Aliran Gaji yang Ideal Dibuang kerja tapi Masih Senyum Simpanan vs Rezab gaji Bayar apa yang perlu sahaja Beli kereta tanpa interest Jangan bayar sesen pun pada Bank Kad kredit: Guna Cara bijak Pelan Tindakan Segera
Edaran percuma. Anda boleh mengedarkan semula ataupun menjual risalah ini asalkan kandungan risalah ini tidak diubah. Maklumat dalam risalah ini tidak boleh dianggap nasihat professional tapi ianya lebih kepada perkongsian maklumat untuk manfaat bersama. Sekiranya anda mendapat risalah ini tanpa mendaftar di http://pengurusanwang.com/ anda boleh memilih untuk daftar nama dan email anda di sana untuk membolehkan anda menerima update dan tool terkini dalam menguruskan wang gaji anda. Edisi Kemaskini April 2010
Selamat Membaca!
Bagaimanakah keadaan anda? Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan excess state atau mempunyai gaji yang melebihi perbelanjaan anda. Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu deficit dan equilibrium, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan menyelaraskan perbelanjaan anda. Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!
20%
15%
Rumah (20%)
10%
20%
Perbelanjaan Lain; bil telefon, gunting rambut, makanan etc (35%) Simpanan (10%)
30%
70%
Peruntukan nilai ini penting untuk anda mengawal dan tahu mana hilangnya duit bulanan anda. Adakah ianya disalurkan ke tempat yang betul yang boleh menjamin keutuhan kedudukan kewangan anda atau ianya dibazirkan tanpa sedar yang akhirnya menjerut diri anda sendiri. Jadi mari kita lihat bagaimana pecahan 70-30 yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar kewangan.
Rezab Gaji: Senyum bila dibuang kerja Apa itu rezab gaji?? Rezab gaji ialah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal imbuhan duit anda. Salah satu contoh kegunaan rezab gaji ialah untuk kegunaan apabila anda dibuang kerja. Peruntukan 20% dari gaji untuk simpanan rezab gaji adalah bahagian duit yang anda tidak boleh sentuh langsung sehingga ianya mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda. Maknanya, kalau anda dibuang kerja, anda masih ada wang untuk meneruskan kehidupan anda secara normal sementara mencari pekerjaan baru. Anda tidak memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap simpanan yang cukup iaitu untuk mencapai rezab gaji sebanyak 4-6 bulan nilai gaji anda. Kita amik contoh, secara kasarnya graduan seperti anda mempunyai gaji bersih sebanyak RM 2000;
Jumlah gaji = RM2000 Target capaian = RM10 000 (nilai 5 bulan gaji) 20% simpanan rezab gaji = RM400 sebulan Jumlah bulan: 10000/400 = 25 bulan (2 tahun 1 bulan)
Jaminan bukan setakat survival tapi jaminan untuk anda hidup secara normal walaupun tidak bergaji dalam tempoh gelap itu
Ketenangan sebab tak perlu gelabah kereta ditarik, pinjam along dan lain-lain
Jadi anda lebih tenang untuk mencari kerja yang lebih bagus, sebab anda tidak terlalu terdesak
Manfaatnya cukup banyak dalam situasi atau keadaan ekonomi dan trend pengambilan pekerja sekarang. Percayalah, sekiranya anda bekerja secara kontrak atau tidak, mengumpulkan wang rizab gaji Oleh: Muaz Hadi 5
Continue
Combine
Create/Generate: Pindahkan semua duit rezab gaji tersebut dan masukkan ke pelaburan amanah, sama ada ASB kalau anda tak mahu ambil risiko, atau cari mana-mana pelaburan unit trust yang boleh memberikan pulangan antara 10%-15%
Continue: Teruskan menyimpan dan target untuk pelaburan hartanah (beli rumah, beli tanah, bina rumah sewa etc)
Combine/Merge: Satukan pecahan 10% simpanan dan 20% rezab gaji menjadi 30% dan bahagikan untuk pelaburan, kecemasan, simpanan target (beli kereta baru, haji, pelancongan, etc)
