Anda di halaman 1dari 3

Pinjaman Peribadi Kuala Lumpur & Selangor

cari di laman ini

Cara Bahagikan Duit Gaji Supaya Dapat Jimat Untuk Masa Depan
IPP 03/07/2019 TIADA KOMEN TIPS KEWANGAN
Cara Bahagikan Duit Gaji Supaya Dapat Jimat Untuk Masa Depan
Kebanyakan orang, ketika menerima duit gaji, akan masukkan sahaja duit tersebut ke
dalam satu akaun bank. Kemudian, mereka akan berbelanja tanpa berfikir banyak
sepanjang bulan, dan apa yang tinggal pada akhir bulan dikira sebagai �simpanan�.
Kaedah menguruskan duit begini memang senang, tetapi akan menjadikan perancangan
kewangan anda untuk masa depan amat sukar. Lama-lama, anda akan sedar bahawa baki
bank anda tak naik-naik langsung, walaupun duit gaji anda masuk ke dalam bank
setiap bulan.

Jadi, apakah kaedah yang paling best untuk membahagikan duit gaji anda supaya anda
dapat jimat untuk masa depan?

Kaedah 20% + 50% + 30%


Mengikuti kaedah ini, anda mengira duit gaji bersih anda (jumlah yang betul-betul
masuk bank anda, sudah ditolak EPF, cukai pendapatan, SOCSO, etc). Kemudian, anda
membahagikan jumlah tersebut kepada 3 kategori mengikuti peratus di bawah:

20% Tabung Simpanan


Ini adalah kategori yang pertama untuk diuruskan � anda dinasihatkan supaya membuka
akaun simpanan yang khas untuk menyimpan wang untuk masa depan sahaja. Pada hari
yang sama apabila gaji anda masuk, terus pindahkan 20% daripada jumlah gaji ke
dalam akaun simpanan ini, dan lupakannya. Duit ini tidak patut disentuh langsung
kecuali dalam masa yang betul-betul kecemasan. Lama-lama, anda akan melihat baki
dalam akaun ini berkali ganda dan berasa puas hati dengan disiplin anda.

Contoh orang yang bergaji RM2000 sebulan: RM2000 x 0.2 = RM400 terus dimasukkan ke
dalam akaun simpanan.

RM400 sebulan x 12 bulan = RM4800 setahun disimpan

50% Hutang & Bil Tetap


Kemudian, menguntukkan 50% gaji untuk bil tetap dan bayaran hutang. Bil tetap
termasuk bil elektrik, air, internet, telefon, dan sebagainya. Ia TIDAK termasuk
bil kad kredit yang digunakan untuk pembelanjaan makan & minum di luar, hiburan,
pakaian, dan sebagainya. Bil ini akan termasuk dalam kategori seterusnya.

Selain bil tetap, peruntukan 50% ini juga meliputi bayaran hutang, contohnya
bayaran balik pinjaman peribadi, loan kereta/rumah, pinjaman niaga, dan sebagainya.
Jadi, jika anda teringin memohon pinjaman peribadi, anda patut mengira jumlah
bayaran bulanan hutang yang kini ada, termasuk bil-bil tetap bulanan, dan
memastikan ia tidak melebihi 50% gaji bersih.

Contoh orang bergaji RM2000 sebulan: RM2000 x 0.5 = RM1000 had maksima untuk jumlah
bayaran bulanan hutang & bil tetap.

30% Pembelanjaan Semasa


Kategori last adalah 30% gaji bersih yang diperuntukkan untuk membiayai
pembelanjaan hidup yang lain, seperti bahan dapur, pengangkutan (petrol/toll),
hiburan, dan sebagainya. Inilah kategori yang anda perlu kawal dengan ketat, kerana
jumlah ini boleh banyak berubah bulan ke bulan, dan senang dilampau jika suka
belanja mengikuti nafsu sendiri. Untuk kawal pembelanjaan ini dengan lebih efektif,
cuba mengeluarkan jumlah penuh dalam duit tunai dan bahagikan lagi untuk setiap
kategori kecil, seperti bahan dapur, pengangkutan, hiburan, dan sebagainya. Dengan
kaedah ini, anda dapat senang melihat baki dalam setiap kategori, dan tanya diri
sendiri jika memang boleh mampu makan kat luar/beli baju baru/tonton wayang ini.
Anda boleh juga memindahkan wang di antara kategori, contohnya bulan ini anda
hendak beli baju baru, jadi anda kena kurangkan bajet belanja makan luar untuk
mampu beli baju tersebut.

Dengan panduan ini, jom berusaha untuk membahagikan duit gaji kita untuk menjamin
masa depan yang terang!

DUIT GAJI PINJAMAN PERIBADI TIPS KEWANGAN


Artikel Berkaitan
tips-memilih-pelaburan-anda
Tips Terbaik Apabila Memilih Pelaburan Anda
06/11/2019
Pinjaman Peribadi Untuk Perniagaan - Wanita dalam pakaian pejabat sedang berfikir
Adakah Pinjaman Peribadi Sesuai Untuk Perniagaan Anda?
05/09/2018
Kos Tersembunyi Pinjaman Peribadi - Tangan memegang dompet kosong
Kos Tersembunyi Pinjaman Peribadi
05/09/2018
Tips Keselamatan Ketika Online Shopping
Tips Menjaga Keselamatan Diri Ketika Online Shopping
14/01/2021
Kongsi Pendapat Anda
Your email address will not be published.

Komen

Name

Email

Website

ipp logoTentang IPP


iPP adalah portal yang memudahkan semua medapatkan pinjaman peribadi yang Cepat,
Mudah, dan Selamat di Malaysia.

Cari Pinjaman Anda Sekarang


RECENT POSTS
i-Sinar: Gandakan Jumlah Duit Pinjaman Anda! 24/03/2021
4 Cara Mengurangkan Bayaran Insurans Kereta 17/03/2021
Fikirkan Nak Hantar E-Ang Pow Tahun Ini? Beginilah Caranya! 10/02/2021
Tips Membayar Bil Bulanan Dengan Tepat 04/02/2021
Selalu Terlupa Membayar Bil? Inilah Akibatnya! 29/01/2021
KATEGORI
CCRIS dan CTOS (4)
Hutang (5)
Kad Kredit (2)
Pelaburan (3)
pembelanjaan (5)
Perayaan (1)
Pinjaman Koperasi (1)
Pinjaman Peribadi (39)
Pinjaman Untuk Perniagaan (2)
Raya (4)
Scam Kewangan (13)
Scam Pinjaman Peribadi (16)
Tips Kewangan (30)
Tips Perbelanjaan (2)
Wang Pendahuluan (1)

Hak cipta � 2018 iPinjamanPeribadi.com.my | Hak cipta terpelihara. | Penafian IPP

Anda mungkin juga menyukai