Anda di halaman 1dari 75

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JERTEH

KAJIAN SEJARAH
TAJUK : PERJUANGAN TOKOH
TEMPATAN

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : NUR BATRISYIA BALQIS BT ABDUL BASIT
KELAS : 5 AL – BIRUNI

DISEDIAKAN UNTUK :
NAMA GURU : PUAN YUSNIZA BT YAHYA
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1.PENGHARGAAN 1
2.PENDAHULUAN 2
3.PENYATAAN MASALAH 2
4.OBJEKTIF KAJIAN KES 3
5.NAMA TOKOH PEJUANG 4
a] TOK JANGGUT 5 - 13
b] DOL SAID 14 - 18
c] DATO’MAHARAJA LELA 19 - 23
d] DATO BAHAMAN 24 - 30
e] SHARIF MASAHOR 31 - 35
f] YAMTUAN ANTAH 36 - 44
g] RENTAP 45 - 51
h] ANTANOM 52 - 56
i] HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG 57 - 63
j] MAT SALLEH 64 - 71

6.PENUTUP 72
PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA SAYA DAPAT


MENYIAPKAN KERJA YANG DIAMANAHKAN KEPADA SAYA.BANYAK
ILMU YANG SAYA DAPAT SEPANJANG TEMPOH MENYIAPKAN TUGASAN
INI.
ANTARANYA IALAH SAYA LEBIH MENGENALI TOKOH – TOKOH
PERJUANGAN SECARA MENDALAM SERTA BANYAK PENGAJARAN YANG
DAPAT DIAMBIL.SAYA JUGA DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN SAYA
DALAM MENGGUNAKAN KOMPUTER.
SAYA AMAT BERTERIMA KASIH TERUTAMANYA KEPADA GURU KELAS
SAYA IAITU MUALLIMAH WAN MARIAM DAN GURU SEJARAH SAYA
IAITU CIKGU YUSNIZA DAN KEDUA IBU BAPA SAYA YANG BANYAK
MEMBANTU DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI.HANYA ALLAH SAHAJA
YANG MAMPU MEMBALASNYA.

1
PENDAHULUAN

KAJIAN KES INI BERTAJUK PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN


MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH.SERAMAI 11 TOKOH
PERJUANGAN YANG DIHURAIKAN SECARA RINGKAS DALAM
BENTUK PETA MINDA DALAM BUKU SKRAP INI.

PENYATAAN MASALAH

PENJAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGARA KITA


TELAH MENIMBULKAN RASA TIDAK PUAS HATI DALAM
KALANGAN PEMIMPIN TEMPATAN.PEMIMPIN – PEMIMPIN INI
TELAH BANGKIT MEMIMPIN RAKYAT SUPAYA BERJUANG
DENGAN GIGIH UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN
TANAH AIR.MENGENAL PASTI TOKOH – TOKOH TEMPATAN
DAN SEJARAH PERJUANGAN MEREKA.

2
OBJEKTIF KAJIAN KES

a] MENYENARAIKAN TOKOH – TOKOH TEMPATAN YANG


MENENTANG PENJAJAHAN BRITISH.
b] MENYATAKAN PERISTIWA PENENTANGAN TOKOH
TEMPATAN TERHADAP BRITISH.
c] MENYATAKAN SEBAB PENENTANGAN TOKOH TEMPATAN
TERHADAP BRITISH.

3
NAMA
TOKOH-
TOKOH
PEJUANG

4
a. TOK JANGGUT

5
MAKLUMAT TOK JANGGUT
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba
dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu
berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika
tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang
‘pintar’ akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga
ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu
dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan
pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan
kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana
masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan
pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak
kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam
kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil.
Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.
Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan
dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di
Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya
muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu.
Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan
Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.
6
Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala
Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan
pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota
Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku
Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok
Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia
Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit
akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka
menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam
Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan
fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad
menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan
orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai
walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk
mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang
kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan
memulakan kempen penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok
Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi
prolog kisah perjuangannya.

7
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok
Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan
memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan
jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang
berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada
Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib
pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di
kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk
yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi
penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu
menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di
belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan
Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara
Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai
Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut
berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau
diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana
sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV
mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik
Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta
bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

8
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir
bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan
menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk
Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan
pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima
ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan
Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku
Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai
239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun
pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan
Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka
bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke
Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir
Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah
penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan
menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula
memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan
menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya
bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya
dan akibatnya beliau ditikam mati.

9
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh
tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut
dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh
bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan
digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

10
LATAR BELAKANG TOK JANGGUT

 Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas

 Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut


hingga ke paras dada

 Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

 Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah

 Mahir dalam ilmu persilatan

 Menetap di Kampung Nering, Kelantan.

 Bekerja sebagai petani dan peniaga

11
FAKTOR PENENTANGAN TOK
JANGGUT
Di antara faktor-faktor lain yang membawa timbulnya penentangan ini ialah
ketidakcekapan dan sikap tidak bertimbangrasa pihak pentadbiran Tanah Jajahan
dan juga pegawai-pegawai tempatannya terutamanya En. Lattif iaitu Ketua
Jajahan yang mentadbirkan daerah Pasir Putih. Beliau yang didatangkan oleh
pihak British dari Singapura terlalu mengikut peraturan tugas dan kurang
mengetahui sikap dan cara berfikir orang-orang tempatan; seorang yang bersikap
British dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang-orang tempatan.

Kemunculan Tok Janggut dan beberapa pembesar Melayu seperti Engku


Besar (Raja atau pemerintah Jeram), Encik Ishak dan Hajl Said yang telah
mengepalai gerakan ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk turut sama
menentang pentadbiran baru kerajaan itu. Setengah daripada pejuang-pejuang
Melayu ini menganggap penentangan ini adalah sebagai perang menentang pihak
kafir (perang sabil).

Dengan semangat ini orang-orang Melayu telah menentang pihak British


yang dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakannya datang dari Singapura.
Walaupun pejuang-pejuang Melayu tidak mempunyai peralatan perang yang
moden dan lengkap, tetapi mereka telah menentang dengan beraninya sehingga
ketitisan darah terakhir.

Penentangan ini berlarutan sehingga akhir bulan Jun 1915 apabila pihak
British dikatakan berjaya membunuh Tok Janggut dan beberapa orang
pengikutnya. Engku Besar, Haji Said, Encik Ishak dan beberapa orang lagi telah lari
ke Reman, Negeri Siam.

12
PERISTIWA PENENTANGAN TOK
JANGGUT
1. Pada 28 April 1915
a) Pegawai Daerah Pasir Puteh,Encik Latiff telah menghantar Sarjan Che Wan
untuk menangkap Tok Janggut kerana dituduh enggan membayar cukai.
b) Sarjan Che Wan terbunuh dalam pergaduhan dengan Tok Janggut.

2. Pada 29 April 1915


a) Tok Janggut,Engku Besar Jeram,Penghulu AdamHaji Said dan Che Ishak
Merbol telah melancarkan serangan keatas Pasir Puteh dan berjaya menawannya.
b) Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja.Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai Daerah Pasir Puteh.

3. Pada 9 Mei 1915


a) British telah menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan orang kanan beliau sama ada hidup atau
mati.

4. Pada 23 Mei 1915


a) British bertindak membakar rumah Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya
kerana enggan menyerah diri.
b) Tok Janggut membalas tindakan tersebut dengan menyerang Pasir Puteh.

5. Pada 24 Mei 1915


a) British telah menyerang Tok Janggut dan berkubu di Kampung Dalam
Pupuh,Saring.
b) Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut.
c) Mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di
Padang Balai Besar,Kota Bharu dalam keadaan kepala ke bawah selama empat
jam.
d)Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.

13
b. DOL SAID

14
MAKLUMAT DOL SAID
Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan
meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan
suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan
selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26
tahun.

 Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah


pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka. 

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah


pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000
orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos
1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab
utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang
Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. 

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh
ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
15
LATAR BELAKANG DOL SAID
Tokoh tokoh pejuang negara sabtu 22 ogos 2009. Dato dol said atau abdul said
1773 1849 ialah penghulu naning yang kesembilan. British telah meminta naning
memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dol said atau nama sebenar beliau
abdul said lahir dalam tahun 1773 di naning alor gajah melaka dan berasal dari
suku semelenggang merupakan seorang pahlawan melayu yang kental.
Dol said pahlawan naning pengenalan dol said abdul said lahir dalam tahun 1773
dari suku semelenggang dan menjadi penghulu naning menggantikan penghulu
anjak serta dilantik sebagai penghulu naning pada tahun 1799 sewaktu berumur
26 tahun. Dol said atau nama sebenarnya abdul said lahir pada tahun 1773 di
naning alor gajah melaka beliau berasal dari suku semelenggang. Dol said atau
nama sebenarnya abdul said dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia
pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Dol said dilantik sebagai penghulu
naning menggantikan penghulu anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26
tahun.
Dol said adalah penghulu naning yang ke sembilan sejak kecil lagi sifat
keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Ini kerana dol said
memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal. Sejak kecil lagi sifat keberaniannya
mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau
seni silat sejak berusia enam tahun. Mempertahankan kemerdekaan dan
kedaulatan naning selepas perjanjian inggeris belanda 1824 british telah
mendakwa naning sebahagian dari melaka dan menuntut rakyat naning
mematuhi peraturan yg ditetapkan di melaka.
Peperangan naning yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan dol said
seorang wira. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Perkara
ini tidak disenangi oleh rakyat naning yang menganggap naning sebuah daerah yg.
Beliau berketurunan suku semelenggang dol said juga adalah penghulu naning
yang ke sembilan selepas menggantikan penghulu anjak pada tahun 1799 ketika
beliau berusia 26 tahun.

16
FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Naning

selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning


sebahagian dari Melaka dan menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg
ditetapkan di Melaka. perkara ini tidak disenangi oleh rakyat Naning yang
menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan berdaulat.

2. Menentang bayaran cukai

melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10
daripada hasil keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan
rakyat Naning.

3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British

undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan


kedudukan Dol Said kerana melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar
mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.

17
PERISTIWA PENENTANGAN DOL SAID

 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka

 British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie
untuk menyerangnya

 British berjaya ditewaskan

 Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat
bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Turut
membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar
pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban.

 British sedar Naning sukar dikalahkan.

 British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning.

 Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning.

 British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas


Naning

 Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning.

 Pusat Pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk


Naning dibakar.

 Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada
British.

18
c. DATO’ MAHARAJA LELA

19
MAKLUMAT DATO’ MAHARAJA LELA
Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam menentang British merupakan satu
perjuangan yang suci dan murni. Beliau tidak mahu mengotorkan dirinya menjadi
pencacai British, sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya
mempertahankan sistem tradisional di Perak yang diganggu gugat oleh pihak
British melalui pengenalan Sistem Residen.

Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang dianggap
berwibawa dan begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela
nasib rakyat dan menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan
beliau agar mengatur rancangan menghalang pertapakan British telah
mengundang ramai pengikut, bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu
malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum yang ditugaskan membunuh
J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir
dalam dirinya. Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan.
Ketika penentangan dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di
bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan
ketinggian keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti Perak dan
dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa yang boleh
memancung tanpa bertanya.

Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan
bangsawan dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah
Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk
dan tercatat dalam buku sejarah sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja
Abdullah dan Ngah Ibrahim. Perancangan beliau ternyata licik sehingga segala
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

20
LATAR BELAKANG DATO’ MAHARAJA
LELA

NAMA : DATO’ MAHARAJA LELA ATAU PANDAK LAM

PEMBESAR KELAPAN PERAK


 PEJUANG BANGSA YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA SUMPAH DAN

 JANJINYA TETAPI DIKECEWAKAN OLEH RAJA DAN BANGSANYA SENDIRI.

 BERKETURUNAN DAENG SELILI,ANAK RAJA BUGIS YANG BERASAL DARI


DAERAH LUWUK, SULAWESI.

 SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SHAH III,BELIAU DATANG KE


PERAK DAN DILANTIK SEBAGAI MUFTI SERTA DIANUGERAHKAN GELARAN
DATO’ MAHARAJA LELA TAN LELA,DENGAN KUASA BOLEH MEMANCUNG
TANPA BERTANYA.

21
FAKTOR PENENTANGAN
DATO’MAHARAJA LELA
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan
Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan
Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada
British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa
melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti
cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi
rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch
sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya.

22
PERISTIWA PENENTANGAN DATO’
MAHARAJA LELA
Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian
Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja
Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri
untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk
membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir
Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes
terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir
setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua.
Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India
dan Hong Kong.

23
d. DATO’BAHAMAN

24
MAKLUMAT DATO’ BAHAMAN
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja,
Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan.
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar
kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai
Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beberapa
versi tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari
Acheh. Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau
Panjang di Lanchang. Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK
Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai
Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara
Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya.
Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti
kepada tanah airnya.
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam
perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta
memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang
Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’
Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan
pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar
Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk
menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang
dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan
kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid
Ali Badoh dan Abdullah dari Bera.

25
Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat
memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’
Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan
Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan
tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah
jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua.
Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah.
Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk
Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka
bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang
terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku
Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad
menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya
ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral
Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk
Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling,
Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise,
terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat
Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang
Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-
besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke
Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman,
Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi
diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896,
manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

26
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan
pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa
membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah
mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan
di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan
menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka
sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’
Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu,
Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok
Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela
pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di
Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg.
Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun
1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru
Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang,
Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat
Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg.
Peramu sehingga kematiannya.

27
LATAR BELAKANG DATO’ BAHAMAN
 Adalah seorang pahlawan terkenal di Pahang,Malaysia.
 Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh
 Seorang Orang Besar Raja (seorang lelaki yang mentadbir tanah yang
diberikan kepadanya oleh Sultan dan seorang besar dari salah di istana) di
Pahang.
 Beliau adalah besar-datuk saudaranya itu Abu Samah Mohd Kassim, yang
juga seorang pejuang terkenal kemudian menjadi ahli jawatankuasa pusat
Parti Komunis Malaya dan nasionalis dalam Tentera Pembebasan
Kebangsaan Malaya.
 Nama gelarannya galah Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa
 Berasal dari suku kaum Bugis
 Dilantik sebagai pembesar  Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara

28
FAKTOR PENENTANGAN
DATO’ BAHAMAN

HILANG HAK MENGUTIP CUKAI

Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang
mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

PEMBINAAN BALAI POLIS

Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A.
Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu
Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan
serta mengancam kedudukannya.

PERLUCUTAN GELARAN

Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford


menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan
gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah
memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.

29
PERISTIWA PENENTANGAN
DATO’BAHAMAN
PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman
kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan
Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini
mencetuskan perang.
PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada
200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas
dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari
Singapura.
PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang.  Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan
ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan'
telah menawan 11 buah kubu  Dato' Bahaman di Bentong.
PADA MAC 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan
Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan
anaknya, Mat Kilau.
PADA 8 MEI 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.
PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel
Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang
menentang British di Pahang.

30
e. SHARIF MASAHOR

31
MAKLUMAT SHARIF MASAHOR
Nama beliau ialah Sharif Masahor atau nama penuh beliau adalah Sayyid
Mashhur bin Muhammad Al-Shahab.
Beliau terkenali sebagai seorang pahlawan melayu yang terkenal yang
berketurunan Hadhram di Sarikei, Sarawak, Kuching, Malaysia pada masa era Raja
Brooke di negeri tersebut.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan
Melanau.
Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang.
Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan daripada
pembesar-pembesar Sarawak.
Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau Syarif Masahor tumbuh
membesar sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama. Beliau sangat
dikenali sebagai ‘guru ngaji’ yang mendalam ilmu agamanya, wara’, tawadu’
sehinggakan masyarakat setempat mengkagumi beliau.
Setelah mencapai usia matang, beliau diberi kepercayaan oleh abahnya untuk
melakukan perjalanan sekaligus menjalankan dakwah di kawasan sekitar Igan, dan
beliau sangat dikenali sebagai pendakwah yang mengislamkam Kampung Tengah,
di Igan. Kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Kerajaan Brunei
di bawah pemerintahan Sultan Abdul Mu’mein telah memberi kepercayaan
untuknya menjadi Wakil Sultan di Daerah Sarikei kawasan Sungai Rajang pada
tahun 1849.
Beliau sangat berpengaruh dikalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang
Iban di Sungai Skrang.
Syarif Masahor terkesan dengan perjuangan Syarif Sahab, Syarif Mullah, Syarif
Jaafar dan beberapa Syarif yang lain yang berlaku lebih awal, serta kemarahan
atas kebiadapan penjajah Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang
ditadbirnya menjadi titik tolak kemaraan perjuangan beliau.

32
LATAR BELAKANG SHARIF MASAHOR

:: Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

:: Berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang

:: Dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei

:: Berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di


Sungai Skrang

33
FAKTOR PENENTANGAN SHARIF
MASAHOR
 James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan
Brunei

 Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di


bawah pentadbiran Brooke

 Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai


wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif
Masahor

 Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa


ke wilayahnya

34
PERISTIWA PENENTANGAN SHARIF
MASAHOR
 1855 > Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan
mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke

 James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di


Sarikei

 Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke

 Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching
untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak

 1859 > pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit

 Peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

 1860 > Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim
dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi
menggulingkan Brooke

 Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur
dan dipenjarakan di Betawi

 Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai


Sadong

 Kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64


orang pengikutnya terbunuh

 Sharif Masahor berundur ke Mukah

 Tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan
menahan Sharif Masahor

 Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura


35
f. YAMTUAN ANTAH

36
MAKLUMAT YAMTUAN ANTAH
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 hingga 22 Oktober
1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada
tahun 1876. Merupakan anakanda Yamtuan Radin dan mempunyai anakanda
yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad Shah.
Perjuangan menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni
Almarhum Yamtuan Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan
(pemerintah) kelapan bagi kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu
bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana
Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry
Velge membuka lombong biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula
detik itu, Empayar British bertapak di Negeri Sembilan.
Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap pada April 1874 apabila Datuk
Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk
bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew
Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai Ujong
berada di bawah lindungan penjajah itu. Datuk Kelana menghantar surat itu
kepada Clarke yang mengalu-alukan kehadiran seorang residen untuk
menasihatinya memerintah Sungai Ujong.
Bendera Union Jack akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran
rumah Datuk Kelana di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli
istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British cuba memberitahu
penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong.
Bagi mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu
oleh 150 askar British lengkap bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar
Tunggal dan membakar Rahang yang dimusuhinya pada November 1874. Datuk
Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat serangan itu.

37
Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai
Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar
lain di Negeri Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka,
tindakan Datuk Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama
mengundang penjajah untuk menjajah negeri mereka.
Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak menghiraukan
pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan Antah
sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu
Muar, Gunung Pasir dan Jempol.
Tindakan Datuk Kelana membenarkan British bertapak di Sungai Ujong
mengeruhkan hubungan antara dirinya dengan pembesar lain termasuk Yamtuan
Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai
pemerintah Sungai Ujong.
Pada pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana
mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai sebahagian
daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus mencetus api
pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk Kelana dan British bertindak
melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu
sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang sama.
Yamtuan Antah yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah
Terachi yang dilantik Datuk Kelana. Residen British, Murray yang berpihak kepada
Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai mengganggu
daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar undang-undang.
Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai
Leftenan Hixman selain 30 polis dan masing-masing seorang doktor dan seorang
jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak mendapati
tiada kekacauan berlaku di kawasan itu.
Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di
Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi
sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang
menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong. Daly
ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai Ujong dan Residen
itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.
38
Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu
Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang supaya
bersedia untuk menghadapi peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk
mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar
antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.
Seterusnya, pasukan perang Yamtuan Antah segera mendaki dan
menyeberang Bukit Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah
mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan
Seri Menanti dan menceroboh Terachi. Murray yang ketakutan melihat
kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan
kepada Negeri-negeri Selat.
Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir akan
penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera
menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan
tentera mereka.
Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang seramai 200 orang berjaya
menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong,
bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan
Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan
tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis
dan 6 askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.
Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk
menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada
pasukan Hinxman menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan.
Menyedari mereka akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri
dan balik ke Rasah.
Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di
tepi Sungai Linggi. Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan apabila
pasukan diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang
serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka
membedil tentera Yamtuan Antah.

