak 6,000*

Pemeriksaan Perubatan Penuh (maksimum RM500)

Gaya Hidup 2,500*

i. Pembelian Buku
ii. Pembelian Komputer peribadi
iii. Peralatan Sukan
iv. Langganan Internet

Pembelian Peralatan Penyusuan 1,000*

16
Butiran Pelepasan Cukai Pelepasan (RM)

Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia – SSPN (Tabungan Bersih) 6,000*


(Sehingga Tahun Taksiran 2020 sahaja)

Yuran Anak di Pra Sekolah atau Pusat Asuhan 1,000*

Faedah Pinjaman Perumahan untuk satu unit hartanah kediaman di 10,000*


mana Perjanjian Jual Beli bertarikh di antaran 10 Mac 2009 dan 31
Disember 2010. (Dibenarkan untuk 3 tahun berturut-turut)

Insuran Nyawa 6,000*

Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)

Anak yang belum berkahwin

 Kurang daripada 18 tahun 2,000

 Lebih daripada 18 tahun

 Belajar sepenuh masa 8,000

 Dalam Negeri (Diploma ke atas) 8,000

 Luar Negeri (Ijazah ke atas) 8,000

 Kurang Upaya yang belajar di universiti/ kolej 14,000


 Kurang Upaya (fizikal & mental) 6,000

Premium Insuran Perubatan atau Pendidikan 3,000*

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti tertunda (untuk Tahun Taksiran 3,000*
dari 2012 hingga 2021)

*Pelepasan Maksimum

17
Rebat Tahun Taksiran 2017-2018

Butiran Rebat Cukai Rebat (RM)

Individu yang berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 400

Suami/ Isteri yang telah dibenarkan pelepasan Isteri/ Suami 400


(berpendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000)

Taksiran bersama Suami & Isteri dan berpendapatan bersama 800


bercukai tidak melebihi RM35,000

Zakat atau Fitrah (dengan resit yang diperakui oleh LHDN) Amaun maksimum
tertakluk kepada
cukai yang
dikenakan

Jadual Cukai Taksiran Syarikat Korporat

Pendapatan Bercukai Tahun Taksiran Tahun Taksiran Tahun Taksiran


(RM) 2015 2016 2017

RM500,000 pertama 20% 19% 18%

Melebihi RM500,000 25% 24% 24%

18
Formula Pengiraan Cukai Pendapatan

Pendapatan Kasar Penggajian/ Jualan RM xxx

(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan RM xxx

Untung bersih sebelum cukai RM xxx


(Tambah) Perbelanjaan yang tidak
RMxxx
dibernarkan
Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx
(Tambah) Pendapatan Berkanun Lain (Faedah,
RM xxx
Royalti, Sewa, Pendapatan lain)
Pendapatan Agregat RM xxx

(Tolak) Elaun Modal RM xxx

Pendapatan Statutori RM xxx

(Tolak) Derma Yang diluluskan RM xxx

Jumlah Pendapatan RM xxx

(Tolak) Pelepasan Cukai RM xxx

Pendapatan Bercukai RM xxx

Jumlah Cukai Pendapatan (Mengikut Jadual) RM xxx

(Tolak) Rebat RM xxx

Cukai Kena Bayar RM xxx


(Tolak) Potongan Cukai Bulanan (PCB)/
RM xxx
Ansuran CP500
Baki Cukai Kena Dibayar/ Cukai Terlebih Bayar RM xxx

19
Buat Bisnes? Daftar Syarikat
enterprise
Kebanyakan bisnes start-up akan memilih untuk
mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan tunggal,
selalunya dipanggil enterprise. Ini bermaksud mereka
mempunyai kuasa mutlak terhadap operasi perniagaan
mereka. Ia mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan
prosedur yang rumit.

Untuk anda yang baru bermula untuk berniaga, saya


sarankan untuk mendaftarkan peniagaan anda dengan
segera. Sedikit sebanyak anda dapat menggunakan
kelebihan pengurangan cukai yang ada untuk membawa
perniaagan anda ke satu tahap yang lain.

Cukai akan dikenakan dalam bentuk perseorangan


melalui cukai Pendapatan LHDN. Ini bermakna, kita akan

20
menaksir sendiri cukai dan menghantar Borang B pada 30
Jun setiap tahun.

Siapa yang menjalankan bisnes pemilikan


tunggal?

 Peruncit
 Pengedar
 Penjaja
 Agen Insuran
 Agen MLM
 Agen Unit Amanah
 Teksi
 Bisnes Perkhidmatan
 Katering
 Bisnes Internet
 Agen Perlancongan
 Freelancer
 Perunding cara
 Dan banyak lagi..

21
Kelebihan Enterprise

 Hak milik persendirian dan anda mempunyai hak


sepenuhnya ke atas segala keuntungan mahupun
kerugian. Segala maklumat dan rahsia dapat
disimpan dengan baik. Hanya rekod kewangan perlu
didedahkan kepada LHDN dan bukan kepada orang
awam atau pesaing.
 Kos Operasi yang rendah berbanding dengan
Syarikat Sdn. Bhd kerana ia tidak melibatkan
setiausaha syarikat yang melibatkan kos rata-rata
RM4,500 sehingga RM20,000. Tidak perlu diaudit.
 Peratusan cukai yang rendah berbanding Syarikat
Sdn. Bhd. Untuk RM500,000 pertama, sebanyak 20%
kadar cukai dikenakan untuk Sdn. Bhd. Manakala
25% untuk pendapatan bercukai melebih RM500,000.
Jadi jika keuntungan bersih bisnes anda bawah
RM300,000, maka anda masih lagi membayar cukai
lebih rendah berbanding syarikat Sdn. Bhd.

22
Kelemahan Enterprise

 Pemilik terdedah dengan bahaya risiko muflis kerana


menangung liabiliti yang tidak terhad. Segala harta
persendirian, aset bisnes akan hilang jika pemilik
diisytiharkan muflis.
 Sukar mendapat bantuan modal yang besar untuk
berkembang ataupun menyelamatkan dalam
keadaaan bisnes yang merundum.
 Kadangkala bank akan mengenakan kadar faedah
yang tinggi untuk pemilikan tunggal berbanding
syarikat Sdn. Bhd kerana akaun tidak diaudit dan
berisiko tinggi.

23
Dapat Duit, Bayar Cukai
Mudah! Segala duit yang kita dapat dan hasil jualan/
bayaran perkhidmatan di Malaysia akan dikenakan cukai.
Jadi, jika anda mendapat pendapatan dari luar Malaysia,
anda tidak akan dikenakan cukai. Ini berita gembira!

Demi menggalakkan pelaburan syarikat Malaysia ke luar


negera, kerajaan telah membuat pengecualian cukai sejak
Tahun Taksiran 2004.

Jangan seronok sangat! Jika seluruh pengurusan dan


operasi bisnes anda, masih di Malaysia, ianya masih
dianggap sumber pendapatan bisnes di Malaysia.

Pendapatan kasar daripada jualan di luar negara akan


menjadi sebahagian daipada pendapatan perniagaan
yang dianggap diperolehi di Malaysia. Ia akan dikenakan
cukai di Malaysia.

24
Contoh 1

Ahmad menjual ebook yang bernilai USD97 dan ada pelanggan dari
Brazil yang membeli ebook tersebut menerusi transaksi online. Hasil
jualan tersebut akan dikenakan cukai.

Contoh 2

Tony merupakan pereka grafik freelance. Beliau bekerja dari rumah dan
segala urusan bisnes dilakukan melalui syarikat beliau Grafiks
Enterprise. Beliau mendapat satu projek dari firma Singapura untuk
membuat beberapa design pengiklanan yang bernilai SGD1000. Beliau
terpaksa pergi ke Singapura untuk berbincang dan menghantar artwork
tersebut. Pendapatan tersebut akan dikenakan cukai.

Contoh 3

Aqif telah mendaftarkan syarikat di Amerika Syarikat melalui


legalzoom.com dan membuka akaun bank di sana. Beliau mempunyai
alamat pejabat di San Francisco, California, walaupun langsung tidak
pernah pergi ke Amerika Syarikat. Segala pendapatan yang beliau dapat
diluar negara tidak akan dikenakan cukai di Malaysia.

25
Jualan

Jika sesuatu produk dan nilai jualan bertukar tangan, ia


akan dikira sebagai pendapatan. Begitu juga dengan
perkhidmatan, apabila sesuatu khidmat diselesaikan dan
sudah menerima bayaran penuh, ianya akan dikira
sebagai pendapatan.

Contoh 4

Fariz merupakan pereka perisian komputer. Beliau mendapat satu projek


dari Syarikat XXX pada 1 Oktober 2014 untuk membuat perisian
mengenai pengurusan projek. Jumlah bayaran yang akan beliau perolehi
pada penyerahan projek ialah RM50,000 pada 28 Februari 2015. Tetapi
pada awal permulaan projek, beliau telah dibayar sebanyak RM10,000.
Bagaimana beliau perlu menaksir pendapatannya?

Keseluruhan bayaran RM50,000 akan dikira sebagai pendapatan Fariz


pada tahun 2015. Jadi, ia akan menjadi sebahagian daripada
pendapatan untuk tahun taksiran 2015 yang perlu dihantar pada 30 Jun
2016. RM10,000 belum lagi dikira sebagai pendapatan kerana kerja yang
dilakukan belum lagi siap.

26
Berbeza dengan projek yang memakan masa yang lama,
2 tahun atau lebih. Pembayaran secara berperingkat
mengikut peratusan siap (projek pembinaan), boleh
dianggap sebagai pendapatan untuk tahun taksiran
penerimaan bayaran.

27
Kos Jualan

Ini khusus untuk peniaga yang mempunyai stok


perniagaan. Stok adalah aset bisnes anda dan dicatatkan
di dalam Penyata Kunci Kira-kira Syarikat. Bagi
memudahkan pemahaman, mari kita lihat contoh.

Contoh 5

Azman merupakan penjual penapis air beralkali. Pada tahun 2014,


beliau telah mendapatkan 20 unit penapis air dengan kos sebanyak
RM4,000 seunit. 15 unit penapis air dapat dijual dengan harga
RM6,000 seunit. Pada 31 Disember 2014, terdapat 5 unit penapis air
yang belum terjual.

Jualan (RM6,000 x 15 unit) RM 90,000

(Tolak) Kos Jualan (RM4,000 x 15 unit) RM 60,000

Untung Kasar RM 30,000


*5 penapis air akan dinyatakan dalam penyata kunci kira-kira untuk
dibawa ke tahun kewangan seterusnya.

28
Oleh sebab itu, saya sarankan apa jua bisnes yang
menyimpan stok, harus memiliki nota pengurusan
pengeluaran – Kawalan inventori agar segala maklumat
jualan dan jumlah stok dalam keadaan terbaik.

Bukan itu sahaja, ianya penting bagi kualiti stok dalam


keadaan yang sempuran, memeriksa risiko kecurian atau
kehilangan.

Simpan dokumen stok inventori, penyata kunci kira-kira


secara rapi selama 7 tahun kerana pihak berkuasa
percukaian akan memeriksa dokumen tersebut semasa
cukai anda diaudit.

29
Untung Pakai, Tolak Cukai
Perbelanjaan menguruskan perniagaan boleh ditolak
cukai. Di sinilah memainkan peranan yang penting, bagi
anda yang ingin menguruskan perniagaan dengan bijak.

Bayar cukai, Untung Pakai! Inilah tajuk ebook ini. Maksud


saya di sini, bukan apabila anda mendapat untung anda
boleh bersuka ria. Bukan! Apabila mendapat untung, anda
membelanjakan duit tersebut untuk mengukuhkan
kestabilan syarikat, kembangkan ia melalui promoso-
promosi, hargai pekerja anda dan bermacam-macam lagi.

Saya amat tertarik dengan pemikiran Robert Kiyosaki


mengenai cukai. Menurut beliau, pekerja akan mendapat
gaji, menolak amaun yang dikenakan cukai dan barulah
berbelanja dengan baki yang tinggal. Berbeza dengan
orang kaya, mereka dapat wang, berbelanja terlebih
dahulu dan barulah membayar cukai. Dua senario yang
amat berbeza bukan?
30
Kita tidak lari dari membayar cukai. Kita ikut satu persatu
undang-undang cukai dan ditetapkan dan ketetapan
umum yang dikeluarkan oleh LHDN.

Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan


pendapatan pelasaran setelah ditolak dengan
perbelanjaan yang dibenarkan.

Hasil Jualan RM xxx

(Tolak) Kos Jualan (RM xxx)

Pendapatan Kasar Jualan RM xxx

(Tolak) Perbelanjaan dibenarkan (RM xxx)

Pendapatan Larasan/ Berkanun RM xxx

Pebelanjaan yang dibenarkan

 Sewa pejabat
 Utiliti (Elektrik, Air, telefon dan internet)
 Pajak atau Sewa peralatan atau mesin
 Kos pengiklanan untuk meningkatkan jualan

31
 Yuran profesional (Akauntan dan peguam) yang
berkaitan dengan perniagaan sahaja.
 Bayaran komisen
 Perbelanjaan keraian
 Alat tulis dan bahan bacaan untuk pejabat
 Elaun perjalanan pekerja
 Kos memperbaharui lesen
 Membaik pulih pejabat
 Kos promosi – pemberian hadiah
 Wang tunai yang dicuri/ hilang
 Perbelanjaan perubatan pekerja
 Gaji pekerja
 Insuran api dan kecurian
 Petrol, kos baik pulih kenderaan dan servis
 Perbelanjaan kursus
 Perbelanjaan rundingcara
 Yuran keahlian untuk badan profesional.

32
Semua perbelanjaan yang dibenarkan ini mestilah sesuai
mengikut jenis perniagaan yang tercatit di dalam Sijil
perniagaan SSM anda (Borang E).

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

 Perbelanjaan insuran api dan kecurian prabayar


 Sewa pejabat prabayar
 Kos renovasi atau pembinaan pejabat dan cat baru
 Penalti dari LHDN
 Yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli premis
 Derma untuk parti politik, persatuan keagamaan
 Deposit sewa
 Perbelajaan pendaftaran dan lesen
 Saman trafik atau kastam

Pembelian aset atau kelengkapan tidak dikategorikan


sebagai kos jualan dan perbelanjaan yang dibenarkan.
Namun, ia digantikan semula dengan elaun modal.

33
Barang Sendiri, Bisnes Pakai
Sudah pasti bila anda baru ingin memulakan bisnes, anda
akan gunakan apa saja yang ada untuk mengurangkan
modal dan kos permulaan.

Sememangnya ini tidak dapat dielakkan untuk bisnes


yang baru mula bertapak. Jangan khuatir, anda masih
boleh menggunakan kelebihan anda menjalankan bisnes
dengan menolak kos-kos yang terlibat.

Jadi, perkara yang perlu diambil perhatian ialah


mengasingkan perbelanjaan bisnes dengan pebelanjaan
sendiri. Jangan pula resit membeli bawang dimasukkan
dalam perbelanjaan sedangkan anda menjalankan bisnes
consultancy.

Ingat! Ada perbelanjaan yang boleh ditolak cukai dan ada


yang sebaliknya. Ikut kesesuaian bisnes anda. Petrol, kos
baik pulih kenderaan dan bil telefon merupakan perkara

34
biasa yang akan ditolak daripada keuntungan. Tetapi
bukan 100% kerana perbelanjaan ini sudah bercampur
untuk kegunaan peribadi sebagai contoh, menghantar
anak dan isteri pergi ke sekolah dan tempat kerja,
menggunakan telefon untuk kegunaan sendiri dan
sebagainya.

Contoh 6

Annuar ialah seorang ejen insuran takaful yang menjalankan


perniagaannya dari rumah. Beliau menjadikan satu bilik dirumahnya
sebagai pejabat di mana beliau menyimpan rekod-rekod pelanggan
dan membuat segala urusan menelefon pelanggan serta menghantar
emel.

Beliau juga menggunakan kereta peribadi untuk berjumpa dengan


pelanggan disamping mengambil anak, membeli barangan dan juga
bersiar-siar.

Kesemua perbelanjaan untuk menampung kos di atas boleh ditolak


cukai, tetapi perlu dibahagikan dengan perbelanjaan kegunaan sendiri.

- Petrol, Kos Baik Pulih Kenderaan = 30% Kegunaan Sendiri


- Telefon Bimbit = 25% kegunaan sendiri
- Unifi dan Telefon = 25% Kegunaan sendiri
- Utiliti rumah, faedah atas pinjaman = 20%

35
Jadi, bagaimana kita hendak tahu berapa peratusan
untuk kegunaan sendiri? Kebiasaannya, kita
menggunakan 30%, 25% dan 20% sebagai peratusan
untuk kegunaan sendiri.

Jadi, senang cerita hanya kita yang tahu bisnes kita, dan
apa yang kita belanjakan. Dengan kaedah sistem
pentaksiran sendiri ini, walaupun nampak mudah tetapi
jika kita salah mentaksir, buruk padahnya.

36
Belanja Orang, Tolak Cukai
Bahasa yang digunakan oleh LHDN ialah Perbelanjaan
keraian atau lebih dikenali sebagai entertainment
expenses oleh ramai orang bisnes.

Perbelanjaan ini sebenarnya amat penting bagi


mengukuhkan keadaan bisnes anda dan untuk
meningkatkan jualan.

Umumnya, hanya 50% jumlah perbelanjaan keraian ini


boleh ditolak cukai. Tetapi ada beberapa perbelanjaan
keraian yang boleh ditolak 100% daripada keuntungan
bisnes kita.

[+] Tips Perancangan Cukai

Berikut ialah perbelanjaan keraian yang dibenarkan oleh


LHDN untuk 100% perbelanjaan dibenarkan:

37
 Kemudahan pekerja seperti penyediaan makanan
dan minuman di pejabat, majlis amakan malam
tahunan pekerja, rombongan pekerja dan hari
keluarga syarikat.
 Hadiah promosi untuk meningkatkan hasil jualan di
pameran dalam dan luar negara
 Sampel promosi untuk produk baru dan diberikan
secara percuma
 Peruntukan untuk membuat acara hiburan, sukan
dan kebudayaan di tempat awam untuk
mempromosikan perniagaan.
 Peruntukan untuk penyediaan barangan promosi,
pengiklanan yang mempunyai logo syarikat.
 Peruntukan untuk semua aktiviti hiburan dengan
tujuan meningkatkan jualan syarikat.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan


Umum terkini, Perbelanjaan Keraian yang dikeluarkan
oleh LHDN.

38
Bayar Gaji, Carum KWSP
Pembayaran Gaji dan KWSP boleh ditolak cukai. Tidak
kira pekerja anda itu bekerja sepenuh masa atau separuh
masa.

Disebabkan anda pemilik bisnes, maka gaji dan caruman


KWSP anda tidak boleh ditolak cukai.

Adalah tanggungjawab majikan untuk mencarumkan


pekerja semasa pekerja dalam perkhidmatan bersama
kita. Jika belum mendaftar, sila rujuk
http://www.kwsp.gov.my

Gaji Caruman Majikan Caruman Pekerja Jumlah

RM5,000 ke bawah 13% 11% 24%

RM5,001 ke atas 12% 11% 23%

39
Perancangan Cukai: Bayar Gaji Untuk Isteri

[+] Tips Perancangan Cukai

Salah satu cara untuk menjimatkan pembayaran cukai


adalah dengan mengajikan isteri anda. Saya yakin isteri
anda adalah orang yang banyak membantu anda dalam
bisnes. Dialah penasihat, dialah kerani, dialah akauntan
dan sebagainya.

Mari kita lihat situasi, di mana saya mengambil contoh


Johan yang menjalankan perniagaan menjual Mee
Bandung di Muar. Pendapatan perniaagaan beliau pada
tahun 2016 ialah RM100,000. Beliau sudah berkahwin dan
belum lagi mempunyai anak.

Situasi Pertama: Taksiran hanya untuk diri sendiri.

Situasi Kedua: Pemberian Gaji dan Caruman kepada


Isteri. Gaji bulanan Isteri ialah RM4,000 (RM48,000
setahun)

40
Situasi Pertama

Jumlah Pendapatan Perniagaan Johan RM 100,000

(Tolak) Pelepasan Cukai

Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000)

Pelepasan Untuk Isteri (RM4,000)

Insurans Nyawa (RM6,000)

Jumlah Pelepasan (RM19,000)

Pendapatan Bercukai RM 81,000

RM70,000 pertama RM5,600


21% untuk RM berikutnya
RM2,310
(RM81,000 – RM70,000) x 24%
Jumlah Cukai Pendapatan RM 7,910

Situasi yang seterusnya, saya menggunakan RM100,000


jumlah pendapatan untuk dibahagi diantara Johan, Isteri
dan caruman KWSP (12%).

Pendapatan Johan = Jumlah pendapatan perniagaan – Gaji isteri – 12%


caruman KWSP isteri
Pendapatan Johan = RM100,000 – RM48,000 – ( 12% x RM48,000 )
Pendapatan Johan = RM46,240
41
Situasi Kedua

Johan Isteri

Jumlah Pendapatan RM46,240 RM48,000

(Tolak) Pelepasan Cukai

Pelepasan Diri Sendiri (RM9,000) (RM9,000)

Insurans Nyawa (RM6,000)

KWSP (11% x RM48,000) (RM5,280)

Jumlah Pelepasan (RM15,000) (RM14,280)

Pendapatan Bercukai RM31,240 RM33,720

RM20,000 Pertama RM150 RM300

6% Untuk RM berikutnya RM562 RM686

Jumlah Cukai Pendapatan RM974 RM986

Jumlah cukai pendapatan yang perlu Johan bayar untuk


situasi yang kedua ialah RM1,960. Berbanding situasi
yang pertama iaitu RM7,910. Penjimatan cukai sebanyak
RM5,950. Tetapi ingat, Johan harus membayar kepada
KWSP sebanyak RM11,040 iaitu 12% caruman majikan
dan 11% caruman isteri (23% x RM48,000). Kaedah ini
amat bermanfaat untuk simpanan hari tua bersama.

42
Pinjam Duit, Kena Faedah
Jika anda meminjam duit sebagai modal permulaan
sebagai contoh dengan SME Bank, atau bank-bank yang
seumpamanya, sudah tentu anda akan dikenakan faedah
atas pinjaman.

[+] Tips Perancangan Cukai

Jangan khuatir, anda boleh tolak cukai mengikut kadar


faedahnya.

Jikalau anda pinjam dengan Ah Long, saya tidak


beberapa pasti  ada surat perjanjian dan terma & syarat
perjanjian?

Contoh 7

Faizal telah meminjam RM20,000 dengan Maybank untuk membuka


studio fotografi di kampungnya. Faedah atas pinjaman yang dikenakan
ialah 4% setahun. Ini bermakna RM800 boleh ditolak cukai.

43
Berlainan pula jika, menggunakan duit pinjaman tersebut
untuk kegunaan sendiri.

Contoh 8

Berdasarkan contoh 7. Faizal telah menggunakan RM10,000 untuk


majlis perkahwinannya (perbelanjaan peribadi). Hanya RM10,000
sahaja yang digunakan untuk studionya. Ini bermakna hanya RM400
boleh ditolak cukai.

Begitu juga dengan penggunaan kereta peribadi sebagai


kenderaan untuk menjalankan perniagaan. Hanya
sebahagian boleh ditolak mengikut peratusan penggunan
untuk bisnes.

44
Beri Hutang, Ada Tak Bayar
Saya tidak begitu menggalakkan untuk yang baru
mulakan bisnes, memberikan kredit kepada pelanggan.
Perkataan mudah, beri hutang kepada orang lain
walaupun kita kenal sangat dengan orang itu.

Kita juga baru bertatih dan perlukan aliran tunai yang


cepat. Ada bisnes yang tersungkur sebab menangung
banyak hutang lapuk.

Anda boleh tolak cukai jika anda mempunyai pelanggan


yang berhutang dengan anda. Tetapi, ia mestilah aset
tetap yang dijual kepada pelanggan. Bukannya, pinjaman
wang. Anda beri hutang duit kepada orang, tidak boleh
ditolak cukai. Sebab anda bukan Ah Long.

Jadi, sebagai pemilik bisnes, anda perlu tentukan siapa


yang anda percayai untuk menjalankan perniagaan. Jika
terdapat penghutang yang liat membayar hutangnya,

45
pastikan jangan lagi berurusan dengannya. Suruh kerani
anda membuat tindakan yang sewajarnya untuk
mengutip wang anda.

Ada beberapa peruntukan, di mana cukai boleh ditolak


100% disebabkan hutang tidak berbayar ini. Antaranya
ialah:

 Penghutang meninggal dunia


 Penghutang bankrup
 Penghutang melarikan diri
 Penghutang telah membubarkan perniagaannya

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan


Umum terkini, Potongan Untuk Hutang Lapuk & Hutang
Ragu dan Layanan ke atas Pemulihan yang dikeluarkan
oleh LHDN.

46
Potongan Cukai Berganda
Salah satu yang perlu kita ambil perhatian ialah potongan
cukai berganda. Jika kita berpeluang untuk
melaksanakannya di dalam bisnes kita, sudah tentu anda
akan menikmati pengurangan cukai yang sah.

Antara insentif potongan cukai berganda ialah:

 Melatih graduan menggangur di bawah program


SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Hanya sehingga 31
Disember 2020.
 Ganjaran untuk syarikat yang mengambil pekerja dari
golongan orang kelainan upaya (OKU).
 Perbelanjaan dalam proses mendapatkan pensijilan
halal.
 Pembayaran Premium Insurans kepada Syarikat
Insurans Malaysia untuk import eksport kargo dan
barang mentah.

47
 Peruntukan perbelajaan oleh majikan untuk
penyediaan Pusat Jagaan Kanak-kanak.
 Perbelanjaan syarikat dalam latihan yang terlibat
dalam sektor pengeluaran yang diluluskan
 Yuran terhadap syarikat kecil yang menghantar
pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT,
MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB

Ini hanyalah sebahagian yang saya rasa perlu anda tahu


untuk potongan cukai berganda. Yang tidak tersenarai
hanyalah digunakan untuk syarikat yang besar dan
melibatkan kos yang besar.

Contoh 9

Fizo telah menggajikan seorang akauntan yang kelainan upaya (OKU)


dan berikan gaji bulanan sebanyak RM2,500 (RM30,000 setahun).
Maka, jumlah potongan yang dinikmati oleh Fizo ialah RM60,000.

48
Elaun Modal
Aset tetap yang digunakan untuk bisnes akan diberikan
pelepasan cukai melalui elaun modal. Ini kerana tiada
potongan yang diberikan untuk perbelanjaan modal atau
susut nilai bagi aset terbabit dalam mendapatkan
pendapatan tersebut.

Berikut ialah formula yang terlibat dalam pengiraan


pendapatan jika terdapat elaun modal.

Pendapatan Larasan RM xxx

(Tolak) Elaun Modal (RM xxx)

Pendapatan Statutori RM xxx

Elaun modal akan dipotong untuk beberapa tahun


taksiran cukai. Jadi, jumlah elaun modal yang dituntut
sepanjang beberapa tahun taksiran cukai akan
bersamaan dengan kos aset tetap terbabit.

49
Untuk bab ini, mungkin banyak terma-terma yang
digunakan dalam prinsip akaun . Sesiapa yang ambil
prinsip akaun sewaktu SPM dahulu, mungkin tiada
masalah memahaminya.

