Anda di halaman 1dari 2

Ulasan Video Taara Zameen

Filem Taara Zameen mengisahkan tentang seorang pelajar berusia 9 tahun, Ishaan
Nandkishore Awasthi yang mempunyai kelainan yang dikenali sebagai disklesia.
Disleksia ialah masalah pembelajaran atau kesukaran untuk membaca, mengira,
mengeja, menulis seperti pelajar lain. Disebabkan kekurangan tersebut, Ishaan selalu
menjadi sasaran semua gurunya di sekolah kerana mendapat keputusan yang lemah
berbanding abangnya yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang, pandai bermain
tennis dan selalu menjadi kesayangan guru-guru. Disebabkan kekurangan tersebut,
Ishaan selalu digelar sebagai seorang yang “bodoh” dan “pemalas” kerana gagal
menunjukkan peningkatan dalam pembelajarannya. Akhirnya, ibubapa Iksaan
mengambil keputusan untuk menghantar Ikhsan ke sebuah sekolah asrama dan
menganggap bahawa selepas menghantarnya ke sana Ishaan akan berubah ke arah
lebih baik tetapi sebaliknya Ishaan mengalami kemurungan disebabkan berpisah
dengan ibubapa dan abangnya. Ishaan menjadi seorang pendiam seperti dulu.

Di samping itu, guru Ishaan yang merupakan guru ganti subjek seni yang
mempunyai perwatakan ceria yang dapat menarik perhatian anak muridnya telah
membawa suasana baru dalam pembelajaran subjek seni. Dia juga merupakan orang
pertama yang dapat mengesan bahawa Ishaan mengalami penyakit disklesia. Beliau
mengetahui hal ini setelah melihat cara penulisan Ishaan pada setiap helai bukunya.
Ishaan menulis beberapa huruf dalam keadaan terbalik. Dia seolah-olah tidak dapat
berbezakan beberapa huruf yang seakan-akan sama seperti b dan d. Oleh itu, sebagai
seorang guru perlulah membantu anak murid seperti ini kerana anak murid yang
mengalami penyakit disleksia seperti ini perlukan perhatian yang lebih dan bimbingan
yang secukupnya kerana meraka ini adalah kanak-kanak istimewa. Seterusnya, guru
Ishaan telah berjumpa dengan ibubapanya untuk menceritakan kebenaran bahawa
anaknya mengalami penyakit disleksia yang sebelum ini tidak pernah mereka ketahui.
Dia mengharapkan ibubapanya memahami penyakit yang dialami oleh anaknya itu
dan membantu merawat penyakit ini.. Ini menunjukkan bahawa guru perlu
memainkan peranan penting dalam mengesan setiap apa yang berlaku kepada anak
muridnya kerana guru merupakan orang kedua selepas ibubapa.
Akhir sekali, sekolah telah mengadakan pertandingan melukis untuk semua murid
dan guru. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak muridnya
dalam melukis. Hal ini kerana, walaupun Ishaan mengalami penyakit disklesia tetapi
dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia kreativiti. Dia telah memenangi
tempat pertama dalam pertandingan melukis dan ibubapanya kagum akan kebolehan
yang ada pada anaknya walaupun hanya sekadang dalam bidang seni. Oleh itu, setiap
orang mempunyai bakat yang terpendam yang perlu dicungkil oleh guru-guru di
sekolah. Selain itu, jangan terlalu memandang rendah terhadap anak-anak yang
mengalami penyakit disklesia kerana dia mempunyai bakat yang tertentu yang dapat
membanggakan ibubapanya walaupun bukan dari sudut akademik tetapi dari sudut
lain. Pada akhir cerita ini, antara pengajaran yang boleh di ambil iktibar adalah kita
janganlah memandang rendah terhadap kebolehan anak-anak yang mempunyai
penyakit disklesia ini kerana mereka mempunyai bakat yang luar biasa yang tidak
dijangkau oleh orang lain. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau guru-guru kita perlulah
membantu kanak-kanak yang mempunyai penyakit disklesia ini agar mereka juga
menjadi seperti kanak-kanak yang normal dan lebih bagus dari yang biasa.

Anda mungkin juga menyukai