39
Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu. Selepas satu jam berbalas
tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang di
hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya
ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan
kubu pertahanan tentera Yamtuan Antah.
Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan Arab menuju ke
kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam
kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan. Tunku Laksamana akhirnya
dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti.
Bantuan tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8
Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu
tiba bersama pasukan perang terdiri daripa 350 askar British yang dibawa dari
Melaka.
Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu, menyebabkan British
memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di Paroi. Kali ini,
menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu Yamtuan Antah.
Selepas melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur.
Selepas pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan Arab selain
mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula oleh British.
Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar
Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32 orang. Pasukan
meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan
kekuatan tentera itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai
Ujong merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan
pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru.
Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang diketuai Murray bertolak dari
Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan
seramai 280 orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara British dan pejuang
tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British.
Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke Seri Menanti.
Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa berundur
meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.
40
Di negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar. Sultan Abu
Bakar kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan
pertolongan Sultan Johor ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah membuat
pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois. Yamtuan Antah
bersama empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi
menemui Gabenor British di Singapura pada November 1876.
Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan perkara yang adalah lebih baik
berdamai dengan penduduk setempat bagi menunjukkan imej baik mereka. Lalu
Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri
Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah
kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di bawah
kekuasaan British.
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah
airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11
tahun apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri
Menanti.

41
LATAR BELAKANG YAMTUAN ANTAH
 Nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin

 Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875

 Wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung
Pasir dan Jempol

42
FAKTOR PENENTANGAN YAMTUAN
ANTAH
 Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul
Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British

 Tindakan Dato’ Kelana mengeruhkanhubungan antara mereka berdua

 Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah


Sungai Ujong

 Hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing


apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

 Dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan


Seri Menanti.

 Residen British di Sungai Ujong iaituP.J.Murray menghantar tentera dan


juruukur untuk membuat siasatan.

 Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya


British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan
Kuala Pilah.

 Berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran.

 Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku


Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.

 Disember 1875 > pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan
membina kubu di situ

 British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-
Negeri Selat.

 Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putusdan seterusnya ke Johor


43
PERISTIWA PENENTANGAN YAMTUAN
ANTAH
Yamtuan Antah menentang penempatan seorang Penolong Residen British di
Sungai Ujong. Beliau khuatir British akan meluaskan kuasanya ke kawasan-
kawasan di sekitar Sungai Ujong. Kapten Tatham dihantar ke Sungai Ujong untuk
bertugas sebagai Penolong  Residen British setelah Dato' Kelana meminta
bantuan dan perlindungan British.

Pada 1875, perlantikan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti tidak
diiktiraf oleh Dato' Kelana kerana beliau telah berkuasa sejak 1874. Yamtuan
Antah turut bertindak balas dengan tidak mengiktiraf Dato' Kelana  sebagai
pemerintah Sungai Ujong.
Satu pergaduhan berlaku antara Yamtuan Antah dengan Dato' Kelana.
Pergaduhan ini berlaku  berikutan tuntutan Dato' Kelana ke atas Terachi yang
dianggap kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan bantuan tentera British, Dato'
Kelana dapat menewaskan Yamtuan Antah. Tengku Antah terpaksa berundur ke
Bukit Putus. British seterusnya menawan Bukit Putus dan menguasai Kuala Jempol
serta Terachi pada bulan Disember 1875.

Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah supaya berdamai
dengan British. Pada akhir 1876, Yamtuan Antah menandatangani satu perjanjian
dengan British. Beliau diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan jajahan
takluknya  iaitu  Johol, Jempol, Terachi, Ulu Muar, Inas dan Gunung Pasir.

44
g. RENTAP

45
MAKLUMAT RENTAP
Rentap (lahir sebagai Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap)
(meninggal 1870) ialah seorang pahlawan Iban-Dayak dan salah satu hero Iban
yang dikenali di Sarawak (kini sebuah rantau di Malaysia) semasa pemerintahan
pertama Raja Putih, James Brooke. Nama pujiannya, "Rentap Tanah, Runtuh
Menua", diterjemahkan dari bahasa Iban sebagai "Bumi-gegar, Penggoncang-
dunia". Slogan beliau yang paling terkenal dan sering digunakan adalah "Agi idup,
Agi ngelaban" yang bermaksud "Masih hidup, masih melawan".
Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau 'Rentap'
bersama pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James
Brooke dan Kapten KEPPEL daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada
pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu
Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada
pasukan utama kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris
bernama George Steward.
Selepas pertempuran di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah
kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke
arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk
bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh
bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan
keperluan seperti garam atau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak pada
ketika itu.
Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang
menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William
Brereton. Berlakulah pertempuran yang sengit antara kedua-dua pihak di Lintang
Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah
membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan William Brereton telah tercedera
tetapi masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya
pulang ke hulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke
kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat
kediaman para pengikut Rentap.

