Anda di halaman 1dari 3

4.

0 PELAN TINDAKAN UNTUK MENGURUS GANGGUAN EMOSI

Jadual kerja
Guru perlulah membuat jadual kerja sebelum membuat sesuatu kerja. Hal ini dapat
membantu dalam melaksanakan semua kerja secara teratur mengikut keutamaan
dan dalam masa yang ditetapkan. Apabila guru membuat jadual kerja, beliau tidak
perlu untuk terburu- buru dalam melaksanakan sesuatu kerja pada masa terakhir.

Yoga

Yoga merupakan sejenis senaman yang membantu dalam mengurus emosi dengan
lebih mudah. Selain mengurus emosi guru juga dapat menjaga kesihatan dari segi
fizikal dan juga mental apabila melakukan Yoga. Seseorang guru boleh
melaksanakan Yoga walaupun berliau berada di sekolah. Seseorang guru tidak
semestinya menghadiri kelas Yoga untuk mempelajarinya, tetapi video dan juga
maklumat tentang cara melakukan Yoga telah sedia ada dalam laman sesawang.

Muzik

Muzik membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal serta
membantu dalam proses pemulihan dan juga pemeliharaan. Apabila guru
mengalami gangguan emosi ia boleh mendengar muzik kesukaannya. Apabila
mendengar muzik kesukaan kita, ini dapat mewujudkan keseronokkan dan juga
dapat melupakan perkara yang membingung hati kita. Selain itu, mendengar muzik
dapat mengurangkan tekanan darah, melegakan badan serta mententeramkan
minda. Biasanya adalah lebih baik untuk mendengar muzik yang ringan.

Keutamaan terhadap kerja

Guru perlulah membuat kerja mengikut keutamaan. Kerja yang perlu dihantar
dengan segera perlulah diselesaikan secara awal. Biasanya kerja yang mudah
dihabiskan perlulah diselesaikan secara awal, hal ini kerana sekiranya guru
membuat kerja yang sukar, ia akan mengambil masa yang lama untuk berfikir dan
juga lambat untuk menyiapkannya.
Kaunseling

Guru yang menghadapi gangguan emosi boleh berjumpa dengan pakar kaunseling
untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Kaunseling dapat membantu guru untuk
mengenali dirinya sendiri dan masalah yang dihadapi secara mendalam. Pakar
kaunseling juga akan membantu seseorang guru untuk meningkatkan keyakinan diri.
Dengan ini, guru itu sendiri akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang
dihadapi olehnya.

Sukan

Melibatkan diri dalam aktiviti sukan merupakan antara cara yang paling terbaik untuk
mengatasi masalah gangguan emosi. Aktiviti sukan mencabar dapat membantu
dalam melupakan gangguan emosi yang dihadapi oleh guru tersebut. Contohnya,
bola sepak, badminton, bola keranjang dan sebagainya. Berenang juga dapat
melegakan minda seseorang individu. Aktiviti sukan bukan saja membantu
mengurus emosi manakala dapat menyihatkan kesihatan fizikal.

Fokus pada kehidupan rohaniah

Fokus pada kehidupan rohaniah dapat membantu seseorang guru untuk mengatasi
gangguan emosi. Dengan terlibat dalam aktiviti rohaniah kita dapat mengawal
pemikiran kita dan menyedari diantara perbuatan yang positif dan negatif. Hal ini
dapat mengelakkan daripada seseorang melakukan perkara yang negatif. Selain itu,
aktiviti rohani dapat memberi ketenteraman minda dan dapat melahirkan insan yang
bermoral dan juga mulia.

Meluangkan masa bersama keluarga


Bagi mengelakkan daripada gangguan emosi, seseorang guru boleh meluangkan
masanya bersama ahli keluarga. Apabila melakukan aktiviti- aktiviti secara
bersama- sama seperti memasak, bergotong- royong, lawatan, makan besar dan
sebagainya hati akan menjadi gembira dan akan menenangkan fikiran. Apabila
berada bersama- sama ahli seseorang guru dapat berkongsi masalah yang
dihadapi dan boleh mencari jalan penyelesaian.
Nasihat doktor

Seseorang guru yang menghadapi gangguan emosi boleh mendapatkan nasihat


daripada doktor. Guru boleh mendapatkan ubat- ubatan yang boleh dimakan untuk
mengawal gangguan emosi dan juga mengelakkan daripada gangguan emosi
menjejaskan kesihatan badan seperti sakit kepala, muntah, tidak selera untuk makan
dan sebagainya.

Tidur

Tidur merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh individu yang mengalami
gangguan emosi. Seseorang manusia mestilah tidur sekurang- kurangnya 6
hingga 8 jam. Hal ini kerana, tidur yang kurang daripada 6 jam boleh membawa
maut. Tidur yang secukupnya dapat menenangkan minda dan dapat melegakan
badan. Kekurangan tidur boleh membawa kepada penyakit- penyakit lain seperti
sakit kepala, kerosakan mata, tekanan darah dan lain- lain lagi.

Hindari minuman keras

Kebanyakkan lelaki akan minum minuman keras sekiranya menghadapi gangguan


emosi. Bagi mereka jika minum minuman keras mereka dapat melupakan perkara
yang membingung hati mereka, tetapi perbuatan itu hanya akan membawa kesan
negatif kepada diri mereka dan tidak akan memberi apa- apa penyelesaian. Justeru,
seseorang guru yang menghadapi gangguan mestilah menghindari diri daripada
minuman keras, kerana perbuatan sebegitu dapat menjejaskan nama baik profesion
dan mengikut kod etika perguruan perbuatan sebegitu adalah dilarang.

Menonton filem lucu

Seseorang guru boleh melakukan perkara yang boleh membawa kegembiraan


kepada dirinya sekiranya beliau mengalami gangguan emosi. Menonton filem lucu
merupakan antara cara yang paling baik untuk mengatasi masalah tersebut.
Apabila menonton filem lucu, seseorang akan ketawa dengan kuat dan ini dapat
mewujudkan perasaan gembira dan dapat melepaskan emosi yang menggangu
fikiran secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai