Anda di halaman 1dari 7

FAKTA-FAKTA BULAN MUHARRAM

Pada hari Jumaat ini (22 September 2017), umat Islam akan menyambut tahun baru iaitu
bersempena dengan 1 Muharram 1439 ataupun yang selalu kita kenal sebagai Maal Hijrah atau
Awal Muharram. Ini bermakna, dah hampir 1439 tahun Nabi Muhammad SAW, berhijrah dari
Kota Mekah ke Kota Madinah.

Walaupun Maal Hijrah ni tahun baru, tapi sambutannya taklah semeriah sambutan tahun baru
masihi yang siap dengan konsert dan bunga api bagai. Umat Islam sambut tahun baru dengan
keadaan yang cukup bersederhana. Kita juga selalunya sambut Maal Hijrah dengan bacaan
doa akhir tahun (untuk tahun sebelumnya) dan doa awal tahun.

Loga Maal Hijrah Malaysia.

Tapi, rasanya tak cukup untuk kita hanya tahu bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam
kalendar Islam. Sebabnya, banyak lagi sejarah dan perkara yang kita boleh belajar dari bulan
pertama umat Islam ini. Selain tu, ada juga beberapa persoalan yang timbul, antaranya ialah

1. Kenapa bulan Muharram jadi bulan pertama, sedangkan nabi berhijrah pada
bulan Rabiul Awwal?

Kalau kita teliti sejarah, masyarakat Arab pada mulanya tak ada kiraan tahunan dan hanya ada
kiraan bulan. Nama-nama bulan itulah yang kita kenal sampai ke hari, macam: Muharram,
Safar, Rejab dan sebagainya. Jadinya, pada zaman Khalifah Saidina Umar al-Khatab, orang
mula mencadangkan kepada beliau supaya dibuat kalendar kiraan tahunan untuk umat
Islam. Maka ada la beberapa cadangan kepada Saidina Umar, tentang bulan mana yang harus
dijadikan bulan pertama kalendar Islam.

Menurut Imam Ibnu Kathir RAH, seorang sejarawan Islam:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: Tetapkan
tarikh seperti mana orang bukan Arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan
tahun tertentu. Jawab Umar: Cadangan yang baik. Mereka berkata: Tahun bila kita
hendak mulakan?.
Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan
dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya
lagi: Bulan manakah hendak kita mulakan?. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang
mencadangkan Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai
menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram. Lalu mereka pun
bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. al-Bidayah wa al-Nihayah,
Imam Ibnu Kathir.

Perjalanan hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib (Madinah). Imej dari
education.microsoft.com

Makanya, kita jangan terkeliru di antara tahun nabi berhijrah dan bulan nabi berhijrah. Ini
kerana, sejarah mencatatkan Nabi berhijrah pada bulan Rabiul Awwal. Maknanya, bulan
Muharram bukan bulan Nabi berhijrah. Oleh itu, maklumat yang tepat adalah:

Muharram = Bulan pertama kalendar hijrah

Rabiul Awwal = Bulan Rasulullah SAW berhijrah

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Hantar

Kalendar hijrah = Bermula pada tahun Rasulullah SAW berhijrah


Pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama dibuat oleh Saidina Umar dan ia dipersetujui
oleh semua. Dengan itu, sumbangan Saidina Umar tak dapat kita nafikan dalam
memperkenalkan kalendar Islam yang kita guna sehingga ke hari ini.

Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi
meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah
kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah
Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang
zaman. Prof Madya Dato Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis. Dipetik dari drmaza.com

Kenapa orang Islam dan Yahudi berpuasa pada hari Asyura?

Ibnu Abbas telah meriwayatkan yang bermaksud:


Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada
hari Asyura (10 Muharram), lalu baginda bertanya: Apakah ini?.

Mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang baik, di mana Allah telah menyelamatkan
padanya Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.
Lalu baginda SAW bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu. Maka baginda
pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa. Riwayat Imam Bukhari.

Menurut Dr Maza, telah berlaku banyak perbincangan oleh para ulama tentang hadis ini.
Antaranya adalah terbukti Nabi mengikut cara yang baik, sekalipun ia datang dari Bani Israel.
Bagaimanapun, ada juga beberapa hadis yang kata Nabi kadang-kadang berpuasa dan
kadang-kadang tak berpuasa di hari Asyura (10 Muharram) selepas kefardhuan puasa di
bulan Ramadhan.

Aisyah r.a berkata: Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura,
dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari
Asyura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka
(tidak berpuasa). Riwayat Bukhari & Muslim.
Tapi, tetap ada hadis yang menceritakan kebaikan puasa Asyura seperti:

Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu baginda SAW
menjawab: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu. Riwayat Imam al-Tirmizi.

Bagaimanapun, pada tahun akhir sebelum kewafatan Rasulullah SAW, ada yang
kata kepada Nabi yang puasa ini nampak sama macam perbuatan orang Yahudi. Maka
Nabi bersabda:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata: Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura, baginda
turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan
Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan
Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat
munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu. Riwayat Imam
Muslim.

Masjid Quba, masjid pertama umat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah. Imej dari Ziyarats.
Oleh itu, menurut pendapat Imam Syafie dan ulama-ulama dalam mazhabnya, umat Islam
disunatkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Sebabnya, Nabi pernah berpuasa
pada 10 Muharram dan berniat untuk berpuasa pada 9 Muharram (sebelum wafat). Imam
Nawawi (ulama mazhab Syafie) pernah berkata:

Sebahagian ulama berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari
ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya
berpuasa pada hari ke-10. Imam Nawawi.
Jadinya, rebutlah pahala untuk di bulan Muharram ini. Jangan tahu nak makan bubur
asyura je

3. Dari mana datangnya asal usul bubur Asyura?

Selain dari puasa Asyura, bubur Asyura juga antara makanan yang selalu muncul bila
sampainya tarikh 10 Muharram. Bubur Asyura ni adalah sejenis makanan yang dibuat dari
pelbagai campuran herba. Selalunya,bubur asyura ni dibuat kat masjid sebelum diagihkan
kepada para ahli kariah atau para penduduk.

Malah, boleh dikatakan ia dah jadi tradisi masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Tapi ada juga
yang kaitkan tradisi buat bubur ni datang dari sejarah Nabi Nuh A.S. Tapi betul ke?

Menurut Dr Abu Anas Madani, cerita tentang Nabi Nuh tu datang dari kitab yang ditulis oleh
beberapa orang ulama (termasuk ulama Nusantara). Cerita begini:

ketika mana bahtera Nabi Nuh A.S. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura, maka
berkatalah ia kepada umatnya: Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang
lebih-lebih. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang baqila iaitu kacang ful (kacang
poi) dan satu genggam kacang Adas, Baruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh
bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S: Masaklah sekeliannya kerana
kamu sudah mendapat kesenangan sekarang.

Kak, kamera kat depan ni. Imej dari jpnin.gov.my

Dalam penilaian Dr Abu Anas Madani, cerita ini memerlukan kajian dari mana sumber
asalnya. Tapi nampaknya, beliau masih lagi belum jumpa sebarang petunjuk tentang
kesahihan cerita ini.
Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah Syarak sebelum kita adalah syarak
kita juga, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh A.S. adalah satu bentuk
jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh
10 Muharram?

Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur
berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
atau amalan para sahabat tentang perkara ini? Dr Abu Anas Madani.

Tradisi bubur Asyura di Banjarmasin, Indonesia. Imej dari kalsel.prokal.co

Selain itu, ada juga yang cuba sandarkan buat bubur Asyura ni dengan hadis-hadis yang
galakkan kita supaya menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga pada hari
Asyura. Tapi nampaknya, kedudukan hadis itu daif dan palsu.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan
keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan
bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti
mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda. Dr
Abu Anas Madani.
Selain itu, tradisi buat bubur Asyura ini juga baik dalam mengeratkan hubungan masyarakat.
Tapi, selain dari buat bubur Asyura, tak terlepas pandang juga kita dengan peristiwa
karbala yang disambut oleh orang Syiah.

4. Bulan Muharram juga adalah bulan haram berperang

Dalam kalender Islam, kita ada 12 bulan dan 4 dari bulan itu dipanggil sebagai bulan
haram. Empat bulan haram itu adalah Zulhijjah, Zulkaedah, Muharram dan Rejab. Maksud
bulan haram adalah peperangan diharamkan di dalam bulan-bulan tersebut.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan
yang dihormati (bulan haram); katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa
besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan
kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di
Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi
dosanya di sisi Allah Surah al-Baqarah, ayat 217.
Krisis antara Palestin dan Israel yang tak pernah selesai sejak 1948. Imej dari vox.com

Menurut Maulana Asri, konsep bulan haram ini sebenarnya dah dipakai sebelum kedatangan
Nabi Muhammad SAW lagi. Ceritanya, orang Arab jahiliyah dulu asyik berbalah je dan
diorang ni pulak tak bergaduh sikit-sikit tapi kalau gaduh tu mesti nak perang. Perang tu
pulak, tak pernah habis dan asyik bersambung je.

Jadinya, mereka ni letih juga. Mereka ni pun buat peraturan, dalam bulan-bulan (tertentu) ni
biar aman (tak boleh berperang). Jadinya, bila Islam datang, ia balik kepada yang asal
dan (Islam) terima bulan-bulan haram iniIslam memang nak aman pun, maka ia diterima.
Kalau boleh, sepanjang tahun aman lagi baik. Hal ini bermakna, Islam tak menolak semuanya,
kalau ia baik maka ia boleh diterima. Maulana Asri Yusof.

Menurutnya lagi, walaupun bulan-bulan ini diharamkan berperang, tapi kalau kita diserang
dulu, maka kita boleh menyerang balik untuk mempertahankan negara. Syaratnya, bukan
pihak kita yang memulakan perang itu, sebab di bulan haram kita diharamkan memulakan
peperangan.

5. Peristiwa Karbala yang dikaitkan dengan hari Asyura

Berbeza dengan orang Malaysia yang buat bubur Asyura, masyarakat Syiah nampaknya
sambut hari Asyura dengan memperingati peristiwa Karbala. Peristiwa ini dipercayai berlaku
bila Saidina Hussain (cucu Rasulullah) yang juga anak Saidina Ali terkorban di tempat
yang bernama Karbala di Iraq pada tarikh 10 Muharram (Hari Asyura).

Makanya, wujudlah golongan manusia yang sambut hari Asyura dengan cara yang agak
ekstrem seperti mencederakan diri sendiri, menangis, meronta, berteriak dan sebagainya.
Menurut kepercayaan Syiah, tarikh 10 Muharram setiap tahun adalah hari berkabung untuk
menunjukkan kesedihan atas kematian Saidina Hussain.

Menurut mereka lagi, Yazid (Khalifah ke-2 Bani Umayyah) adalah orang yang
bertanggungjawab membunuh Saidina Hussain. Bagaimanapun, menurut pendakwah dan
pengkaji ajaran Syiah, Maulana Asri Yusof, perkara itu sebenarnya tak terbukti.

Yazid tidak terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussain dan ia diketahui oleh orang-orang
di zaman itu lagiAnak perempuan Saidina Ali sendiri yang bernama Ramlah telah berkahwin
dengan anak Marwan bin al-Hakam (Khalifah Umayyah). Ramai keturunan Saidina Ali,
Hussain dan Hassan yang berkahwin dengan keturunan Muawwiyah dan Yazid. Sebab itu tak
betul semua ini (dakwaan Yazid membunuh Hussain). Maulana Asri Yusof.
Sebaliknya, menurut kajian sejarah, orang Syiah sendiri yang membunuh Saidina Hussain di
Kufah. Kumpulan itu kemudiannya dikenali sebagai at-Tawwabun. Mereka ini adalah
kumpulan yang mengkhianat dan membunuh Saidina Hussain.

Kesimpulannya, kita sendiri sebagai umat Islam diajar untuk sentiasa bersederhana dan
menjaga batas dalam semua tindakan. Kita sebagai pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah
sewajibnya menghindari perbuatan-perbuatan Syiah ini. Kerana Nabi sendiri tak pernah pun
menyuruh kita untuk menderakan diri atau melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.

Anda mungkin juga menyukai