Anda di halaman 1dari 3

4.

0 Masalah bukan rutin 2 Ali, Burhan, Chandran dan Donald menanam pokok pada program Penghijauan Bumi yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Mereka menanam pokok tersebut dalam satu baris. Pokok yang Ali adalah yang pertama manakala pokok yang ditanam oleh Donald adalah yang terakhir. Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan ialah separuh jarak pokok yang ditanam oleh Ali dan Chandaran. Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Chandran ialah 20 meter. Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Donald dan Burhan ialah 16 meter. Berapakah jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald.

4.1 Strategi 1: Melukis gambarajah Langkah 1 : Memahami masalah. Semua pokok ditanam dalam satu barisan. Cari jarak di antara pokok pertama dan terakhir.

Ali

Donald

?m

Langkah 2 : Merancang penyelesaian Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Chandran serta jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald. Kemudian cari jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan.

Langkah 3 : Melaksanakan penyelesaian Membina satu gambarajah seperti berikut :


20m Ali Burhan Chandaran 16m Donald

10m 26m

Langkah 4 : Menyemak semula Menyemak jawapan untuk memastikan bahawa jawapan adalah betul. (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald.) = (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan.) + (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald.) Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald = 10m + 16m Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan = 26m

4.1 Strategi 1: Bekerja Secara Songsang Langkah 1 : Memahami masalah. Semua pokok ditanam dalam satu barisan. Cari jarak di antara pokok pertama dan terakhir.

Langkah 2 : Merancang penyelesaian Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Chandran serta jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald. Kemudian cari jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan.

Langkah 3 : Melaksanakan penyelesaian Masalah boleh diselesaikan dengan bermula daripada jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald serta bekerja secara songsang untuk mendapatkan jawapannya. Oleh itu, dapatkan jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan iaitu separuh jarak pokok yang ditanam oleh Ali dan Chandaran. Kemudian jarak itu perlu ditambahkan dengan jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald.

Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald. Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan. Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald.

= 16m

= 20m 2 = 10m

= 10m + 16m = 26 m

Langkah 4 : Menyemak semula Menyemak jawapan untuk memastikan bahawa jawapan adalah betul. (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald.) = (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Burhan.) + (Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Burhan dan Donald.) Jarak di antara pokok yang ditanam oleh Ali dan Donald = 10m + 16m = 26m

Anda mungkin juga menyukai