Anda di halaman 1dari 12

KELIM

Kelim digunakan untuk menyambung dua potongan kain atau lebih. Ia juga
boleh digunakan untuk memberi bentuk kepada pakaian dan boleh menjadi kelim
biasa yang disambung disebelah dalam atau sebagai hiasan

FUNGSI

1. Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik.


2. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik
3. Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan
4. Untuk perhiasan.

FAKTOR PEMILIHAN

1. JENIS FABRIK
Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik
yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi.

2. JENIS PAKAIAN
Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.
Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai
untuk jean tetapi tidak seduai untuk gaun fabrik kapas.

3. GAYA DAN KEDUDUKAN KELIM


Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim
Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan
sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.
JENIS-JENIS KELIM

KELIM BELAH
KANGKUNG

KELIM

BETAWI

KELIM PAPAN
MESIN.

KELIM PAPAN
TANGAN

KELIM LIPAT
TINDIH
CARA MENJAHIT

KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim yang paling mudah sekali dijahit ialah kelim terus. Kelim ini rata
keadaannya dan tidak tebal. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika, ia
tidak boleh nampak di sebelah luar. Kelim ini dijahit pada sebelah dalam dan sesuai
untuk fabrik-fabrik tebal.

Kelim terus ini digunakan pada gaun, blaus, skirt dan seluar yang dibuat pada
fabrik yang berat dan sederhana beratnya. Ia digunakan untuk menyambung bahu,
rusuk, lengan, skirt dan sambungan fabrik serong. Kelim ini berjerumbai jika tepinya
tidak dikemaskan.

Langkah 1
I. Temukan fabrik dengan sebelah luar
berhadapan
II. Semat dengan peniti dan jelujur
III. Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan
pemadan.

Langkah 2
I. Cabut benang jelujur
II. Susup benang jahit mesin yang lebih
III. Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari).
IV. Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam
dan luar kelim.
Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan buka


Jahit mesin
Susup benang jahit
mesin
Buka kelim dan tekan dengan seterika supaya nampak kemas dan rata.

PROSES MENGEMAS KELIM BELAH KANGKUNG

JAHIT INSANG PARI

JAHIT MESIN

MENGGUNTING
TEPINYA DENGAN
BENTUK PUCUK
REBUNG

MENGGUNAKAN PITA
SERUNG/KUN
KELIM BETAWI

Kelim betawi digunakan pada fabrik-fabrik nipis dan mudah berjerumbai. Ia


selalu digunakan pada pakaian kanak-kanak, blaus dan pakaian dalam. Kebaikan
kelim betawi ini ialah ia halus dan tegak. Kelim ini kukuh dan tegak kerana
mempunyai dua barisan jahitan. Ia tahan lama dan kemas kerana tepinya yang
berjerumbai tidak kelihatan.

Kelim ini mudah diseterika dan didobikan. Keburukan kelim betawi ini ialah ia
tebal terutamanya jika digunakan pada fabrik yang tebal dan berat. Ia mengambil
masa yang lebik lama untuk dikeringkan kerana ia tebal. Kelim ini juga tidak boleh
diubahkan. Apabila siap kelim ini tidak lebih dari 6 mm lebar.

PROSES MENJAHIT KELIM BETAWI

Langkah 1
I. Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis
pemadannya supaya sepadan.
II. Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan.
III. Cabut penit
Garis pemadan

Langkah 2
I. Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan
II. Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm
III. Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan.
IV. Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.

Jahit mesin Gunting basi kelim


Langkah 3
I. Terbalikkan kelim ke SD.
II. Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur.
III. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan

Jahit mesin
Garisan
pemadan

S.D Fabrik

Langkah 4
I. Susup benang jahitan mesin
II. Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian.

