Anda di halaman 1dari 3

BERINGAT SEBELUM KENA

Peribahasa merupakan warisan budaya masyarakat kita yang


cuba memberi nasihat, kritikan, dan menyampaikan sesuatu maksud
dengan penuh tersirat. Dalam peribahasa beringat sebelum kena
dan berjimat sebelum habis ini membawa maksud peri pentingnya
sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam kehidupan supaya
tidak susah pada kemudian hari.
Peribahasa ini mengingatkan kita supaya tidak melakukan
pembaziran terhadap keperluan harian, makanan, dan pakaian. Sikap
ini boleh dipanjangkan dalam penjimatan penggunaan elektrik, air,
dan telefon. Tindakan yang paling mudah ialah kita memastikan suis
lampu dan kipas dipadamkan jika tidak digunakan.
Melalui peribahasa ini mampu diterapkan ketika berbelanja
dengan membuat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu. Dalam
membuat perancangan perbelanjaan itu, kita perlulah mengutamakan
pembelian keperluan asas daripada kehendak seseorang. Bukan
sahaja membeli barang keperluan asas, kita juga harus berbelanja
mengikut kemampuan dan tidak mengikut perasaan atau orang lain.
Peribahasa ini turut menekankan keperluan menabung untuk masa
depan atau ketika kecemasan seperti kemalangan. Jadi, seseorang
itu perlulah membuat simpanan sebahagian daripada pendapatan
yang diterima. Sikap menabung ini turut mampu memberi keyakinan
kepada seseorang tentang masa depannya.
Langkah seterusnya ialah kita harus mengutamakan produk
tempatan daripada luar negara ketika berbelanja. Secara amnya,
produk tempatan lebih murah harganya dan setanding mutunya
berbanding barangan luar negara. Namun tidak dinafikan ada
sesetengah pihak yang beranggapan produk luar negara lebih baik.
Tindakan bijak memilih barangan tempatan turut memberi galakan
perkembangan ekonomi negara.
Kesimpulannya, peribahasa ini memang tepat dan sesuai untuk
menjadi amalan masyarakat era globalisasi ini. Cabaran ekonomi yang

semakin genting menyebabkan kita harus memiliki sikap yang


diungkapkan oleh peribahasa ini. Jadi, peribahasa bukan sahaja
untuk mainan bahasa seseorang tetapi juga untuk kegunaan sesuatu
yang realiti.
BERINGAT SEBELUM KENA

Peribahasa merupakan warisan budaya masyarakat kita yang cuba


memberi nasihat, kritikan, dan menyampaikan sesuatu maksud dengan
penuh tersirat. Dalam peribahasa beringat sebelum kena dan berjimat
sebelum habis ini membawa maksud peri pentingnya sikap berwaspada
dan berjimat cermat dalam kehidupan supaya tidak susah pada kemudian
hari.
Peribahasa ini mengingatkan kita supaya tidak melakukan pembaziran
terhadap keperluan harian, makanan, dan pakaian. Sikap ini boleh
dipanjangkan dalam penjimatan penggunaan elektrik, air, dan telefon.
Tindakan yang paling mudah ialah kita memastikan suis lampu dan kipas
dipadamkan jika tidak digunakan.
Melalui peribahasa ini mampu diterapkan ketika berbelanja dengan
membuat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu. Dalam membuat
perancangan perbelanjaan itu, kita perlulah mengutamakan pembelian
keperluan asas daripada kehendak seseorang. Bukan sahaja membeli
barang keperluan asas, kita juga harus berbelanja mengikut kemampuan
dan tidak mengikut perasaan atau orang lain.
Peribahasa ini turut menekankan keperluan menabung untuk masa
depan atau ketika kecemasan seperti kemalangan. Jadi, seseorang itu
perlulah membuat simpanan sebahagian daripada pendapatan yang
diterima. Sikap menabung ini turut mampu memberi keyakinan kepada
seseorang tentang masa depannya.
Langkah seterusnya ialah kita harus mengutamakan produk tempatan
daripada luar negara ketika berbelanja. Secara amnya, produk tempatan
lebih murah harganya dan setanding mutunya berbanding barangan luar
negara. Namun tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang beranggapan

produk luar negara lebih baik. Tindakan bijak memilih barangan tempatan
turut memberi galakan perkembangan ekonomi negara.
Kesimpulannya, peribahasa ini memang tepat dan sesuai untuk menjadi
amalan masyarakat era globalisasi ini. Cabaran ekonomi yang semakin
genting menyebabkan kita harus memiliki sikap yang diungkapkan oleh
peribahasa ini. Jadi, peribahasa bukan sahaja untuk mainan bahasa
seseorang tetapi juga untuk kegunaan sesuatu yang realiti.

Anda mungkin juga menyukai