Anda di halaman 1dari 19

LUKISAN TEKNIKAL

1
UKURAN BADAN

UKURAN
LEBAR BAHU 14.5 INCI
LABUH BAJU 35. 5 INCI
LABUH LENGAN 20.5 INCI
LABUH KAIN 35 INCI
KELILING LEHER 14.5 INCI
KELILING PINGGANG 29 INCI
KELILING PUNGGUNG 33.5 INCI

KAEDAH MENGUKUR BADAN

1. Lebar bahu
a) Ukuran diambil dari sisi kiri ke sisi kanan.
b) Daripada bahu, ukuran lengan diambil terus sehingga ke labuh lengan yang
dikehendaki.
c) Tujuannya adalah untuk:
I) Mengelakkan daripada berlakunya lebihan ukuran
II) Ini menyebabkan lengan menjadi labuh dan si pemakai terpaksa melipat tangan
baju.

2. Labuh baju
Ukuran diambil daripada pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran
labuh baju yang dikehendaki. Seelok-eloknya 2.5- 5cm dari paras lutut.

3. Labuh kain
Ukuran pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yang dikehendaki,
seeloknya paras tapak kaki tanpa berkasut

4. Keliling leher
Ukuran diambil di sekeliling leher dan meletakkan sekurang-kurangnya 2 jari agar
tidak terlalu ketat.

2
5. Keliling pinggang
Ukuran diambil di sekeliling pinggang yang sebenar dengan melilit pita ukur pada
bahagian paling genting pada badan.

6. Keliling punggung
Ukuran diambil di sekeliling paras punggung yang paling tinggi atau paling lebar.

3
LANGKAH MENDRAF POLA BAJU KURUNG TELUK BELANGA

BAJU KURUNG

A-B = LEBAR BAJU


A-C = LABUH BAJU
A-B-C-D = SEGI EMPAT TEPAT
B-F = LABUH LENGAN
C-G = 8”
B-F-G-H = SEGI EMPAT TEPAT
I-J-K-L = SEGI EMPAT TEPAT (4”)
G-M = 5.5 “
H-N = 1”
G-P = 2.5”
C-R = 4”

LAPIK LEHER

X-Y = 3”
X-Z = 3.5”
X-W = 0.5”
Z-T = 4.5”
Lebar lapik leher = 1.5’

4
5
6
KAIN SUSUN OMBAK MENGALUN

A-B = labuh kain


A-C = Keliling punggung
2
A-B = C-D

IKATAN PINGGANG

A-B = Keliling punggung


A-C = 1.5”
A-D = 1”

7
SUSUN ATUR POLA

8
9
LANGKAH MENJAHIT

KAEDAH MEMBUAT LUBANG LEHER

Langkah 1
Lipat bahagian badan, temukan bahu kiri dan bahu kanan pada garisan yang sama
Buatkan garisan sudut 90° pada pola leher.
Tandakan garisan pola pada bahagian hadapan badan.

Langkah 2
Gunting mengikut garisan yang telah dilukis.

Langkah 3
Jangan gunting bahagian belahan leher, pastikan tanda garisan belahan berada pada
sebelah dalam kain.

KAEDAH MENYEDIAKAN LAPIK LEHER.


Lapik leher dipasang pada garisan leher sebagai penyudah tepi. Terdiri daripada
fabrik yang dilekatkan dengan sejenis interfacing/solina yang nipis. Kaedah
penyediaan seperti langkah berikut:

Langkah 1
Menyediakan lapik daripada fabrik interfacing yang sesuai. Seterika kain solina
bergam pada kain untuk melekatkannya.

Langkah 2
Gunting di sekeliling mengikut bentuk asal.
Jahit tepi keliling bahagian yang telah digunting.

10
KAEDAH MENJAHIT LEHER BAJU KURUNG
1. Jahit tepi bahagian badan yang digunting kecuali lubang leher.
2. Sediakan lapik leher dan jahit leher terlebih dahulu sebelum bahagian lain.

KAEDAH MENJAHIT LAPIK LEHER

Langkah 1
Letakkan lapik leher pada bahagian dalam kain.

Langkah 2
Jahit sekeliling garisan leher, kelebaran boleh diukur mengikut kelebaran 0.5cm..Snip
atau potong halus menyerong sekeliling bahagian yang melengkung.

Langkah 3
Lipat bertindih bahagian pepenjuru bahagian atas belahan. Terbalikkan.

Langkah 4
Kemaskan supaya pepenjuru menjadi tajam.

Langkah 5
Lapik yang telah siap bahagian dalam dijahit silang pangkah. Gosok bahagian luar
untuk lebih kemas.

11
KAEDAH MENJAHIT PESAK DAN KEKEK

Langkah 1
Temukan bahagian dalam kekek dengan bahagian luar satu pesak atas dan jahit
mengikut basi kelim yang telah ditanda.

Langkah 2
Temukan pepenjuru kekek dengan satu lagi pesak dan jahit mengikut basi kelim yang
telah di tanda.

Langkah 3
Temukan kedua-dua pesak dan jahit hingga ke bawah.

12
Langkah 4
Bahagian pesak dan kekek yang yang telah siap ditemukan dengan bahagian atas
tangan sebelah luar. Jahit sisi tangan hingga ke pepenjuru kekek.

Langkah 5
Jahit dari pepenjuru kekek dengan bahagian sisi tangan satu lagi.

13
Langkah 6
Jahit temukan kedua-dua sisi tangan hingga selesai. Lipat bahagian bawah tangan dan
jahit silang pangkah.

KAEDAH MENJAHIT KAIN

Langkah 1: Menjahit tepi keliling kain.


Jahit kemasan tepi fabrik menggunakan mesin jahit tepi.

Langkah 2: Menjahit kelim sisi hingga ke paras ukuran zip


Mulakan jahitan dari paras tanda hujung zip ke bawah sisi kain.

Langkah 3: Gosok untuk membuka kelim dan memudahkan jahitan zip.


Buka kelim yang telah dijahit dan gosok, gunakan seterika. Kerja memasang zip akan
menjadi lebih mudah.

Langkah 4: Menjahit kelepet bawah kain


Jahit kelepet bahagian bawah kain mengikut garisan jahitan.

Langkah 5: Menjahit zip


Gunakan tapak untuk zip dan jahit dari luar kain. Pastikan bahagian berlogam di
hujung zip berada di paras bawah bukaan belahan kain. Mulakan jahitan dari kiri ke
kanan dan matikan jahitan di bahagian kepala zip kanan.

14
KAEDAH MENJAHIT ZIP

Langkah 1
Jahit temukan kedua-dua sisi dari bahagian yang bertanda (garisan zip) ke bawah
hingga selesai. Gosok buka kelim untuk memudahkan pemasangan zip.

Langkah 2
Gunakan tapak zip kiri, jahit bahagian kiri rapat sedikit dengan gigi zip. Jahit hingga
paras bawah logam pada zip dan terus melintang ke kanan.

Langkah 3
Jahit terus ke atas dengan kelebaran yang menutupi mata zip hingga ke paras hujung
zip.

15
KAEDAH MENYEDIAKAN SUSUN KAIN

1) Tentukan kedudukan kain sama ada susunan kiri atau kanan.


2) Lipatan susunan dibuat pada bahagian hadapan dan belakang.
3) Pastikan lipatan mempunyai 4 susun dengan bahagian bawah cukup sekata.

4) Gunakan pin untuk menetapkan susun kain semasa menjahit.


5) Jahit temukan semua lapisan susun kain pada bahagian berzip.

KAEDAH MENJAHIT PINGGANG SEPARUH PENGERAS DAN SEPARUH


GETAH.

1. Tandakan lebar kain pada 4 bahagian


2. Jahit cantumkan bahagian kasing pinggang yang berbalut dengan bahagian kain
belahan zip kain belakang.
3. Jahit bahagian pengeras tengah belakang.
4. Jahit bahagian getah
5. Jahit kasing tepi bahagian depan belahan atas zip
6. Jahit pengeras bahagian hadapan.

16
KAEDAH MENJAHIT BEN PINGGANG

Langkah 1
Sambungkan semua bahagian yang telah disusun.

Langkah 2
Jahit kain untuk ben pinggang di kain. Tandakan tengah pengeras dengan tanda
tengah hadapan mestilah sama.

Langkah 3
Jahit lipatan kain pada pinggang pengeras hingga ke bahagian akhir pengeras.
Jahit melintang dan undur ke bawah semula dengan membentuk segi empat.

Langkah 4
Jahit lipatan pinggang pada bahagian ben yang telah dibalut di hujung zip. Jahit
sehingga kepala zip dan matikan jahitan.

Langkah 5
Lipat kain ke dalam dan jahit sepanjang garisan pinggang hingga ke bahagian yang
bertanda tengah belakang.

Langkah 6
Tarik getah sehingga tegang sewaktu menjahit. Jahit di tengah getah sehingga ke
bahagian sambungan pengeras berbalut kain.

Langkah 7
Pasangkan cangkuk dan palang pada bahagian ben pinggang.

17
GAMBAR BAJU YANG SUDAH SIAP

Gambar 1: Bahagian Hadapan

18
Gambar 2: Bahagian Belakang

19

Anda mungkin juga menyukai