Anda di halaman 1dari 26

JAHITAN ASAS DAN SULAMAN

Jahitan Sementara
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata
jahitan kekal dijahit.
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan
tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu
lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain
dari kanan ke kiri.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara
yang halus.

Kegunaan jelujur
Untuk memindahkan garisan-garisan

Misalnya jelujur tanda

pada pola kain


Untuk menandakan kedudukan dan

Jelujur tak sama

garisan-garisan pola

Jelujur panjang pendek

Untuk menetapkan kedudukan kelepet,

Jelujur tak sama

kelim, kocek buat sementara

jelujur panjang pendek jelujur


kasar

Untuk menetapkan dua atau lebih

Jelujur tegak

lapisan kain sebelun di mesin

Jelujur serong

a) Jelujur kasar / sama

Ciri:
Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan sebelah dalam (1.25 cm)
Mudah ditanggalkan
Kegunaan:
Menanda garisan pola dipakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan,
menetap pelapik.
Guna benang yang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dan sama jarak
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia
b) Jelujur halus

Ciri:
Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm
Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
Melekat lapisan fabrik sementara

Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang


butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi
fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dan sama jarak lebih kurang 3 mm
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

c) Jelujur panjang dan pendek

Ciri:

Mata jahitan yang panjang 1.25cm; pendek 0.5 cm.

Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5 cm

Lebih kukuh dan susah ditanggalkan

Kegunaan:
Menanda garis tengah hadapan dan belakang
Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian
Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin (mudah tergelincir)
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dalam ukuran 1.25 cm dan halus jarak lebih kurang 0.5 cm
mm
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

d) Jelujur tegak dan serong

Ciri:
Menyerong di SL dan tegak di SD
Teguh dan susah ditanggalkan
Kegunaan:
Untuk menetapkan kedudukan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betulbetul rata ( lisu, kolar, lapik dalam, ikatan pinggang dan manset)
Fabrik yang dijahit tidak perlu diangkat semasa menjahit
e) Jelujur tanda

Ciri-Ciri:
Dijahit dengan dua lembar benang di atas garisan pemadan lurus.
Lebih bersih tetapi mengambil masa untuk menjahit dan menanggalkan benang.
Kegunaan:
Untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola dari kertas
pada fabrik.
Garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis dua atau lebih ditanda
dengan cepat.

Jahitan Kekal
Jelujur Penyambung
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya
adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.
Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenisjenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.
a) Jelujur Halus

Ciri-Ciri:
Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm
Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
Mengantikan jahit mesin
Sebagai hiasan
b) Jahitan Kia (back sticth)

Ciri-Ciri:
Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin sebelah dalam seperti jahitan
batang.
Boleh menggantikan jahitan mesin.

Kegunaan:
Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dgn tetap & kukuh.
Langkah-langkah menjahit:

Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum sekali lagi pada A ( titik permulaan)
dan keluar jarum pada B selepas jarak 2 mm

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluar jarum pada B


Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan jarum pada C kira-kira 4
mm dari B.
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia bertindih dua
kali
c) Jahitan Lilit Ubi (Whip Stitches)

Mengelakkan tepi dari berbulu.


Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.
Contoh: tampal cantum @ renda-renda.
Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelimkelim pinggang dan lengan.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
Cucuk jarum dari sebelah dalam kain ke sebelah luar kain dan tarik jarum
ke arah penjahit
Jahit hingga habis
Matikan jahitan dengan jahitan kia

Jahitan Pengemas
Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet,
lipatan atau mengemaskan tepi kain.
a) Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri:
Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh
Kegunaan:
Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
Untuk menetapkan

lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim papan

tangan.
Untuk menetapkan pelapik di kolar,belah
Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, lapik [ada lolar dan belah
pakaian.
Boleh dilihat di sebelah luar fabrik.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Cucuk jarum pada sebelah bawah lipatan dan keluarkan jarum di atas
lipatan pada kecondongan 25- 30 darjah.
Jahit sehingga habis. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
b) Jahitan sembat susup (Slip hemming)

