Anda di halaman 1dari 3

JAHITAN

JENIS-JENIS PROSES JAHITAN DAN FUNGSINYA



1.0 JENIS-JENIS PROSES JAHITAN

1.1 DEFINISI PROSES JAHITAN
Merupakan turutan langkah kerja menjahit yang dilakukan untuk menghasilkan
pakaian atau artikel.

1.2 PROSES JAHITAN
Antaranya ialah kelim, penghilangan gelembung, belah,garis leher,penyudah
tepi,lengan dan kancing.

1.2.1 KELIM
Sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.
Jenis-jenis kelim ialah kelim belah kangkung, betawi, papan mesin, papan tangan
dan lipat tindih.

a) Kelim belah kangkung
Kelim belah kangkung adalah cantuman dua keping fabrik yang dijahit
dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua
jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian,
artikel, dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih
kurang 2.5 cm.

Ciri-ciri kelim belah kangkung:
a) Lebar kedua-dua basi kelim sama.
b) Kelim rata dan terbuka
c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
d) Tidak beralur di sebelah luar


Proses menyediakan kelim belah kangkung:
1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan.
2. Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan.
3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.
4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

Kaedah mengemaskan kelim belah kangkung dengan jahitan mesin:
1. Lipat tepi setiap basi kelim supaya lebarnya 1.2 cm.
2. Jahit mesin di tepi lipatan. Trim basi jahitan.
3. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

b) Kelim betawi
Kelim betawi mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik
nipis kerana kelim ini kukuh.

Ciri-ciri Kelim Betawi:
a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
b) Kelim ini tidak beralur di jahitan pertama.
c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
d) Kelim tidak bergulung.
e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Proses menyediakan kelim betawi:
1. Temukan sebelah dalam fabrik dan sematkan serta jelujur di garis
pemadan.
2. Jahit dengan jahitan mesin 4 mm dari garisan pemadan di bahagian basi
kelim.
3. Gunting basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama.
4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
5. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik dan semat. Jahit dengan jahitan
mesin di garisan pemadan.
6. Tekan dan seterika kelim supaya rata yang menghala ke bahagian
belakang pakaian.

c) Kelim papan mesin

d) Kelim papan tangan

e) Kelim Lipat tindih

1.2.2 PENGHILANG GELEMBUNG
Merupakan proses mengurangkan atau menghilangkan lebihan fabrik pada
pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

1.2.3 BELAH
Proses jahitan untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan. Belah
berfungsi sebagai pemudah gerakan,sebagai hiasan dan sebagainya.

1.2.4 GARIS LEHER
Sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan
menggunakankolar,kun,ropol,renda,lapik dan sulaman.

1.2.5 PENYUDAH TEPI
Merupakan proses yang digunakan untuk mengukuhkan,mengemas dan
menghias hujung pakaian atau tepi artikel.

1.2.6 LENGAN
A. Lengan yang dicantum
Jenis-jenis lengan ialah lengan padanan rata, lengan gelembung, lengan
bisyop, lengan kaki kambing,lengan raglan.
B. Lengan yang tidak dicantum
Jenis-jenis lengan yang tidak bercantum ialah lengan dolman, lengan kimono
dan lengan magyar.

1.2.6 KANCING
Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel, mengekalkan
bentuk asal pakaian dan sebagai hiasan.

Anda mungkin juga menyukai