Inche Naim
Home
Penulis
Artikel
Artikel ini akan menunjukkan kepada anda kaedah yang berkesan untuk mengurus wang
dan gaji bulanan anda.
Artikel ini pada asalnya dalah petikan daripada kursus panduan cashflow oleh
Suzardi Maulan.
Jadi jika anda orang yang �buta kewangan� seperti saya, maka insyaaAllah anda akan
mendapati panduan ini sangat berguna.
Isi Kandungan
Buat Catatan Setiap Sen Yang Keluar
Utamakan Berbelanja Perkara Yang Penting
Berbelanja Apa Yang Kita Suka
Membina Belanjawan Bulanan
Strategi Haji Bakhil
Catat Sebelum Shopping
Kempen Si Hijau
Teknik �Declutter�
Membina Tabung Kewangan
Keluarkan Zakat
Tak kisahlah tu, pilih sahaja mana-mana cara mencatat yang tuan selesa nak buat.
Kalau suka cara old school, pakai pena dan kertas, guna cara tu.
Kalau celik teknologi, suka semua benda catat dalam aplikasi telefon pintar, pun
boleh.
Apa yang tuan perlu tuan buat adalah mencatat semua duit masuk DAN duit keluar.
Setiap sen.
�Saya nak keluar dari masalah tak cukup duit setiap bulan.�
�Saya berazam akan track setiap sen duit masuk dan keluar dari poket saya untuk
ubah situasi ini.�
Langkah 1: Mulakan Pada Hari Gaji
Masuk gaji berapa haribulan?
Jika gaji dapat setiap 25hb setiap bulan, maka catatan ini akan habis pada 24hb
setiap bulan.
Sekarang ni tulis berapa duit gaji yang tinggal dalam akaun yang digunakan sampai
gaji yang seterusnya.
Sekiranya ada meminjam duit kawan, sedara, suami / isteri, anak pun kena tulis.
Jangan lupa juga segala tuntutan perbelanjaan di tempat kerja, elaun, bonus dan
seterusnya.
Masa di stesen minyak tadi, singgah ATM nak keluarkan duit, ada tak beli rokok ke
(tak payah la merokok lagi, bakar duit sahaja), gula-gula ke, coklat ke. Catat
semua.
Semua ada.
Caranya adalah, kalau masa isi minyak tadi bayar guna kad kredit, tulis �Minyak RM
50 kad kredit.�
Nanti masa bayar hutang kad kredit, buka statement tengok dulu, catat juga berapa
finance charges bulan tu.
Tapi kalau makan tengah hari tadi, RM 7.00 bayar tunai, tulis tunai.
Maksudnya kena ada kolum catatan, yang mana satu tunai, yang mana satu kredit.
Bila transaksi tunai, pastikan setiap malam tengok dompet tu, tally ke tidak dengan
catatan.
Ya, 90 hari.
Bukan senang nak senang. 90 hari je pun, mengandung pun 9 bulan. Ini antara langkah
yang penting supaya dapat jadi senang bertahun-tahun.
Dah ada rekod, senang je nak buat. Pasti kita dapat tahu ke manakah kita
membelanjakan duit kita setiap bulan.
Duit itu tidak hilang. Kalau hilang pun, kita lah toyolnya.
Duit itu tidak dirompak. Kalau dirompak pun, kita lah perompaknya.
Lalu kita cuba cara sebab pembelian tersebut supaya diri kita boleh terima,
kononnya dah rasional masa berbelanja.
Hakikat, kita selalu beli barang yang kita takkan pakai, jarang pakai dan tidak
perlu pun.
�Tengah ada diskaun ni, nanti ada kenduri kahwin senang dah ada baju.�
�Nampak cantik pula pakai cermin mata hitam ni. Macam artis pula rasanya. Hihihi�
KEPERLUAN
Jika kita tidak membelinya kita mati
Makan minum
Tempat tinggal
Pakaian
Ubat
Pendidikan
KEHENDAK
Kalau dapat OK, boleh ditangguhkan
Kereta
Astro
Langganan Surat Khabar / Majalah
Spotify
KEMEWAHAN
Sekali sekala, boleh tangguh
Modify Kereta
Air kopi starbuck
Percutian hotel 5 bintang
Etc
Apa-apa yang jatuh dalam kategori kemewahan dan kehendak maka ia dapat dipotong
atau ditangguhkan.