Ciri-Ciri:
Dikenali sebagai sembat sembunyi.
Jahitannya hampir tidak kelihatan di SL
Kemas, halus, sekata, berbentuk V.
Digunakan pada lipatan-lipatan lengan baju, kelepet skrit dan blaus,
lubang lengan dan leher.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit sembat dua kali
Selit jarum melalui lipatan sejauh 3 mm dan keluarkan jarum untuk
sembat dua kali lagi
Jahit sehingga habis
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
c) Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)

Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.


Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.
Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
Sebagai jahitan hiasan.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan dengan jahitan kia.
Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke bawah
Pastikan benang berada di belakang jarum menghala ke luar
Jahit sehingga selesai. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

d) Jahitan Lubang Butang (Button Hole Stitches)

Hampir serupa dengan insang pari.


Lebih kukuh dan lebih kemas.
Lebih rapat dan sesuai untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan
butang katup.
Sebagai jahitan sulaman
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
Cucuk sebahagian jarum secara menegak dari arah dalam fabrik ke arah
luar fabrik.
Tarik benang (2 lembar) dan susup di bawah jarum seperti bentuk s.
Tarik jarum ke atas
Ulangi langkah di atas sehingga siap
Matikan jahitan lubang butang dengan jahitan kia
e) Jahitan Silang Pangkah (Herringbone Stitches)

Mata jahitan ini kukuh.


Dijahit dari kiri ke kanan.
Sebagai hiasan.
Langkah-langkah menjahit:

Kelepetkan kain yang hendak dijahit sama seperti menjahit sembat


Mulakan menjahit dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum dari A ke B dengan jarak 1 mm.
Kemudian cucuk jarum ke dalam lipatan C dan keluarkan pada bahagian
D dengan jarak 1 mm.
Pastikan jarum tidak menembusi bahagian belakang lipatan.
Ulang jahitan sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Tanggalkan jahitan jelujur kasar

Jahitan Hiasan
Juga dikenali sebagai jahitan sulaman.
Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian,
barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga.
Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi
rupa dan kesan kepada motif.
Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit.
Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat
dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.

Jelujur Halus

Jelujur Berlilit

Kia

Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jel Panjang
Pendek

Bulu Ayam

Silang Pangkah

Suji Bilang

Jelujur Halus

Jelujur Berlilit

Jahitan Kia

Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Jahitan Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jelujur Panjang Pendek

Jelujur Bulu Ayam

Jelujur Silang Pangkah

Jahit Suji Bilang

KELIM
Kelim ialah cantuman dua atu lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan
tangan atau mesin.
Kelim boleh memberi bentuk kepada pakaian
Kelim juga boleh juga digunakan sebagai hiasan
Kelim biasanya terdapat dibahagian bahu, rusuk dan tepi seluar atau sarung

a) Kelim Terbuka
Ciri-ciri:
Kelim rata
Kelim tidak beralur di S.L atau di S.D pakaian
Lebar yang siap kira-kira 2.5 cm
Sama lebar pada keseluruhannya
Kelim dikemaskan
Langkah-langkah menjahit:
1

Temukan sebelah luar fabrik,


jelujur atau semat jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di


garisan pemadan

Buka dan tekan kelim

Kemaskan

kelim

dengan

kaedah yang sesuai


Tekan dan seterika kelim agar
rata dan kemas

b) Kelim Lipat Tindih


Ciri-ciri:
Bahagian yang berlipat menindih bahagian yang rata
Lipatan fabrik terletakdi atas garisan pemadan
Kelim rata
Jahitan mesin terletak kira-kira 2mm dari lipatan fabrik
Bahagian S.D dikemaskan
Langkah-langkah menjahit:
1

