Anda di halaman 1dari 6

SOALAN STRUKTUR

Rajah di bawah berkaitan dengan persengketaan yang berlaku antara Dato’ Kelana dengan
Dato’ Syahbandar.

Dato’ Syahbandar mendapat


Dato’ Kelana mendapat sokongan sokongan penduduk tempatan dan
British pelombong Cina

a) Terangkan punca perbalahan yang berlaku antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar
di Sungai Ujong.
Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar di Sungai Ujong adalah berpunca dari
perebutan kawasan Sungai Linggi. Ianya juga adalah kerana mereka mahu menguasai
pungutan cukai di Sungai Linggi dan Dato’ Syahbandar membantah tindakan Dato’
Kelana mendapatkan bantuan British.

a) Terangkan punca perbalahan yang berlaku antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar
di Sungai Ujong.
Kerana perebutan untuk mendapatkan Sungai Linggi dan mendapatkan hak pungutan
cukai daripada pedagang. Dato’ Syahbandar dan Dato’ Kelana ingin menguasai Sungai
Linggi supaya lebih hebat.

a) Terangkan punca perbalahan yang berlaku antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Syahbandar
di Sungai Ujong.
- mereka ingin mendapatkan pungutan cukai di Sungai Ujong
- mereka ingin mengawal kuasa di Sungai Linggi
b) Bagaimanakah perbalahan tersebut merugikan rakyat Negeri Sembilan?
Rakyat Negeri Sembilan telah mengalami kerugian kerana British telah berjaya
meluaskan kuasa di Negeri Sembilan dan mendapatkan kekayaan yang terdapat di Negeri
Sembilan. Selain itu, British telah menempatkan Martin Lister sebagai Residen di Negeri
Sembilan dan Dato’ Syahbandar telah dibuang negeri.

b) Bagaimanakah perbalahan tersebut merugikan rakyat Negeri Sembilan?


Mereka telah dipaksa untuk membayar cukai kepada British dan segala kekayaan Negeri
Sembilan dikuasai oleh British.

b) Bagaimanakah perbalahan tersebut merugikan rakyat Negeri Sembilan?


Perbalahan tersebut merugikan rakyat Negeri Sembilan kerana British dapat mengutip
cukai di Sungai Linggi dan rakyat kehilangan pembesar Negeri Sembilan.
c) Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada peristiwa tersebut?
Pengajaran yang diperoleh ialah kita perlu bersatu padu untuk menjamin keharmonian
negeri kita dan tidak bergaduh antara satu sama lain kerana ianya akan merugikan kita.
Selain itu, pemimpin negeri juga perlu menjaga kewibawaan mereka supaya tidak
dipergunakan oleh orang lain dan bertanggungjawab untuk membentuk negeri yang
aman.

c) Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada peristiwa tersebut?


Jangan mudah mempercayai kuasa asing untuk mendapatkan negara kita dan kita perlu
menjaga keharmonian antara penduduk dalam negeri kita.

c) Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada peristiwa tersebut?


Pengajarannya ialah kita perlu bekerjasama antara satu sama lain.
SOALAN ESEI

Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bijih timah.
Kekayaan hasil mendorong British menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasa ke
atas negeri-negeri ini.

a) Huraikan tentang perebutan takhta Kesultanan Perak pada abad ke-19 sehingga
memberi peluang kepada British meluaskan kuasanya di Perak.
Perak telah mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta kesultanannya.
Namun, pada akhir abad ke-19, berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak
berkaitan sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak. Ini kerana, selepas
kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara dilantik menjadi Sultan. Ini
menyebabkan Raja Yusuf membuat bantahan dan menuntut haknya sebagai Sultan
setelah sekian lama diketepikan. Begitu juga Raja Abdullah telah menuntut kembali
haknya sebagai sultan. Andrew Clarke iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat menyokong
Raja Abdullah dan menyatakan kesediaan British untuk membantu mengesahkan Raja
Abdullah sebagai Sultan Perak.

a) Huraikan tentang perebutan takhta Kesultanan Perak pada abad ke-19 sehingga
memberi peluang kepada British meluaskan kuasanya di Perak.
Perebutan takhta berlaku antara Raja Ismail dengan Raja Abdullah. Raja Ismail
dilantik menjadi Sultan selepas Sultan Ali mangkat. British masuk campur kerana Raja
Abdullah meminta bantuan mereka.

a) Huraikan tentang perebutan takhta Kesultanan Perak pada abad ke-19 sehingga
memberi peluang kepada British meluaskan kuasanya di Perak.
- Raja Ismail menjadi Sultan selepas Sultan Ali mangkat.
- Raja Abdullah membantah dan meminta bantuan British
- British menghantar Andrew Clark untuk memberi bantuan kepada Raja Abdullah
b) Dokumen di bawah merupakan perjanjian antara British dengan pemerintah Negeri
Sembilan pada tahun 1895.

Perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat yang bertindak bagi pihak


kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-luak
yang selepas ini dinamakan Negeri Sembilan,1895.

Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan tidak


bertulis,maka Yamtuan Besar Seri Menanti bersama dengan Undang
Johol,Sungai Ujong,Jelebu,Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan
meletakkan diri mereka dan luak mereka di bawah naungan kerajaan British.

Bagaimanakah British menguasai Negeri Sembilan?


c) Sebagai seorang pelapis pemimpin masa hadapan, terangkan kepentingan berilmu
pengetahuan untuk membangunkan negara.
Kepentingan berilmu pengetahuan untuk membangunkan negara ialah tidak mudah
ditipu, menjadi inspirasi, pentadbiran lebih sistematik dan negara yang maju. Berilmu
pengetahuan sangat penting kerana kita tidak akan mudah ditipu dengan orang atau
kuasa lain yang akan mempergunakan kita.
Selain itu, kita juga akan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang sekiranya
menjadi pemimpin yang berilmu pengetahun. Ini kerana, mereka akan menjadikan kita
sebagai idola pemimpin yang dikagumi.
Malah, kita juga akan dapat membentuk pentadbiran yang sistematik. Ini penting supaya
negara akan menjadi lebih maju dengan pentadbiran yang teratur.

- TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai