Anda di halaman 1dari 3

1.

Apakah faktor2 yg mendorong kemunculan masyarakat industri di england


pd abad ke 18 n 19

Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di


England pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang
muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan
pengusaha industri dan pekerjan. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan revolusi
perindustrian di England. Antaranya ialah faktor revolusi perindustrian di England ialah
faktor pertambahan penduduk. Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah
beramai ramai ke England. Penghijrahan ini membawa penyertaan Ireland dan England dan
penduduk tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Hal ini menyebabkan bekalan
tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi. Oleh itu, pasaran bagi barangan
keluaran kilang perindustrian meningkat. Peningkatan penduduk di tanah jajahan
menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.

Selain itu,faktor kekayaan bahan mentah. Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak
seperti arang batu dan bijih besi di England. Antara tempat yang paling banyak bekalan
arang batu adalah di new castle dan wales. England muncul sebagai pengeluar terbesar
keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu. Penguasaan
tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah yang
mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.

Seterusnya, perkembangan merkantilisme di England juga turut menyumbang kepada


peningkatan dalam revolusi perindustrian. Perkembangan merkantilisme menyediakan
kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian. Sistem merkantilisme
menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar
apprentice. dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah
diserapkan dalam mana-mana industri.

Di samping itu, revolusi pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran


hasil pertanian. peninkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah
yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian. Perkembangan ini menyebabkan bekalan
makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini menyebabkan England tidak perlu
mengimport makanan dari luar Negara. Dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam
bidang perindustrian.
Faktor keadaan iklim

Faktor keadaan iklim di England turut membantu perkembangan dalam bidang


perindustrian. Selain itu, perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh
keadaan iklim yang sesuai di England. Iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan
memintal dan menenun kain-kain kapas. Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire
menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh , meluntur, dan mencelup bulu
yang digunakan dalam industri tekstil.

Faktor yang seterusnya ialah, faktor kelemahan negara negara lain. Hal ini kerana,
kelemahan Negara-negara lain contohnya Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak
dapat bersaing dengan England dalam sector perindustrian adalah kerana kongkongan
adat, kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang dikenakan
terhadap bidang perindustrian. Selain itu, Negara perancis ketinggalan dalam bidang
perindustrian adalah kerana penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang
bersifat autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal industri, dan cukai yang tinggi
dikenakan terhap pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai
perindustrian.

Akhir sekali, kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang kepada peningkatan
perindustrian di England. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi
menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Oleh itu, penciptaan mesin baharu
menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England. Tambahan pula, para
pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu
ciptaan.perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi
kegunaan perindustrian.

Kesimpulannya, revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara


agraria kepada Negara perindustrian. Revolusi perindustrian juga membawa kepada
pengenalan kuasa jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di
England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, dan peniaga.

2. Bincangkan ciri2 masyarakat industri d jerman pd abad ke 19

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor


perindustrian. Mereka telah terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan
yang menggunakan mesin. Masyarakat industri Jerman muncul selepas berlakunya
revolusi perindustrian tahap kedua pada tahun 1860 hingga 1914. Kesannya,
kerajaan Jerman telah memberikan tumpuan terhadap kemajuan dalam sistem
komunikasi dan pengangkutan bagi menjana pertumbuhan ekonomi perindustrian.
Terdapat beberapa ciri masyarakat industri di Jerman.

Antara ciri pertama yang mendorong kepada kemunculan masyarakat industri di


Jerman ialah kegiatan ekonomi yang lebih tertumpu kepada pengeluaran barangan
secara besar-besaran. Aktiviti ekonomi mereka bergantung kepada sektor
perindustrian dan juga perlombongan. Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan
dalam masyarakat industri Jerman ialah perusahaan kilang tekstil, kulit dan arang
batu. Contohnya, industri tekstil dijalankan di wilayah Rhineland, Saxony dan
Silesia manakala sumber bahan mentah seperti arang batu, bijih besi dan biji timah
terdapat di wilayah Ruhr, Lorraine dan Silesia.

Seterusnya, mobiliti sosial. Kumpulan masyarakat telah berubah dengan


wujudnya kelas pekerja dan individu yang tumjbuh dengan pesat dalam aspek saiz
mahupun kepentingan. Golongan kelas pertengahan terdiri dari golongan yang
memiliki kilang, para peniaga, ahli bank dan peguam. Golongan ini berkeinginan
dan bersedia menerima risiko untuk kekayaan.

Selain itu, ciri ketiga dalam mempengaruhi kemunculan masyarakat industri di


Jerman ialah urbanisasi. Perkembangan dalam bidang perindustrian telah
menyebabkan berlakunya perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke
kawasan bandar. Disebabkan keadaan ini wujudnya proses pembandaran yang
mana masyarakat mula tinggal di kawasan bandar. Wilayah yang telah berlakunya
proses migrasi ini adalah Ruhr, Saxony dan Berlin. Proses pembandaran ini telah
menyebabkan pertambahan penduduk sekaligus membawa kepada peningkatan
peluang pekerjaan di kawasan industri.

Di samping itu masyarakat industri ialah masyarakat literasi. Mereka terdiri


daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan. Hal
ini adalah kerana kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan
kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem
komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan
pendidikan. Oleh sebab itu, masyarakat ini memperjuangkan pula hak asasi dan
kebajikan golongan pekerja. Misalnya, wujudnya undang-undang insurans sosial
dan undang-undang ini dikuatkuasakan pada tahun 1883.

Akhir sekali pengkhususan kerja yang tersendiri. Ini kerana masyarakat industri
di Jerman lebih tertumpu kepada sektor perkilangan yang mempunyai pekerjaan
yang tetap. Berbeza dengan sebelum ini, mereka hanya bekerja sebagai petani dan
dikawal sepenuhnya oleh tuan tanah. Tambahan pula, pekerja yang mempunyai
kemahiran dan dapat menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan dalam
masyarakat industri di Jerman.

Kesimpulannya, perkembangan industri di England dan Jerman membawa kepada


perkembangan masyarakat industri. Perkembangan ini juga meninggalkan kesan
sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai