Anda di halaman 1dari 2

CARA-CARA INDIVIDU UNTUK MENGAMALKAN BUDAYA

BERJIMAT CERMAT
Disediakan Oleh:Wong Zhi Harng, Ho Jia Hao, Kuan Jo Yin
PENDAHULUAN :
Adakah amalan berjimat cermat masih segar dalam kalangan kita? Masyarakat kini
semakin mendorong kepada bersikap fatamorgana dan mengakibatkan amalan
berjimat cermat semakin dipandangkan enteng . ”Sediakan payung sebelum hujan”
peribahasa tersebut mengingati kita supaya bersedia penuh pada semasa ke semasa
untuk menghadapi ranjau, duri dan onak yang mungkin datang. Terbuktilah bahawa,
amalan berjimat cermat merupakan amalan yang memanfaatkan masa depan kita.
Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengamalkan budaya berjimat cermat?

ISI-ISI :
Antaranya, cara mengamalkan budaya berjimat cermat adalah kita mesti mengetahui
kemampuan diri dan tidak hanya membeli barangan keinginan yang mewah dan
moden tetapi tidak membawa faedah.Tindakan ini haruslah disuntikkan ke badan
kita sejak berusia setahun jagung. Biar kita ambil contoh ,sebelum perbelanjaan kita
boleh membuat satu salinan kecil yang mengadungi barang keperluan seharian
seperti makanan ,minuman dan produk kesihatan .Hal ini pastikan kita tidak akan
membazirkan wang dalam benda yang tidak perlu dan akhirnya terletak di sudut
rumah seperti kata mutiara rumput di tepi jalan sekaligus kos perbelanjaan barangan
kita dapat meminimumkan.secara ringkasnya,tindakan memgetahui kemampuan
bolehlah didirikan untuk berjimat cermat.
Dalam pada itu , amalan menabung merupakan cara untuk mengamalkan budaya
berjimat cermat.Sebagai contoh, menabung di bank .Dengan adanya menabung
wang yang berlebihan ke bank, masalah membazirkan wang secara boros dan
masalah bankrup dapat dielakkan.Bukan itu sahaja ,kita juga boleh menabungkan
wang di satu tabung yang lut sinar .Hal ini dikatakan demikian kerana, tabung
tersebut akan memberi gambaran tentang wang di dalam serta mendorongkan sekali
gus mengingatkan kita supaya menjimatkan wang untuk masuk ke tabung setiap
hari.Hal ini sesuai untuk peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit .Secara
ringkasnya ,cara untuk mengamalkan amalan berjimat cermat adalah dengan
mengamalkan sikap suka menabung.

Di samping itu, cara untuk mengamalkan budaya berjimat cermat ialah kita perlu
peka terhadap semua kadar bayaran seperti bil elektrik,bil air dan bil telefon. Bil-bil
tersebut merupakan bayaran yang hendak kita bayar kepada pihak swasta seperti
Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.Pada masa yang moden ini , kita perlu
menggunakan bahan elektrik yang berkuantiti banyak dan sering menghadapi kos bil
yang tinggi.Dengan ini, perkara asas yang paling penting untuk pastikan tidak berlaku
pembaziran elektrik secara berlebihan adalah memastikan peralatan elektrik yang
digunakan sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti dan kuasa .Misalnya menggunakan
pendingin hawa dengan kuasa yang optimum dengan saiz ruang dan lampu
LED.Secara rumusnya, bersensitif dalam bil seharian dapat mengamalkan budaya
berjimat cermat.

PENUTUPAN :
Kesimpulannya, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan
berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa
hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak
kata pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita
juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat
cermat dan kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan
datang dapat mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-
masing sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya sebelum nasi menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai