Anda di halaman 1dari 40

Azree Hanifiah

019-7749201
azreehanifiah@gmail.com

Sengaja saya guna gambar ini supaya anda


membaca ebook ini tanpa rasa ia ditulis oleh agen
takaful. Biar ada feel seperti kawan sendiri sedang
bercerita mengenai takaful

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!1

Bagaimana saya bermula?


Saya mula menulis mengenai takaful sejak tahun 2011 di beberapa
laman web. Kebanyakan tulisan saya ketika itu adalah menghentam
salah faham yang wujud dalam industri takaful.
Sehinggalah akhirnya saya dipanggil bertemu oleh Tuan Afyan Mat
Rawi. Ia umpama satu rundingan merungkai apa sebenarnya masalah
yang timbul.
Kata beliau, Syarikat takaful tertakluk kepada undang-undang
yang ketat, jika jumpa syarikat takaful menipu maka boleh terus rujuk
BNM. Banyak kes salah faham wujud sebenarnya kerana agen tidak
faham produk takaful sendiri.
Pada saat itu saya menyahut cabaran untuk menjadi agen takaful.
Sasaran klien saya adalah orang awam yang tidak mengenali diri saya
atau kita panggil strangers.
Jadi sehingga hari ini, 90% klien saya bukan daripada orang yang
saya kenal.
Kebanyakannya datang daripada laman web rahsiatakaful.com
yang saya ambil alih daripada tuan Afyan.
Dari klien strangers (asing) saya dapat memerhati dan menilai apa
yang mereka faham mengenai takaful.
Dan dalam ebook ini saya jawab beberapa persoalan yang kerap
muncul di kalangan orang yang saya temui.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!2

Asas

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!3

Kenapa Ebook Ini Ditulis?


Salah faham yang diwujudkan oleh agen takaful sendiri

Jika kita bertanya agen takaful adakah kita perlu ambil takaful, ia sama
seperti kita bertanya kepada tukang gunting rambut adakah rambut kita
perlu dipotong.
Sudah tentu jawapannya, "Ya, tuan perlu ambil!""
Cuba anda pergi ke kedai elektrik, dan tanya kepada salesman itu
sama ada anda perlukan aircond di rumah. Pasti jawapannya sama.
Ia umpama menyerahkan leher kita siap-siap untuk dipancung.
Kebanyakan agen takaful bertindak sebagai salesman berbanding
meneliti kewangan kita dengan betul dan menasihatkan plan yang
sesuai.
Kerana itu kebanyakan agen takaful hanya fokus kepada produk
medical card sahaja.
Bila sebut takaful, terus terbayang medical card. Sedangkan ada
produk takaful yang lebih utama untuk diambil.
Sebenarnya lebih baik kita tanya dulu soalan ini kepada diri sendiri:
1. Adakah aku perlukan takaful?
2. Jika perlu, berapa pampasan yang diperlukan?
3. Berapa lama tempoh masa plan takaful itu berakhir?

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!4

Kita yang lebih tahu hujung pangkal kewangan kita. Kita juga yang
tahu kita ada berapa lebihan duit setiap bulan. Kita juga tahu berapa
keperluan keluarga kita setiap bulan.
Selepas tuan dapat jawab sendiri 3 soalan ini, barulah pergi
bertemu agen takaful.
Pada waktu ini, kita tidak lagi menyerah leher untuk dipancung.
Kita sudah siap dengan bekal kalkulator sendiri.
Saya akan bantu tuan langkah demi langkah bagaimana untuk
menjawab 3 persoalan ini.
Teruskan membaca.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!5

Kenapa Perlu Ambil Takaful


Gunakan tukul yang betul.

Fungsi takaful adalah untuk perlindungan kewangan. Jika ada agen


menabur janji ada savings dan investment, mohon jauhkan diri!
Memang betul wujud fungsi pelaburan dan savings dalam
kebanyakan produk takaful sekarang, kita panggil jenis produk ini
sebagai investment-link.
Tetapi jangan disamakan fungsi pelaburan dan simpanan yang ada
dalam produk takaful dengan pelaburan atau simpanan yang kita buat
sendiri.
Ada perbezaan besar yang saya akan sentuh dalam bab lain
dalam ebook ini.
Fungsi takaful adalah untuk perlindungan kewangan sekiranya
berlaku 3 jenis risiko ini:
1. Death (Kematian)
2. Disable (Lumpuh atau hilang upaya bekerja)
3. Disease (Sakit Kritikal)

Sekiranya 3 perkara ini berlaku dalam hidup kita maka diri kita atau
keluarga kita akan ditimpa malapetaka kewangan.
Kenapa saya sebutkan malapetaka kewangan?

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!6

Jika perkara tadi berlaku dalam hidup kita, maka kita menghadapi
situasi ini:
1. Tidak mampu bekerja
2. Kehilangan sumber pendapatan akibat tidak bekerja
3. Anak isteri kita hilang penyumbang sumber kewangan utama
dalam famili.

Hidup masih perlu diteruskan walaupun kita lumpuh tidak mampu


bekerja.
Mungkin masih ada hutang yang perlu dibayar seperti hutang
kereta atau hutang rumah.
Perbelanjaan bulanan masih tetap sama. Atau mungkin bertambah
untuk cover kos rawatan alternatif.
Inilah musibah yang jika boleh kita ingin elakkan pada usia kita
masih muda, pada usia kita dan isteri masih baru hendak mulakan
simpanan untuk hari tua.

90% yang ambil insurans adalah underinsured!


Menurut Ramzi Toubassy, Pengerusi Life Insurance Association of
Malaysia (LIAM):
"Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada
penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi
hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar,

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!7

yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu


atau dua kali pendapatan tahunan mereka,"
Apa maksudnya?
Sekiranya saya jumpa 10 orang yang sudah ada polisi insuran/
takaful, 9 daripada mereka tidak mempunyai perlindungan pendapatan
yang sebenar.
Mereka sekadar membayar polisi tetapi tidak tahu sebenarnya
polisi mereka tidak direka khas untuk diri mereka sendiri.
Apa maksud perlindungan pendapatan?
Maksudnya sekiranya sesuatu bencana berlaku kepada diri kita,
kita atau keluarga masih punya sumber pendapatan untuk hidup.
Kebanyakan pampasan jika berlaku kematian hanya mampu
menampung satu tahun gaji sahaja.
Sepatutnya nilai pampasan PERLU boleh menampung sebanyak
10 kali gaji tahunan kita. Jadi famili atau diri kita masih punya pendapan
jika sesuatu bencana berlaku kepada diri kita.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!8

Apa Plan Takaful Yang Sesuai?


Memilih Alat Yang Tepat

Bagi memudahkan penerangan, saya bahagikan plan takaful kepada


dua.
Pertama, kita panggil life takaful dan kedua kita panggil medical
card. Kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza.
(Istilah life takaful sebenarnya tidak tepat, tetapi saya gunakan
supaya mudahkan kefahaman)
Life takaful, kita mendapat pampasan sekiranya berlaku kepada
kita perkara seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal.
Medical card pula hanya membiayai kos rawatan di hospital.

Mana yang lebih penting?


Kedua-duanya sama penting. Cuma jika kita jatuh sakit, kita masih
ada alternatif iaitu hospital kerajaan yang telah subsidi kos rawatan kita.
Tetapi sekiranya kita hilang sumber pendapatan akibat lumpuh dan
sakit kritikal, kita tiada alternatif lain.
Maka, pada pandangan saya sebelum ambil polisi medical card,
fokus dahulu kepada life coverage.
Adakah cukup pampasan sekiranya berlaku 3 perkara ini:
1. Kematian
2. Lumpuh
3. Sakit Kritikal
TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!9

Berapakah caruman bulanan takaful yang sesuai?


Saya terangkan untuk dua plan takaful yang umum kita ambil.
Sekiranya kita mahu ambil polisi Income Protection (saya
terangkan dalam bab seterusnya untuk mengira life coverage),
caruman yang dicadangkan sekitar 5%-7% daripada gaji bulanan.
Sekiranya kita mahu ambil polisi Medical Card, caruman bulanan
sekitar RM100 - RM200 sudah memadai.
Jangan ambil terlalu tinggi untuk plan medical card. Lebihkan bajet
untuk dapatkan life takaful yang lebih tinggi.
Jika ambil kedua-dua polisi sekali, caruman bulanan jangan
melebihi 10% daripada gaji bulanan.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!10

Bagaimana Mengira Life


Coverage?
Kira Ringgit Dan Sen Dengan Tepat.

Jikalau tuan masih muda atau belum mempunyai tanggungan lain


seperti isteri atau anak, maka tuan perlukan nilai pampasan yang lebih
rendah.
Tapi kalau saya mula ambil takaful dari muda, saya boleh lock
caruman yang rendah sehingga tua, kan?
TIDAK.
Caruman takaful adalah mengikut umur, jantina, dan kelas risiko
pekerjaan.
Kenapa ada agen beritahu kata boleh lock?
Sebenarnya kita bukan lock caruman. Kebanyakan produk
investment-link takaful ada fungsi cash value atau orang lain panggil
sebagai simpanan.
Bila berlaku peningkatan caruman disebabkan umur kita
meningkat, maka duit yang ada dalam Cash Value akan digunakan
bagi menampung kenaikan tersebut.
Kerana itu kita tidak rasa ada kenaikan pada caruman.
Sekiranya duit dalam Cash Value sudah kurang, maka ada
kemungkinan caruman bulanan kita akan meningkat.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!11

Sebab itu, tidak digalakkan membuat pengeluaran duit dari Cash


Value.
Fungsi takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk
simpanan atau pelaburan.
Ada 2 jenis pendekatan bagi mengira life coverage atau pampasan
sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Income Replacement
Pendekatan ini mengambil faktor pendapatan/gaji bulanan. Sebagai
contoh, jika gaji kita adalah RM3,000, maka kita perlukan satu dana
yang boleh memberi kita RM3,000 setiap bulan.
Ada dua cara kira income replacement.
Pertama, menggunakan kaedah Capital Liquidation (Pencairan
Modal) berdasarkan garis panduan LIAM (Life Insurance Association of
Malaysia) iaitu 10 tahun gaji.
Jadi cara kiranya:
Gaji Anda x 12 bulan x 10 tahun = Nilai Pampasan
Contoh:
RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!12

Cara kedua adalah Capital Conservation Method (Pengekalan


Modal) dengan mengambil kira duit pampasan itu akhirnya kita
letakkan di mana.
Sebagai contoh, jika kita letakkan di Tabung Haji/ASB yang boleh
berikan dividen tahunan setinggi 7%, maka cara kiranya begini:
(Gaji Anda x 12 bulan) 7% = Nilai Pampasan
Contoh
(RM3,000 x 12 bulan) 7% = RM514,286.
Dengan cara ini duit pampasan yang kita dapat itu tidak akan
diusik kerana kita hanya menggunakan duit dividen sahaja untuk
menampung perbelanjaan setiap tahun.

Needs-based
Pendekatan ini mengambil kira berapakah impak kewangan yang
melanda ahli keluarga kita jika kita tiada nanti.
Pendekatan ini memerlukan kita bertanya kepada diri dan
pasangan kita:
1. Sekiranya anda tiada, berapa lama pasangan memerlukan
masa untuk mula bekerja mencari nafkah sendiri? (sekiranya isteri
merupakan suri rumah)
2. Kira semula berapakah perbelanjaan bulanan yang anda
tampung setiap bulan?
3. Adakah ada hutang yang perlu dilangsaikan?

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!13

4. Adakah anda mahu menyediakan juga sedikit duit untuk


perbelanjaan sekolah anak?
Pendekatan berdasarkan keperluan ini sesuai bagi mereka yang
memang mencatat setiap rekod duit belanja bulanan.
Jadi kita nampak berapa sebenarnya impak kewangan kepada
famili kita sekiranya kita tiada.
Bila dapat nilai yang diperlukan nanti, gunakan saja cara kira
seperti Income Replacement tadi.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!14

Apa Yang Penting Dalam Polisi


Life?
Jangan Pilih Semua Produk

Polisi life kita boleh kata sebagai asas dalam takaful dan insurans. Bila
Pengerusi LIAM kata rakyat Malaysia underinsured, dia maksudnya
polisi life yang diambil tidak mencukupi keperluan sebenar.
Ia berbeza dengan medical card. Fungsi medical card adalah
untuk membiayai rawatan hospital.
Life pula adalah untuk memberi pampasan dalam bentuk duit
supaya keadaan kewangan tidak terjejas.
Dalam polisi life ada 2 sahaja yang perlu kita ambil:
1. Death / TPD (Total Permanent Disability)
2. Critical Illness (Sakit Kritikal)
Dalam topik sebelum ini kita sudah belajar cara mengira pampasan
yang sesuai dengan diri kita.
Nilai pampasan itulah yang kita gunakan untuk diletak pada sum
covered bagi Death/TPD. Supaya sekiranya berlaku kematian atau
hilang upaya bekerja, keluarga kita atau diri kita masih mempunyai
sumber kewangan berterusan.
Berapa pula nilai yang perlu dilindungi bagi Critical Illness?
Saya biasa mencadangkan nilainya adalah minimum 3 tahun gaji
atau maksimum 5 tahun gaji.
TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!15

Pada masa sekarang, rider Critical Illness telah diselaraskan oleh


BNM iaitu hanya melindungi diri daripada 36 jenis sakit kritikal sahaja.
Tiada lagi syarikat yang boleh claim mereka cover sehingga 46
penyakit dan sebagainya.

Faq

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!16

Siapakah Orang Pertama Dalam


Keluarga Yang Perlu Ada
Takaful?
Utamakan yang utama

Di dalam satu keluarga, suami atau ayah adalah orang yang pertama
perlu dilindungi takaful. Kerana dia merupakan breadwinner di dalam
keluarga.
Breadwinner merujuk kepada orang yang bertanggungjawab
memberi nafkah untuk keluarga.
Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri breadwinner ini, maka
ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga.
Dalam sesebuah keluarga, breadwinner ini selalunya suami atau
ayah.

Suami & Isteri Bekerja


Dalam zaman sekarang, suami dan isteri selalunya bekerjasama
menyediakan pendapatan dan perbelanjaan keluarga.
Maka dalam situasi begini, orang kedua yang perlu mencarum
adalah isteri.
Kemudian barulah kita lihat duit lebihan sama ada perlu atau tidak
untuk kita carum takaful untuk anak pula.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!17

Bajet Ketat
Dalam situasi keluarga besar, bajet untuk takaful biasanya sedikit
ketat.
Cadangan kami adalah ambil takaful untuk Income Protection
sahaja buat si ayah dan ibu. Tanpa medical card.
Untuk si anak, bolehlah kita consider untuk ambil medical card.
Jika kita yang terpaksa warded hospital, kita masih boleh
gagahkan diri untuk masuk ke hospital kerajaan. Tetapi jika anak yang
kecil, mereka memerlukan ibu untuk sentiasa berada di sisi. Jadi
eloklah si anak kita berikan medical card.
Jika kita tiada, maka anak itu hilang tempat bergantung.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!18

Takaful, Bayar Hangus?


Memahami konsep asas takaful
"Apa saya dapat kalau dalam tempoh 5 tahun saya langsung tak guna
medical card ni?"
Ini soalan paling kerap kami terima.
Sebenarnya saat tuan mula mencarum takaful, tuan sudah
memberi kegembiraan kepada orang lain.
"Bagaimana pula saya dapat gembirakan hati orang lain?"
Takaful menggunakan kontrak tabarru' yang bermaksud sedekah
atau derma. Duit kita bayar bulan-bulan itu adalah derma yang
dikumpul ramai-ramai untuk bantu ahli lain yang ditimpa musibah.
Mungkin bukan kita yang jatuh sakit, tetapi ada pencarum lain yang
ditimpa musibah.
Mungkin dalam tempoh 5 tahun kita tidak ditimpa musibah, tetapi
ada pencarum lain yang terpaksa berdepan dengan kos rawatan yang
tinggi.
Di situ wujud fungsi takaful iaitu saling membantu sesama
pencarum.
Kita mencarum takaful bukan sahaja untuk protect diri sendiri,
secara tidak langsung juga kita membantu orang lain.
Konsep takaful ini umpama tabung khairat kematian di masjid
kawasan tuan.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!19

Kita bayar caruman tahunan untuk tabung khairat itu supaya


sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, dapatlah warisnya
gunakan duit tabung itu untuk menampung kos pengebumian.
Ada tak kita tanya pada orang masjid, Imam, bila saya boleh
dapat balik duit yang saya bayar dalam tabung khairat ini. Dah lebih 6
tahun saya bayar!
Sudah tentu tidak.
Kenapa ada agen kata ada simpanan?
Sekiranya tuan ambil medical card sekali dalam produk investmentlink, maka akan ada sebahagian duit caruman bulanan pergi ke Cash
Value.
Boleh baca semula ebook ini dari awal untuk memahami konsep
Cash Value.
Duit dari Cash Value itulah yang ramai agen kata duit simpanan.
Bagi saya pemahaman itu kurang tepat.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!20

Medical Card Standalone vs


Medical Card Rider
Mana Satu Yang Lebih Baik?
Secara umum dalam takaful ada dua jenis produk medical card iaitu
yang standalone dan satu lagi yang attach dengan produk Investmentlink sebagai rider.
Soalnya, yang mana satu lebih baik?

Medical Card sebagai Rider


Medical card takaful biasanya ditawarkan sebagai rider dalam polisi
takaful hayat. Apabila kita sebut rider, ia bermaksud ia adalah pilihan
tambahan yang perlu diambil bersama polisi pelaburan.
Maksud kedua, ia akan ada cash value (nilai tabungan) selepas
beberapa tahun kita carum.
Biasanya dalam tahun pertama sehingga tahun ketiga, nilai
tabungan kita masih rendah. Jadi kita tetap perlu bayar caruman on
time.