Jenis dan Kadar Elaun Modal

Jenis Aset Elaun Permulaan Elaun Tahunan

Jentera berat/ Kenderaan


20 20
Bermotor

Loji dan Jentera 20 14

Komputer dan peralatan


20 40
ICT

Lain-Lain 20 10

Aset bernilai Kecil (Nilai


satu aset ≤ RM1,000 dan 100 -
Jumlah aset ≤ RM10,000.)

Nota :
Jentera Berat - Jentolak, kren, penarik, jengkaut, jemparas, pengangkut, riper rola, pencabut akar, pencakar, penyodok, jentarik, vibrator wagon dan
sebagainya.
Kenderaan Bermotor - semua jenis kenderaan yang beroperasi dengan motor seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya.
Loji dan Jentera - Loji dan jentera am yang tidak termasuk dalam jentera berat seperti penyaman udara, pemampat, lif, peralatan perubatan dan
makmal, ketuhar dan sebagainya.
Lain-Lain - Peralatan pejabat, perabot, dan kelengkapan.
Sumber dari htpp://www.hasil.gov.my

50
Contoh 10

Embun Bayu Enterprise telah membeli sebuah Rotary Oven pada tahun
2014 untuk bisnes rotinya dengan harga RM50,000. Mesin tersebut
mampu membakar 400 biji bun dalam masa 20 minit.

Kos Modal yang Layak RM50,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2014 (20%) RM10,000

Elaun Tahunan 2014 (14%) RM7,000 (RM17,000)

Baki Perbelanjaan RM33,000

Elaun Tahunan 2015 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM26,000

Elaun Tahunan 2016 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM19,000

Elaun Tahunan 2017 (14%) (RM7,000)

Baki Perberlanjaan RM12,000

Elaun Tahunan 2018 (14%) (RM7,000)

Baki Perbelanjaan RM5,000

Elaun Tahunan 2019 (baki) (RM5,000)

Baki Perbelanjaan RM 0

51
Itu adalah contoh bagaimana pengiraan elaun modal dan
berapa banyak potongan yang layak diperolehi untuk
beberapa tahun.

[+] Tips Perancangan Cukai

Jadi bagi bisnes kecil-kecilan dan tidak memerlukan aset


tetap yang berharga, gunakan sebaik-baiknya peluang
untuk mendapatkan potongan 100% elaun modal untuk
tahun taksiran pemilikan. Sebagai contoh, pembelian
kipas, mesin cetak, telefon mudah alih, kalkulator, mesin
daftar tunai dan lain-lain.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Ketetapan


Umum terkini, Pemilikan Dan Penggunaan Aset Bagi
Tujuan Tuntutan Elaun Modal dan Elaun Khas Bagi Aset
Bernilai Kecil yang dikeluarkan oleh LHDN.

52
Elaun Modal untuk
Kenderaan
Kenderaan yang digunakan untuk bisnes layak mendapat
potongan cukai melalui elaun modal. Namun, LHDN telah
menetapkan had maksimum perbelanjaan modal layak
untuk tuntutan ialah RM100,000 dengan syarat:

 Kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru


 Harga atas jalan kenderaan terbabit tidak lebih dari
RM150,000.

Untuk kenderaan yang tidak memenuhi 2 syarat di atas,


had perbelanjaan modal layak ialah RM50,000.

53
Contoh 11

Alif Bina Enterprise telah membeli sebuah Mitsubishi Triton terpakai


pada 1 September 2014 untuk bisnes pembinaannya dengan harga
RM79,400. Dengan wang pendahuluan sebanyak RM20,000. Bayaran
Bulanan bermula 1 Oktober ialah RM1,800.

Harga Kenderaan RM79,400

(Tolak) Wang Pendahuluan (RM20,000)

Nilai Pembiayaan Sewa Beli RM59,400

Tahun Pembiayaan 3 tahun 36 bulan

Bahagian Modal bagi Bayaran Ansuran RM1,650


Kos Modal
Yang Layak

Wang Pendahuluan 2014 RM20,000

Ansuran (3 bulan) 2014 RM4950

RM24,950 RM24,950

Elaun Permulaan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)

Elaun Tahunan 2014 (20% x RM24,950) (RM4,990)

Baki Perbelanjaan RM14,970 RM24,950

54
Ansuran 2015 (12 x RM1,650) RM19,800 RM19,800

RM34,770 RM44,750

Elaun Permulaan 2015 (20% x RM19,800) (RM3,960)

Elaun Tahunan 2015 (20% x RM44,750) (RM8,950)

Baki Perbelanjaan RM21,860 RM44,750

Ansuran 2016 (Had Maksimum) RM5,250 RM5,250

RM27,110 RM50,000

Elaun Permulaan 2016 (20% x RM5,250) (RM1,050)

Elaun Tahunan 2016 (20% x RM50,000) (RM10,000)

Baki Perbelanjaan RM16,060

Elaun Tahunan 2017 (20% x RM50,000) (RM10,000)

Baki Perbelanjaan RM6,060

Elaun Tahunan 2018 (Baki) RM6,060

Baki Perbelanjaan RM0

Nota:

1) Mitsubshi Triton ialah kenderaan terpakai. Hanya layak mendapat


RM50,000 untuk modal tuntutan.
2) Faedah Pinjaman Sewa Beli (RM1,800-RM1,650) = RM150 boleh
ditolak cukai.

55
Untuk bisnes yang baru, mungkin anda akan
menggunakan aset tetap peribadi anda untuk
menjalankan operasi perniagaan. Pastikan aset yang
benar-benar digunakan dalam bisnes sahaja yang boleh
ditaksirkan di dalam cukai anda.

Ingat! Untuk aset tetap peribadi, tiada Elaun Permulaan.


Hanya Elaun Tahunan sahaja yang dibenarkan.

Contoh 12

Al Amiin yang menjalankan perniagaan MLM telah memidahkan


beberapa aset tetap peribadi untuk kegunaan bisnesnya . Antaranya
ialah komputer dan perabot untuk digunakan di pusat stokisnya.

Komputer RM3,000, Elaun Tahunan 40% = RM1,200

Perabot RM1,000, Elaun Tahunan 10% = RM100

Jumlah Perbelanjaan Elaun Modal Yang Layak ialah RM1,300

Jika Al Amiin masih menggunakan aset tersebut untuk kegunaan


peribadi, hanya 60% daripada Elaun Modal yang dibenarkan untuk
potongan cukai. Ini bermakna hanya RM780 sahaja yang layak untuk
dibuat penolakan sebagai elaun modal.

56
Kesalahan dengan Cukai
Terfikir untuk lari daripada cukai? Baca kesalahan dan
denda di bawah. Anda pasti tidak akan atau tidak mahu
lagi menjadi pelarian cukai.

