Anda di halaman 1dari 34

ISI KANDUNGAN

TAJUK/ SOALAN TUGASAN MS

1. Panduan Umum Menjawab Kertas 3 4


2. Soalan Tugasan @ Simulasi Set 1-Set 3 5
Jelaskan tentang konflik antarabangsa yang berlaku 9
pada pertengahan abad ke 20.
3. @
Jelaskan latar belakang tercetusnya Perang Dunia
Pertama.
Jelaskan latar belakang Perang Dunia Pertama yang 9
4.
dianggap sebagai The Great War (Perang Besar).
Terangkan faktor-faktor tercetusnya peristiwa berikut: 10
5. i. Perang Dunia Pertama
ii. Perang Dunia Kedua
Huraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia 11
Kedua. @
6. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah
meninggalkan kesan yang besar kepada dunia.
Buktikan.
Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah 12
Perang Dunia Pertama merupakan antara faktor
7. tercetusnya Perang Dunia Kedua dan telah meninggalkan
kesan yang besar kepada dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
Bagaimanakah konflik dunia yang berlaku membawa 13
kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin?
8.
@
Terangkan tentang blok dunia dan Perang Dingin.
Mengapakah terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis 14
9.
selepas Perang Dunia Kedua?
Bandingkan Ideologi Blok Kapitalis dengan Blok 14
10. Komunis dan bagaimanakah Blok kapitalis dan Blok
Komunis mengukuhkan kedudukan masing-masing?

1
Bagaimanakah Perang Dingin telah mencetuskan konflik 15
11.
dunia sehingga ke hari ini?
Jelaskan peranan Malaysia dalam memastikan keamanan 16
dunia terpelihara. @
12.
Bukti Malaysia mementingkan pemeliharaan keamanan
dunia.
Bagaimanakah Malaysia berperanan dalam menjamin 16
keamanan dunia melalui pertubuhan berikut:
13. (i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
(ii) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN)
Malaysia memainkan peranan yang penting ke arah 18
14. mewujudkan keamanan dunia.
Berikan penjelasan anda
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berjaya 19
15. menangani konflik dunia.
Buktikan pernyataan tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal 20
16. menangani konflik dunia.
Buktikan pernyataan tersebut.
Peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa 20
sebagai usaha mengatasi konflik dunia.
(i) OIC
17.
(ii) NAM
(iii) Negara Selatan
(iv) Komanwel
Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan 23
18. dunia tidak aman.
Buktikan pernyataan tersebut.
Mengapakah konflik dunia masih berlaku pada hari ini? 23
19.
Berikan penjelasan anda.
Konflik antarabangsa telah menimbulkan pelbagai 24
20. cabaran kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Apakah cabaran-cabaran tersebut?
Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan anda bagi 25
21.
mengatasi cabaran di atas.

2
Sebagai pemimpin sebuah negara, cadangkan langkah 26
22. bagi memupuk kerjasama ke arah mewujudkan dunia
yang aman dan makmur.
Sebagai pemimpin dunia, berikan cadangan anda bagi 27
23.
mewujudkan dunia yang aman dan tanpa konflik.
Jelaskan/ Cadangkan langkah-langkah untuk menghalang 27
24.
peperangan masa kini
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa 28
25.
konflik yang berlaku di dunia pada hari ini.
Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah 28
mengutamakan keamanan membawa kesejahteraan
26.
dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah 29
kerjasama dan rundingan berjaya mengelakkan konflik
27.
dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah sikap 30
28. tolak ansur dan toleransi mewujudkan keamanan dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
29. Buat rumusan tentang tentang tajuk yang telah anda kaji 31
Buat rumusan tentang tentang konflik dunia yang berlaku 31
30.
pada hari ini.
NOTA TAMBAHAN 32
31. Terangkan faktor-faktor/ Asas-asas penggubalan dasar-
dasar luar Malaysia
32. Huraikan perkembangan/ tahap dasar luar Malaysia 33

3
PANDUAN UMUM MENJAWAB TUGASAN SOALAN SEJARAH KERTAS 3
1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh
peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususanya
soalan bahagian KBAT.
2. Berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk memastikan persediaan yang
terbaik
3. Susun nota-nota dan bahan bantu yang diperoleh di dalam fail.
4. Gunakan sticky note@ penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika
menulis berdasarkan tugasan yang diberi
5. Sekiranya ada masa, buat latihan menulis jawapan@ simulasi seperti format
menjawab peperiksaan sebenar.
6. Jadikan peruntukan markah sebagai panduan untuk anda menulis panjang pendek
jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 4.
7. Jangan lupa bawa buku teks (Sejarah Tingkatn 5), fail nota dan bahan bantu
serta contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan.
8. Semasa hari peperiksaan, kenal pasti kehendak soalan dan gariskan kata kunci
supaya lebih jelas dan jawapan tidak terpesong.
9. Sila tuliskan jawapan dalam format esei dan sebaiknya mempunyai perenggan.
Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan satu isi dengan isi yang lain.
10. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.
11. Pastikan anda menulis nombor soalan dan pecahan soalan (jika ada). Muka
surat/ helaian yang berlainan untuk setiap nombor soalan@ tugasan.
12. Gunakan masa dengan sebaik mugkin mengikut jumlah markah dan pastikan
menjawab semua soalan.
13. Pastikan tugasan soalan dan jawapan yang diberi tepat sebagaimana kehendak
soalan@ tugasan.
14. Tulislah dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca oleh pemeriksa.

FORMAT ASPEK/KONSTRUK MARKAH MASA

PENGENALAN 1. Memahami 5 Markah 10 minit


ISI dan 2. Memahami 10 Markah 15 minit
HURAIAN 3. Menganalisis 20 Markah 35 minit
4. Mengaplikasi 20 Markah 35 minit
5. Menilai 10 Markah 15 minit
6. Mencipta 10 Markah 15 minit
7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit
8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 10 Markah 10 minit
KESIMPULAN 9. Merumus 5 Markah 15 minit
JUMLAH KESELURUHAN 100 Markah 2 jam 45 minit

Catatan: Tugasan@ Soalan sama ada 7,8,9 atau 10

4
SIMULASI K3 SPM 2020

SPM TAHUN 2020


SEJARAH SPM
1249/3
Kertas 3
Feb 2021
3 jam Tiga jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tugasan Spesifik.


2. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang di
dalam buku jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
3. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku jawapan pada
akhir peperiksaan.
4. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis
atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
5. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan /
bilik peperiksaan.
6. Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan yang disediakan.
7. Calon dinasihati supaya membuat perancangan masa yang bersesuaian dengan peruntukan
markah yang diberikan.
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.

Tema Umum : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang
pernah diketahui oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga
menandakan bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan
yang besar terhadap dunia.

Tugasan ini mengandungi 2 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

1249/3 ©Simulasi SPM 2020 SULIT

5
SET 1
TUGASAN SPESIFIK

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui
oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik
antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawab soalan/ tugasan berikut:

Aspek Perincian Markah

1. Jelaskan tentang konflik antarabangsa yang berlaku pada


Pengenalan 5 markah
pertengahan abad ke 20
Isi dan
2. Terangkan faktor-faktor tercetusnya peristiwa berikut:
Huraian
10 markah
i. Perang Dunia Pertama
ii. Perang Dunia Kedua 10 markah

3. Huraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia


20 markah
Kedua.

4. Bagaimanakah konflik dunia yang berlaku membawa kepada


10 markah
kemunculan blok dunia dan Perang Dingin?

5. Malaysia memainkan peranan yang penting ke arah


mewujudkan keamanan dunia. 10 markah
Berikan penjelasan anda.

6. Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia


tidak aman. 10 markah
Buktikan pernyataan tersebut.

7. Sebagai pemimpin dunia, berikan cadangan anda bagi


10 markah
mewujudkan dunia yang aman dan tanpa konflik.

8. Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah kerjasama


dan rundingan berjaya mengelakkan konflik dunia. 10 markah
Huraikan pernyataan tersebut.

Kesimpulan 9. Buat rumusan tentang tentang tajuk yang telah dibincangkan. 5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/3 ©Simulasi SPM 2020 SULIT

6
SET 2
TUGASAN SPESIFIK

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui
oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik
antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawab soalan/ tugasan berikut:

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan sebab tercetusnya Perang Dunia Pertama. 5 markah

Isi dan
2. Terangkan faktor berlakunya Perang Dunia Kedua. 20 markah
Huraian

3. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah


20 markah
meninggalkan kesan yang besar kepada dunia.
Buktikan.

4. Bagaimanakah Malaysia berperanan dalam menjamin


keamanan dunia melalui pertubuhan berikut:
(i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) 10 markah

(ii) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) 10 markah

5. Mengapakah konflik dunia masih berlaku pada hari ini?


Berikan penjelasan anda. 10 markah

6. Sebagai pemimpin sebuah negara, cadangkan langkah bagi


memupuk kerjasama ke arah mewujudkan dunia yang aman 10 markah
dan Makmur.

7. Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah sikap tolak


ansur dan toleransi mewujudkan keamanan dunia.
10 markah
Huraikan pernyataan tersebut

Kesimpulan 8. Buat rumusan tentang tentang konflik dunia yang berlaku


pada hari ini. 5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/3 ©Simulasi SPM 2020 SULIT

7
SET 3
TUGASAN SPESIFIK

Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui
oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik
antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawab soalan/ tugasan berikut:

Aspek Perincian Markah

1. Jelaskan tentang konflik dunia yang berlaku pada


Pengenalan 5 markah
pertengahan abad ke 20
Isi dan
2. Jelaskan faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama dan
Huraian
kesannya. 15 markah

3. Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah


Perang Dunia Pertama merupakan antara faktor tercetusnya
Perang Dunia Kedua dan telah meninggalkan kesan yang 25 markah
besar kepada dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.

4. Bagaimanakah Perang Dingin telah mencetuskan konflik


10 markah
dunia sehingga ke hari ini?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berjaya
5.
menangani konflik dunia. 10 markah
Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut.

6. Konflik antarabangsa telah menimbulkan pelbagai cabaran


kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara. 10 markah
Apakah cabaran-cabaran tersebut?

7. Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan anda bagi


10 markah
mengatasi cabaran pada no. (6) di atas.

8. Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah


mengutamakan keamanan membawa kesejahteraan dunia. 10 markah
Huraikan pernyataan tersebut.

Kesimpulan 9. Buat rumusan tentang tentang tajuk yang telah anda kaji. 5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/3 ©Simulasi SPM 2020 SULIT

8
Jelaskan tentang konflik antarabangsa yang berlaku pada
pertengahan abad ke 20.
@
Jelaskan latar belakang tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan konflik antarabangsa
yang berlaku pada pertengahan abad ke20. Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun
1914 sehingga tahun 1918, manakala Perang Dunia Kedua pula berlaku pada tahun 1939
sehingga tahun 1945. Konflik ini telah meninggalkan kesan besar terhadap sejarah dunia.
Antaranya mewujudkan pakatan atau blok negara terlibat dalam peperangan seperti
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga yang seterusnya membawa kepada perang
dingin.
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 sehingga tahun 1918 yang
melibatkan Perikatan Kuasa Tengah atau Triple Alliance yang dibentuk pada tahun 1882
yang dianggotai Austria-Hungary, Jerman dan Itali yang seterusnya dianggotai oleh Turki
dan Bulgaria.
Pakatan Bertiga pula dikenali Triple Entente terdiri daripada Britain, Perancis dan
Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 dan disertai juga oleh Jepun.
Faktor serta-merta ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris
takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria
dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914
selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia dan
Perancis.

Jelaskan latar belakang Perang Dunia Pertama yang dianggap


sebagai The Great War (Perang Besar).
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 sehingga tahun 1918 yang
melibatkan Perikatan Kuasa Tengah atau Triple Alliance yang dibentuk pada tahun 1882
yang dianggotai Austria-Hungary, Jerman dan Itali yang seterusnya dianggotai oleh Turki
dan Bulgaria.
Pakatan Bertiga pula dikenali Triple Entente terdiri daripada Britain, Perancis dan
Rusia yang dibentuk pada tahun 1907 dan disertai juga oleh Jepun.
Faktor serta-merta ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris
takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Austria
dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914
selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia dan
Perancis.
Perang Dunia Pertama dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) kerana
perang telah mencetuskan Perang Dunia Kedua, 20 tahun selepas itu apabila Jerman
mengingkari Perjanjian Versailles.
Seterusnya, dianggap Perang Besar kerana telah melibatkan lebih daripada 70 juta
tentera dan merekodkan jumlah kematian yang tinggi kerana telah mengorbankan 9 juta
tentera serta 13 juta rakyat. Manakala jumlah tentera yang cedera seramai 21 juta dan 7
juta tentera juga telah hilang.
Selain itu, perang ini dikenali sebagai The Great War kerana mengakibatkan
hutang perang yang tinggi akibat perbelanjaan perang yang besar, contohnya Pakatan
Bertiga membelanjakan US$125 billion dan Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US
$60 billion.

9
Terangkan faktor-faktor tercetusnya peristiwa berikut:
iii. Perang Dunia Pertama
iv. Perang Dunia Kedua
Faktor Meletusnya Perang Dunia Pertama

Antara faktornya ialah kemunculan semangat nasionalisme dimana pada


penghujung abad ke-19 negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk
negara bangsa yang besar seperti Itali dan Jerman . Jerman dan Itali menyertai kuasa besar
Eropah lain seperti Britain, Perancis, Rusia, Austria-Hungary dalam usaha mendapatkan
tanah jajahan. Setiap negara sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-
masing

Menjelang penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit dalam
kalangan kuasa Eropah akibat Imperialisme Baru. Kuasa-kuasa besar mula bersaing bagi
membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan
untuk memasarkan barangan siap mereka

Selain itu, kewujudan dua pakatan Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
bersaing untuk mengukuhkan politik dan ekonomi. Persaingan antara kedua-dua pakatan
mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud.

Seterusnya faktor serta-merta ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu


pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.
Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai
1914 selepas pembunuhan Archduke Franz Ferdinand. Serbia pula disokong oleh Rusia
dan Perancis.

Tindakan Jerman menyerang Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium


menimbulkan kemarahan Britain. Britain yang bermusuh dengan Jerman campur tangan
dan meminta bantuan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat campur tangan dalam perang
apabila Jerman menyerang kapal-kapal dagangnya

Faktor Meletusnya Perang Dunia Kedua

Tercetusnya Perang Dunia kedua disebabkan oleh faktor politik iaitu kegagalan
Perjanjian Versailles 1919 menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama sehingga
menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa negara terutama Jerman yang kehilangan
tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi serta Jerman juga
diarahkan mengecilkan pasukan tenteranya. Di samping itu, kemunculan Adolf Hitler
menguasai Jerman melalui National Socialist dan telah mengingkari Perjanjian Versailles
dengan membina sebuah angkatan tentera yang besar.

Selain itu, perubahan politik di Soviet Union iaitu berlaku perang saudara dan pihak
komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dengan dibantu Britain, Amerika Syarikat dan
Perancis. Vladimir Lenin telah mengukuhkan komunis di Rusia dengan menubuhkan
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Tindakan agresif Itali di bawah pimpinan Benito
Mussolini yang menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada tahun 1940

Seterusnya kemunculan Jepun di Timur yang ingin menguasai negara-negara timur


dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara di Timur dari penjajahan Barat.

10
Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 menyebabkan Amerika Syarikat tidak
mampu menyediakan pinjaman menyebabkan Jerman tidak berupaya untuk membayar
hutang peperangan. Negara Eropah seperti Perancis dan Britain juga mengurangkan
peruntukan ketenteraan. Manakala sebaliknya Jerman mengukuhkan tentera dan
menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah
ekonomi.

Perang Dunia meletus apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala
Soviet Union dari Timur. Serangan tersebut menyebabkan Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Tindakan Jepun pula melancarkan serangan
mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941 berjaya memusnahkan
angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Jepun menduduki Tanah Melayu
termasuk Singapura dan berjaya mengalahkan Britain pada Februari 1942

Huraikan kesan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.


@
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah
meninggalkan kesan yang besar kepada dunia.
Buktikan.
Kesan Perang Dunia Pertama

Dari segi politik, PD1 telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.


Persidangan Damai 1919 membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles dan telah
mengubah peta Eropah serta membentuk beberapa negara baru.

Perjanjian tersebut juga membawa kepada pembentukan Liga Bangsa tahun 1919
yang bermatlamat untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta
menjamin keselamatan bersama. Namun begitu, Liga gagal menjamin kesejahteraan dunia
kerana gagal menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan, manakala
kuasa utama dunia iaitu Amerika Syarikat tidak menganggotainya

Dari segi ekonomi pula, negara berperang mengalami inflasi dan hutang
peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang terlalu besar. Pakatan bertiga
telah membelanjakan US$125 Billion manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan
US$60 Billion. Ini membawa kepada masalah inflasi dan pengangguran. Amerika Syarikat
dan Jepun mula mengambil alih pasaran dunia. Britain telah kehilangan 1/3 dari
perdagangan luar.

Dari segi sosial, PD1 telah menyebabkan kehilangan nyawa yang begitu ramai di
samping kemusnahan harta benda.

Kesan Perang Dunia Kedua

Kesan Perang Dunia Kedua antaranya ialah telah memecahbelahkan negara


Eropah dimana negara Jerman dibahagi dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
Selain itu, runtuhnya sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah
jajahan. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia
mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada
Britain.

11
Kesan seterusnya ialah negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan ekonomi
penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing

Seterusnya ialah penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggantikan


Liga Bangsa bagi menggantikan Liga Bangsa dan berlakunya perang dingin disebabkan
perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Soviet Union

Kesan lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan
harta benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia.

Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang


Dunia Pertama merupakan antara faktor tercetusnya Perang Dunia
Kedua dan telah meninggalkan kesan yang besar kepada dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.

Antara faktor tercetusnya Perang Dunia kedua adalahah disebabkan oleh


kegagalan Perjanjian Versailles 1919 menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama
sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa negara terutama Jerman yang
kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi serta
Jerman juga diarahkan mengecilkan pasukan tenteranya. Di samping itu, kemunculan
Adolf Hitler menguasai Jerman melalui National Socialist dan telah mengingkari Perjanjian
Versailles dengan membina sebuah angkatan tentera yang besar.

Selain faktor tersebut, perubahan politik di Soviet Union iaitu berlaku perang
saudara dan pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dengan dibantu Britain,
Amerika Syarikat dan Perancis. Vladimir Lenin telah mengukuhkan komunis di Rusia
dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Tindakan agresif Itali di
bawah pimpinan Benito Mussolini yang menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada
tahun 1940
Seterusnya kemunculan Jepun di Timur yang ingin menguasai negara-negara timur
dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara di Timur dari penjajahan Barat.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 menyebabkan Amerika Syarikat tidak


mampu menyediakan pinjaman menyebabkan Jerman tidak berupaya untuk membayar
hutang peperangan. Negara Eropah seperti Perancis dan Britain juga mengurangkan
peruntukan ketenteraan. Manakala sebaliknya Jerman mengukuhkan tentera dan
menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah
ekonomi.

Perang Dunia meletus apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala
Soviet Union dari Timur. Serangan tersebut menyebabkan Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Tindakan Jepun pula melancarkan serangan
mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941 berjaya memusnahkan
angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Jepun menduduki Tanah Melayu
termasuk Singapura dan berjaya mengalahkan Britain pada Februari 1942

12
Kesan Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang besar kepada dunia antaranya
ialah telah memecahbelahkan negara Eropah dimana negara Jerman dibahagi dua iaitu
Jerman Barat dan Jerman Timur.
Selain itu, runtuhnya sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu
tanah jajahan. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filipina, Indonesia
mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala India dan Tanah Melayu daripada
Britain.
Kesan seterusnya ialah negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan
ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing

Seterusnya ialah penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggantikan


Liga Bangsa bagi menggantikan Liga Bangsa dan berlakunya perang dingin disebabkan
perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Soviet Union

Kesan lain ialah menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan kemusnahan
harta benda serta timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia

Bagaimanakah konflik dunia yang berlaku membawa kepada


kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin?
@
Terangkan tentang blok dunia dan Perang Dingin
Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin disebabkan konflik yang berlaku dalam
beberapa siri persidangan untuk menyelesaikan Perang Dunia Kedua. Kebuntuan dalam
siri rundingan ini menimbulkan bibit perpecahan sehingga membawa kepada kemunculan
blok dunia.

Negara-negara yang sehaluan telah berusaha untuk bersatu dan mula bertindak
secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Justeru terbentuklah blok dunia
berasaskan geopolitik semasa Perang Dingin.

Selain itu, faktor perbezaan ideologi dan fahaman politik juga menjadi faktor
berlakunya konflik. Persaingan kuasa berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh
Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.

Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok
ini. Namun, kedua-dua blok ini sentiasa ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di
Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

Walaupun negara-negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali, namun


semasa Perang Dingin, blok komunis dan blok kapitalis ini berusaha mempengaruhi
pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini dengan menawarkan bantuan pertahanan dan
ekonomi. Hal ini kerana negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dua kuasa besar,
iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Selain itu, kedua-dua blok juga diperkukuh dengan pembentukan kerjasama


pertahanan dan ketenteraan seperti NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Pakatan
Warsaw yang diketuai oleh Soviet Union. Persaingan ini telah menyebabkan berlakunya
perlumbaan senjata antara kedua-dua blok.

13
Mengapakah terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas
Perang Dunia Kedua?
Terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua kerana
fahaman politik yang berbeza antara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia.
Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh demokrasi dengan mengamalkan hak asasi
manusia dan ekonomi bebas.

Rusia pula menganggap jaguh sosialis berdasarkan ajaran komunis yang percaya
kebajikan masyarakat dicapai dengan memiliknegarakan harta.

Selain itu, kerana perasaan sangsi sesama mereka sebelum Perang Dunia Kedua
dan kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua. Britain sekutu
Amerika Syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan Balkan sebelum ketibaan
tentera Rusia.

Selepas Perang dunia Kedua Eropah terbahagi kepada dua berdasarkan cara
mereka dibebaskan. Negara yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat mengamalkan
ekonomi bebas. Manakala negara Eropah yang dibebaskan oleh Rusia mengamalkan
sosialisme ajaran Karl Max. Seterusnya , Jerman tebahagi kepada dua iaitu Jerman Timur
dan Jerman Barat yang dipisahkan oleh tembok Berlin. Di samping, hubungan yang terhad
dalam bidang diplomatik dan perdagangan

Bandingkan Ideologi Blok Kapitalis dengan Blok Komunis dan


bagaimanakah Blok kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan
kedudukan masing-masing?
Dari segi politik, ideologi Blok Kapitalis merupakan negara demokratik dimana
pemilihan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya, manakala pemerintahan yang diamalkan
oleh Blok Komunis menjalankan pemerintahan oleh diktator iaitu hanya parti Komunis
sahaja yang diiktiraf.
Dari segi ekonomi, Blok Kapitalis memberi peluang perniagaan dan pemilikan
persendirian, manakala Blok Komunis, perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan.
Dari segi sosial pula, Blok Kapitalis memberi kebebasan individu yang sepenuhnya,
manakala Blok Komunis , kebebasan individu dilindungi dan dikawal.
Blok kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan
membuat persiapan ketenteraan dan melancarkan senjata nuklear. Mereka menjalankan
kegiatan propaganda dan pengintipan serta memberi bantuan ekonomi kepada negara
tertentu untuk meluaskan pengaruh.
Kedua-dua blok juga berebut menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi
kepada negara-negara Dunia Ketiga. Amerika Syarikat dan sekutunya menubuhkan
Pakatan NATO(Pertubuhan Atlantik Utara). Rusia dan sekutunya pula menubuhkan
Pakatan WARSAW sebagai riaksi kepada penubuhan NATO.
Selain itu, Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dibentuk untuk menghalang
pengruh Rusia dan China. Presiden Amerika Syarikat John F Keneddy memberi kata dua
kepada Rusia menarik balik senjata nuklear dari Cuba untuk mengelakkan perang nuklear.
Kedua-dua blok juga berperang secara tidak langsung dengan sekutu mereka dengan
Amerika Syarikat membantu Korea Selatan dan Rusia membantu Korea Utara.

14
Bagaimanakah Perang Dingin telah mencetuskan konflik dunia
sehingga ke hari ini?
Perang Dingin yang tercetus sejak tamatnya Perang Dunia Kedua walaupun
dikatakan tamat pada tahun 1989 dengan runtuhnya sistem komunis Soviet Union, namun
pada pendapat saya masih belum reda. Sebagai contohnya dalam perlumbaan teknologi
ke angkasa lepas oleh Amerika dan Rusia, perang teknologi antara Amerika dan China
kini dan perang di dunia Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia. Konflik ini
boleh dilihat terus berlaku dari segi politik,ekonomi dan sosial

Dari segi politik, konflik antara Amerika Syarkat dengan Soviet Union masih
berterusan. Sebagai contohnya konflik perang di Agfanistan,Syria, Iran dan dunia Islam
lain.Kuasa besar seperti Amerika masih terlibat dalam berlumba senjata dengan
membekalkan senjata dan kewangan kepada satu pihak dan satu pihak lain pula disogok
oleh Rusia. Konflik ini juga memberi kesan kepada dunia Islam.

Begitu juga dalam Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan
ideologi, antara ideologi komunisme diterajui oleh Soviet Union dan China di Korea Utara
dengan ideologi demokrasi ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan pemerintahan
demokrasi di Korea Selatan untuk terus bertahan dan bertapak. Konflik ini memberi kesan
kepada negara-negara di Asia juga.

Dalam bidang ekonomi, kenaikan tarif oleh Amerika terhadap barangan dari China
dan China turut mengenakan cukai tambahan sebanyak lima peratus ke atas minyak
mentah Amerika menjerumus dalam perang perdagangan antara dua ideologi yang
berbeza ini.

Begitu juga dari segi teknologi komunikasi , tindakan Amerika Syarikat yang
bertindak melalui syarikat ikoniknya , Apple mencabar kehebatan teknologi China Huawei
meninggalkan kesan kepada pengguna teknologi ini di seluruh dunia.

Bak kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pergeseran
perdagangan China-AS ibarat ‘gajah sama gajah lawan, rumput mati di tengah-tengah’.
Konfrontasi saling merugikan serta mempengaruhi keadaan ekonomi dunia.

Dalam bidang sosial jika dilihat kini, Amerika Syarikat masih menekan terhadap
China yang dahulunya berideologi komunis sehingga dikhuatiri kedua-dua negara 'berada
di ambang perang dingin baharu'. Contohnya ketegangan berkaitan isu COVID-19 dan
status Hong Kong. Menteri Luar China, Wang Yi mendakwa isu covid membuka peluang
Amerika untuk memburuk-burukkan China.

Tegasnya, perang dingin selepas Perang Dunia Kedua ini sebenarnya masih lagi
mencetuskan konflik dunia dan boleh bertukar menjadi Perang panas suatu Ketika nanti
jika tidak dibendung.

15
Jelaskan peranan Malaysia dalam memastikan keamanan dunia
terpelihara. @
Bukti Malaysia mementingkan pemeliharaan keamanan dunia.

Peranan Malaysia dalam memastikan keamanan dunia terpelihara ialah berjaya


menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa. Malaysia menggunakan meja
rundingan sebagai jalan penyelesaian sesuatu konflik. Contohnya, melalui rundingan,
Malaysia berjaya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.

Selain itu, Malaysia bekerjasama dengan negara-negara jiran melalui platform


ASEAN telah berjaya menguruskan konflik di peringkat serantau secara aman. Buktinya,
Malaysia berjaya menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina. Misi diplomasi
ini berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa Moro dengan kerajaan
Filipina. Kesannya, Malaysia mendapat pujian antarabangsa atas kejayaan usaha ini.

