Anda di halaman 1dari 25

HNP 2012

PENGAJIAN KENEGARAAN
Kuliah 2
Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
Created by: MBJ
MINGGU 2
PENGENALAN
1. Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa barat:
 Portugis – 130 tahun (1511- 1641)
 Belanda – 183 tahun (1641 – 1824)
 Inggeris – 117 tahun (1824 – 1941)
 Jepun – 5 tahun (1941- 1945)

2. Tanah Melayu terus dikuasai pengaruh Inggeris


sehinggalah mencapai kemerdekaan 1957.

3. Penentangan terhadap penjajahan telah wujud sejak


zaman Melaka lagi walaupun hanya untuk mengusir
penjajah.

4. Gerakan penentangan bersenjata menentang penjajah


untuk kemerdekaan hanya bermula 1831 di Naning.

LECTURER: MBJ MINGGU 2


MENGAPA WUJUD PENENTANGAN TERHADAP
PENJAJAHAN DAN GERAKAN KEMERDEKAAN?
Beberapa Sebab:

1. Benci terhadap Dasar Penaklukan British


2. Benci terhadap pelaksanaan pentadbiran Barat
(undang-undang residen, tanah, pecah perintah dll).
3. Kehilangan kuasa dan hak-hak raja dan pembesar
tempatan
4. Kesulitan yang dihadapi penduduk tempatan (perang,
cukai, pendatang dll)
5. Dasar campurtangan Inggeris terhadap pentadbiran
tempatan (e.g. sistem residen, residen jeneral,
pesuruhjaya tinggi British, dll)
6. Eksploitasi penjajah terhadap sumber asli dan
ekonomi
7. Campurtangan penjajah dalam hal ehwal istiadat
tempatan
LECTURER: MBJ MINGGU 2
Beberapa perjuangan bersenjata menentang
penjajah di Tanah Melayu dan Borneo.

1. Di Naning (1831-1832)

 Tokoh – Dol Said, perjuangan


berkaitan anti percukaian British
di Naning yang didakwa British
sebahagian Melaka (jajahannya).
 Inggeris memaksa Dol Said
membayar gantirugi tanaman
seorang penduduk yang
dimusnahkan.
 Berakhir dengan Serangan
British diketuai kapten Wyllie, Dol
Said Menyerah diri.
 Naning menjadi jajahan Melaka

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


2. Di Selangor (1876-1874)

 Tokoh Raja Mahdi melalui tercetusnya


perang di Kelang.
 Kawasan Kelang kaya dengan Bijih Timah.
 Perang semakin meruncing dengan
pelantikan Tengku Kudin oleh Bristish
sebagai Wizurai Selangor.
 TK di bantu Yap Ah Loy dan British untuk
menentang Raja Mahdi.
 Raja Mahdi dikaitkan dengan kegiatan
pelanunan.
 Berakhir dengan pengunduran Raja Mahdi
ke Sg Ujong 1874.

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


3. Di Perak (1875)

 Tokoh – Raja Abdullah, Raja


Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok
Sagor, Pandak Endut.
 Punca utama akibat campurtangan
british melalui JWW Birch yang
menyekat kuasa Sultan, pembesar,
kuasa memungut cukai,
perlombongan, hal adat istiadat,
penghapusan perhambaan dan
sistem pentadbiran tradisional.
 Berakhir dengan pembunuhan
Birch di Pasir Salak.
 British bertindak membunuh semua
tokoh terlibat Raja Abdullah dan
Raja Ismail dibuang negeri ke
Sychelles dan Johor.
 Raja Yusuf ditabal menjadi Sultan
oleh British

LECTURER: NHO, MINGGU 2


4. Di N. Sembilan (1875-1876)

 Tokoh Tengku Antah. Wujud perebutan


kuasa antara Tengku antah dan Datok
Kelana Sayyid Abdul Rahman mengenai
siapa layak menjadi Yamtuan Besar Seri
Menanti.
 Datok Kelana tidak iktiraf Tengku Antah
sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
manakala Tengku Antah tidak iktiraf Datok
Kelana sebagai penguasa Sg Ujong.
 Inggeris berpihak kepada Datok Kelana dan
menyerang Tengku Antah. Datok Kelana
 Kekalahan menyebabkan Tengku Antah Sayyid Abdul
terpaksa akur melalui satu perjanjian dengan Rahman
Inggeris untuk menjadi Yamtuan Besar Seri
Menanti dan menjadi jajahan Inggeris.

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


5. Di Pahang (1891-1876)

 Tokoh- Tok Gajah, Dato Bahaman,


Mat Kilau
 Punca utama kerana pembesar
tempatan tidak suka dengan
pelantikan JP Rodger sebagai
Residen yang telah merombak
pentadbiran tradisional,
memperkenalkan jawatan pemungut
cukai dan majistret.
 Tok Gajah, Mat Kilau dan Datok
Bahaman menyerang Balai Polis
Lubuk Tua dan BP Kuala Tembeling,
menawan Temerloh dan kubu
Inggeris di Jeram Ampai.
 Inggeris menawan kembali Jeram
Ampai. Mat Kilau, Bahaman dan Tok
Gajah lari ke Terengganu, Kelantan
dan Siam
LECTURER: MBJ, Mat Kilau
MINGGU 2
6. Di Sarawak

 1853-1860 - Tokoh Sharif Masahor dan Datok


Patinggi Abdul Gapor. Sharif adalah Gabenor
Sarikei yang menentang penguasaan British di Sg
Rejang. Kebangkitannya membunuh dua pegawai
Brooke 1859. Brooke mematahkan serangan Sharif
di Kuching 1860, Sharif dibuang ke Singapura.
Sharif Masahor
 1853-1861 – Rentap menentang penguasaan
Brooke di kawasannya kerana Brooke berusaha
menghapuskan amalan memburu kepala manusia.
Rentap menyerang kubu Brooke di Skrang dan
membunuh pegawai Brooke, Alan Lee. Rentap
membina kubu kuat di Bukit Sadok tetapi 1861
dihancurkan Brooke dengan meriam tembaga
British.

 1893-1908 – dimulakan oleh Banting, ketua Iban di


Batang Lupar. Penentangan terhadap penguasaan
Brooke dan usaha menghapuskan tradisi Iban.
1902 Brooke menyerang kawasan Banting tetapi
gagal dan hanya berjaya 1908.
RENTAP
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
7. Sabah (1894-1900)

 Tokoh, Mat Salleh, pemimpin Bajau, Iranum


dan Sulu yang bangkit menentang Syarikat
Berpiagam Borneo Utara kerana pengenaan
cukai, pembangunan, perluasan kuasa dan
pengianayaan terhadap Mat Salleh.
 Mat Salleh menyerang dan memusnahkan
pelabuhan British di Pulau Gaya, membina
kubu di Ranau dan menyernag Ambong.
 British menggunakan helah untuk menangkap
Mat Salleh dengan memberikan hak mentadbir
Tambunan tetapi dikepung dan dibunuh pada
Januari 1900
 Tokoh lain ialah Antanum – pemimpin kaum
Murut melalui kebangkitan Rundum yang
menentang penindasan Syarikat ke atas kaum
Murut seperti sekatan pertanian pindah, Mat Salleh
membina jalan raya dan menjadikan mereka
hamba tanpa upah. Antanum menyerang
Pensiangan tetapi beliau berjaya dipatahkan
dan terbunuh dalam serangan di Sungai
Selangit oleh British

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


8. Kelantan 1915

 Tokoh, Tok Janggut (Hj Wan Hassan),


ketua Kampung Nering, Pasir Putih dan
ulama yang dihormati
 Menentang Inggeris akibat Inggeris
menubuhkan Balai Polis dan mengenakan
cukai kepala, cukai pertanian dan
ternakan. Tok Janggut membantah dengan
tidak membayar cukai, dan mengendahkan
saman.
 Tok Janggut membunuh Sarjan Che Wan
yang diarahkan British menangkapnya dan
bersama Engku Besar Jeram, Tun Ahmad
dan Mat Kilau telah menyerang Balai Polis
Pasir Putih.
 Engku Besar dan Tok Janggut
menubuhkan kerajaan sementara di Jeram
dan Pasir Putih.
 Inggeris menyerang Jeram dengan
bantuan tentera British di NNMB. Tok
Janggut terbunuh. LECTURER: MBJ, MINGGU 2
10. Terengganu (1921-1928)

