Anda di halaman 1dari 1

TAJUK: LANGKAH-LANGKAH BERJIMAT-CERMAT

Pada era yang serba canggih ini, kenaikan harga terhadap sesuatu barang telah
meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, permintaan terhadap sesuatu barang
yang meningkat manakala pengeluarannya terhad. Oleh Itu, pengguna perlu bijak dalam
menguruskan kewangan masing-masing supaya tidak timbul masalah kewangan. Berikut
antara langkah-langkah untuk berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

Langkah jimat-cermat yang pertama ialah membuat simpanan jangka panjang di bank
atau membuat pelaburan,. Hal ini kerana, melalui simpanan di bank kita tidak akan
menggunakan wang tersebut. Jika membuat tabungan di rumah kita pasti akan
menggunakannya. Untuk melakukan simpanan di dalam bank, kita boleh pergi ke bank dan
berbincang dengan pegawai bank tersebut. Contoh bank yang menyediakan simpanan ini
ialah Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional dan bank2 yang berlandaskan syariat islam.

Langkah yang kedua ialah membuat jadual kewangan bulanan. Jadual kewangan
bulanan amat penting kerana dengan cara ini kita dapat merancang kewangan kita dengan
baik dan tidak berlaku perbelanjaan secara berlebihan. Untuk menyediakan jadual ini
kita perlu menyenaraikan semua perbelanjaan bulanan kita seperti ansuran kereta dan
rumah, bil-bil elektrik, air dan telefon, perbelanjaan harian dan sebagainya. Lebihan dari
perbelanjaan ini kita boleh simpan di dalam bank.

Langkah jimat cermat yang seterusnya ialah bijak membezakan barang kehendak dan
barang keperluan. Barang keperluan ialah barang yang kita perlukan untuk kegunaan
harian seperti makanan, tempat tingal dan lain-lain. Manakala barang kehendak pula ialah
barang yang tidak diperlukan dan barang yang kita inginkan di atas dorongan nafsu.
Contohnya ialah telefon bimbit, sofa dan kasut baru. Kesan atas membeli barang
kehendak ialah hutang. Ini juga merupakan pembaziran.

Langkah yang terakhir ialah melatih anak-anak supaya berjimat-cermat dan membuat
tabungan. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Hal ini kerana,
anak-anak perlu diajar dari kecil dan kita sebagai ibu bapa perlu menjadi contoh kepada
anak-anak. Sekiranya kita menunjukkan contoh yang baik mereka pasti akan ikut begitu
jugak sebaliknya. Jika ibu bapa membuat tabungan dan mereka lihat maka mereka akan
ikut juga. Wang yang disimpan sikit-sikit, lama-lama akan menjadi bukit.

Mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan harian merupakan amalan mulia


yang perlu diamalkan oleh semua golongan tanpa mengira umur kerana melalui amalan ini
kita dapat menabung untuk masa hadapan. Jika amalan ini diamalkan ia dapat membantu
kita semasa kita berada di dalam kesusahan. Kesimpulanya, amalan jimat-cermat perlu
dipraktikkan dari sekarang sebagai persediaan untuk masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai