Anda di halaman 1dari 4

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara


menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran,
kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan
serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.
Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan
secara integrasi dan menyeluruh.
(Pukal Latihan KBSM, 1990)

Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR:


o Komunikasi (Bahasa, Matematik)
o Manusia dan Alam Sekeliling (Pend Agama Islam, Peng Moral, Sains dan
Kemasyarakatan)
o Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)
Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohani
diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.
Objektif KBSM
o Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran
berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan
pemikiran dan penaakulan.
o Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya
mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang
berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota
masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab.

o Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan


bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak.
o KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum
dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.
KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam.
o Menitikberatkan aktiviti kokurikulum.
o Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan
berpusatkan murid.

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)


Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang
utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut
acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut.
Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu :

Teori Disiplin Mental


Teori Kurikulum Saintifik
Teori Fungsi
Teori Konflik

Teori Disiplin Mental


Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh
dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas
tentang pembelajaran dan kurikulum :

Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru, dendaan patut dikenakan sekiranya


matlamat pembelajaran hendak dicapai.

Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan


demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi
peringkat.

Teori Kurikulum Saintifik


Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20 dan
tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak bersandar
pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang
menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan.
Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran
dalam bentukperlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid
beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau.

Teori fungsi
Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan
pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan
sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini
pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping
bertindak sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak
menyisihkan anggota masyarakat menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas
dipilih untuk profesion bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk
profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal.

Teori Konflik
Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas dasar
merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan status

quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada lapisan
bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas masyarakat.

Perancangan Kurikulum KHSR

Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum


Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti
Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah

Matlamat KHSR
Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis berasaskan
teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan
kerja buat sendiri.

Objektif KHSR

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam menyelenggara dan


membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang keusahawanan


dan pengurusan diri; dan

Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang urusniaga serta


mereka bentuk alat-alatan yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai