Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF KAJIAN

 menerangkan 3 faktor kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu


 mengenal pasti 3 kesan kedatangan kuasa barat
 mengenal pasti 4 strategi yang digunakan oleh kuasa barat untuk mendapatkan
Tanah Melayu
 menyatakan 4 langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penjajahan
bentuk baharu

PENGENALAN
Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang menjadi tumpuan beberapa kuasa
asing.Antara kuasa asing yang menumpukan perhatian terhadap Tanah Melayu
adalah kuasa barat.Terdapat pelbagai faktor yang telah mendorong kuasa barat untuk
menjajah Tanah Melayu.Antara faktor-faktornya adalah ekonomi, keagamaan dan
revolusi perindustrian.

Faktor-faktor yang disebut di atas mendapat tumpuan pada abad-abad yang


berlainan. Ekonomi dan keagamaan merupakan faktor kedatangan kuasa barat pada
abad ke-16.Selain itu, revolusi perindustrian merupakan faktor kedatangan kuasa
barat pada abad ke-17 dan 18.Faktor-faktor yang disebutkan di atas akan dibincang
dengan terperinci pada perenggan berikut.

FAKTOR-FAKTOR

Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16,kuasa barat adalah untuk untuk
memboloti barangan mewah seperti bahan-bahan mentah,rempah ratus,tembikar,
emas dan berlian.Barangan mewah tersebut merupakan hasil kekayaan Tanah
Melayu dan telah dibawa ke negara mereka masing-masing bagi memajukan ekonomi
negara mereka.
Faktor kedatangan kuasa barat pada abad 16 juga adalah perluasan agama Kristian.
Ia merupakan satu lagi faktor utama kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu. Apa
yang menyebabkan faktor ini adalah semangat peperangan Salib menentang Islam
yang masih berkobar-kobar di negara barat.Justeru itu,mereka telah memperluaskan
kekuasaanya ke Tanah Melayu untuk menyerbakan agama Kristian.

Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18 adalah revolusi perindustrian.
Negara-negara barat telah mencuba nasib di Tanah Melayu.Ini adalah kerana selepas
berlakunya revolusi perindustrian,dasar kuasa-kuasa barat berubah corak.Mereka
terpaksa mencari pusat perdagangan da menguasai tanah jajahan yang dapat
membekalkan bahan-bahan mentah bagi keprluan kilang perusahann mereka secara
berterusan .Revolusi perindustrian memolehkan barangan dikeluarkan secara besar-
besaran.Dengan kepesatan pengeluaran barangan kilang,kawasan pasaran yang
lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tarsebut supaya keuntungan dapat
dimaksimumkan

Anda mungkin juga menyukai