Malaysia juga sentiasa menyokong usaha PBB bagi memastikan keamanan dan
keselamatan dunia sejagat terpelihara. Malaysia telah bersama dengan PBB dengan
menghantar pasukan pemerhati dan pengaman di beberapa buah negara yang dilanda
krisis. Antaranya ialah pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta
menjadi pasukan pengaman di Namibia dan Bosnia. Jelasnya, Malaysia berpegang teguh
pada prinsip dan Piagam PBB.

Seterusnya, Malaysia sejak sekian lama, terus memperjuangkan nasib rakyat di


bumi Palestin yang ditindas dan dizalimi regim Israel. Isu penindasan ini sering disuarakan
oleh pemimpin negara di sidang mesyuarat PBB. Antara kejayaan negara Malaysia dalam
isu ini ialah Resolusi 2334 Majlis Keselamatan mengenai penempatan haram Israel
diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 36 tahun.

Sebenarnya, banyak lagi bukti yang menunjukkan Malaysia berperanan dalam


memastikan keamanan dunia sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa.
Peringkat serantau seperti pembentukan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea,
pelaksanaan demokrasi di Myammar dan menyelesaikan isu politik di Acheh. Manakala
pada peringkat antarabangsa pula, krisis Iran-Iraq, menamatkan perang saudara di Congo
dan menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Kesimpulannya, biarpun negara kita
Malaysia bersaiz kecil namun tidak menghalang untuk kita membantu negara besar yang
menghadapi konflik.

Bagaimanakah Malaysia berperanan dalam menjamin keamanan


dunia melalui pertubuhan berikut :
(i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
(ii) ASEAN
(i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB bagi menjamin keamanan
dunia dengan membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960 Malaysia
telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo. Pada tahun 1989, Malaysia dipilih untuk mewakili
pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-
Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

16
Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartied yang diamalkan
di Afrika Selatan. Iaitu dasar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan taraf penduduk
Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang kulit putih diberi banyak keistimewaan,
manakala orang kulit hitam dianggap rendah. Malaysia tidak mengadakan sebarang
hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar
apartied ini dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Semua manusia setaraf dan
mempunyai hak asasi masing-masing.

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala


penyalah gunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa
diadakan di Vienna Austria pada Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia dipilih menjadi
Yang Dipertua persidangan. Pemillihan ini menunjukkan bahawa negara luar secara tidak
lansung menerima ketegasan Malaysia dalam usaha mencegah penyalah gunaan dan
pengedaran najis dadah seperti menjalankan hukuman mati kepada pesalah.

Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjsama dan menyertai beberapa agensi di
bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan
perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan kerjasama dalam bidang
sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO).

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,
1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan
konflik politik negara Myanmar. Misi beliau adalah untuk meredakan ketegangan di antara
kerajaan Myanmar dan penyokong Aung San Suu Kyi.

Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha


menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa
tentang Palestin di Kuala Lumpur. Malaysia juga memberi sokongan kepada rakyat Palestin
dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.

(ii) ASEAN
Antara peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan dunia ialah melalui
pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN). Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur.Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-
kuasa besar. Dasar ini juga, adalah untuk mengelakkan sebarang konflik yang lebih besar,
mengelakkan kuasa-kuasa besar mengambil kesempatan serta terlibat dalam kancah
peperangan. Seandainya konsep ini sentiasa dipraktikkan oleh negara-negara yang terlibat,
pastinya keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dinikmati secara bersama.

Malaysia bersama negara ASEAN berusaha untuk mengatasi pencerobohan


Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge.
ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat
telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Malaysia menyertai mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1984 telah
memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini

17
tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini
menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap
konsep ZOPFAN. Konsep ini perlu diteruskan demi keamanan sejagat serta mengelakkan
ASEAN menjadi zon perlumbaan senjata nuklear, yang boleh mengancam keselamatan
bersama.

Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia juga telah mengadakan hubungan diplomatik
dengan Vietnam pada tahun 1976. Malah Malaysia bekerjasama dengan negara serantau
bagi mengatasi masalah pelarian Vietnam. Hal ini telah terbukti dapat mensejahterakan
hubungan dalam kalangan negara jiran, terutamanya negara serumpun.

Malaysia juga mengemukan idea melalui ASEAN untuk meluaskan skop kerjasama
ekonomi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukan oleh Dato Seri
Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). Namun idea
ini ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Kerjasama secara
tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 merujuk
kerjasama yang diwujudkan antara negara-negara ASEAN dengan negara-negara timur
seperti China, Jepun dan Korea. Langkah ini mengimbangi penguasaan ekonomi oleh
negara-negara maju.

Malaysia memainkan peranan yang penting ke arah mewujudkan


keamanan dunia.
Berikan penjelasan anda.
Malaysia memainkan peranan yang penting ke arah mewujudkan keamanan dunia.
Dalam hal ini, Malaysia terlibat sebagai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Sejak menyertai PBB Malaysia berperanan aktif selaras dengan pendirian
Malaysia iaitu Konsep Keamanan Sejagat . Bermula dengan pasukan pengaman di Congo.
Malaysia terus aktif dalam misi-misi keamanan yang dianjurkan oleh PBB.
Selain itu, Malaysia turut berperanan dalam menyuarakan pandangan berhubung
beberapa isu yang dihadapi oleh dunia. Misalnya, di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu Ke 71, Malaysia turut memberi sumbangan bagi mengatasi krisis
perlarian. Sebagai ahli PBB bagi orang perlarian (UNHCR), Malaysia memberi
perlindungan kepada perlarian Rohingya, Syria dan sebagainya. Malaysia juga lantang
bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan, di mana penindasan orang kulit
putih terhadap kulit hitam.
Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang
diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara bagi mengelakkan ketegangan dan
perbalahan. Malaysia juga turut menyuarakan dalam pertubuhan-pertubuhan yang lain
seperti Komanwel, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-
Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Kesemuanya ini turut menaikan nama
negara di mata dunia. Dalam hal ini juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang baik
dan mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baru kepada negara.
Di samping itu, di peringkat Asia Tenggara, Malaysia telah menyertai Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan menjalankan kerjasama dari segi politik ,
ekonomi dan sosial demi mewujudkan keamanan dunia. Misalnya mengisytiharkan ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas Dan Berkecuali. Ianya bertujuan untuk menjaga keamanan di

18
rantau Asia Tenggara dan mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar serta tanpa
memihak blok barat atau komunis.
Dari segi dasar luar negara, Malaysia melaksanakan dasar luar yang bebas,
berprinsip dan pragmatik serta berasaskan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan
dan kesaksamaan. Kesemua ini untuk melindungi kedaultan dan kepentingan negara serta
menyumbang ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama demi mewujudkan
keamanan dunia. Malahan dalam krisis tuntutan bertindih dengan negara jiran atau
tuntutan wilayah di Laut China Selatan, Malaysia lebih mengutamakan rundingan dalam
penyelesaian masalah ini.
Tuntasnya, Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan
serantau dunia telah meningkatkan kesan postif kepada negara. Dasar luar yang dinamik
ini perlu agar Malaysia dapat bersedia menangani cabaran semasa yang dihadapi dalam
era globalisasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berjaya


menangani konflik dunia.
Buktikan pernyataan tersebut,
Pada pendapat saya, PBB sebagai badan pengaman dunia telah berjaya
menangani konflik dunia dengan berkesan. Sebagai contohnya, perang saudara di Congo
di mana Malaysia menjadi pasukan pendamai di sana. Begitu juga di Namibia dalam usaha
mencapai kemerdekaannya. Perang Iraq-Iran , Bosnia dan Kampuchea di mana
Malaysia turut menjadi pasukan pengaman di sana di bawah panji-panji PBB.

PBB melalui Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan konflik dengan aman.


Contohnya Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez iaitu mengelak
serangan ketenteraan ke atas Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel .
PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam
keselamatan dunia. PBB telah mengambil Langkah menyekat penggunaan senjata
nuclear dan senjata kimia yang boleh meninggalkan kesan buruk kepada dunia.
Contohnya PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika mengundurkan peluru berpandu
dalam krisis di Cuba.

PBB juga berjaya mempengaruhi kuasa-kuasa besar dalam persengketaan Iran-


Iraq untuk mencapai gencatan senjata yang boleh menimbulkan krisis perang di dunia
Islam. Begitu juga pada tahun 1972, PBB menyeru Israel menghentikan tindakan
ketenteraannya yang menyerang rakyat Palestin di Lebnon dan berusaha memulihkan
Kembali perdamaian di Lebnon.

Kesimpulannya, PBB berjaya menangani banyak konflik bagi mempertahankan keamanan


dan kesejahteraan dunia.

19
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menangani
konflik dunia.
Buktikan pernyataan tersebut.
PBB dikatakan gagal menangani konflik dunia terutama dalam menegakkan
undang-undang antarabangsa kepada negara yang melanggar hak asasi manusia
melalui jenayah perang. Sebagai contohnya di rakyat Palestin sekarang menuntut hak
mereka di tanah air sendiri. Namun mereka seperti tiada saluran mendapat keadilan malah
PBB tidak bertindak tegas ke atas Israel yang menceroboh Palestin.

Majlis Keselamatan PBB dikatakan bertindak selektif terhadap negara yang


melanggar hak asasi manusia sehingga menimbulkaan konflik dunia. Contohnya di
Afganistan, beribu-ribu orang awam dibunuh melalui serangan dron begitu juga di
Myanmar dengan isu penghapusan etnik Rohingya yang tidak diambil tindakan oleh PBB.
Begitu juga warga Kashmir yang terus menjadi mangsa keganasan tentera India. Kuasa-
kuasa besar Barat di belakang PBB lebih menumpukan kepada peluang pelaburan di
Myanmar berbanding menangani kemelut keganasan etnik Rohingya .

PBB juga gagal menangani gejala Islamofobia (menakut-nakutkan orang ramai


terhadap Islam) yang boleh mencetuskan konflik dunia. Contohnya kegagalan PBB
menangani pembunuhan kejam di New Zealand memperlihatkan bahayanya budaya
kebencian terhadap orang lain khususnya Islam. Sepatutnya PBB membincangkan isu
keganasan dan mengeluarkan resolusi tegas terhadap mereka yang melanggar hak asasi
yang boleh mengancam dunia selaras dengan misi penubuhan PBB.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan


perutusan tahunan pada Perhimpunan Agung PBB ke-75 berkata, PBB telah berjaya dalam
mempromosi pembangunan sosial dan ekonomi, namun pada masa sama mengakui PBB
gagal dalam aspek keselamatan bagi menghindari peperangan dan konflik dunia.

Jelaskan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa


berikut sebagai usaha mengatasi konflik dunia.
i. OIC
ii. NAM
iii. KOMANWEL
IV. NEGARA-NEGARA SELATAN
i. OIC
Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha
menangani konflik dunia ialah bergerak aktif sebagai anggota OIC yang menyuarakan
pelbagai pandangan yang berkaitan kepentingan Islam. Semasa Tun Abdullah Ahmad
Badawi menjadi pengerusi OIC pada tahun 2003, masyarakat Islam dunia dikaitkan dengan
3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran. Walau bagaimanapun, Malaysia mampu
membawa nilai kesederhanaan dan menolak keganasan bagi menolak tohmahan tersebut.

Selain itu, Malaysia berjaya menangani konflik politik yang melibatkan negara Islam.
Melalui OIC, Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq sehingga
membawa kepada genjatan senjata antara kedua-dua negara pada bulan Ogos 1988.

20
Malaysia telah menghantar pegawai tentera di bawah PBB menyertai pasukan pemerhati
dalam usaha tersebut.

Seterusnya, Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin


dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk membebaskan negara mereka
daripada rejim Israel. Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Keserantauan
Asia berkaitan Palestin di Kuala Lumpur pada tahun 1983. Negara kita Malaysia
menyokong hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri termasuk mempunyai
sebuah negara yang merdeka.

Di samping itu, Malaysia turut menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap


Rejim Kabul yang dibantu Kesatuan Rusia sejak tahun 1979. Malaysia membenarkan
muhajidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di kuala Lumpur pada tahun 1984.

Dalam bidang pendidikan dan pembangunan ekonomi, Malaysia turut membuka


peluang kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa.
Kemudahan biasiswa turut disediakan kepada para pelajar tersebut. Malaysia turut aktif
membangunkan ekonomi negara anggota OIC dengan menyokong segala aktiviti Bank
Pembangunan Islam (IsDB) untuk membantu krisis ekonomi di negara Islam.

ii. NAM
Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) dalam
usaha menangani konflik dunia ialah penyertaan dalam NAM membuktikan Malaysia
mengubah dasar daripada probarat kepada dasar yang neutral, aman bebas dan
berkecuali. Sejak menyertai NAM, Malaysia lantang menyuarakan pelbagai isu dan konflik
terutamanya yang melibatkan anggota NAM.

Malaysia telah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun
2003. Dalam sidang tersebut, Malaysia dan anggota NAM menyatakan sikap terhadap isu
Palestin serta serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq sebagai satu pencerobohan kuasa
besar terhadap negara kecil.

Selain itu, sebagai anggota NAM, Malaysia lantang menyuarakan isu pencerobohan
terhadap hak asasi manusia dan negara lain. Malaysia menyuarakan isu Aparteid yang
berlaku di Afrika Selatan. Malaysia bersetuju agar tekanan politik dan ekonomi dikenakan
kepada Afrika Selatan bagi menangani isu tersebut.
Seterusnya dalam Sidang Kemuncak NAM di Indonesia (1992), Malaysia
membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang ditekan oleh Serbia. Usaha ini telah
membawa kepada penggantungan keanggotaan Yugoslavia sebagai anggota NAM.
Malaysia juga turut menerima sejumlah pelarian Bosnia dan Herzegovina sebagai usaha
menangani konfik tersebut.

Kesimpulannya, Malaysia memainkan peranan yang berkesan sejak menyertai


NAM. Nama Malaysia telah dipandang tinggi dan dihormati dunia.

iii. Komannwel
Peranan Malaysia dalam Komanwel dalam usaha menangani konflik dunia ialah
memperjuangkan hak asasi manusia, kerjasama ekonomi dan pembangunan sosial serta
terlibat dalam mengetengahkan isu global melalui Komanwel.

Melalui Komanwel, Malaysia lantang menentang dasar Aparteid iaitu dasar


pemisahan antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Penentangan
Malaysia ini kerana dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan

21
hak seseorang berdasarkan warna kulit. Ketegasan Malaysia menyuarakan isu ini dalam
komanwel menyebabkan Afrika Selatan menarik diri daripada Komanwel.

Malaysia turut terlibat dalam kerjasama pertahanan melalui perjanjian yang


ditandatangani antara Britain dan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perjanjian ini
membolehkan Britain dan negara Komanwel yang lain membantu Malaysia memastikan
keselamatan negara terutamanya daripada ancaman komunis.

Bagi menghadapi krisis atau konflik yang melibatkan ekonomi, Malaysia menyertai
Rancangan Colombo iaitu rancangan pembangunan ekonomi dan sosial di bawah
Komanwel. Melalui rancangan ini, negara-negara anggota dibantu khidmat nasihat dan
latihan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara anggota.

Seterusnya dalam aspek ekonominya juga, Malaysia menjadikan negara komanwel


rakan dagang Malaysia yang utama. Komoditi utama diekport ke negara anggota, kadar
cukai yang dikenakan lebih rendah dan pelbagai kemudahan kredit dan dana turut
disediakan melalui Komanwel.

Selain itu, penganjuran Sukan Komanwel turut dilihat sebagai satu usaha
menangani konflik dunia. Penyertaan Malaysia dalam sukan ini mampu mengeratkan
hubungan antara negara anggota.

Jelasnya, penyertaan Malaysia dalam Komanwel membawa manfaat yang besar


dalam menghadapi krisis dan konflik dunia sama ada aspek politik, ekonomi mahupun
sosial.

iv. Negara-Negara Selatan


Peranan Malaysia dalam Negara-Negara Selatan dalam usaha menangani konflik
dunia lebih dilihat dalam aspek ekonomi. Matlamat Malaysia dan semua negara dalam
kumpulan ini adalah mengurangkan pergantungan kepada negara maju dalam pemasaran
bahan mentah. Hal yang demikan, pergantungan kepada negara maju akan membawa
kepada syarat perdagangan yang tidak adil.

Selain itu, Malaysia dan negara-negara kumpulan ini berharap harga eksport bahan
bahan mentah dapat diatasi dengan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dalam
kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara maju.

Seterusnya, Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan


Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea penubuhannya daripada Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zambabwe pada tahun 1987. Strateginya
dengan menubuhkan kumpulan 15 atau G15.Sidang kemuncak G15 yang pertama telah
berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

Penubuhan G15 ini telah membawa kepada beberapa projek yang bertujuan
mengatasi konflik ekonomi antara negara maju dengan negara Dunia Ketiga. Antara
projeknya ialah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta penubuhan Pusat
Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi (SITTDEC). Di samping itu,
penubuhan GSTP dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.

Kesimpulannya, peranan Malaysia dalam Kumpulan Negara-Negara Selatan ini


amat penting bagi membantu negara-negara anggota dalam meningkatkan ekonomi
negara masing-masing tanpa bergantung dengan negara maju yang turut menimbulkan
konflik dalam bidang ekonomi.

22
Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak
aman. Buktikan penyataan tersebut.
Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak aman.
Sewajarnya dunia yang semakin bertamadun dan canggih dapat menangani konflik yang
dihadapi oleh dunia. Ini dapat dapat dilihat terhadap krisis yang melibatkan Amerika
Syarikat yang bertegang dengan Korea Utara membabitkan isu senjata nuklear. Setiap kali
Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika menyatakan kesediaan
untuk berperang. Ini akan mengancam negara-negara berdekatan termasuk negara kita
dari segi pelaburan atau ketenteraan. Malahan sekutu masing-masing bersedia memberi
bantuan sekiranya peperangan berlaku .Contohnya, China akan memberi bantuan
kepada Korea Utara. Jika peperangan berlaku ianya akan merebak ke seluruh dunia seperti
Perang Dunia Pertama dan kedua.
Selain itu, Amerika juga berkonflik perdagangan dengan China. Sehingga kini
didapati krisis antara dua kuasa besar itu saling mencabar antara sama laini. Malahan
perbalahan perdagangan ini menjejaskan ekonomi dunia dan keamanan tergugat.
Begitu juga konflik di Mindanao, yang membabitkan kerajaaan Flipina dengan Bangsa
Moro yang menyebabkan ribuan nyawa yang terkorban .Pada masa kini persetujuan damai
dimeterai. Dalam hal ini juga dapat dilihat kepada konflik di Selatan Thailand yang
melibatkan antara Bangkok dengan pejuang pemisah Pattani yang belum reda. Sejak 2004,
ribuan terbunuh kerana menuntut kemerdekaan.
Seterusnya Konflik di Myanmar juga semakin kompleks apabila kerajaan Myanmar
masih tidak menyelesaikan isu Rohingya dan beberapa etnik minoriti yang bertempur
dengan tentera. Hal sedemikian membawa kepada meningkatnya kadar perlarian yang
hidup dalam serba kekurangan. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu bagi perlarian (UNHCR) sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang
terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Di samping itu juga, konflik dunia di Palestin, Chechnya, Kashmir atau Timur
Turkistan didapati kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam atau pembersihan etnik.
Pembunuhan dan kekejaman ini membawa kepada perasaan marah dan mahu melakukan
sesuatu sebagai pembalasan. Malahan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam
sama ada di peringkat negara atau dunia. Ini mengambarkan bahawa konflik global
mengugat keamanan dunia. Menurut laporan portal usnews, kajian membabitkan 163
negara dan wilayah berdaulat didapati dunia semakin kurang aman sebanyak 0.27 peratus
berbanding 2016. Negara paling aman adalah Iceland dan negara paling bergolak adalah
Syria. Keganasan ini membawa kesan buruk kepada ekonomi globel yang membabitkan
kerugian sebanyak AS$14.8 trilion pada tahun 2017.Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat
di seluruh dunia menjaga keamanan dunia.