Peruntukan Di Bawah Akta


Jenis Kesalahan Jumlah Denda (RM)
Cukai Pendapatan 1967

Tidak mengembalikan
200 – 2,000/ penjara/ kedua-
Borang Nyata Cukai 112 (1)
duannya
Pendapatan

Tidak memaklumkan layak 200 – 2,000/ penjara/ kedua-


112 (1)
dikenakan cukai duannya

Tidak melaporkan 1,000 – 10,000 dan 200% atas


113 (1) (a)
pendapatan sebenar cukai terkurang lapor

Memberikan maklumat
yang tidak tepat mengenai 1,000 – 10,000 dan 200% atas
113 (1) (b)
tanggungan cukai sendiri/ cukai terkurang lapor
orang lain

Sengaja mengelak cukai/ 1,000 – 20,000/ penjara/


membantu orang lain 114 (1) kedua-duanya dan 300% atas
mengelak cukai cukai terkurang lapor

57
Peruntukan Di Bawah Akta
Jenis Kesalahan Jumlah Denda (RM)
Cukai Pendapatan 1967

Meninggalkan negara 200 – 2,000/ penjara/ kedua-


115 (1)
tanpa membayar cukai duannya

Membantu/ menasihati
orang lain dalam
penyediaan Borang Nyata 2,000 – 20,000/ penjara/
114 (1A)
Cukai Pendapatan kedua-duanya
menyebabkan terkurang
cukai

Menggangu/ menghalang
1,000 – 10,000/ penjara/
pegawai LHDNM 116
kedua-duanya
menjalankan tugas

300 – 10,000/ penjara/ kedua-


Tidak menyimpan rekod 119A
duanya

Tidak memberikan
200 – 2,000/ penjara/ kedua-
maklumat yang 120 (1)
duanya
dikehendaki oleh LHDN

Tidak memaklumkan
200 – 2,000/ penjara/ kedua-
pertukaran alamat dalam 120 (1)
duanya
tempoh 3 bulan

58
Kesilapan Pemilik Bisnes

Tidak menyimpan rekod kewangan, resit,


baucer semasa.

Ini ialah kesilapan nombor satu bagi kebanyakan orang


yang terlibat dalam perniagaan. Tidak mengendahkan
dengan rekod kewangan. Tidak pernah simpan dengan
kemas. Malah, ada yang tidak simpan langsung. Dapat
resit bayaran, terus dibuang. Isi minyak, tidak ambil resit.
Makan di kedai, malu minta resit. Akhirnya, tiada rekod
kewangan untuk bisnes anda.

Hah! Satu lagi, bukan sekadar simpan sahaja. Anda perlu


merekodkan semua perbelanjaan secara bertulis supaya
anda sentiasa dapat memastikan jumlah perbelanjaan
terkini. Gunakan perisian excel. Amalkan sebelum masuk
hari baru, selesaikan kerja rekod kewangan anda. Jangan
melengah-lengahkan kerja ini.

59
Mesti ada yang beri cadangan untuk menggunakan
aplikasi smartphone untuk merekodkan semua dokumen
ini. Apa pendapat anda? Secara benarnya, saya ada
banyak aplikasi kewangan ini di telefon saya, tetapi saya
tidak pernah gunakan satu pun! Mungkin cara saya
ortodoks – guna excel dan simpan resit dalam fail. Apa-
apa pun, ikut cara yang anda suka.

Malas? Itu tak boleh kata apa-apa. Tapi masih ada


solusinya. Anda boleh menggajikan freelance akauntan
untuk mengemaskini semua rekod anda. Upahnya tidak
sampai pun RM500.

60
Tidak buat bajet dan ramalan kewangan
tahunan.

Jika anda tidak ada sebarang target atau matlamat,


bagaimana anda nak tahu bahawa anda di landasan yang
betul? Patutlah bisnes anda biasa-biasa sahaja.

Ada pula yang cakap tak tahu membuat ramalan


kewangan. Erm.. anda seorang sahaja yang tahu operasi
bisnes anda. Berapa jualan bulanan? Berapa kos operasi?
Berapa kos barangan? Berapa keuntungan bersih?
Sebelum cukai berapa? Selepas cukai berapa?

Bajet dan ramalan ini perlu dibuat berdasarkan


pengalaman anda dalam bidang bisnes ini dan juga data
jualan yang anda perolehi pada tahun-tahun lepas.
Jadikan ia sebagai panduan.

61
Apabila berkata soal target, secara umumnya, mesti ada
peningkatan dari bulan ke bulan. Jangan takut untuk
tetapkan target. Ianya akan membuatkan anda bekerja
dengan lebih kuat.

Dengan membuat bajet dan ramalan ini, anda boleh


menganggarkan berapa cukai yang perlu anda bayar
pada tahun hadapan dan anda boleh merancang untuk
mengembangkan perniagaan anda atau membuat
pelaburan.

62
Tidak berjumpa dengan akauntan
profesional

Ramai orang takut untuk berjumpa dengan akauntan.


Takut caj yang dikenakan terlalu mahal. Gunakan
kepakaran orang lain untuk membawa anda pergi jauh.
Jangan berkira atau lokek.

Berjumpalah dengan akauntan sekali setiap bulan untuk


memastikan tahap kewangan syarikat anda berada di
paras yang betul.

Saya percaya, tumpuan kita sewaktu bisnes masih kecil


ialah penjanaan pendapatan. Tapi, jangan lupa aspek
pengurusan dan kewangan. Hire orang! Duit boleh kita
cari lagi.

63
Tidak menyimpan semua dokumen dalam
fail dan tersusun

Nampak macam perkara kecil dan tidak penting, tapi


inilah asas untuk memastikan rekod kewangan dan
dokumen syarikat kita dalam keadaan yang terbaik.

Setiap dokumen mempunyai fail yang tertentu dan


dilabelkan. Setiapkali ada rekod baru, terus simpan ke
dalam fail. Benda yang nampak remeh tapi boleh
menimbulkan kelecehan dalam bisnes anda.

Simpan fail rekod kewangan anda selama 7 tahun. Ini


bagi membantu pihak LHDN untuk membuat audit dan
memastikan taksiran anda adalah betul.

Antara dokumen yang penting yang perlu ada untuk audit


cukai ialah:

 Penyata Bank

64
 Segala penyata Keluar Masuk duit. Penyata Kad
Kredit dan sebagainya

 Invois daripada pembekal

 Invois Jualan untuk pelanggan

 Akaun Simpanan dan segala penyata punca


pendapatan – Dividen, Royalti dan lain-lain

 Baucar Pembayaran (Payment Voucher) untuk setiap


pembayaran yang dilakukan.

 Semua resit-resit – petrol, tol, belanja keraian,


pembelian alat tulis dan sebagainya.

 Borang Tuntutan (Claim Form) – Penting jika anda


banyak menggunakan wang peribadi untuk kegunaan
bisnes.

 Akaun Pengurusan yang lengkap – Penyata Aliran


Tunai, Penyata Pendapatan & Kunci Kira-kira kerana
65
segala maklumat untuk aset tetap akan diperiksa di
sini.

 Penyata caruman KWSP atau SOCSO

 Lain-lain dokumen sokongan – surat tawaran


pinjaman dari pihak bank, dokumen pembelian aset
tetap.

66
Enterprise ke Sdn Bhd
Ramai yang bertanya kepada saya, bila waktunya untuk
upgrade bisnes mereka ke Sdn Bhd. Sebenarnya, tiada
istilah upgrade di sini. Cuma, anda perlu berjumpa
setiausaha syarikat yang berdaftar dan buka syarikat
baru iaitu syarikat Sdn Bhd.

