Anda di halaman 1dari 1

BAB 8: KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT

8.1 REAKSI PEMERINTAH TERHADAP TINDAKAN BARAT

Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909


 Garis sempadan berasaskan legeh dan lembah sungai.
 Bermula dari Sungai Perlis ke muara Kuala Tabal.
 Pulau Langkawi dan pulau bahagian selatan menjadi wilayah British,
 Pulau Terutau dan pulau bahagian utara milik Siam.

Reaksi pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara terhadap Perjanjian Bangkok


I. Perlis: Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh yang sebelum
ini ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis dimasukkan ke dalam wilayah Setul.

II. Kedah: Sultan Abdul Hamid Halim Shah tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri
kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang. Menegaskan sempadan baharu harus
ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada. Amat murka menyatakan tidak akan
memaafkan pihak menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.

III.  Terengganu: Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam ,tanpa pengetahuan baginda,
mempertahankan kedaulatan negeri. Siam tidak berhak ke atas Terengganu. Penghantaran bunga
emas sebagai tanda persahabatan bukan menandakan Terengganu adalah jajahan Siam
.Mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri Selat pada 24 Mei 1909.

IV.  Kelantan: J.S.Mason, wakil Siam datang ke Johor Bharu menghadap Sultan Muhammad IV, menolak
perjanjian Bangkok 1909. Kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal, daerah
Kelantan yang dihuni 15000 Melayu.
Kebijaksanaan pemerintah Johor menyekat kemaraan British
 Temenggung Daeng Ibrahim peka terhadap rancangan British, membina jati diri sebagai
pemerintah yang berdaulat.
 Menjamin keselamatan perairan Johor dan Singapura, mendapat pedang keemasan daripada
Ratu Victoria sebagai menghargai jasa beliau mewujudkan keamanan perairan.
 Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri, memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk
Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri untuk mengelakkan tekanan British. Tanjung Puteri
sebagai ibu negeri.
 Memodenkan pentadbiran negeri, sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari
barat, birokrasi moden.
 Mengeksploitasi hasil hutan getah perca menguntungkan dijual kepada pedagang British,
Temenggung mengisytiharkannya sebagai monopoli Johor,
 Memperkenalkan Sistem Kangcu, kemasukan orang Cina mengusahakan tanaman gambir, lada
hitam.

Anda mungkin juga menyukai