Mengapakah konflik dunia masih berlaku pada hari ini?


Berikan penjelasan anda.
Konflik dunia masih berlaku pada hari ini berikutan ideologi yang berbeza.
Keadaan ini mewujudkan jurang persefahaman yang luas. Contohnya ada negara yang
pro-barat dan ada negara yang berideologi komunis.

Seterusnya ialah sikap ego kuasa besar kuasa besar yang hanya mementingkan
diri dan enggan berunding dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Masing-masing cuba
meningkatkan kekuatan negara masing-masing dan bersedia melancarkan serangan
sekiranya berlaku perbalahan. Selain itu, terdapat juga negara yang ingin mengembangkan

23
sempadan agar negara mereka menjadi lebih luas. Contohnya konflik yang berlaku antara
Israel dan Palestin.

Persaingan ekonomi antara negara kuasa-kuasa besar mencetuskan konflik


dunia. Masing-masing cuba mengembangkan ekonomi dan merebut pasaran dunia.
Keadaan ini juga boleh membawa penindasan kepada negara dunia ketiga. Contohnya
persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang merupakan kuasa ekonomi yang
besar di dunia. Masing-masing mahu menguasai ekonomi dunia.

Seterusnya terdapat negara kuasa besar yang menceroboh dan campur tangan
terhadap negara lain. Hal ini mereka ingin merampas dan menguasai sumber-sumber
bahan mentah seperti logam dan petroleum. Contohnya pencerobohan Amerika Syarikat
ke atas Iran. Pelbagai serangan dilancarkan.

Konflik dunia masih berlaku pada hari kerana persaingan kuasa untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Semua kuasa besar mahu menunjukkan mereka
adalah jaguh dunia. Contohnya persaingan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan
China. Secara tidak langsung persaingan ini telah membibitkan rasa tidak harmoni antara
negara ini dan negara lain yang terlibat.
Kemajuan sains dan teknologi yang disalahgunakan juga telah menimbulkan
konflik. Contohnya pencerobohan maklumat atau dikenali penggodaman iaitu maklumat
sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah sehingga menjejaskan keselamatan
negara-negara tersebut.

Perlumbaan senjata nuklear juga membawa konflik pada hari ini. Pelaburan yang
semakin meningkat terhadap senjata terutama senjata nuklear adalah potensi ancaman
kepada dunia dan generasi akan datang. Banyak negara-negara besar terlibat dalam
perlumbaan senjata yang menggila. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dunia dan
meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Konflik antarabangsa telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada


negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Apakah cabaran-cabaran tersebut?
Konflik antarabangsa telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada negara-negara
di rantau Asia Tenggara antaranya ialah Asia Tenggara semakin menjadi rebutan untuk
dijadikan sebagai tanah jajahan, kecuali Thailand. Hal ini menjadikan ekonomi negara-
negara Asia Tenggara yang dijajah menerima tempias dan turut merasai cabaran
besar kesan daripada Kemelesetan Ekonomi Dunia kerana penglibatan penjajah dalam
sektor ekonomi tempatan. Inilah cabaran pertama yang terpaksa dilalui oleh negara-negara
Asia Tenggara.

Perang Dunia Pertama dan Kedua juga membangkitkan semangat kebangsaan


dalam kalangan penduduk di Asia dan Afrika. Kebanyakan negara-negara di Asia
Tenggara terlibat dengan perjuangan rakyat mempertahankan kedaulatan negara.
Cabarannya, kemunculan gerakan nasionalisme bagi membebaskan tanah air daripada
penjajah ini telah menjadikan rakyat berada dalam keadaan tidak tenteram akibat dasar-
dasar baharu yang dibawa oleh penjajah ke negara mereka.

Cabaran seterusnya ialah selepas merdeka. Konflik antarabangsa ini mendorong ke


arah pembinaan negara bangsa di negara-negara Asia Tenggara contohnya Malaysia.
Namun, proses memperkukuhkan negara bangsa Malaysia diuji dengan masalah tuntutan
sempadan, nilai-nilai patriotisme dalam kalangan rakyat, serta sejarah penjajahan.

24
Perang Dingin yang berlaku ini telah mengubah keadaan persekitaran Asia
Tenggara. Hal ini kerana Asia Tenggara adalah mangsa kepada negara-negara besar
yang saling bertelagah diantara satu sama lain. Jadi, cabarannya ialah negara-negara
Asia Tenggara tersepit antara kedua-dua buah kuasa besar dunia ini, dan perlu
berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak menunjukkan sokongan kepada sebelah
pihak sahaja.

Konflik Arab-Israel juga turut memberi cabaran kepada Asia Tenggara terutama
dalam konteks kehidupan beragama dan pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Kebanyakan masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam menganggap Palestin
adalah hak orang muslim dan harus bersama-sama masyarakat Palestin mempertahankan
negara tersebut daripada penjajahan bangsa Yahudi. Sokongan secara berterusan kepada
masyarakat Palestin juga telah menimbulkan perasaan tidak puashati sesetengah negara
seperti Amerika Syarikat.

Cabaran seterusnya ialah Ideologi keagamaan yang menampakkkan gejala konflik


dalam abad 20 adalah konflik antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan
Yahudi. Masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam juga berdepan dengan pengaruh
fahaman Syiah yang sedang menular.

Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan anda bagi mengatasi


cabaran di atas.
Sebagai pemimpin negara, cabaran tersebut boleh diatasi jika ekonomi negara
tidak bergantung kepada satu pihak sahaja. Ekonomi juga tidak boleh bergantung
kepada beberapa komoditi utama sahaja. Sebaliknya, pemimpin mesti bijak dalam
menentukan rakan niaga dengan mana-mana negara. Sumber ekonomi juga
dipelbagaikan agar tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan harga komoditi utama yang
membawa kemelesetan ekonomi negara dan dunia apabila sesuatu konflik berlaku.

Cadangan kedua, pemimpin-pemimpin negara dan seluruh rakyat mestilah bersatu


hati dalam menghadapi ledakan semangat kebangsaan yang berkobar-kobar. Pemimpin
yang bijak berjaya memenangi hati rakyat seluruhnya dengan menolak dasar yang
dibawa oleh penjajah secara rundingan. Hal ini akhirnya menyebabkan negara-negara
Eropah khususnya penjajah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan
kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka.

Antara langkah lain yang boleh dibuat bagi menangani cabaran tersebut ialah
dengan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar tersebut. Langkah terbaik ialah
dengan mengamalkan dasar berkecuali atau pun berbaik-baik dengan semua pihak. Hal ini
boleh mengurangkan tekanan daripada negara-negara yang bertelagah. Contohnya,
negara Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan menyertai pertubuhan Negara-
Negara Berkecuali (NAM).

Seterusnya ialah dengan memperkukuhkan pembinaan negara bangsa masing-


masing bagi mengelakkan tempias permusuhan kuasa-kuasa besar. Dalam hal ini,
pemimpin dan rakyat hendaklah menolak campurtangan kuasa asing dalam politik negara,
sebaliknya mempertingkatan kesatuan atas nama satu negara dan satu bangsa yang
bebas dan berdaulat.

25
Di samping itu, sebagai pemimpin negara yang baru dalam hal politik sepatutnya
mengekalkan dasar untuk tidak menyokong kuasa besar walaupun dalam apa-apa
hal sekalipun.
Sebagai pemimpin negara, hendaklah bersikap adil kepada semua pihak dan
tidak menceroboh kedaulatan negara lain sewenang-wenangnya. Hal ini dapat
membantu mewujudkan kestabilan dan menjamin kedaulatan negara lain. Selain itu,
dengan memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat tentang perkara-perkara
yang selalu menimbulkan kekekeliruan dalam masyarakat dengan menyeru masyarakat
kembali kepada ajaran Islam mengikut al Quran dan Sunnah.

Sebagai pemimpin sebuah negara, cadangkan langkah bagi


memupuk kerjasama ke arah mewujudkan dunia yang aman dan
makmur.
Langkah bagi memupuk kerjasama ke arah mewujudkan dunia yang aman dan
makmur ialah perpaduan antara rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan
berterusan. Perpaduan dapat memupuk semangat tolong menolong yang amat kukuh,
saling menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk di
kalangan semua negara.

Seterusnya menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan


rundingan jika menghadapi sebarang permasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-
bolehnya kita perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat
setiakawan bersifat sejagat.

