Anda di halaman 1dari 3

UJIAN MAKANAN 1. Karbohidrat (a) Kanji (i) Masukkan 1cm3 larutan kanji ke dalam sebuah tabung uji.

(ii) Titiskan beberapa titik larutan iodine kepada larutan kanji itu. Perhatikan apa yang berlaku. (b) Gula Penurun (i) Masukkan 1cm3 larutan glukosa ke dalam satu tabung uji. (ii) Tuangkan lebih kurang 1cm3 larutan Benedict ke dalam tabung uji yang berisi larutan glukosa tadi. (iii) Dengan cermat didihkan larutan dalam tabung uji dengan memasukkannya ke dalam sebuah bikar berisi air panas. (iv) Biarkan larutan mendidih selama lebih kurang 1 minit. Perhatikan perubahan warna larutan. (v) Masukkan lebih kurang 1cm3 air suling ke dalam tabung uji yang berisi 1cm3 larutan Benedict. Kemudian panaskan tabung uji dalam kukus air tadi sehingga larutan mendidih. Gerak kerja ini adalah kawalan kepada uji kaji di atas. (vi) Bandingkan kedua-dua tabung uji. (vii) Anda diberi beberapa larutan berikut: fruktosa, laktosa, maltosa, sukrosa, dan kanji. (viii) Lakukan ujian (i)-(iv) ke atas kesemua larutan tersebut. Catatkan pemerhatian anda ke dalam sebuah jadual yang sesuai. (c) Gula Bukan penurun (i) Masukkan1cm3 larutan sukrosa ke dalam sebuah tabung uji. (ii) Titiskan 3 titik asid hidroklorik (HCl) cair kepada larutan sukrosa tersebut. Panaskan perlahan-lahan selama 3 minit. (iii) Sejukkan tabung uji di bawah paip air yang mengalirkan air. (iv) Neutralkan asid dengan mencampurkan natrium bokarbonat (NaHCO3) sedikit demi sedikit sehingga peruapan berhenti. (v) Sekarang jalankan ujian gula penurun ke atas larutan tadi dengan mencampurkan 2cm3 larutan Benedict.

2. Lemak (a) Ujian emulsi (i) Titiskan setitik minyak kelapa ke dalam sebuah tabung uji yang berisi 2cm3 etanol. (ii) Goncang supaya minyak kelapa larut dalam etanol. (iii) Isi sebuah lagi tabung uji hamper penuh dengan air. (iv) Tuangkan etanol yang mengandungi minyak kelapa yang telah larut tadi setitik demi setitik ke dalam tabung uji kedua.

(v) (vi) (vii)

Perhatikan apa yang berlaku. Sekarang tuangkan etanol tulen setitik demi setitik ke dalam sebuah tabung uji yang berisi penuh dengan air. Perhatikan perbezaan di antara tabung uji ini dengan tabung uji mula-mula tadi. Langkah (vi) adalah radas kawalan kepada uji kaji di atas.

(b) Ujian tanda berminyak di atas kertas (i) Titiskan setitik minyak kelapa ke atas sekeping kertas. (ii) Tayangkan kertas dalam cahaya yang masuk melalui tingkap. (iii) Perhatikan tanda berminyak lutcahaya di atas kertas itu. 3. Protein (a) Tindakan haba ke atas protein (i) Masukkan sedikit larutan protein ke dalam sebuah tabung uji. (ii) Perlahan-lahan panaskan tabung uji itu dalam kukus air. (iii) Goyang-goyangkan larutan protein, perhatikan perubahan yang berlaku. (iv) Teruskan pemanasan untuk beberapa minit lagi. (v) Perhatikan perubahan yang berlaku kepada larutan protein tadi. (b) Kesan asid ke atas protein (i) Masukkan sedikt larutan protein ke dalam tabung uji. (ii) Titiskan setitik asid hidroklorik cair atau cuka makan kepada larutan protein tersebut. (iii) Perhatikan apa yang berlaku kepada putih telur yang terkena asid. (c) Ujian Biuret (i) Masukkan 2cm3 larutan protein ke dalam sebuah tabung uji. (ii) Tambah sama banyak larutan natrium hidroksida 10%. Goncang tabung uji supaya bahan-bahan di dalamnya bergaul. (iii) Campurkan juga setitik larutan kuprum sulfat 1%. Lihat perubahan warna yang berlaku. (iv) Buat ujian kawalan dengan menggunakan larutan kanji. (v) Bandingkan kedua-dua pemerhatian. 4. Vitamin (i) Dengan menggunakan picagari atau pipet, masukkan 1cm3 larutan DCPIP ke dalam tabung uji. (Jangan goncang larutan dalam tabung uji kerana ini akan menambahkan oksigen dalam larutan itu) (ii) Isikan larutan asid askorbik 0.1% ke dalam sebuah picagari yang lain yang mepunyai jarum yang panjang. (iii) Titiskan larutan asid askorbik setitik demi setitik ke pada larutan DCPIP. Kacau campuran perlahan-perlahan.

(iv) (v) (vi) (vii) (viii)

Jangan campurkan lagi asid askorbik sebaik sahaja pencelup biru DCPIP berubah warna. Catatkan isipadu asid askorbik yang telah digunakan (Xcm3). Ulang langkah (i)-(iv) tetapi kali ini gunakan air limau gadang. Catatkan isipadu air limau gadang yang telah digunakan (Ycm3). Kirakan peratus asid askorbik dalam setiap 1cm3 air limau gadang:

= XY x o.1

Anda mungkin juga menyukai