Anda di halaman 1dari 5

Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British

Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu (NNM) Dasar campur tangan British bermaksud melibatkan diri sacara langsung dalam pentadbiran di negerinegeri Melayu selepas tahun 1874. Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM i. Kekayaan bumi NNM (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) ii. Revolusi Perindustrian iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap(Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain v. Perubahan Dasar British di London vi. Desakan Pedagang di NNM Keadaan di Perak , Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British Keadaan di Perak ( Perang Larut ) Buruh-buruh Cina dibawa dari negeri-negeri Selat ke Perak untuk bekerja di lombong-lombong timah. Mereka kebanyakannya adalah ahli kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San . Kongsi gelap Ghee Hin terdiri daripada orang Kantonis yang menetap di Kelian Baru (Kamunting). Kongsi gelap Hai San pula terdiri daripada orang Hakka yang menetap di Kelian Pauh (Taiping). Ahli kedua-dua kongsi gelap ini sering terlibat dalam pertelingkahan. Masing-masing ingin menguasai lombong-lombong timah di Larut. Sebanyak 4 Perang Larut meletus di Perak. Ngah Ibrahim yang berkuasa di jajahan Larut tidak dapat mengawal keadaan huru-hara itu. Perebutan Takhta Kerajaan Perak berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu) Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak 8

Tuntutan takhta di Perak pada tahun 1871 Tahun 1851 1857 Sultan Sultan Muhammad Raja Jaafar Syah Raja Muda Raja Jaafar Raja Ali Raja Bendahara Raja Di Hilir Raja Ali Raja Yusuf Raja Ismail Raja Abdullah

1865 Raja Ali Raja Abdullah Raja Ismail *

1871 Raja Ismail Raja Abdullah * *

Campur Tangan British di Perak Raja Abdullah menghantar sepucuk surat kepada Sir Andrew Clarke untuk mendapatkan bantuan British. Beliau berjanji akan menerima seorang Penasihat British sekiranya beliau dilantik sebagai Sultan Perak. Sir Andrew Clarke mengarahkan W.A Pickering (Pelindung Orang Cina di NNS) menjemput ketua-ketua kongsi gelap Cina menghadiri satu perjumpaan di Pulau Pangkor. Frank Swettenham pula diarahkan menjemput pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan yang sama. Perjumpaan itu diadakan di atas sebuah kapal British, iaitu Pluto pada 1874. Sir Andrew Clarke mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan ketua-ketua kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Raja Yusuf dan Sultan Ismail tidak hadir dalam perjumpaan tersebut. Satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh semua pihak yang hadir pada 20 Januari 1874. Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874: 1. Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak 2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda 3. sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu 4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak 5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak 6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen 7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak

Perang Klang di Selangor (1867 - 1873) tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman) Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880 kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara Perang Klang perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang kegiatan perdagangan Selangor terjejas 9

Campur Tangan British di Selangor Pada November 1873, sekumpulan lanun merampas sebuah kapal berdekatan Kuala Langat. Beberapa rakyat British dibunuh. Pada Januari 1874 pula, rumah api di Tanjung Rochado diserang lanun. Kejadian perlanunan dijadikan alasan oleh Sir Andrew Clarke untuk menempatkan seorang pegawai British di Selangor. Perlanunan juga turut mengancam perdagangan bijih timah dan pelaburan British di Selangor. Pada Februari 1874, angkatan tentera British bersama dengan Tengku Kudin telah menyerang Kuala Langat. Semua lanun yang ditangkap telah dikenakan hukuman. Walau bagaimanapun, satu lagi serangan lanun berlaku di Kuala Langat. Frank Swettenham dihantar ke Selangor untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada Sultan Abdul Samad. Beliau berjaya memujuk Sultan Abdul Samad supaya meletakkan Selangor di bawah perlindungan British. Pada Disember 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama manakala Frank Swettenham menjadi Penolong Residen.

Keadaan di Negeri Sembilan Sungai Ujong kaya dengan bijih timah tahun 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai Ujong seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato Bandar Kulop Tunggal kedua-duanya saling bersengketa sebab-sebab mereka bersengketa ialah; i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat lumayan Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato Bandar disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong Dato Kelana meminta bantuan British tahun 1874 Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British syarat-syarat perjanjian ialah; i. Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British mengutip cukai di Linggi British memberi bantuan tentera kepada Dato Kelana untuk menewaskan Dato Bandar Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menenati British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri Sembilan Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.)

10

Keadaan di Pahang - Perang Saudara (1857 - 1863) Perang saudara di Pahang meletus selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali pada 1857. Dua putera Bendahara Tun Ali berebut untuk mewarisi takhta kerajaan Pahang. Sebelum mangkat, Bendahara Tun Ali mewasiatkan pemerintahan Pahang kepada Wan Mutahir (putera Sulung).Wan Ahmad (putera bongsu) diwasiatkan daerah Endau dan Kuantan. Selepas menjadi Bendahara Pahang pada 1857, Wan Mutahir enggan menyerahkan dua daerah tersebut kepada Wan Ahmad. Wan Ahmad menyerang Pahang dengan bantuan orang Terengganu, Tok Gajah dan Dato' Bahaman. Baginda berjaya dan menjadi pemerintah Pahang pada 1863 dengan gelaran Sultan Ahmad. Perang saudara ini (1857 - 1863) menyebabkan keamanan dalam negeri terancam. Campur Tangan British di Pahang Perang saudara di Pahang berakhir pada 1863. Pembesar-pembesar di Ulu Pahang tidak menyokong pentadbiran Sultan Ahmad dan enggan membayar cukai. Akibatnya, Sultan Ahmad memutuskan untuk menjual kawasan-kawasan di Ulu Pahang kepada kuasa Jerman dan Perancis. Kuasa-kuasa asing ini berminat membeli kawasan-kawasan tersebut. Tindakan Sultan Ahmad membimbangkan British. British ingin menyekat kemasukan kuasa asing lain agar pengaruh dan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu dapat dikekalkan. British mendesak Sultan Ahmad menerima seorang Residen British tetapi gagal. Sultan Ahmad akhirnya bersedia menerima seorang Agen British setelah dipujuk oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Hugh Clifford dilantik sebagai Agen British dan Sultan Ahmad diiktirafkan sebagai Sultan Pahang. Hugh Clifford tidak mempunyai kuasa yang luas. Gabenor Negeri-negeri Selat yang baru, Sir Cercil Clementi Smith ingin mewujudkan sistem Residen di Pahang bagi mengukuhkan kuasa British. Pada 1888, seorang rakyat British berbangsa Cina, Goh Hui dibunuh di perkarangan istana Sultan Pahang. Kejadian pembunuhan ini beserta ancaman dan desakan pedagang British menyebabkan Smith mendesak Sultan Pahang menerima Residen British. Pada penghujung 1888, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang.

Sistem Residen Sistem Residen di Perak ( J.W.W. Birch ) Sultan Perak menerima J.W.W. Birch sebagai residennya yang pertama selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Beliau telah menghapuskan amalan perhambaan dan mengambil alih hak memungut cukai daripada sultan. Tindakan Birch ini membawa penentangan daripada Sultan Abdullah dan penyokongnya di hilir Perak. Pada 2 November1875, Birch dibunuh ketika sedang mandi di Pasir Salak. Residen J.W.W.Birch diganti oleh Sir Hugh Low. Antara pembaharuan yang dibawa ke negeri Perak ialah menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri Perak pada tahun1877. Selain itu, beliau menghapuskan amalan perhambaan bagi mereka yang berhutang dengan membayar ganti rugi kepada pembesar-pembesar yang terlibat. Beliau juga memajukan sektor pertanian . (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Sistem Residen di Selangor (J.G.Davidson) Residen Selangor yang pertama ialah J.G.Davidson. Beliau menjalankan tugas dengan baik kerana mendapat kerjasama daripada Tengku Kudin. J.G. Davidson telah menubuhkan pasukan polis dan sebuah perbendaharaan kerajaan untuk menguruskan pungutan hasil dalam negeri. Kegiatan perlombongan bijih timah juga telah dimajukan. Residen Selangor yang kedua ialah Frank Swettenham dengan projek pembangunannya yang terkenal seperti menyusun semula sistem pungutan cukai, membina jalan raya dan juga jalan keretapi. Beliau juga menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah dan pertanian dagang. (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) 11

Sistem Residen di Negeri Sembilan (Martin Lister) Apabila Dato Kelana meminta bantuan British untuk menentang Dato Bandar, kerajaan British telah menghantar Kapten Tatham sebagai penolong Residen di Sungai Ujong. Pada tahun 1895, Martin Lister dilantik sebagai Residen pertama Negeri Sembilan. (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Sistem Residen di Negeri Pahang (J.P Rodger) J.P Rodger menjadi Residen Pahang yang pertama pada tahun 1888. Pembesar-pembesar Melayu menentang Sistem Residen di Pahang kerana sistem ini menyebabkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan. Satu pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Dato Bahaman telah berlaku antara tahun 1891- 1895. (Gambar yang berkaitan sila rujuk kepada lampiran.) Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan Sistem Residen antaranya; i. Perak (J.W.W. Birch) ii. Selangor ( J.G. Davidson) iii. Negeri Sembilan (Martin Lister) iv. Pahang (J.P. Rodger) ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Faktor-Faktor Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen (ii) Krisis Kewangan Pahang (iii)Perkongsian Perkhidmatan Pakar (iv) Sistem Perhubungan (v) Faktor Keselamatan Langkah-Langkah ke Arah Menubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895 NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896 pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900) Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895: Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB 12

Anda mungkin juga menyukai