Anda di halaman 1dari 5

Langkah-langkah menyusun pola pada kain:

i. Tekan fabrik dengan seterika sebelum dibentangkan untuk


mendapatkanpermukaan yang licin dan rata.
ii. Kenal pasti sebelah luar, sebelah dalam, dan corak fabrik
iii. Fabrik perlu dibentangkan di atas permukaan yang rata dan luas.
iv. Susun atur kepingan pola yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
yangkecil.
v. Pastikan tanda ira pada pola selari dengan ira fabrik
vi. Pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik
vii. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.
viii. Pastikan semua hujung jarum peniti menghala ke tengah dan tidak terkeluar
darigarisan gunting.
ix. Sematkan jarum peniti pada jarak yang sesuai
Langkah-langkah menjahit kolar:
i. Sediakan potongan kolar
ii. Jahit jahitan kolar Panjang
iii. Jahit tepi-tepi pendek pada kolar
iv. Potong kerah dan putar
v. Tekan kolar
vi. Pasang kolar ke pendirian kolar
vii. Potong kelim jahitan pada pendirian kolar
Langkah-langkah mencantum kemeja:
i. Langkah 1: Menjahit bahu mendatang.
Cantumkan bahu mendatang pada badan belakang dengan kelim lipat tindih.
Bahagian lipatan atas lisu setentang dijahit sekali semasa menjahit bahu
mendatang.
ii. Langkah 2: Menjahit kelim bahu
Cantumkan bahu mendatang pada badan hadapan dengan kelim belah
kangkong
Gunting basi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan mesin
pengemas tepi
iii. Langkah 3: menyediakan dan mencantumkan kolar lurus
Sediakan kolar lurus. Lekatkan lapik tebal dalam berperekat pada sebelah
dalamlapisa atas fabric kolar.
Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar
Gunting basi kelim yang berlebihan dan snip bahagian yang
melengkung.Balikkannya ke sebelah luar.
Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin
iv. Langkah 4: menjahit kelim rasuk
Temukan sebelah luar badan hadapandengan sebelah luar badan belakang.
Cantumkan dengan kelim belah kangkung.
Tekan kelim terbuka.
v. Langkah 5: Menyediakan dan mencantum lengan.
Buatkan kedut lepas di kepala dan di hujung lengan.
Cantumkan kelim lengan dengan kelim belah kangkung. Jahitkan ben di
hujunglengan
Cantumkan lengan ke lubang lengan dengan jahit mesin
Gunting basi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan pengemas tepi
vi. Langkah 6: menjahit kelepet
Lipat kelepet di dalam garisan lipatan
Lekatkan pada pakaian dengan jahitan silang pangkah
vii. Langkah 7: menjahit kancing
Letakkan butang pada kedudukanya.
Buatkan tangkai/kaki pada bahagian bawahbutang berlubang empat
Sudahkan dengan jahit ulat-ulat pada sebelah dalam pakaian
viii. Langkah 8: tekanan akhir
Seterika keseluruhan pakaian untuk mereta serta melicinkannya.
Penyediaan Kolar:

i. Sediakan potongan kolar


ii. Jahit jahitan kolar Panjang
iii. Jahit tepi-tepi pendek pada kolar
iv. Potong kerah dan putar
v. Tekan kolar
vi. Pasang kolar ke pendirian kolar
viii. Potong kelim jahitan pada pendirian kolar

Penyediaan Badan Pakaian:

Langkah 1 : Menyediakan badan pakaian

Cantum kelim bahu dan kemaskan.lekatkan lapik dalam ke bahagian kelepetsama lebar
Kemas tepi kelepet.

Langkah 2 : Menyediakan belah kelepet sama lebar. Lipat kelepet pada garis lipatan ke
sebelah luar. Jelujur dan jahit mesin pada garis leher darigaris lipatan ke garis tengah
hadapan. Trim basi leher. Snip sudut basi leher hingga G.T.H.

Langkah 3 : Memadan garis bahu dengan kelepet. Terbalikkan kelepet ke sebelah dalam
pakaian. Padankan garis leher lapik ke garis leher badan hadapan. Padankan hujung
kelepet dengan kelim bahu.

Langkah 4 : Mencantumkan kolar ke badan. Lekatkan kolar atas pada sebelah


dalampakaian di garis pemadan. Tentukan hujungkolar terletak di garis tengah
hadapan(G.T.H) dan garis tengah belakang (G.T.B)kolar bertemu dengan garis tengah
belakang badan. Jelujur kolar atas pakaian sepanjang garisleher. Jahit dengan jahit mesin.
Trim basi jahitan hingga 0.2cm. Snip basi jahitan.

Langkah 5 : Mengemas kolar. Masukkan basi kelim ke dalam kolar.Letakkan bahagian


bawah 0.2cm dibawah jahitan mesin. Semat dan jelujur kolar bawah ke garis leher ke
sebelah luar. Jahit mesin dari sebelah dalam pada garis pemadan. Tekan supaya kolar
kemas dan rata.

Proses Penyediaan Lengan:

Langkah 1: menyediakan lengan. Jahit dua barisan jahitan longgar diatas garis pemadan di
kepala lengan. Garis yang pertama dijahit 0.3cm diatas garis pemadan dan yang kedua
dijahit 0.3 cm dibawah garis pemadan
Langkah 2 : menjahit kelim lengan. Temukan garis pemadan lengan disebelah luar fabrik.
Jahit kelim dan tekan kelim lengan supaya terbuka.
Langkah 3: mengemaskan hujung lengan. Kemaskan hujung lengan dengan kelepet,kun,
lapik
Langkah 4 : Menyediakan lubang lengan. Sediakan badan pakaian. Cantum kelim dibahu
dan kemaskan. Tekan buka kelim. Cantum kelim rusuk dan kemaskan. Telan buka kelim

Langkah 5 : Mencantumkan lengan. Masukkan lengan ke dalam sumber lengan dengan


sebelah luar fabrik bertemu. Temukan garis (GLI)tengah lengan dengan kelim bahu.
Temukan juga kelim lengan dengan kelim rusuk. Tentukan tanda imbang hadapan lengan
bertemu dengan tanda imbang hadapan baju dan tanda belakang baju bertemu dengan
tanda imbang belakang baju. Sematkan dan jejulur garis pemadanbahagian tengah lengan

Langkah 6 : Menjahit lengan. Jahit mesin di garis pemadan lubang lengan untuk
memudahkan mengawal keserataan kedut supaya lengan dapat dijahit dengan elok.
Tindihkan mata jahitan yang berakhir diatas jahitan yang awal 3cm hingga 4 cm agar kelim
lebih kukuh

Langkah -7 mengemas kelim lubang lengan. Kelim lubang lengan boleh dikemaskan
dengan:

i. Jahitan mesin
ii. Jahitan mesin sendiri
iii. Balutan sendiri
iv. Jahit lilit ubi
v. Jahit insang pari
vi. Jahit kemas tepi

Anda mungkin juga menyukai