Anda di halaman 1dari 6

BERJIMAT-CERMAT

MAKSUD

Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa


yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu
sahaja tanpa pembaziran.

Berjimat cermat Sangat penting diamalkan dalam


kehidupan harian.
Sesuai dengan pepatah Melayu Ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis.
Maksud: Kita mesti selalu berwaspada dan beringatingat terutama berkenaan wang dan harta benda,
sebelum ia habis atau terlambat.

PENGENALAN
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
- Pantun di atas mengingatkan kita supaya tidak
membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya,
seseorang yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan
busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa.
Dengan tambahan pelbagai ramuan termasuk ulamulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang
enak. Demikian, maksud pantun empat kerat di atas.
- Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan
kita
agar
sentiasa
berjimat-cermat
dalam
kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian
khususnya.
- Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya

Majalah Forbes pada 8 Mac 2007, mengeluarkan


senarai terkini orang paling kaya di dunia. Hanya
9 datang daripada Malaysia. Berikut adalah
senarainya:
1. Robert Kuok, $7b, umur 83, industri pertanian.
2. Ananda Krishnan, $6b, umur 68,
telekomunikasi.
3. Lim Goh Tong & keluarga, $4.2b, umur 89,
gaming.
4. Teh Hong Piow, $3b, umur 77, perbankan.
5. Quek Leng Chan, $2.9b, umur 66, perbankan.
6. Lee Shin Cheng, $2.6b, umur 67, pertanian.
7. Yeoh Tiong Lay & keluarga, $1.7b, umur 77,
pembinaan.
8. Syed Mokhtar AlBukhary, $1.3b, umur 55,
perdagangan beras dan gula.
9. Tiong Hiew King, $1.1b, umur 71, pembalakan.

FAEDAH
Boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang
lebih penting.
Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih
berfaedah seperti membeli buku-buku latihan, alat tulis dan
sebagainya.
Akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang
sebelum membeli sesuatu barangan.
Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang.
Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir
panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang.
Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga
menyusahkan diri mereka sendiri.

Dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.


Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan
menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan
kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat
daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.
Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan
kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali
barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan
sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi
memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup
kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Sebelum berakhir, sempena Hari


Kebangsaan 2016 sekolah kita telah
menyediakan beberapa pertandingan
bagi memeriahkan lagi sambutan pada
bulan Ogos yang lalu. Untuk itu saya
mempersilakan En. Zakaria Bin Ahmad
selaku Guru Besar SKPJ diiringi en.
Mohamad Paizal Bin Shaari bagi
menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Anda mungkin juga menyukai