Susup benang jahitan mesin

Tekan kelim ke bahagan belakang


Bahagian belakang S.L

Bahagian hadapan
Benang jahit
mesin
KELIM PAPAN MESIN

Kelim papan mesin mempunyai dua baris jahitan mesin yang kelihatan dari
sebelah luar pakaian, jika dijahit dari sebelah luar fabrik. Ia boleh juga dibuat dari
sebelah dalam pakaian. Kelim ini kukuh, kemas dan rata dan senang hendak
diseterika. Kelim ini digunakan untuk semua fabrik kecuali fabrik yang tebal.

Kelim ini sesuai untuk membuat pakaian-pakaian yang tahan lasak dan selalu
dibasuh misalnya pakaian kerja dan pakaian dalam. Ia selalu digunakan untuk
membuat kemeja, blaus, pyjama dan jeans yang dibuat daripada fabrik yang
sederhana tebal. Ia juga dijahit di lubang lengan dan di rusuk baju kemeja, blaus dan
seluar. Ia juga boleh menghias pakaian jika dijahit dengan benang yang berlainan
warna dengan fabrik.

Kebaikan kelim papan mesin ini ialah ia kukuh kerana ada dua baris jahitan
mesin dan tepi yang berjerumbai tersembunyi dalam kelepet. Ia rata dan kemas, dan
yang demikian ia mudah didobi. Ia rata dan sesuai untuk pakaian dalam.
Kelemahannya ialah ia tebal walaupun tidak setebal kelim betawi. Ia mengambil
masa yang lama untuk membuatnya.

PROSES MENJAHIT KELIM PAPAN MESIN

Langkah 1
I. Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur
II. Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan.
III. Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.

Peniti

Jelujur
Langkah 2
I. Buka dan tekan kelim supaya rata.
II. Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm – 6 mm.
III. Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm– 2
mm/1.2 cm

Gunting

Bahagian belakang
Bahagian hadapan

Langkah 3
I. Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian
belakang.
II. Semat dan jelujur jika perlu.
III. Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang
pertama

Benang jahit
mesin
KELIM PAPAN TANGAN

Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan dan kelim
papan mesin. Ia dijahit tangan dua kali, iaitu disambung dengan jelujur halus dan
kemudian disembat. Jikalau ia disudahkan di sebelah luar, terdapat satu baris jelujur
halus dan satu baris jahit sembat di sebelah dalam, hanya terdapat jahitan sembat di
sebelah luar sahaja.

Kelim ini digunakan hanya untuk pakaian dalam dan pakaian tidur jika tidak ada
mesin jahit. Kelim ini kukuh sebab ada dua baris jahitan. Ia merupakan kelim yang
kemas kerana tepi-tepinya yang berjerumbai disembunyikan di dalam kelepet. Ia
adalah kelim yang rata. Kelemahannya ialah masa menjahitnya terlalu lama.

PROSES MENJAHIT KELIM PAPAN TANGAN

Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan

I. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan
jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar.
II. Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ¼”) dan
bahagian hadapan sehingga 1.2cm.
III. Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang.
IV. Tekan kelim ke arah belakang baju
V. Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian.
VI. Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat
KELIM LIPAT TINDIH

Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk
menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan
pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu
menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik.
Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian
atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben
dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus
dan baju ibu mengandung.

PROSES MENJAHIT KELIM LIPAT TINDIH

Langkah 1
Sediakan bahagian atas pakaian.
I. Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada
bahagian atas pakaian atau bahu mendatang.
II. Jahit jelujur di garisan pemadan.

Bahu Mendatang

GTH
Langkah 2
Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt
I. Tandakan garisan pemadan
II. Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.

Kedut
GP

Sebelah
luar
Garisan
Tengah

Langkah 3

Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian


I. Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah
II. Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah.
III. Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan
bahagian bawah pakaian
IV. Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu
mendatang Garisan
Tengah

Jelujur dan
Jahit mesin
Garisan
Tengah
Bahagian
Bawah
Langkah 4

Mengemas Kelim lipat tindih


I. Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan insang
pari.

Insang pari

Bahu
mendatang

Anda mungkin juga menyukai