Anda di halaman 1dari 15

Tajuk : Penentangan Masyarakat Tempatan

(Tok Janggut)

Nama Guru : En. Ahmad Nizam bin Ahmad Shukri


Disediakan oleh : Ariefah Shafiyah bt. Arief Dharmawijaya, Puteri Iman
Khadeja bt. Muhammad Zulkey, Mellissa, Nurul Alyaa bt. Zairul Nizad
Kelas : Tingkatan 3 Sierra
Biodata
Tok Janggut
Nama sebenar : Haji Mat Hassan Panglima
Munas
Nama gelaran : Tok Janggut
Tahun lahir : 1850
Tempat lahir : Kampung Sarim daerah
Jeram, Kelantan
Tahun Kematian : 1915 (berusia 65 tahun)
Sumbangan : Pejuang kebebasan Kelantan
• Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut
sampai ke paras dada ialah seorang
penentang penjajahan British yang
terbunuh semasa menentang
pengenaan cukai oleh pihak British di
Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga
merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut
di Kelantan.
Sumbangan Tok Janggut
• Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan
Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan
‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
• Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik
pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh
Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika
tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai
kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.
• Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila
tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura
perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.
• Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok
Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan
pengkhianat bangsa dan negara.
• Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak
berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok
Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.
• Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi
Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan
tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal
disanjung sehingga kini.

• Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air


dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah
Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat
sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku
Seri Maharaja Jeram.

• Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan


masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad
memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan
jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris
mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur
Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.
• Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam
menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis
diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara,
Jalor dan Setol di bawah Siam.
• Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu
dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah
ternyata menindas penduduk watan.
• Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar
Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau
menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
• Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu
Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
• Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama
pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat
perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi
England dalam peperangan itu.
• Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam
Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa
Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang
British dan sekutunya.
• Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang
Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun
tidak berpuas hati.
• Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip
hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung.
Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan
kempen penentangan.
• Disebabkan tidak sanggup menahan derita,
ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan
kesedaran membela agama, bangsa dan tanah
air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

• Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat


dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi
menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan
mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

• Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui


Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari
Singapura iaitu Latiff, yang kemudian
mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis,
Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap
Mat Hassan.
• Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya
bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April
bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika
tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang
kebanyakannya bersenjata.

• Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat


jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu
menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak
setuju polis berjalan di belakangnya kerana
kelihatan seolah-olah mereka mengawal
tindakannya daripada melarikan diri dan mahu
polis berjalan seiring atau di hadapannya.

• Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan


Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan
peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
• Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh
menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan
diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut
berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan
pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri
dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

• Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak


istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah
memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

• Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter,


Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri
Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik
Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk
berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam
Lebai Kadir.

• Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada


Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan
menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.
• Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk
Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV
memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas
kesalahan menderhaka.
• Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat
bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan
21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
• Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan
menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki
baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik
Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
• Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke
Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri
itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut
mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan
Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu.
Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu,
tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
• Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan
kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali
membawa masuk tentera Sikh untuk membakar
rumah penduduk kampung. Tindakan itu
mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang
khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24
Mei 1915.
• Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa
pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay
State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan
menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung
Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
• Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh
daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya
beliau ditikam mati.
• Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris
bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari
Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu
akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur
hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama
ramai pengikutnya.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai