Anda di halaman 1dari 42

1.

PENGENALAN

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)


1.1 KONSEP
Kemahiran Asas Untuk Berdikari bermatlamat melahirkan insan yang berdikari, kenal
faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri,
kreatif , inovatif , inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.
Kemahiran Urus Diri

Kemahiran Urus Diri memberi fokus kepada perkembangan sosial, hidup


berkeluarga,

penjagaan

diri,

perkembangan

peribadi

dan

pengurusan

rumahtangga.
Kemahiran Pra Vokasional

Membolehkan murid mengenalpasti bentuk kemahiran hidup, pravokasional dan


asas vokasional yang sesuai dengan tahap kefungsian atau keupayaan mereka.

Membincangkan program-program dan perkhidmatan yang berfokus terhadap


transisi dari dunia sekolah ke dalam komuniti dari penelitian yang dibuat
terhadap minat dan aptitud vokasional dan peluang kerjaya remaja dan dewasa
kurang upaya.

1.2 Kepentingan Kemahiran Asas Untuk Berdikari

kepada murid-murid

bermasalah pembelajaran. (Jahitan)

Berdikari dan menjalankan aktiviti seharian.

Menyediakan diri menghadapi situasi sebenar.

Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta


persekitaran.

Mengaplikasi pengetahuan di bilik darjah ke dalam kehidupan.

Menjana pendapatan menerusi program keusahawanan.

KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN dalam KAUB


Supaya dapat :

Mengetahui tahap murid


Membantu guru untuk persediaan pengajaran
Penyediaan intervensi
Membantu murid belajar secara berperingkat
Membantu ibu bapa ikuti perkembangan murid
Sebagai bukti penilaian
Merekod.

2.0

JENIS-JENIS ALATAN MENJAHIT


3

1. Gunting Kain

Untuk menggunting fabrik atau kain sahaja


2. Pita Ukur

Untuk mengambil ukuran badan dan fabrik


Untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

3. Kapur Tukang Jahit

Untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada


fabrik.
4. Jarum Peniti

Untuk menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum
menjahit jelujur.
5. Jarum Tangan
5

Untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik.


6. Penetas Benang

Untuk menanggalkan atau membuka mata jahitan, benang jelujur,


menentaskan jahitan mesin atau jahitan tangan dan membuat lubang
butang.
7. Pembaris Lurus

Untuk mengukur dan menanda bahagian yang hendak digunting atau


dijahit.
8. Seterika

Untuk melicinkan fabrik atau kain dan menekan mata jahitan.

9. Benang Jahitan

Untuk menjahit jahitan tangan dan jahitan mesin.


10. Fabrik atau Kain

Kain kapas atau fabrik kapas ialah bahan untuk menghasilkan sesuatu
pakaian.

JAHITAN ASAS
9

JAHITAN
SEMENTARA

a. Jahitan jelujur
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Jelujur halus
Jelujur kasar
Jelujur serong
Jelujur tidak
sama
Jelujur panjang
pendek

JAHITAN
KEKAL

a. Jahitan penyambung
- Jahitan kia
- Jahitan halus
- Jahitan mesin
b. Jahitan pengemas
- Sembat susup
- Sembat halus
- Jahitan insang pari
- Jahitan silang pangkah
- Jahitan lilit ubi
- Jahit lubang butang
c. Jahitan hiasan
- Jahitan sulaman (krostis)
- Jahitan quilting
- Jahitan tampal hias
- Jahitan rantai
- Jahitan batang
- Bunga padi
- Bulu ayam
- Suji bilang

JAHITAN SEMENTARA
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditinggalkan apabila
mata jahitan kekal dijahit. Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah
10

putus. Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak
meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang
kecuali jelujur tanda. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam
kain dari kanan ke kiri. Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau
antara yang halus.

JAHITAN PENYAMBUNG
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya
adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain. Benang yang digunakan
mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung
ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

JAHITAN HIASAN
Juga dikenali sebagai jahitan sulaman. Digunakan terutamanya untuk jahitan
biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan
rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk
memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif
yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan ini boleh dijadikan hiasan jika ianya
dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.

3.0

JENIS-JENIS JAHITAN ASAS

1. Jelujur Halus

(Jahitan Sementara)
11

Kegunaan jelujur halus


1. Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tidak ada mesin jahit.
2. Untuk menggantikan jahitan jelujur buat sementara.
3. Untuk membuat kedut dan mengetatkan kepala lengan.
4. Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang batang
5. Mengelakkan tepi kain daripada memeri
6. Mensekatakan kepala lengan
7. Sebagai jahitan sulaman
Analisis tugasan cara menjahit:
(a) Mula dan lahirkan dengan jahit kia.
(b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan
jaraknya 3 hingga 5 mm.
2. Jelujur Kasar
12

Kegunaan Jelujur Kasar


1. Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan kelim sebelum jahitan kekal.
2. Untuk menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang akan
teregang semasa memadankan pakaian.
3. Ia senang dicabutkan.
Analisis tugasan cara menjahit:
(a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama panjang iaitu 1 cm.
(c) Akhirkan dengan jahitan kia.
3. Jelujur Tidak Sama

13

Kegunaan jelujur tak sama


1. Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan sebagainya sebelum dijahit kekal.
2. Ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.
Analisis tugasan cara menjahit:
(a) Mulakan dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
(b) Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.
4. Jelujur Panjang Pendek

Kegunaan jelujur panjang pendek


1. Untuk menetapkan kelepet, kocek dan sebagainya sebelum jahitan kekal dibuat
2. Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian dan garis tengah hadapan dan
belakang.
3. la lebih teguh dan sesuai terutama untuk kain-kain yang tebal, lembut dan yang
mudah tergelincir.
4. la agak susah dicabut.
Analisis tugasan cara menjahit:
(a) Mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
(b) la terdiri daripada mata jahitan yang panjang 1 cm dan pendek cm dan
jaraknya cm.
(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.
14

5. Jelujur Tegak Serong

Analisis tugasan cara menjahit:


1. Mulakan jahitan dengan jahit kia dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah
2. Jarum dicucuk melintang dan mata jahitan di sebelah belakang adalah
melintang. Jahitan ini teguh dan susah untuk dicabut.
3. Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia hendaklah dijahit atas permukaan yang
rata tanpa mengangkat kain bagi mengelakkan gelembung.
6. Jahitan Kia

(Jahitan Penyambung)

15

Kegunaan jahit kia:


(a) Untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.
(b) Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.

Analisis tugasan cara menjahit:


1. Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia,
2. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan ( 3mm 5mm)
3. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke
jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
4. la kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada sebelah luar dan seperti
jahit batang di sebelah dalam.
7. Sembat Susup

(Jahitan Pengemas)

Lipatan Kelepek

Kelepet dilipat balik ke S.L.

16

Analisis tugasan cara menjahit:


(a) Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam (S.D.) kain.
(b) Mulakan dengan jahit kia di bawah Iipatan.
(c) Ambil sedikit kain serapat yang boleh dengan tepi berlipat.
(d) Tarik jarum keluar. Kemudiannya, susupkan jarum di dalam Iipatan dengan
jaraknya kira-kira cm.
Kegunaan jahitan sembat susup
1. Jahitan ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
2. la tidak sekukuh jahit sembat
3. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepek dan lapik.
8. Jahitan Sembat

Analisis tugasan cara menjahit:


1.
2.
3.
4.

Jahit dari kanan ke kiri di S.D. kain


Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia.
Buat mata jahitan dengan menyondongkan jarum pada sudut 30 darjah
Ia jahitan kecil, halus, sekata, kukuh yang kelihatan di sebelah luar

Kegunaan jahitan sembat

17

Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet pakaian, lapik, ikat pinggang dan lainlain.

9. Jahitan Insang Pari

Kegunaan jahitan insang pari:


-

Untuk mengemas tepi kain atau basi kain


Untuk ulat-ulat
Untuk menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cangkuk.
Sebagai jahitan perhiasan

18

Analisis tugasan cara menjahit:


( a ) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
( b ) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
( c ) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.
10. Silang Pangkah

Kegunaan jahitan silang pangkah:


- Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas
tepi kain.
Analisis tugasan cara menjahit:
a. Jahit dari kiri ke kanan
b. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik di bawah tepi
berjerumbai.
c. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat.
d. Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik dan di atas hujung
mata jahitan sembat yang pertama.
e. Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang dengan selapisan
dan dua lapisan fabrik.

19

11. Jahitan Lilit Ubi

Analisis tugasan cara menjahit:


1. Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan
kain.
2. Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan
menghala ke arah penjahit.
3. Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi. Bentuk jahitan
serong.
4. Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik ke kanan di atas 3 4 mata jahitan lilit ubi
yang membentuk silang. Jahitan ini kukuh dan erat.
12. Jahit Lubang Butang

Kegunaan jahit lubang butang:


1. Jahitannya kukuh dan kemas.
2. Menjahit lubang butang, butang katup, butang cangkuk, palang dan sebagai
jahitan sulaman.
Analisis tugasan cara menjahit:
1. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
2. Cucuk jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
20

3. Kemudian tarik kedua-dua lembar benang daripada mata jarum dan gelungkan
benang itu di bawah jarum sebelum jarum itu ditarik ke hadapan.
4. Lebar jahitan adalah selebar 4 urat benang kain yang digunakan dan jarak
antara jahitan ialah setebal benang menjahit. Tiap-tiap mata jahitan ditamatkan
dengan satu simpul.
5. Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus menegak ke sebelah
kanan mata jahitan lubang butang yang akhir berdekatan dengannya.
13. Jahitan Lilit Kemas

Kegunaan jahitan lilit kemas:


-

Mengemaskan guntingan tepi fabrik


Mencantumkan dua kepingan fabrik
Menjahit butang katup, cangkuk dan palang

Analisis tugasan cara menjahit:


1.
2.
3.
4.