Bila sepatutnya sesuatu bisnes mendaftar sebagai satu


entiti Sdn Bhd?

1) Apabila bisnes anda sudah maju. Keuntungan anda


melebihi RM300,000. Kadar taksiran cukai syarikat
Sdn Bhd ialah 20% untuk RM500,000 pertama dan
anda boleh banyak menggunakan insentif dan
potongan cukai dengan lebih meluas dengan entiti
ini.

67
2) Apabila anda perlukan suntikan modal dari rakan-
rakan atau pelabur. Lebih senang diuruskan sebagai
pemegang saham syarikat.

3) Menjaga kepentingan dan aset peribadi di masa


hadapan. Sekiranya berlaku penutupan perniagaan
disebabkan muflis, pemilik dan aset peribadi akan
selamat. Yang disita, hanyalah hartan benda syarikat
sahaja.

4) Meningkatkan kredibiliti bisnes anda selaras dengan


keuntungan yang anda perolehi. Boleh
mengembangkan bisnes pada tahap yang lebih
besar.

5) Legasi bisnes anda dapat diteruskan walaupun anda


telah meninggal dunia. Maksudnya, ada pengarah
dan pemegang saham menjadi wakil anda untuk
diberikan kepada yang hak.

68
Apa yang terjadi dengan enterprise anda?

Terpulanglah kepada anda. Anda boleh tutup dan fokus


kepada syarikat Sdn Bhd ini atau kecilkan peranan
enterprise ini atau gunakan untuk bisnes yang baru.

Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh


memindahkan segala aset dan liabiliti yang berada di
bawah enterprise ke dalam syarikat Sdn Bhd anda yang
baru.

69
Contoh Pengiraan

Senario 1

En. Razif menjalankan perniagaan jualan langsung yang


beliau sertai. Beliau hanya beroperasi dari rumah untuk
kerja-kerja pengurusan downline dan mengadakan
perjumpaan ahli-ahlinya dirumah. Beliau juga
menggunakan kereta peribadinya untuk urusan
perniagaan.

Berikut ialah Penyata Untung Rugi En. Razif untuk tahun


perniagaan berakhir pada 31 Disember 2015.

PENYATA UNTUNG RUGI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

RM RM
Pendapatan daripada perniagaan 230,000.00
Tolak: Kos Jualan 35,200.00

Pendapatan Kasar 194,800.00

Tolak: Perbelanjaan
Faedah (kereta) 4,500.00

70
Gaji Diri Sendiri 48,000.00
Promosi & Pengiklanan 15,200.00
Selenggaraan 4,300.00
Upah/ Pengurusan stokis 20,000.00
Perjalanan dan Pengangkutan 15,800.00
Percutian keluarga 3,000.00
Perbelanjaan Keraian 5,000.00
Bil telefon & Internet 3,600.00
Kelengkapan Home Office 2,000.00
Perbelanjaan Seminar/ Roadshow 19,000.00 140,400.00

Pendapatan Bersih Sebelum Cukai 54,400.00

PENYATA CUKAI PENDAPATAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2015

Pendapatan Bersih 54,400.00

Tambah: Perbelanjaan yang tidak dibenarkan


Gaji Diri Sendiri 48,000.00
Percutian Keluarga 3,000.00
Perbelanjaan Keraian -50% 2,500.00
1/4 Bil telefon & Internet 900.00
1/3 Pengangkutan, Faedah kereta dan Selenggaraan 7,380.00
1/5 Kelengkapan rumah 400.00 62,180.00

Pendapatan Larasan 116,580.00

Tolak: Elaun Modal


Projektor 2014 2,400.00
Desktop Apple 1,200.00
Perabot 300.00 3,900.00

Pendapatan Statutori 112,680.00

Tolak: Derma

71
Derma untuk Tabung MAKNA 5,000.00

Jumlah Pendapatan 107,680.00

Tolak: Pelepasan
Diri sendiri 9,000.00
Buku 980.00
Insuran 6,000.00
Peralatan Sukan 300.00
Pemeriksaan Perubatan Penuh 500.00
2 orang anak 2,000.00 18,780.00

PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI 88,900.00

Cukai di atas RM 70,000.00 pertama 6,650.00


Cukai di atas RM 18,900.00 24% 4,536.00

CUKAI PENDAPATAN YANG DIKENAKAN 11,186.00

Tolak: Rebat
1) Zakat 5,000.00

CUKAI PENDAPATAN TAHUN 2014 6,186.00

72
Nota:

Perbelanjaan Yang Tidak dibenarkan

1) Gaji pemilik bisnes enterprise tidak akan diambil kira


untuk potongan cukai.
2) Percutian keluarga dikira sebagai perbelanjaan
peribadi. 100% tidak boleh ditolak cukai. Tidak ada
kena mengena dengan bisnes.
3) Perbelanjaan untuk pengedar-pengedar. Hanya 50%
sahaja yang dibenarkan untuk pemotongan cukai.
4) Perbelanjaan yang bercampur (kegunaan sendiri dan
bisnes) perlu ditolak dengan peratusan yang sesuai
seperti bil telefon dan internet, pengangkutan dan
kelengkapan pejabat.

Pelepasan

Gunakan pelepasan sebaik mungkin untuk kebaikan anda


sekeluarga. Amalkan pemeriksaan kesihatan secara
menyeluruh di hospital setiap tahun, supaya anda tahu
73
kondisi kesihatan anda. Lagipun, anda boleh mendapat
pelepasan cukai daripada bayaran pemeriksaan
kesihatan (terhad RM500 setahun).

Maksimumkan pelarasan untuk buku, insuran nyawa dan


peralatan sukan.

Pengiraan Elaun Modal

Pembelian Projektor baru untuk tujuan seminar & BOP pada tahun 2014
dengan harga RM4,000.

Kos Modal yang Layak RM4,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2014 (20%) RM800

Elaun Tahunan 2014 (40%) RM1,600 (RM2,400)

Baki Perbelanjaan RM1,600

Elaun Tahunan 2015 (40%) (RM1,600)

Baki Perbelanjaan RM0

74
Pembelian Desktop untuk tujuan pengurusan pada tahun 2013 dengan
harga RM5,000.

Kos Modal yang Layak RM5,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2013 (20%) RM1,000

Elaun Tahunan 2013 (40%) RM2,000 (RM3,000)

Baki Perbelanjaan RM2,000

Elaun Tahunan 2015 (Baki) (RM2,000)

Baki Perbelanjaan RM0

Perbelanjaan Deskop tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi dan


anak-anak, hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.

RM2,000 x 60% = RM1,200 yang dibenarkan

75
Pembelian kelengkapan untuk pejabat di rumah pada tahun 2012
dengan harga RM2,000.

Kos Modal yang Layak RM5,000

(Tolak) Elaun Modal

Elaun Permulaan 2012 (20%) RM1,000

Elaun Tahunan 2012 (10%) RM500 (RM1,500)

Baki Perbelanjaan RM3,500

Elaun Tahunan 2013 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM3,000

Elaun Tahunan 2014 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM2,500

Elaun Tahunan 2015 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM2,000

Elaun Tahunan 2016 (10%) (RM500)

Baki Perbelanjaan RM1,500


… dan seterusnya hingga Elaun tahunan
2019.

