Anda di halaman 1dari 2

PENUTUP

Sikap sabar amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka
yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak
berputus asadalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar
untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan
mereka. Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang
telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun
kita mesti ada batasnya. Oleh itu, sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan
ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali bersemangat untuk mengajar
mereka.

Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa
yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika
metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif
daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan
kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan
mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru
bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika
ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting
bagi menjadi guru yang berkesan.

Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman


terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin
merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui
bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang
sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru juga harus
mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya tidak
terkial-kial menjawab soalan yang di kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan
masyarakat dan sekolah.

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru
mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan
mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan
kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat mencabar.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan meneliti pendekatan yang
bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke
dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah
berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana
sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru
perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid didalam kelas supaya mereka juga
boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling
besar bagi guru pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah
memastikan mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka.
Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di rumah dan
mempunyai kesinambungan yang berterusan.

Anda mungkin juga menyukai