Anda di halaman 1dari 55

PITA UKUR

UNTUK MENGUKUR BAHAGIAN YANG HENDAK DIJAHIT ATAU DIGUNTING


UNTUK MENGAMBIL UKURAN BADAN DAN FABRIK
GUNTING KAIN

UNTUK MENGGUNTING FABRIK ATAU KAIN SAHAJA
GUNTING KERTAS

UNTUK MENGGUNTING KERTAS SAHAJA



KAPUR JAHIT

UNTUK MEMINDAHKAN TANDA DAN GARISAN PEMADAN DARIPADA POLA KEPADA
FABRIK
JARUM PENITI

UNTUK MENYEMAT POLA PADA FABRIK DAN MENYEMAT KEPINGAN FABRIK
SEBELUM MENJAHIT JELUJUR.
JARUM TANGAN

UNTUK MENJAHIT SEMUA JAHITAN TANGAN PADA FABRIK.
SNIPER

UNTUK MENANGGALKAN ATAU MEMBUKA MATA JAHITAN,BENANG
JELUJUR,MENENTASKAN JAHITAN MESIN ATAU JAHITAN TANGAN DAN MEMBUAT
LUBANG BUTANG.
PEMBARIS LURUS

UNTUK MENGUKUR DAN MENANDA BAHAGIAN YANG HENDAK DIGUNTING ATAU
DIJAHIT.
SETERIKA

UNTUK MELICINKAN FABRIK ATAU KAIN DAN MENEKAN MATA JAHITAN
BENANG JAHITAN

UNTUK MENJAHIT JAHITAN TANGAN DAN JAHITAN MESIN
KAIN

KAIN KAPAS ATAU FABRIK PANAS IALAH BAHAN UNTUK MENGHASILKAN SESUATU
PAKAIAN.





Mulakan jahitan dengan jahit kia dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah
Jarum dicucuk melintang dan mata jahitan di sebelah belakang adalah melintang.
Jahitan ini teguh dan susah untuk dicabut
Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia hendaklah dijahit atas permukaan yang rata
tanpa mengangkat kain bagi mengelakkan gelembung.













Gunakan warna benang yang sama dengan warna fabrik.
Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus .
Jarak mata jahitan antara 3-5mm.
Jahitan pertamanya adalah seperti jelujur halus,kemudian jarum
dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
Jahitan ini kukuh,rapat dan kelihatan seperti mesin di sebelah luar dan
jahitan batang di sebelah dalam.
Jahitan kia juga digunakan untuk:
a) Menyambung kain.
b) Menggantikan jahitan mesin.
c) Memulakan dan mematikan jahitan.
d) Jahitan perhiasan.











Jahit dari kanan ke kiri.
Mulakan dengan meninggalkan 1cm benang antara dua lipatan.
Cucuk jarum secara menegak dan menghala ke arah penjahit pada fabrik di
bawah A dan keluarkan pada fabrik lapisan atas B.
Akhri dengan menjahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 jahit lilit ubi.
Kegunaannya adalah untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau
melekatkan tampal dan tampal hiaspada artikel atau pakaian.

















Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia
Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan
jaraknya 0.3 - 0.5 cm
Kegunaan
-Menyambung dua atau lebih kepingan kain
-Membuat kedut
-Melekatkan lapisan kain buat sementara
-Menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang
-Mengelakkan tepi kain daripada memeri
-Mensekatakan kepala lengan
-Sebagai jahitan sulaman












JAHITAN SEMBAT
Cara menjahit:
Jahit sembat dimulakan dari kanan ke kiri.
Jahitan ini dijahit menyerung pada sudut 30 darjah.
Jahitan ini dimula dan diakhiri dengan jahitan kia di bawah lipatan.
Jahitan sembat adalah jahitan yang teguh,halus dan sekata.
Ia boleh dilihat dari sebelah luar.










JAHITAN SEMBAT SUSUP

Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam kain.
Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia di bawah lipatan.
Ambil sedikit fabrik serapat yang boleh dengan tepi berlapis.
Tarik jarum keluarkemudian terus suspkan jarum didalam lipatan dengan
jarak 0.5cm.
Jahitan ini sangat kemas sehingga tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
Jahitan ini tidak sekukuh jahitan sembat.
















JAHITAN INSANG PARI

Cara menjahitnya:
Jahitan ini dilakukan dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala kearah
penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan
mata jahitan insang pari yang akhir















JAHITAN LILT KEMAS

Cara menjahitnya:
Jahit dari kiri ke kanan di sebelah dalam kain.
Mulakan dangan menjahit kia dan masukkan jarum menyerong dari belakang.
Matikan dengan menjahit kia atau selitkan benang.
Digunakan untuk mengemas tepi tunggal atau beberapa tepi bersama ,pada
sebelah dalam pakaian.











JAHITAN LUBANG BUTANG

Cara menjahitnya:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan dengan jahitan kia.
Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
Tarik benang dan susup di bawah jarum.
Tarik jarum hingga terbentuk satu simpulan.
Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahit kia.















JAHIT SILANG PANGKAH

Cara menjahitnya:
Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan jahit kia ke atas sikit dari lipatan kain.
Jahit satu mata jahitan seperti jahit sembat pada selapis fabrik di bahagian
bawah lipatan,tarik jarum di bawah di bawah hujung jahitan jahit kia yang
dibuat tadi.
Buat mata jahitan berikut pada dua lapisan kain di atas hujung mata jahitan
sembat yang pertama.
Ulang jahitan sehingga siap.
Di antara kegunaan jahit silang pangkah adalah:
a) Untuk melekatkan kelepet fabrik dan sebagai jahitan
perhiasan
















JAHITAN RANTAI



Cara menjahitnya:
Keluarkan benang dibahagian atas di 1 den pegang dengan tangan kiri.
Masukkan jarum di tempat ia keluar dan cucukkan keluar pada jarak yang
kecil di 2.
Tarik benang keluar.
Pastikan benang berada di bawah jarum.
Teruskan hingga bentuk yang dirancang selesai.
Kegunaannya sebagai jahit garis bentuk atau jahit pengisi untuk memberi
permukaan berdaging ketebalannya.









JAHIT KUKU KAMBING




Cara menjahitnya:
Keluarkan benang di atas sebelah kiri.
Pegang benang ke bawah dengan tangan kiri(buat bentuk v) dan masukkan
jarum di no.2 dan keluarkan di no.3.
Keluarkan semula jarum di kedudukan yang dikehendaki untuk jahitan yang
seterusnya.










JAHITAN TULANG IKAN





Cara menjahitnya:
Sesuai untuk memenuhi corak yang kecil.
Keluarkan benang di 1 dan buatkan jahitan yang kecil di 2 mengikut garisan
tengah bentuk tersebut.
Cucuk jarum ke bawah dan keluarkan jarum di 3.
Dari 3 cucuk di 4 dan keluarkan di 2.
Teruskan jahitan ini bersilih ganti sehingga memenuhi bentuk yang di
kehendaki.







JAHITAN BUNGA PADI





Cara menjahitnya:
Caranya sama seperti jahitan berantai biasa tetapi setiap mata jahitan di
matikan dengan jahitan kecil.
Jahitan boleh dijahit berasingan atau disusun mengikut bentuk kelopak
bunga.














JAHITAN SUJI BILANG




Cara menjahitnya:
Jahit dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum keluar pada sudut bawh sebelah kiri.
Buatkan jahit penjuru dengan mencucukkan jarum pada satu sudut atas
kanan garisan.
Cucuk jarum keluar di bawah kain dan keluar semula di bahagian sudut
bawah kiri untuk jahitan seterusnya.
Kemudian jahit ke belakang menyilang baris jahitan yang satu dengan
menggunakan lubang-lubang yang sama untuk melengkapkan jahitan itu.





















JAHITAN BATANG




Cara menjahitnya:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
Mata jahitan hendaklah dijahit menyerong dan sama panjang mengikut corak
yang dikehendaki.
Jarum dicucuk dari sebelah jahitan yang sebelumnya.
Mata jahitan ini digunakan untu menjahit corak batang bunga atau garisan
tepi(outline).iia juga dijadikan jahitan pengisi (filling) jika dijahit rapat-rapat dan
untuk memenuhi sesuatu bentuk.






















KELIM BELAH KANGKUNG
Ciri-ciri:
Lebar kedua-dua kelim sama.
Kelim rata dan terbuka.
Mata jahitan tidak kelihatan.
Tidak beralur di sebelah luar.
CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN
Rata dan terbuka
Terdiri daripada sebaris
jahitan disebelah dalam
pakaian
Mata jahitan tidak
kelihatan dari sebelah luar
artikel
Lebar kelim yang siap
dijahit ialah 1.25cm
Jahitannya tidak
kelihatan di sebelah
luar pakaian
Tidak begitu kukuh
kerana hanya
mempunyai sebaris
jahitan
Tidak sesuai untuk
fabrik nipis kerana ia
kelihatan pada
sebelah luar pakaian

I. Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjuk cara

a. Temukan sebelah luar fabrik
pada garis pemadan.
b. Semat dan jelujur pada garis
pemadan.
c. Tanggalkan peniti dan jahit
mesin tepat pada garisan
pemadan.


d. Buka kelim dan tekan rata.






II. Kaedah mengemas dengan jahitan mesin :

a. ukur basi kelim 1.2cm daripada
garis pemadan.
b. Lipatkan tepi fabrik ke sebelah
dalam dan tekan.
c. Jahit mesin di atas tepi lipatan.
d. Trim basi kelim hamper dengan
jahitan mesin.