 Tokoh, Hj Abdul Rahman Limbong melalui pemberontakan Tani akibat


penentangan terhadap undang-undang tanah British, pengenaan pas
tanah pertanian dan pelbagai cukai.
 Hj Abdul Rahman menganggap mukabumi sebagai hak Allah dan British
tiada kuasa kenakan cukai.
 Mengadakan penentangan 1922,1925 dan 1928. Antaranya bersama
pemimpin di kuala Berang menghalau anggota polis di Alor Limbat,
menyerang Daerah Kuala Berang dan merancang menyerang Kuala
Terengganu.
 Inggeris mengisytiharkan perang ke atasnya, beliau berjaya ditangkap dan
dibuang negeri. Meninggal di Mekah tetapi ramai pengikutnya
dipenjarakan British.

Arkib: Tentera British dan


orang ramai menunggu
ketibaan ‘penderhaka’ yang
ditahan dari Kuala
Terengganu

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


SEMANGAT NASIONALISME
 Apa?
 Satu perasaan cintakan bangsa dan negara, gerakan
mencapai kebebasan politik dan ekonomi dari
penjajahan asing
 Kebangkitan nasionalisme tanah Melayu akibat tindak
tanduk penjajah Inggeris mengeksploitasi undang-
undang, ekonomi, dasar cukai dan penindasan
 Maka usaha ke arah pemerintahan sendiri telah
digerakkan penduduk bagi membebaskan tanah
Melayu dari penjajahan dan mendaulatkan bangsa
dan negara

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


Pengaruh kebangkitan nasionalisme di
Tanah Melayu.
1. Ada dua yang utama: faktor luaran dan dalaman

2. FAKTOR LUARAN – perkembangan gerakan


nasionalisme di luar negara.
 Perang Russia -Jepun - (kekalahan Russia kepada Jepun
sebagai asas kebangkitan nasionalisme asia 1905)
 Gerakan pemulihan di Turki – kemerosotan empayar
Ottoman abad 19 diganti dengan kebangkitan semula
gerakan pembaharuan Jamiah Islamiah yang tersebar ke
seluruh dunia menentang penjajah.
 Pemulihan d Mesir – Penaklukan Peranchis dan British ke
atas Mesir di zaman Ali Pasha memunculkan gerakan
Pemulihan Islam Mesir yang dipimpin Muhammad Abduh,
1849, diteruskan oleh kumpulan Al-Manar. Pelajar tanah
Melayu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari dan Syed
Syeikh Al Hadi mendapat inspirasi dari gerakan ini.
 Perkembangan Gerakan Nasionalisme di Indonesia – Syeikh Mohd Abduh
rumpun Melayu Malaya dan Indonesia adalah sama, maka
apa yang berlaku cepat merebak. Di Indonesia, perjuangan
anti Belanda dimulakan oleh Sarekat Islam dan Sarekat
Dagang Islam yang kesannya sampai ke tanah Melayu
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
2. FAKTOR DALAMAN

 Faktor agama – nasionalisme di TM dicetuskan oleh golongan ulama dan tok


guru melalui kesedaran Islam. Para ulama bebas membuka pusat-pusat
pengajian sendiri bagi mengembangkan Islam. Pengaruh mereka mudah
berkembang. Ada yang mendapat pendidikan Timur Tengah seperti Syed
Sheikh Al Hadi, Tahir Jalaluddin, Hj Abas Taha dan Syeikh Mohd Salim.

 Faktor bahasa dan kesusateraan – nasionalisme mudah berkembang dengan


bahasa dan kesusateraan yang dipelopori Za’aba, Harun Aminurrasid, Keris
Mas dan Tongkat Waran melalui gerakan di MLSI Perak dengan Bahasa
Melayu sebagai pengantar. Penyebaran banyak tulisan penindasan penjajah
dan penghasilan karya-karya nasionalis. Zaaba menubuhkan Persuratan
Melayu 1923, pada 1950 ASAS 50 (angkatan sasterawan 50) ditubuhkan di
Singapura sebagai alat perpaduan mencapai kemerdekaan.

 Peranan akhbar dan kewartawanan – Akhbar dan wartawan memainkan


peranan penting menyuntik nasionalisme melalui akhbar dna majalah seperti
al-Ikhwan, Jawi Peranakan, Al Iman, Neraca, Pengasuh, Saudara, Warta
Malaya, Utusan Melayu dan Warta Sarawak. Tokoh utama Syeikh Al Hadi,
Rahim Kajai, Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Syeikh Tahir Jalaluddin.

 Sumbangan golongan intelektual – kemunculan intelektual Melayu mendorong


kemerdekaan cara diplomasi. Pelbagai latarbelakang, khususnya ilmu dari
Timur Tengah dan tanah Melayu (Ibrahim Yaakub, Hassan manan) serta
Inggeris (seperti Eunos Abdullah, Raja Chulan, Ishak Muhammad)
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
Kesatuan Malaya (Malayan Union)
 Gerakan nasionalisme pertama yang besar dicetuskan
melalui penentangan terhadap gagasan MU.
 Sir Harold Mac Micheal dihantar ke TM untuk
mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.
 Ciri-ciri MU/Sebab utama penentangan terhadap MU:
 Pentadbiran dibawah Gabenor Inggeris
 Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja diwujudkan
 Majlis Penasihat Agama dibentuk dengan Gabenor Inggeris
sebagai Pengerusi
 Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan untuk kendalikan hal ehwal
tempatan
 Kerakyatan boleh diperolehi dengan cara:
 Lahir di negeri-negeri MU dan SIngapura
 Menentap 10-15 tahun di negeri MU
 Menetap 5 tahun di Singapura
 Rakyat British (tetapi tidak hilang kerakyatan British) - 2 citizen
 Orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1. Penentangan orang Melayu menyebabkan kegagalan MU
pada tahun 1946
2. British membentuk jawatankuasa Kerja menggubal
Perlembagaan baru menggantikan MU.
3. Antara kandungan penting yang dicadangkan J/Kuasa:
1. Kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu dikembalikan
2. DUN diwujudkan di setiap negeri
3. Syarat kewarganegaraan lebih ketat kepada bukan Melayu
4. Hak kesitimewaan Melayu dijamin dan dikekalkan
4. J/Kuasa perundingan juga diwujudkan untuk
mendapatkan pandangan bukan Melayu
5. Hasilnya beberapa pindaan dibuat di mana:
1. Bilangan ahli majlis Mesyuarat Persekutuan ditambah dari 48
kepada 75 dengan memasukkan wakil kaum Cina, India dan
Orang Asli
2. Melonggarkan syarat pemberian taraf warganegara dari segi
tempoh menetap di T. Melayu
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
Ciri-ciri utama Perlembagaan
1. Persekutuan TM mengandungi 9 negeri Melayu, PP
dan Melaka (11 buah)
2. Singapura terus kekal sebagai tanah Jajahan Inggeris
3. Kerajaan di bawah PTM diketuai P/Jaya Tinggi,
dibantu MMK dan Majlis Undangan Persekutuan
4. DURBAR (Persidangan Raja-Raja Melayu) diwujudkan
5. Jawatan Menteri Besar diwujudkan di setiap negeri
bagi menggantikan Residen Inggeris
6. Kerakyatan diberi berasaskan ciri berikut:
1. Semua rakyat raja di negeri Melayu
2. Rakyat Inggeris yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka dan
menetap 15 tahun
3. Rakyat Inggeris yang lahir di PTM yang bapanya sendiri lahir
di PTM dan menetap 15 tahun
4. Orang yang lahir di PTM, bertutur dalam BM dan
mengamalkan adat istiadat Melayu
5. Sesiapa yang lahir di PTM dan ibubapanya lahir di PTM serta
menetap 15 tahun
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
PARTI KOMUNIS MALAYA
 Ketika era British memperkenalkan gagasan
MU 1945 dan PTM 1946, PKM telah muncul
parti terkuat di Malaya selepas Perang Dunia Chin Peng
ke 2
 PKM memerintah TM selama 2 minggu selepas
pendudukan Jepun 1945 dengan cita-cita
utama menubuhkan negara komunis di TM
 Akibat gerakan komunis, 18 Jun 1948 British
isytihar darurat di Sg Siput dan beberapa
kawasan di Johor manakala 19 Jun 1948
seluruh TM diisytihar darurat. 23 Jun darurat
di isytihar di Singapura.
Rashid Mydin –
 Rundingan Baling diwujudkan 28-29 Jun 1955 Meninggal di
untuk menamatkan darurat tetapi gagal. Sessakhon Narathiwat,
Individu terlibat adalah: 2007

