Anda di halaman 1dari 11

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT MENGIKUT URUTAN.

SEBELUM MENJAHIT

1. Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri:


Kolar kemeja
Kaf
Lengan padanan rata
Belah hadapan/belakang

2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian


membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan


tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah
dipotong dengan jahitan tepi.

Menyusun atur pola pakaian:


I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian
dalam dan juga luar fabrik.
II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira
serta ratakan fabrik.
III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.
IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan
juga kelepet sama lebar.

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.


II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada


Fabrik

a. Menggunting fabrik
Gambar
i. Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan
menggunakan kuak yang panjang.
ii. Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.
iii. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan
kerja dengan gunting menyentuh permukaan.
iv. Gunting tanda pemadan menghala ke luar.
v. Gunting kesemua pola dalam satu masa
vi. Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

b. Memindah tanda pola pada fabrik


Gambar
i. Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.
ii. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :
- Garis pemadan / basi kelim
- Lisu pemadan
- Garis kelepet
- Lubang butang

c. Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan :


Gambar
- Kertas karbon dan roda surih
- Kapur tukang jahit
- Jelujur kasar
- Jarum peniti

SEMASA MENJAHIT
1. Menjahit lisu cekung badan hadapan
Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan
sebelah luar.
Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi lisu bermula dari hujung tirus.
Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin

2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan

Lipat dan tekan lisu dengan kemas dan cermat.

Sematkan, dan jelujur pada lisu yang telah ditanda.

Jahit lisu dengan jahitan mesin.

Kemudian, cantum tampalan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.

3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung

Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang.

Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu.

Tekan dan buka kelim.


4. Menjahit kelim rusuk

Temu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan belakang.

Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk
badan belakang.

Semat, jelujur dan jahit mesin.

Tekan buka kelim

5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf kemeja

I. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:

- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan

- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan

- Trim basi jahitan hingga 0.6cm

- Snip penjuru kolar dan kaf.

- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan


seterika

- Jelujur pada tepi kolar dan kaf

- Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:

- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di


garisan pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis
tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf
bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan

- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit


mesin

- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

III. Mengemas kolar dan kaf :

- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian


bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin

- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah
luar

- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan

- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

I. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:

- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan


dengan jarak 0.3cm

- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar

- Tekan garisan dengan jahitan mesin

II. Mencantum lengan:

- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar


bertemu
- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim
rusuk dengan kelim lengan

- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan

- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang


akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk
mengukuhkan kelim

- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan


dengan kelepet

7. Menjahit butang dan lubang butang

I. Menjahit butang:

Jahit dua lapis pada kedudukan butang

Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain

Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4


kali

Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas

Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat

Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik

Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang

II. Menjahit lubang butang:

Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang


kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan
lubang

Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang


butang hingga ke hujung semula

SELEPAS MENJAHIT
1. Mencuci kemeja

Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih

Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar


fabrik tidak rosak.

Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

2. Menggosok dan mengemaskan kemeja

Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika


kemeja

Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja

Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik

Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

Anda mungkin juga menyukai