Medical Card Standalone


Ia dipanggil standalone kerana ia ditawarkan secara bersendirian atau
solo. Maksudnya kita boleh hanya dapat polisi medical card tanpa
sebarang polisi pelaburan atau simpanan.
Ia nampak murah sebab kita hanya bayar caruman medical card
sahaja.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!21

Kekurangannya ia tiada cash value (nilai tabungan) yang


menyebabkan jika kita terlewat bayar maka polisi akan luput (lapse).

Apa beza antara dua?


Apabila kita mengambil medical card rider, kita perlu mengambil sekali
polisi pelaburan. Wajib!
Kami compare dua medical card untuk kanak-kanak (bagi usia 30
hari sehingga 18 tahun) yang mempunyai coverage hampir sama.
Harga bilik hospital yang boleh masuk juga tinggi iaitu RM300 sehari.
Satu rider dan satu lagi standalone.
Untuk caruman bulanan bagi medical card rider, jumlahnya lebih
kurang RM180 sebulan sebab ada bahagiannya dimasukkan ke dalam
polisi pelaburan.
Bagi medical card standalone, jumlahnya caruman lebih kurang
RM90 sebulan.
Ada perbezaan yang besar iaitu RM90.

Mana yang lebih baik?


Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.
Bagi orang dewasa, kami sarankan ambil sekali dengan polisi
takaful hayat supaya dapat bina plan Income Protection terus. Tetapi
untuk kanak-kanak kami lebih syorkan untuk ambil medical card
standalone.
Tetapi tiada nilai tabungan. Rugi saja saya carum setiap tahun,
tetapi tiada cash value.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!22

Kita ambil medical card bukan untuk menyimpan duit, kita ambil
medical card untuk cover kos rawatan hospital.
Tadi pun kita nampak ada lebihan RM90. Lebihan itu kita boleh
gunakan untuk simpan di dalam instrumen pelaburan yang lebih baik
seperti unit trust atau Tabung Haji.
RM90 jika disimpan dalam pelaburan yang boleh beri pulangan
sekitar 6% setahun, nilainya akan berganda kepada lebih kurang
RM41,000 dalam tempoh 20 tahun.
Ini jauh lebih tinggi daripada mengambil takaful pendidikan.
Tetapi medical card standalone tiada payor benefit.
Payor benefit adalah salah satu rider yang biasa ditambah bila
kita ambil medical card sebagai rider. Bagi kanak-kanak, caruman
mereka akan waive (bayaran caruman digugurkan) sehingga usia 23
tahun sekiranya si ayah meninggal dunia.
Kita kira berapa sebenarnya jumlah payor benefit ini.
Katakan caruman bulanan adalah RM180. Setahun ia jadi RM180 x
12 = RM2,160
Kita darab dengan 23 tahun, jumlahnya jadi RM49,680 atau lebih
kurang RM50,000
Bagi mendapatkan pampasan yang sama, kami sarankan si ayah
mengambil polisi takaful hayat dan bina plan Income Protection.
Bagi menambah jumlah pampasan si ayah kepada RM50,000, nilai
caruman tambahan si ayah perlu tambah lebih kurang RM15-20
sebulan sahaja.
TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!23

Payor benefit akan waive caruman bulanan untuk polisi anak selagi
tidak berlaku kenaikan harga. Jika berlaku kenaikan bayaran, kita masih
perlu bayar jumlah kenaikan tersebut.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!24

Simpanan Dalam Takaful


Betulkah ada simpanan?
Hampir semua pelan takaful keluarga mana-mana syarikat takaful ada
fungsi Cash Value atau tabungan. Dan kebanyakan agen takaful akan
sebutnya sebagai savings (simpanan).
Kecuali anda ambil medical card standalone. Bila sebut
standalone, ia memang tiada sebarang tabungan.
Apa fungsi tabungan? Perkataan yang lebih tepat ialah "cash value"
atau nilai tunai.
Jangan samakannya dengan simpanan anda di bank. Pasti akan
ada agen yang beritahu, "Tuan hanya perlu bayar takaful setiap bulan
dan tuan akan dapat perlindungan, simpanan dan pelaburan."
Kemudian si pencarum pun dengan rileksnya tidak membuat
sebarang simpanan peribadi di bank. Pelaburan pun tak buat kerana
menyangka takaful sudah setelkan semuanya.
Mindset ini perlu dibetulkan.
Saya pernah bertemu pencarum takaful yang sudah lebih 5 tahun
mencarum dengan jumlah carumah hampir RM500 sebulan.
Diajnjikan akan ada saving sekian-sekian.
Bila dia check dengan syarikat takaful, jumlah tabungannya hanya
ada sedikit sahaja. Lalu dia kecewa dan rasa dipermainkan oleh
syarikat takaful.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!25

Pertama, kita perlu tahu bagi polisi takaful investment-link, caruman


bagi tabung tabarru (premium) sentiasa meningkat mengikut tahun dan
keadaan semasa.
Jadi dengan adanya fungsi tabungan dalam polisi kita, ia boleh
menampung kenaikan tersebut.
Kerana itu ada agen yang berani kata jumlah yang kita carum
waktu muda akan kekal sehingga tua. TETAPI, ini juga mindset yang
salah.
Andai kata jumlah tabungan kita berkurangan dan tidak cukup
untuk menampung bayaran premium semasa, maka pihak syarikat
takaful akan minta untuk dinaikkan bayaran caruman bulanan.
Kedua, tabungan itu berfungsi sebagai backup seandainya
berbulan-bulan kita tiada duit untuk bayar takaful.
Ini pun dengan syarat duit dalam tabungan itu cukup banyak untuk
membayar bulan-bulan yang kita tidak mampu bayar.
Sekiranya tidak, polisi kita tetap akan luput (lapse).

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!26

Lagi-lagi Simpanan
Taktik agen takaful kata ada simpanan
"Takaful tuan ini ada savings tak?"
Ada satu norma di kalangan agen takaful bagi menjawab soalan di
atas.
Mereka tahu jumlah cash value tidaklah banyak pada 6 tahun
pertama.
Jadi apa yang mereka buat, mereka tambah rider saving atau top
up bagi menambah jumlah cash value.
Kemudian mereka pun jawab, "Ada. Selepas 5 tahun akan ada
x,xxx dalam simpanan takaful."
Ada kesalahan dari sudut etika sebagai agen takaful apabila
mereka tidak memaklumkan yang mereka tambah rider saving itu.
Sebab itu ada kes caruman mahal sehingga RM500 tetapi
coverage sangat kecil.
Ada kes saya jumpa mereka letak nilai RM150 pada rider saver itu
sahaja.
Ia berfungsi sama seperti kita membuat simpanan di bank atau
amanah saham. Tetapi akan ada caj yang ditolak setiap simpanan
setinggi 5% - 6%.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!27

Kos Bersalin
Apa yang dilindungi?
"Encik, takaful encik ni cover tak kos bersalin?"
Fungsi takaful adalah untuk menghadapi saat cemas yang tidak
dirancang atau ketidaktentuan dalam kehidupan.
Adakah bersalin / beranak itu termasuk perkara di luar
perancangan? Atau tahu-tahu saja tetiba esok terpaksa bersalin?
Jika tidak, maka tidak perlu ambil takaful untuk itu.
Mungkin ada insurans yang menawarkan polisi bersalin, tetapi
pasti caruman menjadi mahal.
Lebih baik dari awal tahu isteri bakal bersalin lagi 6-8 bulan akan
datang, kita mula menyimpan untuk saat itu.
Benda seperti ini kita masih boleh merancang.
Ada polisi yang cover perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
saat kelahiran seperti kelahiran pramatang atau penyakit kongenital
bayi.
Ini dalam plan Rider khas untuk wanita.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!28

Kenapa Hanya Cover Tahap


Akhir
Sakit Krtikal
"Tuan, kebanyakan rider critical illness tidak cover cancer tahap awal."
Ramai yang salah sangka terhadap rider penyakit kritikal ini
apabila agen kata, "Apabila diagnos sahaja akan dapat 100%
pampasan!"
Betul, tapi ia tidak cover cancer tahap awal.
Malah sakit jantung biasa pun tidak cover.
Pernah ada agen syarikat lain melenting kepada saya dengan kata
saya buat fitnah. Kemudian saya buka senarai penyakit kritikal, senarai
ini selaras semua syarikat takaful sama.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!29

Lihat:
No 2, Serangan jantung - keterukan tertentu
No 4, Kanser - Keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser
tahap awal.
No 8, Kegagalan Hati Tahap Akhir
Kenapa polisi Critical Illness tidak cover sakit tahap awal?
Secara logiknya, kita ambil takaful untuk perlindungan kewangan
akibat tidak mampu bekerja.
Dan biasanya kita masih boleh bekerja walaupun mengidap sakit
kritikal tahap awal.
Ada kes, tidak sedar pun sudah ada kanser, bila diagnos terus
tahap akhir.

Mahu ambil rider yang cover cancer tahap awal?


Boleh rujuk agen takaful tuan samada syarikat itu ada rider yang
lebih comprehensive atau tidak.
Contoh rider lain yang cover cancer tahap awal ialah
Comprehensive Critical Illness.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!30

Perlukah Pampasan 1 Juta?


Ketahui berapa yang kita perlukan

"Boleh buatkan aku punya polisi takaful cover Death/TPD 1 juta


tak?"
Terkejut mendengar permintaan kawan saya, terus saja saya
bertanya, "Kau nak buat apa dengan pampasan sebanyak itu?"
Ia umpama kau sepatutnya pakai Myvi tapi sebab ada banyak
lebihan duit, saja nak beli Civic.
Rakan tadi membalas, "Semalam ada agen syarikat xxx jumpa aku
kata bayar RM400 sebulan boleh dapat pampasan 1 juta."
Bila berjumpa agen takaful, jangan serah diri bulat-bulat kepada
mereka, "Adakah kau betul-betul perlukan 1 juta kalau kau mati? Kau
berhutang pun tak ada aku tengok."
Fungsi takaful ada 3 perkara:
1. Debt Repayment - Melangsaikan hutang kita apabila kita mati
2. Income Protection - Menyediakan tabung gaji kita sekiranya
berlaku kematian, lumpuh dan sakit kritikal
3. Medical Card - Menyelesaikan bil rawatan hospital
Setiap satu fungsi, perlu buat kira-kira berbeza. Malah mungkin
perlu ambil rider yang berbeza.
Kita ambil takaful ikut keperluan, bukannya ikut kata agen.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!31

Kawan tadi pun membalas, "Sekarang berapa sebenarnya yang


aku perlukan?"
Sekarang senaraikan hutang-hutang yang ada. Berapa pula
income yang mahu digantikan. Dan adakah kau perlukan medical card.
"Income aku bulanan RM4,000. Hutang rumah aku dah ambil MRTT.
Aku ingat nak ambil income protection plan saja dulu."
Selepas buat kira-kira, saya pun beritahu, "Caruman minimum yang
boleh aku cadangkan adalah RM190 untuk Death/TPD RM480k dan
Critical Illness RM200k.
Jangan ambil lebih daripada RM250 untuk income protection plan.
Sekiranya kau ada bajet sehingga RM370, kau boleh dapat maximum
Income Protection Plan tambah dengan Medical Card."
Tak sampai RM400 pun kan?
Jangan serah tengkuk pada agen takaful, pasti mereka akan
seronok memancung.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!32

Takaful Pendidikan
Mungkin ramai agen tidak bersetuju dengan pandangan saya
mengenai takaful pendidikan. Ada juga ibu bapa yang sedang mula
mencari-cari takaful pendidikan terbaik untuk anak mereka.
Ini pandangan peribadi saya.
Saya ulang ayat ini.
Fungsi takaful adalah untuk memberi perlindungan terhadap
kewangan.
Adakah sekiranya anak kita meninggal dunia, ia menyebabkan
kewangan kita terjejas? Atau gaji kita berkurang?
"Tapi kalau ambil takaful pendidikan dalam masa sama masih
dapat menabung untuk masuk universiti."
Tidak dinafikan dalam mana-mana produk takaful sekarang ada
fungsi pelaburan.
Dan saya juga tidak menafikan kepakaran ahli-ahli pelaburan yang
dilantik oleh setiap syarikat takaful.
Cuma cuba kira berapa daripada caruman bulanan untuk takaful
pendidikan itu yang betul-betul masuk ke dalam tabung cash value
(nilai dana) atau yang disebut tabung pendidikan itu?
Jika kita mencarum RM50 sebulan, berapa daripada amaun itu
yang dimasukkan ke dalam tabung? Dan berapa pula yang digunakan

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!33

untuk membayar caruman pelan asas bagi Death/TPD dan sakit


kritikal?
Bandingkan pula dengan sekiranya RM50 itu kita masukkan setiap
bulan terus ke dalam alat pelaburan khusus seperti Unit Trust atau
sekurangnya Tabung Haji.
"Tapi kalau masuk unit trust tidak dapat pampasan jika berlaku
kematian?"
Kita mahu buat duit daripada kematian anak atau betul-betul mahu
melabur untuk pendidikan dia?
Jika betul sayangkan anak, yang lebih patut ambil life takaful
adalah diri kita sendiri sebagai ibu bapa. Sekiranya sesuatu berlaku
kepada kita, maka anak isteri akan hilang tempat bergantung.
Sekiranya ada lebihan bajet dalam kewangan bulanan kita, boleh
tambah polisi medical card untuk anak.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!34

8 Perkara Sebelum Ambil Takaful


Sekarang, kesedaran untuk mengambil takaful hayat atau takaful
medical card sudah makin meningkat. Mungkin kerana tahap
pendidikan zaman sekarang sudah makin tinggi, dan pertambahan
bilangan agen takaful juga sudah makin ramai.
Jadi ramai pihak yang bercerita mengenai kepentingan takaful.
Jika ditanya dalam ofis, 1 daripada 3 rakan pasti sudah ada plan
takaful sama ada untuk diri sendiri atau juga untuk satu famili.
Walau bagaimanapun, menurut Malaysian Takaful Association
(MTA) jumlah caruman yang dimiliki oleh kebanyakan pencarum takaful
adalah di bawah standard perlindungan yang sepatutnya.
Rata-rata pencarum memiliki perlindungan kewangan selama 1
tahun gaji sahaja. Sepatutnya kita perlu ada perlindungan kewangan
selama 10 tahun gaji.
Ramai agen takaful hanya berfungsi sebagai jurujual. Sepatutnya
agen takaful berfungsi sebagai pembimbing atau pembantu kita untuk
merangka pelan takaful yang betul.
Kami senaraikan 8 perkara yang perlu kita tahu sebelum kita carum
takaful.

1. Ada banyak produk untuk keperluan berbeza


Ada pelbagai jenis produk di bawah satu payung syarikat takaful.
Dan ia dipanggil sebagai rider.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!35

Ada rider untuk wanita, rider kemalangan, rider critical illness, rider
medical card dan pelbagai lagi.
Setiap satu direka untuk memenuhi keperluan berbeza. Pilih mana
yang kita perlu sahaja.

2. Anda perlu melalui proses application


Selepas bertemu agen, permohonan anda akan diproses untuk
menentukan samada syarikat takaful ingin menerima atau menolak
anda sebagai pencarum.
Jika anda ada masalah kesihatan yang besar sebelum ini, anda
wajib beritahu supaya tidak berlaku sebarang masalah di kemudian
hari.

3. Bukan semua orang akan diterima


Ya, mereka yang sudah ada masalah kesihatan yang besar
sebelum ini berkemungkinan besar juga permohonan mereka bakal
ditolak.

4. Tugas agen hanya bimbing kita untuk memilih pelan


takaful
Tugas agen hanyalah membantu kita memilih pelan takaful terbaik
spesifik mengikut keperluan untuk diri kita.
Selepas itu, sebarang urusan kita boleh terus hubungi syarikat
takaful.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!36

5. Income Protection atau Takaful Medical Card?


Jika kita tahu lagi 3 bulan kita bakal menghidap penyakit
merbahaya, maka medical card adalah pilihan terbaik. Begitu juga jika
kita tahu lagi sebulan kita bakal mati, maka Income Protection adalah
paling baik.
Tetapi sudah tentu kita tidak tahu.
Cara paling selamat sekiranya kita adalah penyara keluarga, maka
utamakan Income Protection. Jika ada bajet lebih barulah lihat kepada
keperluan Medical Card.

6. Baca polisi
Polisi adalah dokumen rasmi yang lengkap mengenai apa yang
kita dilindungi dan apa yang tidak.
Jangan percaya pada agen bulat-bulat.

7. Berapa kerap saya perlu review polisi?


Jika boleh kita review setiap 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, gaji
kita juga sudah naik maka keperluan kewangan kita juga sudah
berubah.
Sebagai contoh hari ini kita bina plan Income Protection sewaktu
gaji RM3,000. Lagi 5 tahun mungkin gaji sudah naik RM5,000. Maka
plan Income Protection juga berubah.
Malah kadar Room & Board untuk medical card juga berubah.
Kalau 5 tahun dulu RM100 sudah cukup untuk dapatkan bilik di hospital
swasta. Sekarang RM150 baru dapat bilik.

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!37

8. Anda ambil insurans atau takaful?


Industri takaful baru saja meningkat di Malaysia dengan
penawaran produk yang sudah lebih baik daripada produk insurans.
Pastinya ada beza antara insurans dengan takaful (islamic
insurance). Ia bukan sekadar cop islamik sahaja. Malah cara produk
dibuat dan segala aqad yang ada semuanya dibuat berlandaskan
hukum syarak.
10 tahun sebelum ini masih ramai agen muslim yang promosi
insurans konvensional. Jadi elok tuan semak polisi adakah polisi tuan
itu polisi insurans konvensional atau polisi takaful?

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!38

Tuan ada sebarang persoalan


mengenai takaful?
Jangan segan silu untuk emel kepada
saya di azreehanifiah@gmail.com
Saja saya guna gambar ini sebagai penutup
supaya ..

TAKAFUL 101

WWW.RAHSIATAKAFUL.COM

!39

Anda mungkin juga menyukai