Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN JAWAPAN

Cara-cara berjimat cermat

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mesti diamalkan dalam kehidupan seharian. Kita
perlulah berjimat cermat dalam menguruskan kewangan, penggunaan air dan elektrik serta
pembelian barang-barang keperluan. Terdapat banyak cara berjimat cermat yang boleh diamalkan.

Antara cara berjimat-cermat adalah dengan menjimatkan penggunaan air dan elektrik.
Hal ini supaya kita dapat mengelakkan membayar bil utiliti yang tinggi pada setiap bulan. Kita
haruslah menutup pili air dan suis elektrik selepas digunakan.

Selain itu, kita boleh membawa bekalan makanan dari rumah sebagai langkah berjimat
cermat. Apabila kita membawa bekal sendiri, kita bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan
malah dapat mengelakkan keracunan makanan. Oleh itu, lebihan wang perbelanjaan dapat
disimpan di dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan.

Disamping itu, cara berjimat-cermat adalah dengan berkongsi kenderaan atau


menggunakan kenderaan awam. Kesannya kita dapat menjimatkan kos minyak dan tol. Kita
juga dapat memelihara alam sekitar kerana semakin kurang kenderaan di jalan raya semakin
kurang asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.

Akhir sekali, kita sewajarnya merancang dan mencatat perbelanjaan. Sebelum kita
keluar membeli-belah, kita haruslah menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli serta
menyimpan resit setelah membuat bayaran. Kita juga disarankan untuk melakukan perbandingan
harga antara pasar raya serta memilih pasar raya yang mengadakan jualan murah atau potongan
harga untuk membeli-belah.

Kesimpulannya kita haruslah mengamalkan amalan berjimat-cermat dalam kehidupan


seharian. Berjimat cermat mempunyai banyak faedah bak kata pepatah sediakan payung sebelum
hujan.

Anda mungkin juga menyukai