Selain itu mendesak negara-negara yang terlibat dengan perlumbaan senjata


menghentikan segera persaingan ini. Pengharaman penggunaan senjata nuklear
hendaklah dikuatkuasakan segera. Kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan tercetusnya
perang yang akan mengorbankan banyak nyawa.

Keamanan dan kemakmuran dunia dapat diwujudkan jika layanan yang adil dan
saksama kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang. Kuasa-kuasa besar
sewajarkannya memberikan layan adil tanpa melabelkan negara-negara tertentusebagai
sekutu atau seteru. Keadilan dan kesaksamaan kunci keamanan.

Di samping itu kita hendaklah sentiasa mengadakan musyawarah atau


perbincangan sekiranya negara kita menghadapi krisis dengan negara lain dan saling
mengekalkan persefahaman. Kita juga boleh bertukar pendapat dan pandangan dalam
pelbagai isu dan bertindak dengan sebulat suara. Contohnya mengeratkan hubungan
dengan pertubuhan serantau seperti ASEAN dan dunia seperti PBB, OIC dan Komanwel.

Seterusnya menggesa PBB sebagai badan pengaman dunia memainkan peranan


yang lebih tegas. PBB perlu memastikan keamanan dan keselamatan dunia terjamin dan
hak asasi manusia dilindungi tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Dengan
ketegasan keamanan dan kehormonian pasti dapat dinikmati oleh seluruh warga dunia.

Selain itu, kita perlu memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dan
mengalami kesulitan. Contohnya negara kita boleh menyalurkan bantuan kemanusiaan ke
negara-negara seperti Lubnan, Syria dan lain-lain yang sedang dalam kesusahan.

26
Sebagai pemimpin dunia, berikan cadangan anda bagi
mewujudkan dunia yang aman dan tanpa konflik.
Usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung
semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap pemimpin negara perlu mengambil
inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa.
Cadangan yang pertama ialah perpaduan masyarakat. Perpaduan antara rakyat
merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang
bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu
dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Contohnya
kerajaan menerapkan penghayatan Rukun Negara.

Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara
menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara
negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing .
Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping
menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia.

Secara umum, konflik boleh berlaku bila-bila masa, namun kita perlu menyedari
kewujudan pemangkin konflik. Kepelbagaian agama yang wujud didunia dikenal pasti
sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan
pegangan ajaran agama dan sikap penganut agama bertindak di luar batasan.

Oleh itu, saya mencadangkan seminar atau dialog antara agama perlu kerap
dianjurkan untuk memberikan pemahaman pelbagai agama yang lebih mendalam kepada
masyarakat. Dalam konteks ini, mata pelajaran umum seperti kursus tamadun Islam dan
tamadun Asia serta kursus hubungan etnik boleh menjadi kursus wajib kepada pelajar
universiti awam dan swasta di Malaysia.

Sebagai pemimpin negara, program yang memperjuangkan isu sejagat perlu


dijadikan rancangan dasar kerajaan. Kejayaan Malaysia menganjurkan Perhimpunan
Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka pada 24 Mac 2019 jelas menunjukkan Malaysia
wajar dijadikan negara contoh di mata dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

Jelaskan/ Cadangkan langkah-langkah untuk menghalang


peperangan masa kini
Langkah-langkah untuk menghalang peperangan masa kini ialah semua negara di
dunia perlu menghormati kedaulatan negara lain. Setiap negara perlu mengelak daripada
mencampuri urusan dalam negara negara lain. Sebagai contoh, Malaysia mengamalkan
dasar berkecuali iaitu tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara lain.
Selain itu, semua negara perlu saling menghormati antara negara dengan
menghargai dan memuliakan hubungan antara negara. Setiap negara perlu menghormati
dan menghargai adat, budaya, sejarah dan bahasa negara lain. Hal yang demikian
melahirkan suasana aman dan harmoni dalam mencapai kemakmuran dan kemajuan
dunia.
Langkah seterusnya untuk mengelak peperangan adalah dengan menyelesaikan
pertikaian dan konflik secara diplomasi atau rundingan. Melalui perundingan, pemimpin
kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi

27
mengatasi konflik yang dihadapi. Pertubuhan ASEAN contohnya merupakan platfom yang
digunakan bagi menyelesaikan pertikaian antara negara-negara di Asia Tenggara.
Warga dunia juga perlu dididik agar mencintai keamanan dan perpaduan. Sebarang
bentuk keganasan dan perlumbaan senjata perlu ditentang. Semua warga dunia perlu
menyokong segala usaha untuk memelihara keamanan sejagat. Konsep ZOPFAN sebagai
contoh adalah menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali
dari pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar.

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa konflik


yang berlaku di dunia pada hari ini.
.
Iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa konflik dunia antaranya ialah
kebijaksanaan pemimpin dalam merancang strategi bagi menghadapi suasana dunia yang
tidak menentu supaya tidak terperangkap dengan konflik yang berlaku. Malaysia telah
mengamalkan dasar berkecuali iaitu, menjalin hubungan dengan semua negara tanpa
mengira ideologi dan tidak mencampuri urusan pemerintahan negara lain.

Di samping itu, Malaysia seharusnya perlu menganggotai pelbagai pertubuhan di


peringkat antarabangsa mahupun serantau. Contohnya, menganggotai pertubuhan OIC
dan ASEAN. Hal ini dapat mewujudkankan persefahaman dalam hubungan diplomatik serta
menggelakkan krisis antara negara. Kesannya, jalinan kerjasama akan terbentuk dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial yang dapat membantu pembangunan dan memajukan
ekonomi negara.

Selain itu, pentingnya mengamalkan sikap toleransi dan tolak ansur antara kaum
supaya negara sentiasa aman dan makmur. Keamanan dan kemakmuran negara dapat
mengelakkan negara daripada anasir luar yang cuba untuk mencampuri urusan dalaman
negara. Kekacauan yang berlaku di negara lain perlu dijadikan iktibar untuk mengukuhkan
perpaduan kaum kerana ini adalah kunci kesejahteraan negara. Kesannya, keamanan dan
kemakmuran negara pasti dapat dikecapi sekiranya nilai muhibah dan persefahaman
antara kaum semakin kukuh.

Iktibar yang seterusnya ialah kerajaan perlulah menguatkan sistem pertahanan negara
agar negara tidak mudah diceroboh oleh musuh luar. Hal ini kerana, pertahanan negara
yang mantap dengan kelengkapan ketenteraan yang moden mampu melahirkan pasukan
tentera yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta semangat sedia berkorban
untuk mempertahankan negara. Negara kita akan kekal berdaulat dan dihormati oleh
negara luar.

Iktibar yang diperolehi daripada tugasan ini ialah mengutamakan


keamanan membawa kesejahteraan dunia.
Huraikan pernyatan tersebut.
Iktibar keamanan menjadi keutamaan untuk menjamin kesejahteraan dunia dapat
dibuktikan apabila semua negara mengutamakan diplomasi dalam menyelesaikan
sebarang konflik atau persengketaan. Dengan cara ini negara dapat mengelakkan daripada
terlibat dalam peperangan. Hubungan diplomatik yang erat dan kukuh antara negara di
peringkat global dapat membanteras isu-isu seperti ancaman lanun, pemerdagangan
manusia, penyeludupan dan keganasan. Contohnya negara-negara ASEAN secara
bersama mewujudkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Langkah ini disamping
bekerjasama menjaga sempadan, ianya dapat mengelak sebarang pertikaian keselamatan.

28
Bagi memastikan keselamatan negara, kebanyakkan negara termasuk Malaysia
mengambil langkah dengan mewujudkan kerjasama erat dengan negara-negara jiran,
berganding bahu menjaga keselamatan perairan, perkapalan dan pencerobohan secara
bersama. Hasilnya negara-negara ASEAN dapat menikmati keamanan daripada ancaman
lanun di perairan negara masing-masing. Seandainya cara ini jika dipraktikkan oleh semua
negara dunia, pastinya keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dinikmati secara
bersama.
Keamanan yang wujud juga dapat memberi peluang kepada rakyat dari negara-
negara membangun melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Australia dan Jepun. Di samping itu, universiti-universiti tempatan boleh
mengadakan program pertukaran pelajar ke universiti-universiti terkenal di negara lain.
Pertukaran pelajar ini mampu memberi pendedahan ilmu dan perkongsian idea kepada
mereka. Perkongsian idea ini membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu tersebut di
universiti mereka. Kesannya pemikiran mereka lebih terbuka dan berdaya saing.
Bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran dari segi ekonomi pula, ianya dapat
menarik minat pelabur-pelabur asing melabur di negara-negara yang aman dan terjamin
keselamatan. Secara tidak lansung kemasukan pelaburan asing banyak membantu
pertumbuhan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Contoh pelabur-pelabur asing daripada Jepun dan Korea membuka kilang-kilang
perindustrian sama ada berskala tinggi atau sederhana seperti DRB-Hicom dan syarikat
dari Jepun bagi menghasilkan kenderaan seperti lori, kereta dan motosikal.

Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah kerjasama dan


rundingan berjaya mengelakkan konflik dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
Iktibar yang diperolehi hasil kejasama dan rundingan berjaya mengelakkan konflik
dunia dapat diterjemahkan kepada keamanan sejagat melalui pembentukan masyarakat
yang harmoni. Masyarkat dunia perlu membudayakan nilai toleransi seperti sabar dan
bertolak ansur serta menghormati pendapat dan kepercayaan orang lain. Mereka juga perlu
memahami hak golongan majoriti dan minoriti serta menjauhi sifat taasub atau radikal.

