Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH- LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Dalam pemasangan litar pendawaian domestik satu fasa boleh dibuat beberapa langkah
penambahbaikan. Cara berfungsi pendawaian domestik satu fasa ialah apabila menekan satu
suis pertama, lampu akan bernyala dan lampu tersebut boleh ditutup dengan menekan suis
yang kedua.

Selepas membuat proses pemasangan litar tersebut boleh diuji dengan

menggunakan meter pelbagai (multimeter). Litar tersebut sama ada berfungsi atau tidak dapat
dipastikan apabila meter pelbagai berbunyi selepas diuji dengan wayar- wayar tertentu. Bagi
meningkatkan kualiti litar pendawaian domestik satu fasa ini, kita boleh membuat beberapa
penambahbaikan tanpa mengubah suai komponen- komponen yang sedia ada.
Litar pendawaian domestik satu fasa yang telah dipasang mempunyai satu lampu sahaja,
tetapi sebagai langkah penambahbaikan satu lagi lampu boleh dipasang. Cara pemasangannya
adalah Wayar Neutral dan Earth yang keluar daripada lampu pertama perlulah dipasang pada
lampu kedua yang dipasang dalam litar tersebut. Seterusnya, wayar Live dari sama ada suis
pertama atau kedua perlulah disambungkan pada lampu kedua yang baru dipasang. Dengan
ini, kedua- dua lampu tersebut boleh dinyalakan. Apabila menekan suis pertama, lampu yang
baru dipasang akan menyala, manakala apabila menekan suis yang kedua lampu yang telah
dipasang dan sedia ada akan menyala. Dengan membuat penambahbaikan ini, dua lampu
boleh dinyalakan dalam satu litar pendawaian pada satu masa.
Selain itu, litar ini akan menjadi lebih menarik jika memasang loceng sebagai tambahan.
Bagi pemasangan ini kita memerlukan suis loceng dengan loceng. Dalam loceng tersebut ada
dua jenis pemasangan iaitu IN dan OUT. Wayar dari suis soket yang utama (Main Current
Breaker) perlulah dipasang pada bahagian IN manakala bagi bahagian OUT pula dua wayar
warnah merah iaitu LIVE perlulah disambung pada suis loceng. Suis loceng ada dua bahagian
didalamnya. Wayar yang perlu disambung dari bahagian OUT boleh dipasang di mana- mana
bahagian di suis loceng dan tidak mengikut urutan. Cara suis tersebut berfungsi adalah, apabila
soket utama ditekan (On), loceng tersebut perlulah ditekan dan jika ada bunyi, barulah boleh
dipastikan sama ada pemasangan tersebut betul atau salah. Dengan pemasangan loceng ini,
litar tersebut akan menjadi lebih menarik dengan bunyi loceng.

PENGETAHUAN BAHARU YANG DIPELAJARI


Tugasan ini merupakan suatu hasil yang telah saya dapat siap selepas melalui beberapa
perkara yang baharu. Tugasan yang telah laksanakan merupakan benda yang saya lihat dalam
kehidupan seharian saya. Setiap hari saya akan membuka lampu di rumah dan juga akan
menggunakan suis dengan suis soket. Namun, selepas membuat tugasan ini barulah saya
dapat tahu cara- cara memasang soket, suis, lampu dan lain- lain lagi. Melalui tugasan ini saya
telah mempelajari banyak perkara yang berfaedah dan yang memberi pengetahuan yang tinggi
kepada saya.
Perkara utama yang telah saya pelajari dalam tugasan ini adalah tentang jenis- jenis wayar.
Terdapat tiga jenis wayar dalam proses pemasangan suis, soket dan juga lampu. Antaranya
ialah, Earth, Live dan juga Neutral. Bagi wayar Earth pula hanya terdapat satu warna sahaja
iaitu Hijau, bagi wayar Live pula terdapat warna Merah, Biru dan juga Kuning manakala bagi
wayar Neutral pula terdapat warna Biru dan juga Hitam. Melalui tugasan ini, saya dapat
mengenali perbezaan warna wayar dan juga kegunaannya.
Seterusnya, saya juga telah mengenali tentang cara pemotong salutan wayar dengan
menggunakan Cutter. Bagi memotong salutan wayar terdapat alat khas yang telah dihasilkan.
Tetapi saya telah mengenali cara memotong salutan wayar dengan menggunakan Cutter. Bagi
melaksanakan proses ini, terdapat cara- cara tertentu yang perlu diikuti. Perkara ini telah diajar
oleh abang saya. Saya telah mencuba untuk memotong dengan menggunakan Cutter dan saya
dapati pemotongan salutan wayar dengan menggunakan Cutter adalah lebih mudah.
Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk memasang soket. Terdapat beberapa
perkara yang perlu diikuti semasa memasang soket. Melalui tugasan ini saya telah dapat
memasang soket dengan cara yang betul dan juga teratur. Saya juga telah mempelajari, cara
menggunakan meter pelbagai (multimeter), dengan sendiri. Sebelum ini, saya telah
menggunakannya dalam makmal. Tetapi kali ini, saya telah menggunakannya dengan sendiri.
Mete pelbagai ini adalah untuk menguji arusan dalam sesuatu litar. Justeru, selepas saya
menyiapkan litar ini, saya telah menggunakan meter pelbagai untuk menguji arusnya.
Akhir sekali, saya juga telah mempelajari tentang amalan yang perlu diikuti semasa
melaksanakan tugas- tugas yang berkaitan dengan elektrik. Apabila mengikuti amalan- amalan
tersebut kita dapat melaksankan sesuatu tugasan yang berkaitan dengan elektrik dengan
selamat.

Anda mungkin juga menyukai