Perbelanjaan peralatan tersebut bercampur untuk kegunaan peribadi,


hanya 60% dibenarkan untuk elaun modal.

RM500 x 60% = RM300 yang dibenarkan

76
Senario 2
Joseph (Perbezaan Taksiran 2016 dan 2017)

 Joseph bekerja dan gaji RM13,000 sebulan.


 Isterinya suri rumah sepenuh masa.
 Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah (seorang anaknya
adalah OKU).
 Potongan KWSP = 17,160.00
 Belian buku akademik = RM1,700.00
 Simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
= RM7,200.00
 Premium Insurans Nyawa = RM3,600.00
 Premium Insurans Perubatan = RM8,400.00
 Potongan Cukai Bulanan (PCB) = RM 18,000.00

77
CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2016 CUKAI JOSEPH TAHUN TAKSIRAN 2017

RM RM RM RM

Pendapatan Tahunan 156,000 Pendapatan Tahunan 156,000


(RM13,000 x 12 bulan) (RM13,000 x 12 bulan)
Tolak: Derma 0 Tolak: Derma 0
Jumlah Pendapatan 156,000 Jumlah Pendapatan 156,000

Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:


Diri (9,000) Diri (9,000)
Isteri (4,000) Isteri (4,000)
KWSP & Insurans Nyawa (6,000) KWSP & Insurans Nyawa (6,000)
(Terhad RM6,000) (Terhad RM6,000)
Insurans Perubatan & (3,000) Insurans Perubatan & (3,000)
Pendidikan Pendidikan
Buku (1,000) Gaya Hidup - Buku (1,700)
SSPN (Terhad RM6,000) (6,000) SSPN (Terhad RM6,000) (6,000)
Anak 4 orang (RM2,000 x 4 (8,000) Anak 4 orang (RM2,000 (8,000)
orang) x 4 orang)
Anak OKU 1 orang (6,000) (42,000) Anak OKU 1 orang (6,000) (42,700)
Pendapatan Bercukai 114,000* Pendapatan Bercukai 113,300*

Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900 Cukai atas RM100,000 pertama : 11,900
Cukai atas baki 14,000 x 24% : 3,360 Cukai atas baki 13,300 x 24% : 3,192
Jumlah Cukai Pendapatan 15,260 Jumlah Cukai 15,092
Pendapatan

Tolak : Tolak :
Rebat Cukai (Diri) Tidak Rebat Cukai (Diri) Tidak
Layak Layak
Rebat Zakat Tiada 0 Rebat Zakat Tiada 0
Jumlah Cukai Dikenakan 15,260 Jumlah Cukai Dikenakan 15,092

Tolak: Tolak:
Potongan Cukai Bulanan (18,000) Potongan Cukai Bulanan (18,000)
(PCB) (PCB)
Baki Cukai Kena Dibayar (2,710) Cukai Terlebih Bayar (2,908)

78
Penjimatan Cukai Tahun Taksiran 2016 berbanding Cukai Tahun Taksiran 2017 ialah:
RM15,260 – RM15,092 = RM162

* Amaun pendapatan bercukai melebihi RM35,000.00, maka Joseph tidak


layak menikmati rebat cukai (diri sendiri) sebanyak RM400.00

* Adanya Pelepasan Gaya Hidup pada tahun 2017 sebanyak RM2,500


(terhad) untuk jumlah pembelian buku, komputer peribadi, alatan sukan
dan langganan internet.

Bagi Individu berkeluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000


pula akan keluar dari tanggungan bayar cukai mulai Tahun Taksiran 2015
sekiranya:

1. Hanya seorang sahaja mempunyai sumber pendapatan iaitu


samada suami atau isteri (layak menikmati Pelepasan Diri RM9,000
dan pelepasan pasangan yang tidak bekerja RM4,000).
2. Sekurang-kurangnya mempunyai potongan KWSP.

79
Senario 3
 Pendapatan Bulanan RM4,000.
 Isteri tidak bekerja dan tidak mempunyai anak.
 Mempunyai Caruman KWSP.

KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2017 KIRAAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2018

RM RM RM RM

Pendapatan Tahunan 48,000 Pendapatan Tahunan 48,000


(RM13,000 x 12 bulan) (RM13,000 x 12 bulan)
Jumlah Pendapatan 48,000 Jumlah Pendapatan 48,000

Tolak Pelepasan Cukai: Tolak Pelepasan Cukai:


Diri (9,000) Diri (9,000)
Isteri (4,000) Isteri (4,000)
KWSP & Insurans Nyawa (5,280) (18,280) KWSP & Insurans Nyawa (5,280) (18,280)
(Terhad RM6,000) (Terhad RM6,000)

Pendapatan Bercukai 29,720 Pendapatan Bercukai 29,720

Cukai atas RM20,000 pertama : 150 Cukai atas RM20,000 pertama : 150
Cukai atas baki RM10,720 x 5% : 536 Cukai atas baki RM10,720 x 3% : 322
Jumlah Cukai 686 Jumlah Cukai 472
Pendapatan Pendapatan

Tolak : Tolak :
Rebat Cukai (Diri) (400) Rebat Cukai (Diri) (400)
Rebat Isteri (400) (800) Rebat Isteri (400) (800)
Jumlah Cukai Dikenakan (114) Jumlah Cukai Dikenakan (328)

80
Penutup
Bayar Cukai, Untung Pakai. Semuanya bermula dari
perancangan cukai di awal tahun perniagaan. Bukannya
setelah habis tahun taksiran, barulah mencari jalan untuk
mengurangkan cukai. Ini pentingnya ilmu perancangan
cukai.

Jika anda bijak, anda boleh menikmati lebih banyak


insentif dan elaun yang telah diberikan oleh kerajaan,
untuk mengembangkan perniagaan kita.

Jangan buat kerja last minute. Pada bulan Mei baru


tergesa-gesa mengumpulkan semua data untuk taksiran
cukai. Sebab itulah setiap kali taksiran, anda terpaksa
berdepan dengan jumlah yang banyak.

Sebagai umat Islam, kita mempunyai kelebihan untuk


membayar zakat. Bayarlah zakat sebanyak-banyaknya
demi kepentingan ummah.

81
Jadi bermula dari sekarang, buat perancangan tentang
kewangan dan juga cukai anda. Yang mana telah
membuat potongan cukai bulanan (PCB). Bagus,
teruskan! Jika tidak, cuba bayar 2 bulan sekali bagi
mengelakkan anda kehabisan duit untuk membayar cukai
pada tarikh mengemukakan penyata cukai. Bayar cukai
lebih mudah dengan online banking .

Saya berharap anda memperoleh manfaat daripada


pembacaan ebook ini. Jangan lupa untuk
mempraktikkannya.

Selamat berjaya!

82
83

Anda mungkin juga menyukai