46
Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai
Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan
Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu
"Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi
itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup,
Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada
beberapa orang daripada pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap
telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya menyerang
rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan
pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil
sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa
pertempuran ini. Oleh itu, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur
dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.
Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak
bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki.
Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai
ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang
keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk
mempertahankan kotanya yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang".
Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang
merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah
terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang
Rentap di kubunya di Bukit Sadok.
Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di
Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini,
seorang anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak dan
terpaksa dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah
menjerit kegembiraan dan memukul gong mereka.
Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap
di atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi
pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya
kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa
akan datang.
47
Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya
berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang
dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu
Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan
pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh
pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka
menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama
dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu
Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak
tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa
sebuah meriam yang besar dalam serangan kali ketiga ini. Semua wanita dan
kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa
pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan
beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan
Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-
orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.
Akan tetapi, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-
punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau turun ke Ulu
Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana
beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan
pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak,
Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih
kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti
biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada
seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging
mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di
dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang
paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada
pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam
pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi
mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.

48
LATAR BELAKANG RENTAP

 Rentap ialah pahlawan Iban yangmenentang British di Sarawak


- dilahirkan tahun 1800

 Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’


- Rentap juga digelar ‘Raja Darat’

 Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

49
FAKTOR PENENTANGAN RENTAP

 Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap


orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun

 James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi


pergerakan orang Iban

 Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai


Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

50
PERISTIWA PENENTANGAN RENTAP
 1853 > Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
 Pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
 Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban
 1854 > James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap.
 Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu.
 Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja
Ulu’.
 1857 > James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
 Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu
supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
 Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang
kukuh.
 1858 > Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
 Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua
meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’.
 1863 > James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit
Sadok.
 Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas.
 James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap.
 James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap.
 Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk
menentang pasukan Brooke.
 Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi kemudian
meninggal dunia

51
h. ANTANOM

52
MAKLUMAT ANTANOM
Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros bin Endoi @ Antanom) (1885 –
1915) ialah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo
Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa
memiliki kuasa sakti. Oleh itu, dia telah menerima sokongan daripada ketua dan
penduduk dari kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum lalu
mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara
British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di
Sungai Selangit berhampiran Pensiangan.
Di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British Chartered North
Borneo Company, BCNBC), selain mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah
didengari oleh penduduk tempatan, pihak British turut memaksa setiap pasangan
Murut yang memiliki dua orang anak untuk menyerahkan seorang daripada
mereka sebagai buruh syarikat.
Hilang sabar, Ontoros Antanom mengumpulkan hampir seribu orang pahlawan
Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk menentang empayar British
pada tahun 1915. Pegawai British dikejutkan dengan beratus-ratus pahlawan
Murut membanjiri bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka.
Ontoros Antanom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan
rumah.
Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera yang dilengkapi
dengan senjata api bagi menyerang balas. Sungguhpun pihak Murut hanya
memiliki senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing, tentera British gagal
menundukkan mereka. Dengan itu, pihak British memasang perangkap dengan
menawarkan perundingan damai di Rundum. Apabila Ontoros Antanom dan
pengikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepong dan ditahan
oleh beratus-ratus orang tentera British. Selepas itu, Ontoros Antanom telah
dihukum mati oleh pihak British.

53
LATAR BELAKANG ANTANOM

 Nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom

 Ketua kaum Murut di Rundum

 Dilahirkan tahun 1875

 Ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang


Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

54
FAKTOR PENENTANGAN ANTANOM
a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
i. cukai kepala satu dolar setiap orang
ii. cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
iii. cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
iv. cukai tangkapan ikan besar
v. cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan dipedalaman dan memasang kawat telegraf
antara Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-
menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB
untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka
pencerobohanakan mengganggu roh nenek moyang mereka.

55
PERISTIWA PENENTANGAN
ANTANOM

 Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah


mereka

 Februari 1915 > Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan


kerajaan

 Mac 1915 > Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang
Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB.

 Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut


Antanom bertambah menjadi 900 orang.

 Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7


buah rumah bawah tanah.

 April 1915 > SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom.

 Pertempuran berlaku selama 6 minggu.

 Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum.

 Penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

56
i.HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG
57
MAKLUMAT HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG
Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji
Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1285 H [1868 M] – 14 Jamadilakhir 1348 H [16
November 1929 M]), merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal
dari Terengganu.
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdul Rahman Limbong
aktif mengajar segenap masyarakat di Hulu Terengganu terutama di
Limbong, Kemaman. Dari situlah gelaran Haji Abdul Rahman Limbong mula
digunakan.[2] Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu.
Antaranya ialah kitab al-Ajrumiyah, kitab Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani
yang berbincang mengenai ilmu nahu dalam bahasa Arab kesemuanya serta Matn
Umm al-Barahin mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan lagi
penguasaannya, beliau juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu. Antara
kitab yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong
ialah Kitab Tahrir dan bagi ilmu tasawuf, kitab Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-
Nafis yang kedua-duanya dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang ulama yang suka
mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri dalam mengembangkan
syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau ialah Beserah
dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas
di Kalimantan, Jambi dan Riau di Sumatera dan Brunei.
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu
buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-
muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu. Bahawa
dinyatakan mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar
yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