Hasil rundingan di peringkat antarabangsa sepatutnya memberi kesan positif


kepada isu kemanusian di peringkat global. Fakta yang dilaporkan oleh agensi pelarian PBB
pada tahun 2020 menunjukkan 26 juta orang pelarian mendapatkan perlindungan negara
negara dunia. Hal ini belaku kerana konfik antarabangsa tidak diurus dengan baik.
Pertambahan pelarian akan merencatkan pembangunan masyarakat dan negara.

Konflik antarabangsa antara kuasa-kuasa besar dunia perlu diberi perhatian


sewajarnya agar generasi muda dapat didedahkan dengan model pendidikan dan
pembelajaran yang berkesan. Kewujudan institusi pendidikan di setiap negara dapat
melahirkan mereka yang terdidik dan terpimpin seterusnya menjadi pemimpin harapan
pada masa hadapan. Usaha kolektif, holistik dan bersepadu oleh semua pihak termasuk
perundingan diplomasi kerajaan agar terus memberi tekanan kepada negara yang terlibat
dengan konflik untuk segera menghentikan kezaliman dan peperangan.
Seterusnya ialah Penubuhan PBB dapat merapatkan kerjasama dan hubungan di
arena antarabangsa. Semua negara perlu mempertahankan dasar dan prinsip dalam
Piagam PBB, serta piawaian asas hubungan antarabangsa, berusaha mewujudkan
hubungan antarabangsa baharu yang berteraskan kerjasama yang saling menguntungkan,
serta berkongsi peluang dengan seluruh dunia, demi kemakmuran bersama.

Selain itu, negara-negara yang menmentingkan keamanan perlulah bersifat terbuka


dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk ke arah kebaikan. Kita

29
seharusnya mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana tanpa ilmu pengetahuan kita
mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Ilmu
adalah asas kejayaan membangunkan bangsa dan negara.

Ikhtibar yang terakhir ialah pentingnya permuafakatan dunia seperti Malaysia


menjalankan hubungan serantau dalam pertubuhan Asean. Permuafakatan ini, mampu
menghasilkan sesuatu yang baru untuk bersaing dengan negara maju yang lain yang
seterusnya meningkat taraf hidup rakyat.

Iktibar yang diperolehi daripada tugasan ini ialah sikap tolak ansur
dan toleransi mewujudkan keamanan dunia. Huraikan pernyataan
tersebut.
Iktibar yang saya peroleh daripada sikap tolak ansur dan toleransi dalam
mewujudkan keamanan dunia ialah berusaha mengelakkan berlakunya peperangan.
Sebarang perselisihan atau masalah antara negara yang berkonflik seharusnya
diselesaikan melalui perundingan. Sekiranya berlaku peperangan, kemusnahan negara
akan berlaku serta akan mengorbankan nyawa dan harta benda.

Selain itu, setiap negara perlu menghormati kedaulatan negara lain. Hubungan
diplomatik yang baik perlu diwujudkan dengan semua negara tanpa mengira perbezaan
status, kepercayaan dan ideologi politik. Demi kepentingan bersama, setiap negara juga
berpeluang untuk menyertai dan bertindak aktif dalam mana-mana pertubuhan serantau
atau antarabangsa. Sikap mencampuri urusan dalaman negara lain perlu dielakkan kerana
boleh menimbulkan konflik yang lebih besar.

Di samping itu, kerjasama antara negara juga perlu diwujudkan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan sosial. Kerjasama ini dapat membantu khususnya negara yang
belum maju untuk menyusun dan membangunkan semula rancangan ekonomi negara
mereka melalui bimbingan daripada negara maju. Pembangunan dalam bidang pendidikan,
penyelidikan serta sains dan teknologi juga dapat ditingkatkan secara usaha sama.

Seterusnya, sikap tolak ansur dan toleransi juga penting dalam mengekalkan
perpaduan antara negara. Sikap menghormati hak kebebasan negara lain perlu dijadikan
panduan dalam memupuk hubungan antarabangsa. Kesedaran tentang pentingya menjaga
keamanan dunia perlu ditanam dalam minda setiap pemimpin negara di dunia agar
keselamatan sejagat dapat dikekalkan.

Selain itu, sebarang bentuk keganasan perlu dielakkan dan seharusnya dihentikan
melalui kerjasama antarabangsa. Dasar penjajahan tidak perlu lagi dilakukan. Sebaliknya
setiap negara dunia perlu menghormati tamadun dan budaya bangsa negara lain agar
kedamaian dunia terus dipelihara melalui sikap tolak ansur dan toleransi.

30
Buat rumusan tentang tentang tajuk yang telah anda kaji
Konflik antarabangsa yang berlaku telah membawa perubahan ketara dari segi politik,
ekonomi dan sosial kepada negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat dan Amerika
Latin. Perubahan ini memberi peluang dan juga cabaran terutama kepada negara-negara
baru termasuk Malaysia dalam usaha membina identiti yang tersendiri. Peluang dan
cabaran ini harus ditangani sama ada melalui hubungan antarabangsa seperti melalui
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Komanwel, OIC atau melalui hubungan
serantau seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Kebijaksanaan pemimpin berperanan dan membuat keputusan adalah sangat penting


supaya negara tidak terjerumus ke dalam kancah konflik antarabangsa yang akhirnya akan
merugikan negara pada masa hadapan. Kerjasama dan penglibatan semua pihak adalah
penting untuk memutuskan sesuatu yang penting untuk masa depan negara. Sebagai
rakyat, perlunya semangat cinta akan negara dipupuk agar negara terus kekal berdaulat
dan rakyat sentiasa Bersatu padu.

Harapan agar negara kita Malaysia akan terus dihormati di peringkat antarabangsa dan
serantau, di mana pandangan dan suara kita akan diberi perhatian serta tindakan yang
sewajarnya. Semoga Malaysia terus dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran yang
dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum pada hari ini dan generasi pada masa hadapan.

Buat rumusan tentang tentang konflik dunia yang berlaku pada


hari ini.
Sejak dahulu sehinggalah ke hari ini, dunia tidak pernah sunyi daripada konflik dan
peperangan sehingga dunia tidak pernah aman. Antara konflik yang berlarutan begitu lama
berlaku ialah konflik Arab-Israel. Konflik ini, antara lain memperlihatkan kekejaman dan
kezaliman bangsa Israel yang menindas masyarakat Islam Palestin dan sikap pilih kasih
negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat serta PBB dalam usaha untuk menangani isu
ini yang tiada penyelesaian.

Kerjasama masyarakat antarabangsa penting bagi menyelesaikan isu-isu dan konflik dunia
supaya ia tidak berlarutan yang menyebabkan rakyat yang akan menjadi mangsa. Sikap
toleransi perlu dipupuk dalam kalangan semua negara supaya tidak mengambil tindakan
yang tergesa-gesa sehingga mencetuskan perang yang boleh merugikan semua pihak.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa menunjukkan sokongan kepada pihak kerajaan
dalam usaha untuk melibatkan diri bagi menyelesaikan isu-isu antarabangsa seperti
menghantar tentera pengaman dan pemerhati di bawah panji Pertubuhan Bangsa_Bangsa
Bersatu(PBB) ke mana-mana negara di dunia. Harapan semoga, penglibatan negara kita
akan menjadi titik tolak kepada usaha murni untuk menjadikan dunia aman tanpa konflik
pada masa hadapan.

31
NOTA TAMBAHAN
Terangkan faktor-faktor/ Asas-asas penggubalan dasar-dasar luar
Malaysia
Antara faktor penggubalan dasar-dasar luar Malaysia disebabkan oleh faktor
Sejarah. Hal ini kerana semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan
dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu.
Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin
hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada
pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New
Zealand. Pada masa itu, ancaman komunis telah menggugat keselamatan negara Malaysia
dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan
antikomunis.
Selain itu, faktor ekonomi Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran
bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam
usaha memajukan ekonominya. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih
mengharapkan pasaran dan juga modal dari Britian dan Amerika Syarikat. Menjelang tahun
1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-
negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara
Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan
pelaburan di negara berkenaan.
Faktor politik turut mempengaruhi penggubalan dasar-dasar luar Malaysia. Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong
Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malah, Malaysia juga berpegang
teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi
memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong
semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan
dunia.
Di samping itu, faktor geografi telah menjadi asas penggubalan dasar-dasar luar
Malaysia. Hal ini kerana Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-
kapal perdagangan di dunia. Justeru, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi
dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keselamatam serta pertahanan
Malaysia.
Akhir sekali, faktor demografi. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik
yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti
beragama Islam. Dengan itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas
peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing.
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan
Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia
juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan

32
sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.
Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar
luar Malaysia.

Huraikan perkembangan/ tahap dasar luar Malaysia


Perkembangan Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memeperlihatkan dasar
pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik,
ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di
dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New
Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA)
pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.
Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).
Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961
bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama
Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia,
Filipina dan Singapura.
Malah, pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi
negara ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan
perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan
kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya
permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai
peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Demi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran
bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada
Britain dan bagi mencari pasaran baru.
Sementara itu, menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada
dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini
disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh
Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan
seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace,
Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis
seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya
dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatic
dengan Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi
dengan kerjasama negara-negara jiran.
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Keepntingan ini adalah

33
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan
negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah
mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti
menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982
dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan
negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan
menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan
dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah
pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan
perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.

------TAMAT------

34

Anda mungkin juga menyukai