Puasa kewangan.
Tahan nafsu.
Berdasarkan catatan yang kita dah buat, maka kita tengok satu persatu tabiat
perbelanjaan kita.
Kemudian boleh buat keputusan untuk potong atau kurangkan mana berdasarkan
keutamaan.
Penjimatan 1
Kita baru perasan rupanya kita berbelanja hampir RM 50 sebulan kerana membeli
akhbar setiap hari.
Penjimatan sebulan: RM 50
Penjimatan 2
Ada TV pun kalau asyik sumpah seranah sahaja tengok berita, buat apa tonton tv
lagi?
Jika memang kita menonton semua saluran yang kita beli ok, tiada masalah. Berbaloi
lah. (Betul ke?)
Namun jika kita teliti semula, selalunya kita bayar ratusan ringgit sebulan untuk
melanggan saluran yang kita tidak tonton dan ehem� untuk mendapatkan �kualiti
gambar lebih sedikit� dan�
Penjimatan 3
Sehari kita menghabiskan sekotak rokok.
Penjimatan: RM 450.
Apa kata tuan tidak guna aircond selama 1 bulan jika mahu tahu berapa banyak
sebenarnya duit kita gaji kita habis untuk kegunaan elektrik sahaja?
Berbelanjalah untuk perkara yang kita suka, dan, jangan berbelanja untuk perkara
yang kita tidak suka.�
Contoh.
Masih bujang dan memang jenis yang suka berjalan dan tidak suka duduk rumah.
Contoh lagi.
Guna internet sahaja lah di rumah. Tak perlu habiskan duit beli televisyen, langgan
saluran televisyen berbayar.
Lebihan duit yang diterima sebab tidak ada televisyen di rumah ini dapat digunakan
untuk aktiviti sukan yang kita suka dan minat.
Mahu contoh lagi?
Maka beli lah telefon yang paling murah, plan data paling murah dan lebihan duit
itu digunakan untuk membeli buku-buku yang kita suka.
Senaraikan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka melalui jadual sepert
ini.
Selalunya perkara yang kita suka kita pasti memanfaatkannya dan jika kita tidak
suka kita tidak akan usik langsung seperti langganan majalah (edisi bulan-bulan
lepas masih dalam plastik!).
Maka dalam situasi di atas perbelanjaan untuk duduk di rumah yang selesa adalah
lebih utama berbanding perbelanjaan ke atas kereta.
Kereta biasa pun tidak mengapa, asalkan rumah besar dan selesa.
Situasi di atas juga tidak memerlukan kita membeli kamera yang mahal-mahal yang
berharga ribuan ringgit jika telefon kamera adalah mencukupi.
Cuba fikirkan.
Saya tak berapa suka. Saya lebih suka beli bisnes yang bagus-bagus.
Rumah-rumah tersebut dapat disewakan, menjadi aset seterusnya dapat dijual apabila
kita memerlukan duit.
Lego, koleksi Star Wars, jam tangan, beg tangan jenama tertentu dan macam-macam
lagi.
Tapi pastikan jangan jadi hoarder pula. Jenis beli sahaja tapi jual tak mahu.
Sampai jadi semak di mata orang lain.
Sebagai seorang peminat, sudah tentu kita tahu barang apakah yang mempunyai nilai,
dan barang apakah yang tidak mempunyai nilai.
Contohnya Star Wars, peminat asli pasti tahu antara Darth Vader dengan Captain
Phasma, mana yang lebih bernilai.
Sekiranya minat kita bukan terhadap benda yang fizikal, tetapi lebih kepada sesuatu
aktiviti yang berkemahiran tinggi, seperti berenang, menjahit, melukis dan
seterusnya pastikan kita betul-betul pandai untuk melakukannya.
Sebab memindahkan kemahiran tersebut kepada orang lain juga dapat menjadi sumber
pendapatan.
Melalu belanjawan yang dibuat, kita menetapkan bajet outing sebanyak RM 150
sebulan.
Andaikan pada minggu pertama semuanya sudah habis dipakai. Maka kita tidak perlu
lagi outing pada minggu seterusnya.
Malangnya bulan tersebut kita terseliuh kaki dan tidak boleh bermain, maka RM 50
tersebut dapat digunakan untuk menampung bajet lain yang telah defisit, seperti
bajet outing tadi pula.
Jadi, apa yang perlu dibuat selepas dapat gaji adalah terus keluarkan semua duit
dari ATM berdasarkan kiraan belanjawan dan terus simpan dalam sampul.
Maka bawalah sampul itu ke mana-mana dan tinggalkan semua kad ATM, kad kredit di
rumah.
Setelah tolak perbelanjaan simpanan, bagi duit kepada emak ayah, bayar hutang,
sedekah, takaful maka kira berapakah baki duit yang tinggal.
Andaikan gaji bersih adalah RM 3,000. Setelah tolak perbelanjaan yang dimaksudkan
itu tadi masih berbaki RM1,400.
Asingkan RM 350 ini siap-siap. Tulis, sampul minggu 1, minggu 2, minggu 3 dan
seterusnya.
Keluar rumah hanya dengan membawa sampul ini sahaja untuk berbelanja sepanjang
tempoh 7 hari tersebut.
Ada juga yang tidak menggunakan sampul. Tapi dia buka sehingga 5 akaun bank.
Tiada masalah. Sekarang semuanya online banking, mudah nak transfer duit.
Duit gaji masuk ke akaun bank A. Berdasarkan kiraan di atas, RM 1,600 itu
dtinggalkan dalam akaun tersebut.
Bank B: RM 350
Bank C: RM 350
Bank D: RM 350
Bank E: RM 350
Maka, akaun-akaun bank tadi dapat menjadi sampul elektronik. Tak bawa sampul, tapi
bawa kad ATM sahaja.
Dengan cara ini, boleh berbelanja guna debit card mungkin sebab nak kumpul mata
ganjaran.
Haji Bakhil: Bak mari. Oh kau senyum ya, kau perlikan aku. Hei, Duit 1 sen ni kalau
dikumpul, kalau dah banyak boleh buat rumah batu.
Merujuk kepada watak dalam filem P. Ramlee, Labu Labi iaitu Haji Bakhil.
Apa yang patut kita buat adalah tidak membazir, dan bukannya langsung tidak mahu
berbelanja.
Strategi ini adalah untuk short term measure supaya ada cashflow lebih setiap
bulan.
Minta harga diskaun kepada penjual. Barangkali itu situasi biasa bagi setengah
daripada kita. Bagus. Bagi yang kurang biasa tawar menawar, dapat amalkan windows
shopping.
Malah, kalau kita betul-betul semak, catat perbelanjaan, kita dapat tahu bilakah
sesuatu barang itu sedang dijual murah.
Harga lampin, susu anak ini berbeza-beza setiap kedai. Malah, kedai yang sama pun
adakalanya menjual jenama yang sama pada harga yang berbeza-beza.
Jadi, sekiranya kita peka dengan perkara ini, maka kita dapat mencari masa yang
sesuai untuk membelinya.
Bila perasan susu anak harga boleh berbeza sampai RM5 misalnya, maka beli lah lebih
sikit.
Lebih-lebih lagi pada akhir tahun yang lebih dikenali dengan YES ; Year End Sales.
Produk yang selalu dijual pada harga diskaun ini adalah produk seperti pakaian, beg
tangan, kasut, perabot dan lain-lain lagi.
Selain itu, dapat juga mata ganjaran yang dapat digunakan di kemudian hari.
Bak kata Haji Bakhil, kalau 1 sen lama-lama kumpul pun dapat buat rumah batu,
penjimatan RM10, RM20, RM30 yang diterima itu jika dikumpul lama-lama dapat buat
bayar hutang.
Lebih-lebih lagi barangan kering. Barangan anak seperti lampin dan susu.
Jadi tak perlu nak pergi beli barang di pasar raya 2-3 kali sebulan, malahan dapat
jimatkan kos dari segi kos minyak dan parking.
2.�Jadi Kedekut�
Seterusnya.
Kita sering makan di luar dan setiap kali kita mahu memesan sesuatu makanan, cari
makanan yang lebih murah sebanyak RM 1, seperti nasi goreng USA ditukar menjadi
nasi goreng cina, atau cuma pesan air kosong.
Dengan tidak membeli air sirap, air limau ais atau teh tarik setiap kali membeli
makanan diluar dapat menjimatkan lebih dari RM1.
Tiga kali makan di luar sehari sudah dapat jimat lebih dari RM 3.
Amalkan selama 30 hari kita sudah dapat menjimatkan lebih dari RM 100.
Contoh lain:
Ada dua baju yang kita suka. Maka beli baju yang murah sedikit harganya.
Apabila sampai di rumah, perbezaan tersebut terus kita simpan dalam tabung.
Lakukannya dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang lain juga.
Lagi-lagi apabila lapar. Semua benda nampak sedap. Semua benda mahu dicuba.
Cuba tengok apa yang di bawa pulang dari pasar Ramadhan, dan apa yang berlaku
selepas berbuka secawan air.
Berikut pula adalah langkah-langkah jimat duit semasa mahu berbelanja di pasar
raya:
1. Tulis Barang Apa Nak Beli
Tulis atas kertas.
Senaraikan barang yang hendak dibeli sahaja. Bila dah buat catatan perbelanjaan
seperti yang dah ditunjukkan sebelum ni, mudah sahaja proses tu.
Bukan sebab takut terlupa beli barang tetapi yang lebih menakutkan adalah terlebih
beli
barang.
Cadang hendak beli 10 sahaja barang tapi bila sampai rumah, rupanya baru tersedar
barang yang dibeli sebentar tadi berjumlah 20 jenis barang. Bertambahlah ongkosnya.
�Takpe lah abang, nanti bila-bila mesti akan gunakan juga. Standby dalam rumah�
kata si isteri.
Akhirnya kita sendiri hairan ke mana duit habis setiap bulan disebabkan kita
membeli barang yang tidak perlu tetapi dirasakan perlu.
Saya dah kongsikan kaedah sampul kan. Sampul fizikal boleh, sampul digital pun
boleh.
Lebih-lebih lagi jika tuan tidak mempunyai bajet nak bayar hutang-hutang tersebut.
Kad kredit dicipta untuk memudahkan transaksi dan juga sebagai bius. Apabila kita
membayar dengan duit tunai, ia dapat mencederakan emosi kita sebagai pembeli.
Kita sebenarnya berasa �sakit secara emosi� apabila melihat duit yang ada dalam
dompet kita habis demi sedikit.
Misalnya sebelum pergi Tesco ada 10 keping RM 50, keluar Tesco cuma tinggal 2
keping not RM 50 sahaja.
Berbanding dengan menggunakan kad kredit, kita tak terasa apabila kita swipe kad
kredit itu selepas membeli belah.
Kita cuma terasa sedikit sakit apabila mendapat penyata kad kredit setiap bulan.
Itu pun sekejap sahaja kerana bank membenarkan kita membayar cuma 5% sahaja dari
hutang yang kita kumpul.
Malah ada orang tak buka penyata kad kredit setiap bulan sebab tidak mahu langsung
rasa dicubit!
3. Pergi Berdua
Berdua itu lebih baik.
Suami-isteri berbelanja sama-sama.
Bukan apa, Sheikh al-Dimashqi ada berpesan apabila kita mahu membelanjakan duit
kita, ini yang berlaku.
Sebab bila isteri dia nak beli handbag baru, suami menjeling pelik seraya berkata
dalam hati, �Bukan dah ada 7 handbag ke isteri aku ni��
Pandangan couple tak boleh pakai, sebab pakwe selalu nak menjaga hati makwe. Dia
akan kata, �Beli je baby��
Dah penat, nampak kedai lapar. Makan di kedai pastinya lebih mahal daripada masak
sendiri di rumah. Orang bujang mungkin tidak terasa sangat bezanya tetapi orang
yang berkeluarga besar pasti terasa sekali makan di luar banyak nak belanja.
Lebih-lebih lagi bawak anak. Biasalah anak berguling nak makanan ringan yang dia
mahu.
Jika sudah ada dalam belanjawan tidak mengapa. Kena kuat hati, tutup telinga ikut
sahaja pelan perbelanjaan yang sudah dicatat sekiranya ia berlaku.
Kita akan tertarik dengan macam-macam benda yang kita tidak kawal.
Kebiasaannya jika beli barang dapur, kita dah tahu di manakah lokasi barang-barang
tersebut.
Maka tidak perlu melencongkan troli di tempat lain. Kalau mampu tahan tangan dari
masuk bakul tidak mengapa, namun selalunya berlaku sebaliknya.
La, tadi masa buat catatan tak fikir ke barang tu. Kata dah lama cari kan.
Begitulah emosi. Bagaimana kita merompak duit kita sendiri tanpa kita sedar.
7. Kempen Si Hijau
Mari kita buat Kempen Si Hijau.
Kempen Si Hijau adalah adalah kempen menyimpan setiap keping RM 5 yang kita dapat.
Guna sahaja mana-mana bekas lutsinar yang ada di rumah, gunakan bahan terpakai.
Misalnya, bekas air mineral plastik 1.5 liter. Bersihkan dan tunggu kering. Buka
label dan
jadikan ia tabung Kempen Si Hijau.
Kelebihannya, senang nak masukkan duit, sukar untuk dikeluarkan (kena potong
botol!).
Apabila kita bermula dengan tabung kosong dan setiap hari timbunan duit makin
bertambah, kita sekeluarga akan menjadi lebih bersemangat untuk menyimpan!
Apabila kita berbelanja di mana-mana, apabila menerima baki RM 5 maka Si Hijau tadi
hendaklah diasingkan.
Sampai sahaja di rumah terus masukkan ke dalam tabung. Jadi, jika rasa tertekan,
dapat kurangkan belanja.
Si Hijau ini tidak keluar dari ATM. Tetapi kita memperoleh Si Hijau banyak kali
setiap
kali kita berbelanja.
Justeru, kita tidak terasa terbeban setiap kali keluarkan duit gaji dari bank!
Kempen ini dapat jadi lebih seronok jika kita ada matlamat spesifik.
Selepas setahun atau nampak dah membukit, sila terus simpan dalam akaun Tabung
Haji / ASB.
5. Libatkan keluarga bersama
Pasangan kita. Anak-anak yang sudah dapat mengenal duit �Si Hijau� juga kita dapat
galakkan agar bersama kita menabung.
Proses ini akan menjadi lebih seronok dan menghiburkan apabila anak-anak pun
terlibat.
Awas!
Strategi ini akan menguji �keimanan� kita sejurus selepas kita memulakannya.
Mungkin ada makcik kedai makan yang akan memulangkan baki semuanya �Si Hijau� dari
not RM50 yang kita beri semasa membeli makan tengah hari.
8. Declutter
Lepas baca nota ini buat 2 perkara berikut:
Kemas rumah! Kemas almari baju! Kemas stor! Kemas bilik anak! Kemas dapur!
Menakjubkan.
Ya, kita kemas rumah kita sendiri. Ini bukannya ambil upah kemas rumah abang kita,
kakak kita.
Dalam rumah sendiri dapat jumpa macam-macam benda yang masih elok cantik berplastik
dan jarang-jarang digunakan.
Antaranya:
2. Barang yang masih elok sila bersihkan, lipat dan beri pada pihak yang lebih
memerlukan.
3. Jualan carboot sale. Tak semestinya carboot sale. Kedai second hand. Jual
melalui online.
Cabaran Semasa Declutter:
(i) �Eh rasa nanti berguna ni,�
Kalau barang milik almarhum ibu bapa kita, cara yang sebenar adalah mendoakan
kebaikan mereka.
Move on.
Percayakan si dia.
Kalau tidak ditabungkan, maka jadilah ia angan-angan mat jenin. Asyik berangan
sahaja tapi buatnya tidak. Akhirnya satu pun tak dapat capai.
Tabung-tabung yang telah dinyatakan dan secara asasnya kita semua kena ada adalah:
Tabung-tabung ini ada yang bersifat short term. Ada yang bersifat long term.
Setiap orang tidak sama. Bergantung kepada usia dan keperluan masing-masing.
Jadi selepas dah buat tabungan-tabungan tersebut, kenal pasti yang mana satu tabung
yang
bersifat long term dan yang mana satu tabung yang bersifat short term.
Tapi sebenarnya tak cukup 10% tu. Tapi dari tidak ada langsung, ok lah. Kalau 10%
pun tidak mampu, simpanlah walaupun RM 50 sebulan.
Maka, sila buat arahan potongan tetap / standing instruction supaya lepas dapat
gaji sahaja duit ini terus masuk dalam akaun-akaun seperti fixed deposit, Tabung
Haji atau ASB. Ini adalah langkah pertama.
Langkah kedua, pastikan duit yang telah disimpan itu tidak dibelanjakan pada hujung
bulan. Jangan link akaun Tabung Haji dengan mana-mana perbankan online atau ATM.
Ketiga, susahkan diri dari keluarkan duit tersebut. Jadi, buku akaun Tabung Haji /
ASB itu misalnya simpanlah di kampung.
Keempat, jangan gunakan dividen atau bonus yang diterima. Simpan je dalam akaun-
akaun tu. Biarkan kuasa kompaun membuatkan tuan membuat simpanan berganda.
Duit dalam ASB berganda setiap 9-10 tahun. Duit dalam Tabung Haji berganda setiap
12 tahun.
Memang tidak ada cara yang sekelip mata boleh ada banyak simpanan.
Kena bersabar. Kalau menyimpan pun tak boleh bersabar, nanti nak melabur lagi susah
untuk mahu
bersabar.
Pandai-pandailah kira.
Itu bergantung kepada diri masing-masing. Setiap orang citarasa tak sama. Setiap
orang ada deadline kewangan yang berbeza-beza.
Ada individu nak pergi menunaikan haji melalui pakej, ada individu mahu menunaikan
haji melalui muassasah.
Nak anggarkan berapa kos asas yang diperlukan untuk pergi haji melalui pakej,
tengok berapa kos sebenar yang perlu dibayar, kemudian darab 2.
Kalau simpan seorang diri RM 1,000, maka ia cuma dapat dicapai dalam masa 8 tahun.
Tapi kalau dua-dua dapat simpan RM 1,000 seorang, maka dalam masa 4 tahun dah dapat
capai.
Begitulah.
Jika kita mahu mendapatkan senyuman dari orang lain, maka senyumlah terlebih
dahulu.
Jika kita mahu mendapatkan penumbuk, maka tumbuklah orang lain dulu.
Kalau tidak mahu buat bajet khas kerana takut wujud sifat tidak ikhlas, maka bagi
orang lelaki misalnya setiap hari Jumaat hulurkan apa sahaja yang sudah ada dalam
poket baju ketika tabung derma melintas.
Jika ada RM1, beri RM1. Jika kebetulan dalam poket RM50, beri juga. Ok?
Di sisi-Nya jumlahnya berganda menjadi lebih dari RM 490,000 dan Allah swt
memulangkan semula sejak kita berada di dunia lagi sehinggalah ke hari akhirat.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti 1 biji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi
ilmu pengetahuanNya.
� al-Baqarah: 261
Harta yang kita sedekah walaupun nampak macam kurang, tetapi sebenarnya sedekah
sama sekali tidak mengurangkan harta kita.
Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah
itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah
pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan
keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah �Azzawajalla.
� Direkodkan oleh Imam Muslim
Banyakkan memberi, berusaha bersungguh-sungguh mahu bayar hutang dan Allah swt
pasti memudahkan jalan rezeki.
Ia tidak memberi kita kebahagiaan, tapi wang memberi kita lebih kebebasan dalam
membuat pilihan.
Dan dengan membina asas kewangan yang kukuh, kita meletakkan diri kita dalam
keadaan yang lebih stabil untuk menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.
Salah satunya adalah seperti kita belajar dalam panduan ini: � kaedah mengurus wang
dengan bijak.
Saya berharap panduan dari Pak Di ini akan membantu kita sedikit sebanyak untuk
celik wang dan membina kehidupan yang lebih baik!
kongsikan:
FacebookTwitterWhatsApp
Artikel berkaitan:
Beli waktu untuk bahagia
Wang Tidak Memberi Kita Bahagia � Tetapi Ia Memberi Lebih Kebebasan Dalam Kehidupan
perkara yang mesti dibuat selepas publish artikel
9 Perkara Penting Perlu Dibuat Selepas Publish Artikel
tajuk artikel blog yang menarik
11 Formula Menulis Tajuk Artikel Blog Yang Menarik (Dengan Contoh)
Tinggalkan Komen Anda..
guest
2 COMMENTS
kaklong
kaklong
20 hari yang lalu
Terima kasih ..sangat bermafaat
Balas
Pakar Rujuk Cukai
Pakar Rujuk Cukai
1 tahun yang lalu
Satu lagi bidang yang wajib kita tahu ialah pelepasan cukai dari perbelanjaan kita
samada pencukai individu atau cukai dari perniagaan tunggal atau perkongsian.
Antara pelepasan cukai yang wajib kita tahu ialah pembelian buku, komputer, premium
insurans hayat dan perubatan. Semua ini akan menyebabkan saving kita meningkat atau
berkurang.
Balas
� 2021 Inche Naim � Built with GeneratePress