58
Antara tempat yang banyak dihuni oleh orang-orang yang berasal
dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenal pasti adalah di Kuala Maras
dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Manakala di
Sambas pula adalah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang.
Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri
asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal
digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah
dijelajahi dan menerima didikan daripada Haji Abdul Rahman Limbong.
"Nama Haji Abdul Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi daripada ibu saya,
Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan
pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama
bangunan ialah kayu cengal.
Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan
itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu dan hanya tinggal sepasang saja di
Pulau Midai. Masjid itu sehinggalah tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya
tetapi malangnya yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut ialah seorang
yang tidak memahami nilai-nilai sejarah. Masjid itu dimusnahkan lalu didirikan
bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar
yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu.
Imam masjid yang pertama tersebut ialah Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Abu
Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman
bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdul Rahman Limbong sejak kedua-
duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdul Rahman Limbong juga
pernah sampai ke daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai.
Dalam tahun 1920-an, Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di
lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka
oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdul Rahman Limbong seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga
bijaksana dalam selok-belok persoalan dunia. Haji Abdul Rahman Limbong ialah
seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan
dengan lantaran betapa banyak kalinya beliau berhujah di mahkamah demi
membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
59
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah meyatakan
bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah, bukannya hak negeri
dan ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang
dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang
pertama.
Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys,
Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada
kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan
dibuang negeri ke Singapura pada 23 Zulhijah 1346 H [13 Jun 1928] dan
selanjutnya dibuang ke Mekah lalu tiba pada 29 Safar 1347 H [19 Ogos 1928].
Beliau meninggal dunia di Mekah setahun kemudian pada 14 Jamadilakhir 1348 H
[16 November 1929 M] menurut kawat yang dikirim dari Jeddah pada 2 Syaaban
1348 H [3 Januari 1930].[3]

60
LATAR BELAKANG HAJI ABDUL
RAHMAN LIMBONG

 Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid

 Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong,
Kemaman untuk mengajar agama

 Beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas

 Perjuangannya dikenal sebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

61
FAKTOR PENENTANGAN HAJI ABDUL
RAHMAN LIMBONG

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan


- 1921 > diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan
kebenaran dengan bayaran 50 sen
- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti
daun nipah, buah salak, sagu, rotan dandaun palas
- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin
b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas
- 1923 > diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang
penduduk memburu binatang liar
- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang
mereka akan dirampas.
c) Peraturan Tanah Baru
- 1924 > peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka
dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang.
d) Pengaruh Pemimpin Agama
- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British
diTerengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat
bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan
syariah Islam

62
 
 
PERISTIWA PENENTANGAN HAJI ABDUL
RAHMAN LIMBONG
Kebangkitan 1922
- Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan
tanah tanpa mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan
hak negeri
- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
- seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk
tanam
- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar
tanah kerajaan
- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada
saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman
Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran
British di daerah Kuala Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-
petani yang enggan membayar cukai
- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala
Telemong dan Kuala Berang
- mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta
mengibarkan bendera merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
63
i.MAT SALLEH

64
MAKLUMAT MAK SALLEH
Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah
sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan
terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu
Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang
terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan
pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah
Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya.
Sebelum kedatangan British, beliau ialah seorang pemimpin tempatan yang
berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem
perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan kedatangan British
menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama semakin mengecil dan
kesultanan Sulu ditamatkan atas dasar perjanjian yang dimeterai dengan British.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku
Βajau dan Suluk. Ibunya daripada suku Bajau manakala ayahnya iaitu Datu Balu
merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali,
sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang
bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan
berkampung di Pengalaban, Paitan.
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua
kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu
Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang
melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

65
Seperti pejuang-pejuang kebebasan yang lain, Mat Salleh bangkit menentang
perubahan yang dibawa oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British ke atas
penduduk tempatan di Sabah kerana sistem cukai yang tinggi. Sebelum
kedatangan pemerintah asing, wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu juga
mengutip cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan pihak asing,
pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk mengutip cukai. Pihak syarikat
British mengenakan cukai tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka membina
laluan kereta api dari Teluk Brunei hingga ke Pelabuhan Cowie, dan juga talian
telegraf dari Labuan hingga ke Sandakan yang bertujuan bagi memudahkan
perhubungan mereka dan juga penduduk tempatan. Dalam membina laluan
kereta api dan talian telegraf ini, di samping mengenakan cukai yang tinggi bagi
membangunkan negeri Sabah, pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga
dikatakan menggunakan penduduk tempatan sebagai buruh paksa. Sistem buruh
paksa ialah satu sistem yang mana sekumpulan orang dipaksa bekerja untuk
sebuah syarikat dan sebagainya, dengan tiada bayaran upah atau gaji. Tindakan
pihak syarikat yang dianggap menzalimi penduduk tempatan di Sabah ialah salah
satu sebab mengapa Mat Salleh bangkit menentang pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British; beliau berjuang kerana melihat bangsanya
ditindas oleh orang asing.
Sistem cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai barang-barang keperluan harian
penduduk di Sabah, seperti beras. Cukai beras merupakan tambahan 5% daripada
harga beras. Sistem cukai beras ini mendapat bantahan awal daripada kaum Cina,
yang mana mereka, diwakili oleh Persatuan Bangsa Cina Borneo Utara pada tahun
1898, telah menghantar kawat bantahan ke London, memohon agar pihak
Syarikat mempertimbangkan masalah kenaikan harga cukai beras. Masalah cukai
beras ini dikatakan menjadi faktor yang mempengaruhi Mat Salleh dan pengikut-
pengikutnya. Mereka berpendapat bahawa “beras ialah makanan asasi semua
orang” dan pihak Syarikat British telah menghina penduduk-penduduk tempatan
dengan mengupah sebilangan pemimpin tempatan sebagai pengutip cukai bagi
pihak syarikat. Pengutip-pengutip cukai ini telah menyalahgunakan kuasa mereka
dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi.

