Anda di halaman 1dari 4

Kedatangan Kuasa Asing

Tajuk:Campur tangan dan penjajahan Kuasa Barat


Standard Kandungan:7.3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Pernyataan Masalah: Benarkan kekayaan hasil bumi di Perak
mendatangkan keuntungan kepada pihak British semata-mata?
Objektif kajian:
a) menjelaskan latar belakang negeri perak
b) meneroka kekayaan hasil bumi Perak
c) membuat penilaian campur tangan kuasa Barat mempengaruhi
perkembangan negara
Latar belakang Perak
• Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah
menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum
Masihi.Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang
disebut Gangga Nagara di Perak barat laut.
• Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan
Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun
l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa
tempatan masih
• Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan
yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar
Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
meneroka kekayaan hasil bumi Perak
• Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah
mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris
pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang
baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke
negeri ini.
• Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya,
Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang
sultannya hingga sekarang ini.
• Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan
beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan
terhadap sistem tersebut.
membuat penilaian campur tangan kuasa Barat mempengaruhi
perkembangan negara
• Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap
dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional.Sistem Residen bukanlah sebagai
pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem
penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya.
• Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang
dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan
tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai
pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan agama dan adat
istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi
penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.
• Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan
antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami
kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan
sehingga dunia kembali aman.

Anda mungkin juga menyukai