Lipatan basi jahitan ke S.D


pakaian untuk fabrik tindih atas

Temukan S.D fabrik tindih atas


dengan S.L fabrik tindih bawah
di bawah garisan pemadan

Semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di


tepi

lipatan

kelim

supaya

jahitan selari dengan lipatan


fabrik

Tekan

dan

seterika

kelim

supaya rata dan kemas

c) Kelim Papan Mesin


Ciri-ciri:
Kelim rata
Dua baris jahitan mesin kelihatan di S.L pakaian
Kelim terletak di bahagian belakang pakaian
Lebar yang siap kira-kira 0.7 cm
Kelim tidak beralur di S.D
Kelim sama lebar keseluruhannya
Langkah-langkah menjahit:
1

Temukan S.D kedua-dua helai


fabrik semat dan jelujur jika
perlu

Jahit dengan jahitan mesin di


garis pemadan

Buka dan tekan kelim supaya


rata

Gunting basi kelim bahagian


belakang kira-kira tinggal 0.7
cm

Lipatkan basi kelim bahagian


basi kelim bahagian hadapan
supaya membalut basi kelim
bahagian belakang
Semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di


tepi lipatan kelim supaya selari
dengan baris jahitan pertama
Tekan

dan

seterika

supaya rata dan kemas

kelim

d) Kelim Betawi
Ciri-ciri:
Kelim rata
Kelim tidak beralur
Kelim tidak berpintal
Sama lebar pada keseluruhannya
Basi jahitan tidak kelihatan di SL pakaian
Langkah-langkah menjahit:
1

Temukan SD kedua-dua fabrik,


semat atau jelujur jika perlu
Jahit

dengan

jahitan

mesin

kira-kira 4 mm dari garisan


pemadan pada basi jahitan

Gunting basi jahitan hingga


tinggal 3mm dari jahitan mesin

Buka dan tekan kelim supaya


rata

Temukan SL fabrik, semat atau


jelujur jika perlu
Jahit dengan jahitan mesin di
garisan pemadan

Tekan dan seterika supaya


kelim

terletak

belakang pakaian

di

bahagian

e) Kelim Papan Tangan


Ciri-ciri:
Kelim rata
Hanya sebaris mata jahitan sembat di SL
Kelim terletak di bahagian belakang pakaian
Kelim tidak beralur di SL pakaian
Sama lebar keseluruhannya
Langkah-langkah menjahit:
1

Temukan SL fabrik, semat atau


jelujur jika perlu
Jahit dengan mesin di garisan
pemadan

Buka dan tekan kelim supaya


rata
Gunting basi kelim bahagian
belakang tinggal kira-kira 3 mm

Lipatkan basi kelim bahagian


hadapan

supaya

membalut

basi kelim bahagian belakang

Semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan sembat


halus di tepi lipatan supaya
kelim melekat pada pakaian
Tekan

dan

seterika

supaya rata dan kemas

kelim

Mengemaskan kelim
Kelim boleh dikemaskan dengan cara:
Jahitan kemas tepi

Jahitan mesin

Kun

Jahitan insang pari

Jahitan lilit kemas

Penyudah Tepi
Kelepet
Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.
Kelepet biasanya terdapat dihujung kaki seluar, hujung lengan baju dan
bahagian bawah pakaian.
Langkah-langkah menjahit kelepet lurus:
Langkah 1

a) Buat lipatan selebar 5 mm


ke sebelah dalam pakaian

Langkah 2

a) Buat lipatan kedua di


garisan pemadan,
biasanya berukuran 5mm4cm, mengikut lebar yang
dikehendaki.
b) Jelujur, tekan dan seterika
kelepet supaya rata
a) Jahitan mesin

Langkah 3

a) Tetapkan kelepet dengan


jahitan mesin, sembat
susup, sembat dan jahitan
silang pangkah

b) Jahitan Sembat Susup

c) Jahitan Sembat

d) Jahitan Silang Pangkah

Anda mungkin juga menyukai