66
Selain cukai beras, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga mengenakan
cukai sistem lesen mandatori kepada penduduk-penduduk tempatan yang
memiliki perahu. Perahu merupakan alat kenderaan bagi tujuan perhubungan
penduduk pada ketika itu. Dengan adanya lesen perahu ini, penduduk negeri
Sabah berasa dibebani oleh peraturan lesen perahu yang diperkenalkan oleh
pihak Syarikat. Penduduk-penduduk negeri Sabah berasa tidak puas hati dengan
peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British. Mereka berpendapat bahawa pihak Syarikat membuat peraturan-
peraturan yang sangat membebankan mereka. Hal ini membangkitkan kemarahan
pemimpin-pemimpin tempatan kerana syarikat asing itu ingin memecahbelahkan
penduduk negeri Sabah
Syarikat Berpiagam Borneo Utara menggunakan pendekatan kasar dalam
menghadapi isu yang dibangkitkan oleh Mat Salleh, dan menyerang Mat Salleh di
Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun
1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu
Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya.
Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat
Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau.
Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari
1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan
tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,
yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat
daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru
kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang
rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain
dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan
diri apabila dikepung musuh.
67
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh
bersetuju walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba
mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan
tercetus kembali.
Akhirnya pada 1 Februari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat
Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh di Teboh,Tambunan.
Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini,[bila?] sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu.
Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti,
"Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan
Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam
tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya.

68
LATAR BELAKANG MAT SALLEH

 Nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu.

 Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut.

 Berketurunan Bajau dan Suluk.

 Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.

 Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah


penentangan di Sabah

69
FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH

a) Perjuangan Jihad
- kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu
menentang Sepanyol di selatan Filipina.

b) Peraturan Yang Membebankan


- SBUB memperkenalkan peraturan barudi Sabah seperti amalan buruh
paksa,cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat.

c) Percubaan Berunding Gagal


- Ogos 1895 > Mat Salleh dan pembesartempatan ke Sandakan untuk
menemuiGabenor Beaufort, C.V. Creagh
-tujuan untuk berunding tentang masalahcukai dan tindakan kekerasan
pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan
- Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu
selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan.

d) Perkampungan Dibakar
- Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB
- SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
- SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap
Mat Salleh

70
PERISTIWA PENENTANGAN MAT
SALLEH

 Julai 1897 > Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

 November 1897 > Mat Salleh menyerang Ambong.

 William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat


Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya.

 April 1898 > rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di
Menggatal.
- Antara syarat perjanjian adalah :
i. Mat Salleh dan pengikut diberipengampunan
ii. penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan
kembali semula
iii. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
iv. Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
 SBUB tidak menepati janji sebaliknya mengambil alih pentadbiran di
Tambunan pada tahun 1899.

 Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina


kubu di Kampung Teboh,Tambunan

 SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran.

 Januari 1900 > SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh


- Mat Salleh terkorban

71
PENUTUP

DALAM BAB INI, SAYA TELAH MENGETAHUI BAHAWA SEJARAH PENJAJAHAN


DI TANAH MELAYU SABAH DAN SARAWAK SERTA MENGENALI PAHLAWAN –
PAHLAWAN YANG PERNAH WUJUD DI NEGARA KITA. LOKASI YANG SANGAT
STRATEGIC DAN JAUH DARI BENCANA ALAM SERTA SELAT MELAKA DI MELAKA
YANG MEMPUNYAI PUSAT PERDAGANGAN YAG SANGAT PESAT DISAMPING
NEGARA YANG KAYA DENGAN SUMBER BAHAN MENTAH MENYEBABKAN BANYAK
KUASA LUAR INGIN MENAKLUK NEGARA KITA. KEKAYAAN TANAH AIR TELAH
DIBOLOT OLEH PENJAJAH DAN PENDUDUKNYA PULA DITINDAS. DEMI
MENGEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN KEDAULATAN NEGARA, PAHLAWAN
TANAH AIR TELAH BERJUANG BERSAMA – SAMA RAKYAT TEMPATAN UNTUK
MENENTANG PENJAJAH. WALAUPUN MEREKA GAGAL, NAMUN SEMANGAT DAN
KEBERANIAN MEREKA AMAT DIKAGUMI DAN MENJADI INSPIRASI KEPADA
PEJUANG SETERUSNYA. PENJAJAHAN KUASA ASING TELAH MENINGGALKAN
KESAN YANG PAHIT KEPADA SELURUH RAKYAT PADA KETIKA ITU.

MAKA,SEBAGAI RAKYAT KITA HARUS BELAJAR UNTUK HIDUP DENGAN CARA


AMAN DAN DAMAI. INI ADALAH, UNTUK KEKAL MENJADI BANGSA YANG
BERMARUAH DAN NEGARA YANG BERDAULAT ADALAH MENJADI
TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBINA JATI DIRI SERTA MEMPERKASA
BANGSA DAN NEGARA.

72

Anda mungkin juga menyukai