Anda di halaman 1dari 20

i.

Pola Skala 1:4

1
2
ii. Pola Master

3
iii. Pola Akhir

4
iv. Lakaran Hadapan dan Belakang Kemeja

5
v. Lakaran Teknikal

Bahagian Hadapan Kemeja Bahagian Belakang Kemeja

6
vi. Langkah-langkah Menjahit
Sebelum Menjahit:

1.Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri:

 Berkolar kemeja
 Kocek tampal
 Belah berkancing/butang
 Berkancing/butang
 Belah tersembunyi
 Belah bermansit
 Berkaf
 Bahu mendatang/yoke
 Penyudah tepi

2. Mengambil ukuran badan.

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian


membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan.

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan tanda-
tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah dipotong
dengan jahitan tepi.

Menyusun atur pola pakaian:

i. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian dalam dan
juga luar fabrik.
ii. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira serta
ratakan fabrik.
iii. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.
iv. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan juga
kelepet sama lebar.

7
Menggunting Fabrik:

i. Gunting fabrik dengan cermat.


ii. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.

Semasa Menjahit:

1. Menjahit lisu cekung badan hadapan. Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan
sebelah luar bertemu dengan sebelah luar. Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi
lisu bermula dari hujung tirus. Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin,

2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan. Lipat dan tekan lisu dengan
kemas dan cermat. Sematkan, dan jelujur pada lisu yang telah ditanda. Jahit lisu
dengan jahitan mesin. Kemudian, cantum tampalan lisu beriring pada bahagian
hadapan badan.

3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung. Temukan sebelah


luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin
di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka kelim.

4. Menjahit kelim rusukTemu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan
belakang. Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk
badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin. Tekan buka kelim

5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf kemeja:

i. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:

- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan

- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan

- Trim basi jahitan hingga 0.6cm

- Snip penjuru kolar dan kaf.

- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan seterika

- Jelujur pada tepi kolar dan kaf - Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

8
ii. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:

- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan.
Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah hadapan dan garis tengah
belakang kolar serta kaf bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan.

- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin.

- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm.

iii. Mengemas kolar dan kaf:

- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian bawah 0.2cm di
bawah jahitan mesin.

- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah luar.

- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan.

- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata.

6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata:

i. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:

- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan jarak 0.3cm.

- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar.

- Tekan garisan dengan jahitan mesin.

ii. Mencantum lengan:

- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar bertemu.

- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk dengan kelim
lengan.

- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan.

- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir di atas mata
jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan kelim.

- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan kelepet

9
7. Menjahit butang dan lubang butang:

i. Menjahit butang:

- Jahit dua lapis pada kedudukan butang.

- Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain.

- Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali

- Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas.

- Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat.

- Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik.

- Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang.

ii. Menjahit lubang butang:

- Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik
hingga bertemu dan snip di antara garisan lubang.
- Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang hingga ke
hujung semula

Selepas Menjahit:

1. Mencuci kemeja. Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih.
Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agarfabrik tidak
rosak. Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering.

2. Menggosok dan mengemaskan kemeja. Kemeja yang telah kering boleh


dikemaskan dengan menyeterika kemeja. Laraskan kepanasan haba seterika dengan
jenis fabrik kemeja. Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik. Utamakan
pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas.

10
vii. Gambar bagi setiap langkah kerja dari proses awal sampai akhir penghasilan
sehelai kemeja

Menderaf Pola Master & Akhir

Menggunting Pola Akh

11
Menggunting Fabrik

12
Proses Tracing pada Fabrik yang Telah Siap Dipotong

13
Menjahit Komponen Stand dan Kolar

14
Mencantumkan Papan Bahu ke Bahagian Badan Belakang

15
Mencantum Lengan dan Menjahit Kaff di Hujung Lengan

16
Menjahit Poket Tampal pada Bahagian Hadapan Kemeja

17
Menjahit Butang dan Lubang Butang

18
Pandangan Hadapan dan Belakang Kemeja yang telah Siap dan Dicuci

19
viii. Lampiran

20

Anda mungkin juga menyukai