Seperti yang disebutkan sebelum ini, anda perlu disiplin dalam menyimpan. Konsep 'simpan dahulu sebelum berbelanja' adalah satu konsep yang mudah tapi sukar untuk diamalkan. Jika anda boleh mengaplikasikan konsep ini, ketahuilah di penghujungnya nanti anda bakal tersenyum dengan baki akaun simpanan anda. Jadi apa yang anda kena buat untuk bahagian penyimpanan ini? 1. Buka 3 akaun yang berbeza. Satu untuk akaun gaji, satu akaun simpanan dan satu lagi akaun rezab gaji dan saya cadangkan terus buka akaun ASB (yang telah difatwakan 'harus' oleh Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk duit rezab gaji tersebut. 2. Buat potongan 'auto-debit' atau beri instruction khas untuk bank buat potongan terus dari gaji anda ke dua akaun lain tadi atau anda buat secara manual setiap kali gaji masuk. 3. Setelah rezab gaji anda mencukupi 4-6 bulan nilai gaji anda, pilih antara 3 cadangan pilihan yang dicadangkan di atas dan saya syorkan untuk anda pindahkan semua jumlah itu untuk pelaburan 'Unit Trust' yang Islamik 4. Buat simpanan ini secara konsisten dan monitor juga kadar faedah yang dibayar oleh bank. 5. Bagi yang beragama Islam, jangan lupa Halal dan Haram
Dua bahagian inilah yang akan menetukan dalam kategori mana anda berada, sama ada dalam kategori excessive state, equilibrium state atau pun deficit state. Secara kasarnya saya masukkan beberapa perbelanjaan secara specific yang termasuk dalam kadua-dua kategori. Untuk perbelanjaan tetap, anda tidak ada banyak pilihan melainkan membuat satu bahagian tetap dalam gaji anda bagi menampung perbelanjaan tersebut. Anda ada sedikit ruang untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut terutama dibahagian bil yang mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan
Hiburan o Anda boleh meminjam DVD dari teman sekerja dan ianya menjimatkan wang belanja wayang anda o Cari wayang alternative seperti pergi bersama teman lain ke wayang yang menawarkan tiket beli 4 percuma 1 ataupun ketika promosi Valentines Day ataupun semasa apa-apa promosi lain o Begitu juga untuk aktiviti bermain bowling, pergi bersama teman-teman dan semasa promosi lebih menjimatkan dan menyeronokkan
Huraian di atas adalah panduan umum macam mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Nilai diri anda sendiri, selalu lah bertanya pada diri sendiri beberapa soalan penting seperti; 1. Perlukah aku mengeluarkan wang untuk ini? 2. Adakah ini keperluan atau sekadar kehendak? 3. Jika aku tidak memilikinya, apakah kesan negative terhadap aku dan keluarga? 4. Mampukah aku memilikinya? 5. Apakah alternative lain yang lebih murah? Bolehkah aku meminjam dari teman-teman? Dalam kata lain, anda akan menjadi lebih berhemah dalam berbelanja sekiranya selalu menyoal diri anda sendiri sebelim berbelanja. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Ada yang berkata, ahh apa salahnya aku nak berbelanja, aku penat bekerja mencari wang, nak juga menikmati wang... Ya betul, anda ada hak mutlak terhadap wang anda, tapi anda harus tahu satu konsep, anda tidak perlu membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Akan kita bincangkan selepas ini, tapi secara kasarnya, anda boleh menikmati gaji anda, tapi ukurlah baju di badan sendiri, jangan nantinya di tengah bulan anda terbelit dengan bebanan kekurangan wang. Jika mampu, silakan.. itu wang anda, buat lah sesuka hati anda. J Oleh: Muaz Hadi 10
Anda mungkin sedar tapi memilih untuk buat-buat tak sedar. Sebenarnya anda boleh memilih untuk tidak membayar lebih dari apa yang anda perlu bayar. Cuba anda kira berapa sebenarnya interest yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah dan kereta, pasti anda akan dapati duit interest itu akan melayakkan anda membeli sebuah lagi rumah yang sama dengan rumah yang anda beli. Contohnya pengiraan interest yang perlu anda bayar untuk membeli sebuah kereta dan rumah;
Kereta RM70 000 - Bayaran muka 10% - Loan rate 3.5% - Ansuran 9 tahun - Sebulan RM767.08 Jumlah Bayaran = RM82 845 Jumlah Interest = RM 19 845!!