 Wakil Kerajaan - Tunku Abdul rahman (Ketua


Menteri TM), david Marshall (KM Singapura) dan
Tan Cheng Lock (Presiden MCA)
 Wakil PKM – Ching Peng (SU Agung), Chen Tien
(Ketua Propaganda) dan Rashid Mydin (AJK
Pusat PKM)
 Usaha telah diwujudkan British menangani
Komunis seperti penempatan semula di bawah
rancangan Briggs
Rashid Mydin Chin Peng Chen Tien
LECTURER: MBJ, MINGGU 2
LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN
1. 3 LANGKAH UTAMA:
 Pengenalan Sistem Ahli, 1951
 Bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada pemimpin
tempatan hal ehwal pentadbiran
 Melalui pelantikan ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat
Persekutuan dengan tanggungjawab selaku seorang menteri.
Ahli berkenaan ialah:
 Dato On Jaffar (Hal ehwal dalam negeri)
 EEC Thuraisingham (Pelajaran)
 Dr Lee Ting Keng (Kesihatan)
 Tunku Yaacob Sultan Abdul hamid Shah (Pertanian dan
perhutanan)
 Dato Mahmud Mat (Tanah, Perlombongan, perhubungan)

 Setiap ahli bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi.

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


2. Pilihanraya Umum

 P/raya Penguasa peringkat Tempatan 1951-1952 untuk


memilih ahli-ahli Majlis Tempatan
 Tujuan adalah sebagai latihan kepada penduduk TM memilih
pemimpin ke arah berkerajaan sendiri
 Pada 27 July 1955, PRU pertama dilaksanakan dengan 52
kerusi dipertandingkan
 Perikatan menang 51 kerusi dan PAS 1 kerusi

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


3. Rundingan Kemerdekaan
dengan British, 1957

 Rombongan ke London diketuai


Tunku Abdul Rahman kerana
kesediaan British memberi
kemerdekaan kepada TM 31 Ogos
1957
 TM kekal dengan sistem komanwell
yang mengamal demokrasi
 Rakyat Tempatan ambilalih semua
jawatan penting spt menteri
pertahanan dan kewangan
 British dibenarkan letak tentera di
TM
 Badan bebas diwujud untuk gubal
perlembagaan baru bagi TM pada
Jun 1959 diketuai Sir Lord Reid,
dan ahli-ahli Sir Ivor Jennings
(Britain), Sir William McKell
(Australia), Hakim B Malik (India)
dan Hakim Abdul Hamid (pakistan)

LECTURER: NHO, MINGGU 2


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
1. Ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan
TM 1957

1. Ketua Negara ialah YDPA


2. Ketua Kerajaan ialah PM
3. Badan perundangan di peringkat persekutuan
ialah DR dan DN (Parlimen)
4. Ketua Perlembagaan peringkat negeri ialah
Raja atau Gabenor dan wujud DUN
5. Kerakyatan berdasarkan ciri-ciri tertentu yang
ditetapkan
6. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
7. Islam sebagai agama rasmi persekutuan
8. Keistimewaan orang Melayu dijamin
Perlembagaan

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


PERISYTIHARAN
KEMERDEKAAN 1957
 Perjanjian persekutuan
TM ditandatangani
semua raja-raja Melayu
dengan Pesuruhjaya
Tinggi British iaitu Sir
donald MacGallivivry di
King’s House , KL, 5
Ogos 1957
 Kemerdekaan diisytihar
31 Ogos 1957

LECTURER: MBJ, MINGGU 2


PERISYTIHARAN
KEMERDEKAAN 1957

Video perisytiharan
kemerdekaan TM

LECTURER: MBJ, MINGGU 2

Anda mungkin juga menyukai