Mulakan dengan 2 atau 3 mata jahitan jelujur halus.


Cara menjahitnya sama dengan jahit lilit ubi tetapi ia dari kiri ke kanan.
Jarum menyendeng sedikit ke kanan atau menegak menghala ke arah penjahit.
Jahitan ini halus dan mesti 0.3 cm daripada tepi kain serta jaraknya 0.3 cm di
antara jahitan. Akhirkan jahitan dengan menjahit balik ke kiri.

14. Suji Bilang

(Jahitan Hiasan)

21

Kegunaan jahitan suji bilang:


1. Jahitan ini biasa digunakan untuk sulaman cross-stitch.
2. Ia juga digunakan untuk menghiaskan artikel mudah.
3. Jahitan suji bilang biasa dijahit dengan benang sulaman untuk mendapatkan
hasil yang lebih menarik.
Analisis tugasan cara menjahit:
1. Mulakan jahitan dengan beberapa jelujur halus.
2. Jahitkan satu barisan jahitan condong dari kiri ke kanan. Teruskan jahitan
condong sehingga selesai. Pastikan jahitan condong adalah selari antara satu
sama lain.
3. Jahitkan jahitan condong dari kanan ke kiri untuk menghasilkan pangkah.
4. Matikan jahitan dengan menjahit beberapa jelujur halus.

Panduan Menjahit
Cara memulakan jahitan:
1. Jika menggunakan dua lapisan kain, susupkan jarum melalui dua lapisan kain.
Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula.
2. Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulah mulakan jahitan.
Tinggalkan sedikit benang di dalam kain.
3. Kalau menggunakan satu lapisan kain, mulakan dengan jahit kia kemudian
mulakan jahitan.
4. Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.

22

Cara menyambung dan mematikan jahitan:


1. Matikan benang lama dan masukkan benang baru dengan cara yang licin.
Kerjakan supaya benang baru meliputi benang lama.
2. Buat satu atau dua mata jahitan pada mata jahitan yang akhir, kemudian
susupkan jarum antara lapisan kain dan putuskan benang.
3. Satu cara yang lain ialah menyusupkan jarum melalui beberapa mata jahitan
akhir SD. Cara ini adalah cara mematikan jahitan yang lebih kukuh.

23

Glossari
S.L = Sebelah luar
S.D = Sebelah dalam
Kelim = Proses menyambung dua kepingan kain
Garisan Pemadan = Garisan untuk menjahit kain
Kelepet = Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.

24

4.0

JELUJUR HALUS

25

JELUJUR PANJANG PENDEK

26

JAHITAN LILIT UBI

27

JAHITAN KIA

28

JAHITAN SUJI BILANG

29

JAHITAN RANTAI

30

JAHITAN BATANG

31

JAHITAN SULAM

32

33

5.0

JENIS-JENIS JAHITAN
YANG
DIAPLIKASIKAN
JAHITAN
JAHITANASAS:
SULAMAN:

5.2

- - Jelujur
JahitanHalus
Suji Bilang
- - Jelujur
JahitanPanjang
Rantai Pendek
- - Jahitan
JahitanKia
Batang
- - Jahitan
JahitanLilit
sulam
Ubi cross-stitch

34

35

HASIL

PROJEK

36

REFLEKSI
37

Untuk semester ini, saya telah didedahkan dengan subjek Kemahiran Asas untuk
Berdikari Kemahiran Jahitan (PKB 3107). Kelas ini telah sedikit sebanyak membuka
ruang kepada saya untuk mengenali dan mendalami mata pelajaran bagi kanak-kanak
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sambil di bimbing oleh pensyarah yang
berpengalaman, Pn. Hjh. Norasikin binti Ismail. Di dalam kelas ini kami telah ditekankan
mengenai pengetahuan tentang bidang ini yang amat penting sebagai persediaan untuk
mengajar di masa hadapan.
Sekitar pertengahan semester ini, saya telah menerima satu tugasan projek
berkaitan merancang aktiviti berdasarkan topik Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas dan menghasilkan satu projek jahitan berdasarkan jenis-jenis jahitan.
Selain itu, saya dikehendaki mengumpul produk atau bahan yang menggunakan jahitan
asas dan jahitan hiasan beserta menyediakan folio contoh dan sampel jenis-jenis
jahitan asas dan jahitan hiasan menurut langkah-langkah yang lengkap. Sebelum
memulakan projek ini kami telah mendapat pendedahan awal dari pensyarah kami, Pn.
Norasikin supaya projek yang dihasilkan

adalah berkualiti dan menepati kehendak

sukatan pelajaran.
Di awal permulaan dalam penghasilan projek ini, saya dan rakan sekelas saya
telah berbincang serta berkongsi pengalaman menjahit bersama-sama. Malah, kami
juga ada mencari sumber dari internet cara-cara menjahit jahitan asas dan jahitan
hiasan. Jujur saya katakan, saya ini tidak mahir dalam kemahiran jahitan apatah lagi
mahu menimba ilmu dalam dunia jahitan baju, sulaman dan lain-lain. Seumur hidup
hingga kini, saya hanya mempelajari jahitan jelujur halus sahaja daripada kakak saya
itupun sewaktu berumur 10 tahun. Alhamdulillah, pada semester 4 ini saya telah
mempelajari banyak jenis-jenis jahitan asas seperti jelujur halus, jelujur panjang
pendek, jelujur tegak serong, jahitan kia, jahitan lilit ubi dan sebagainya. Tidak
ketinggalan jahitan hiasan seperti suji bilang, sulam cross-stitch, batang, rantai dan
lain-lain.
Kekangan yang saya hadapi sewaktu menyiapkan projek ini ialah, semasa
mengumpul bahan-bahan serta alatan untuk menjahit. Peristiwa paling saya tidak lupa
ialah sewaktu saya pergi ke bandar dengan bas seorang diri semata-mata mencari

38

benang sulam dan jarum. Kadang-kadang saya terpaksa berjalan jauh mencari kedai
yang mempunyai alatan menjahit.
Sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah
Kebangsaan Raja Chulan selama lima hari, saya berkesempatan mempelajari sedikit
cara menjahit jahitan asas daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Pn. Zainah
binti Junus. Beliau amat suka sekali berkongsi pengalaman dengan saya lebih-lebih lagi
dalam mempelajari jahitan. Sedikit sebanyak saya rasa sangat beruntung menerima
seorang guru tutor sepertinya di sekolah tersebut. Pada hari pertama saya dan rakan
bakal guru pendidik, saudari Amirah Sakura dari IPG Kampus Kota Bharu menjejakkan
kaki di sekolah ini kami telah disambut dengan baik sekali oleh Penolong Kanan
Pentadbiran iaitu Puan Arifah. Kami telah di beri sedikit taklimat berkenaan sekolah dan
juga nasihat dalam menjadi seorang pendidik terutama sebagai pendidik kanak-kanak
berkeperluan khas ini. perkataan SABAR dan keikhlasan amat dititikberatkan oleh
beliau begitulah hendaknya yang ada dalam diri kami.
Kesimpulannya, dari persepsi saya, saya beranggapan bahawa tugasan projek
yang diberikan kali ini adalah begitu menarik dan mencabar sekali. Ianya benar-benar
menguji kemahiran dan kesabaran yang saya perolehi semasa dari semester pertama
hingga sekarang. Saya begitu bersyukur kepada Ilahi kerana dapat menyiapkan projek
ini dalam masa yang ditetapkan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pensyarah
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kerana banyak membantu dan
membimbing saya semasa proses penghasilan imitasi ini. Selain itu, saya juga ingin
berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi dorongan kepada
saya. Semoga tugasan ini dapat diterapkan semasa saya berada di sekolah nanti
khususnya bagi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. InsyaAllah.

BIBLIOGRAFI
39

http://www.slideshare.net/zulmi991/pengenalan-kaub
http://www.scribd.com/doc/34745807/Kemahiran-Asas-Untuk-Berdikari-Konsep
http://www.scribd.com/doc/52414390/KAUB-Teori
http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/kaedah-pengajaran-kemahiran-asasuntuk.html
http://www.scribd.com/doc/46953052/22252322-Kemahiran-Asas-UntukBerdikari-1
http://needleworktips.wordpress.com/
http://www.freewebs.com/khbsatu/jahitan.htm
http://panitiakhsmkcs.blogspot.com/2011/03/kisah-bilik-jahitan.html
http://panitiakhsmkcs.blogspot.com/p/abmbbm-guru.html
http://shairahbpsrt.wordpress.com/pakaian/peralatan-jahitan/
http://books.google.com.my/books?
id=yemybxrnz18C&pg=PA86&lpg=PA86&dq=jahitan+suji+bilang&source=bl&ots=
R8VAMkfgeR&sig=hrVUJc3PxD2SakELnVO9MYBihJg&hl=en&ei=2zaHTtjuCdD
orQefsamVAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5&ved=0CFAQ6AEwB
A#v=onepage&q=jahitan%20suji%20bilang&f=true

40

41

42

Anda mungkin juga menyukai