Rumah RM 250 000 - Bayaran muka 8% - Loan rate 6.5% - Ansuran 25 tahun - sebulan RM 1553 Jumlah Bayaran =RM 465 894 Jumlah Interest =RM 235 894!!
11
12
Husna
Memilih untuk membeli membeli kereta Honda Civic dengan bayaran muka sebanyak RM10 000 Mengambil hutang bank untuk pembiayaan selama 5 tahun dengan kadar interest 3.5% dan membayar RM 1762.50 sebulan Setelah 5 tahun, langsai hutang dan Husna telah membayar sebanyak RM15 450 untuk interest
Amer
Memilih untuk membeli sebuah kereta Kancil yang berkeadaan baik dengan harga RM10 000 Membuat simpanan khas yang konsisten sebanyak RM 1762.50 sama seperti bayaran bulanan Husna khas untuk membeli Honda Civic Membeli kereta Honda Civic secara tunai hasil simpanan 5 tahun dan menikmati penjimatan sebanyak RM15 400
13
Pada tahun ke-5 simpanan wang di "Tabung Haji' berbaki RM119,137.43 bermakna dia mendapat keuntungan sebanyak RM19,137.43 dari 'Tabung Haji', satu bonus yang besar dan dijamin halal oleh panel Syariah. Dari sudut pandangan bagi yang beragama Islam, Amer bukan sahaja menolak unsur-unsur 'syubhah' dalam pinjaman bank, tapi lebih dari itu dia membentuk satu disiplin penyimpanan wang dan menikmati keuntungan yang jelas dan dijamin dari aspek 'Syari'e'. Anda boleh rujuk isu halal dan haram dalam skim pinjaman dan bagaimana kedudukan riba' dari pandangan kepelbagaian ulama'.
14
15
Kak Norly terpesona dengan set 'kombo' sofa dan perabot yang harganya cuma RM10,000 dan dengan skim 'zero interest' yang ditawarkan dia yakin yang dia tidak rugi sedikit pun kerana tiada interest yang perlu dia bayar.
Harga: RM10,000 Kaedah: Ansuran 'zero interest' Pembayaran: Kad kredit UOB Tempoh bayaran: 87 bulan Jumlah Akhir Bayaran: RM13,764
Kita memang sedikit untung kerana tiada kadar interest dari syarikat pembekal, tapi kita tetap kena bayar sebab penggunaan kad kredit di situ. Seharusnya konsep zero interest yang difahami ialah, sekiranya kita membeli set kombo tersebut dengan harga RM10 000, kita hanya akan membayar RM10,00 tapi secara ansuran mengikut tempoh yang dibenarkan. Tapi pada akhirnya kita tertakluk kepada caj dari pihak kad kredit dan bayaran perkhidmatan dari syarikat penjual perabot tersebut. Memang nisbahnya boleh dikatakan masih sedikit, tapi anda masih berada dalam belenggu bayar lebih dari yang sepatutnya. Oleh: Muaz Hadi 16
Guna kad kredit dengan bijak! Anda boleh memilih untuk bergaya dengan kad kredit setiap kali membuat pembayaran dan menikmati manfaat yang disediakan seperti rebat minyak bagi pengguna Visa Citibank Petronas, rebat tunai bagi Visa Citibank Giant, 'Visa RHB Tesco' dan lain-lain tanpa membayar sesen pun interest pada bank. Caranya ialah anda melangsaikan semua bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum kiraan interest. Anda perlu prihatin terhadap deadline dan dengan cara itu anda sebenarnya berada dalam zon selesa dan telah mengaplikasikan konsep bayar apa yang perlu sahaja. Jangan jadi muflis kerana kad kredit, tapi pilihlah untuk mendapat lebih manfaat dan keuntungan dengan kad kredit anda!
17
ii) Beri perhatian kepada perkara-perkara di bawah Saya senaraikan beberapa benda penting yang anda kena ambil tindakan dan monolog pada diri sendiri. Anda harus mulakan langkah utama secepat mungkin untuk menjamin kesihatan kewangan anda! simpan dulu baru belanja paksa simpan (auto debit) delayed gratification (sabar dengan kehendak anda) belanja berkira pantau perbelanjaan harian mula menyimpan awal tumpukan pada yang utama enjoy apa yang ada ubahsuai rumah dengan kadar yang sesuai elak aksesori kereta Oleh: Muaz Hadi 18
iii) Pilih pasangan Low Maintenance Bagi yang belum mempunyai pasangan, cari dan pilih yang 'low maintenance' untuk kebahagiaan anda di masa hadapan. Untuk yang dah berkahwin dan berpunya, cuba didik pasangan anda untuk hemah berbelanja. Ini bukan 'joking' tapi ini serius. Dalam Islam kita disuruh memilih pasangan berdasarkan 3 kriteria utama iaitu agama, keturunan dan harta. 3 ciri ini kalau anda lihat secara hikmahnya dalam lingkungan holistik membawa maksud 'gaya hidup' oleh itu kita sememangnya disuruh dan digalakkan untuk menilai semua ini J . Apakah dia pasangan yang 'high maintenance'? Perhatikan pasangan anda dan nilai beberapa perkara untuk mengetahui dia nya 'high maintenance" ke tidak. Ini sekadar panduan kasar; PEREMPUAN Beg tangan - kalau begnya Gucci ori Fashion mahal Baju jenama mahal Makeupnya Gila shopping Kaki window shopping Handphone nya Kasutnya LELAKI Henphone nya - cari yang pakai henpon nokia hitam putih mcm penulis J Rokok Audio system kereta Sport rim Body kit kereta Baju dan seluar berjenama Sentiasa mengeluh tak ada duit Style
19
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan selain telah difatwakan harus pada tahun 2008 oleh majlis Fatwa Malaysia. Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung.. Akan tetapi, dalam keadaan dan fakta kes ini saya nyatakan kepada anda bahawa ada pelaburan emas untuk jangka masa panjang lebih menguntungkan berbanding ASB. Tak percaya?
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana pula? Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun sebagaimana graf yang ditunjukkan di atas. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun. Oleh: Muaz Hadi 20
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! Bagaimana hendak melabur dengan emas? Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.
Jika hendak diterangkan secara mendalam, saya bukan orangnya, takut salah dan mengambil masa yang lama. Walaubagaimanapun, jika anda berminat untuk tahu dan belajar bagaimana pelaburan emas boleh dilakukan dengan mudah (tanpa orang tengah, broker etc), saya cadangkan anda mengambil rujukan dari Pakar Emas Malaysia, En.Syukor. Jika berminat untuk mengetahui lebih mendalam bagaimana cara mudah melabur dalam emas di Malaysia, anda boleh terus ke;
http://pengurusanwang.com/go/emas
21
Bab 8: Penutup
Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja perkongsian kali ini. Apa yang penting ialah anda ada kesedaran tentang pengurusan kewangan dan tahu bagaimana nak menguruskannya. Risalah ringkas ini disusun supaya ianya ringkas dan mencakupi aspek-aspek kritikal yang kadangnya terlepas pandang oleh kebanyakan kita. Terima kasih untuk teman-teman terutamanya saudara Rozaidi Rusmin yang banyak bertanya lantas memaksa kudrat saya menulis risalah ringkas ini. Banyak lagi isu yang perlu anda tahu: Pembelian rumah Pinjaman peribadi Skim pelaburan dan nilaiannya Insuran dan takaful Manipulasi Overdraft Manipulasi ASB loan, sijil simpanan ASB etc Penggunaan KWSP untuk meminimumkan cukai Zakat dan cukai pendapatan Dan banyak lagi lah
Cari lah maklumat-maklumat tersebut kerana ianya amat berguna dalam menjamin keutuhan kewangan anda. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Kalau anda dapati ianya bermanfaat, sebarkan lah kepada saudara-mara dan teman anda untuk dimanfaatkan. Anda akan mendapat tools dan maklumat tentang pengurusan kewangan dari semasa ke semasa terus ke email anda jika anda mendaftar di http://pengurusanwang.com/ Sementara itu anda boleh dapatkan perisian yang boleh membantu anda menguruskan wang anda di http://pengurusanwang.com/download-tools/ Aliran pendapatan bulanan Pembahagian Pendapatan Ideal atau tidak dan banyak lagi..!!
Jangan biarkan masalah kewangan membelenggu diri anda. Kawal perbelanjaan anda dan mulalah mencari pendapatan-pendapatan tambahan untuk meningkatkan tahap kewangan anda. Mempunyai multiple income stream menjadikan anda tidak terlalu bergantung kepada gaji anda!
22
http://pengurusanwang.com/download-tools/
23