III. Kaedah lain untuk mengemas kelim belah kangkung :




Jahit lilit ubi Jahit pucuk rebung Jahit zig zag







Menggunakan kun Jahit insang pari Menggunakan kedua-dua
tepi fabrik

















KELIM BETAWI
Ciri-ciri:
Sesuai untuk fabfik yang nipis dan mudah berjerumpai.
Kemas kerana basinya tersembunyi.
Kukuh kerana mempunyai dua baris jahitan.
Siap kelim ini ialah 5mm hingga 7mm.
Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjukcara

a. Temukan sebelah dalam (S.D) fabrik.
Semat, jelujur dan jahit mesin dengan
jarak 6mm dari garis pemadan.




b. Gunting basi kelim hingga lebarnya
tinggal 3mm.







c. Buka kelim dan ratakan pada S.D
supaya tidak beralur apabila
diterbalikkan.






d. Terbalikkan kelim supaya sebelah luar
(S.L) fabrik bertemu.
e. Semat, jelujur dan jahit mesin di atas
garisan pemadan.
f. Tanggalkan jahitan jelujur.




g. Tekan kelim yang sudah siap supaya
menghala ke arah belakang pakaian
pada sebelah dalam.



















KELIM PAPAN MESIN



1..temukan kedua-dua keping fabrik
dengan sebelah dalam hadapan
2.semat,jelujur dan mesin di garisan
pemadan dengan sebelah hadapan
dibawah
3.cabutkan jelujur dan gunting basi
kelim bahagian hadapan 1.20cm dan
bahagian belakang 6mm lebar
4.Iipatkan kelepet bahagian hadapan
ke atas kelepet bahagian belakang dan
jelujur
5. mesin rapat dengan tepi yang
berlipat. Cabut jelujur dan tekan
dengan cermat
6. disebelah luar pakaian terdapat dua
baris jahitan mesin dan disebelah
dalam hanya satu baris
7. lebar kelim yang telah siap ialah
6mm atau kurang jika digunakan pada
fabrik nipis






KELIM PAPAN TANGAN
Ciri-ciri:
Lebih halus daripada kelimpapan mesin.
Ia di jahit tangan dua kali,iaitu di sambung halus dan kemudian di
sembat.
Jikalau ia sudah disebelah luar,terdapat satu baris jelujur halus dan
satu baris jahit sembat di sebelah luar pakaian.
Tetapi jika dijahit pada sebelah dalam,hanya terdapat jahitan sembat di
sebelah luar sahaja.
Cara menjahitnya:
I. Temukan sebelah luar kedua-dua keping fabrik berhadapan dengan
memadankan kedua-dua garis pemadan.
II. Semat dan jelujur di garisan pemadan.
III. Cabut peniti.
IV. Jelujur halus pada garis pemadan mengikut jelujur.
V. Cabutkan jelujur.
VI. Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal 3mm lebarnya.
VII. Gunting basi kelim bahagian depan hingga tinggal 6mm lebarnya.
VIII. Lipat basi kelim bahagian hadapan ke atas basi kelim bahagian
belakang,tepi basi kelim bahagian hadapan terletak di garis pemadan.
IX. Semat dan jelujur.
X. Buka pakaian dan tekan kelim dari sebelah luar supaya rata.
XI. Semat dan jelujur tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian.
XII. Cabutkan jelujur dan tekan.






Cara menjahit
1.Temukan sebelah luar kedua-dua
fabrik berhadapan denga
memadankan kedua-dua garis
pemadannya
2. semat dan jelujur di garisan
pemadan

3.cabut peniti
4. jelujur halus pada garis pemadan
mengikut jelujur
5.cabutkan jelujur
6. gunting basi kelim bahagian
belakang sehingga tinggal 3mm,
lebarnya.
7.gunting basi kelim bahagian
hadapan sehingga tinggal
6mm,lebarnya



8.lipat basi kelim bahagian hadapan
ke atas bahagian basi kelim
bahagian belakang,
tepi basi kelim bahagian hadapan






terletak di garis pemadan
9.semat dan jelujur
10. buka pakaian dan tekan kelim
dari sebelah luar supya rata
11.semat dan jelujur tepi yang
berlipat ke bahagian belakang
pakaian
12.jahit sembat tepi yang berlipat ke
bahagian belakang kain
13.cabutkan jelujur.tekan.














Kelim lipat tindih
Ciri-ciri:
Digunakan bagi pakaian dalam dan sebahagian pakaian luar.
Digunakan untuk stail dan perhiasan pakaian terutama bila merupakan
potongan istimewa untuk memperlihatkan mata jahitan pada sebelah
luar.
Dijahit disebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih
yang lain.
Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik.
Cara menjahitnya:
I. Bahagian yang rata hendaklah diletakkan di atas bahagian yang
bergelembung(kedut lepas,lipatan-lipatan halus dan sebagainya).
II. Jika kedua-dua keping itu rata,letakkan bahagian atas pakaian atas
pakaian bawah pakaian.
III. Lipat basi kelim bahagian atas ke sebelah dalam di sepanjang garisan
pemadan. Susup basi lipatan di tepi-tepi yang melengkung.
IV. Semat dan jelujur. Jika bahagian bawah bergelembung,mesin atau
jahitan kasar pada basi kelim bahagian bawah. Jahit dua barisan. Tarik
benang kedutan bahagian bawah supaya kedutan sama lebar dengan
jarak kedua-dua noch imbangan pada bahu atau pinggang mendatang
atau tekan lisu-lisu jika bahagian bawah berlisu.
V. Letakkan bahagian atas kepada bahagian bawah dengan lipatan
bahagian atas terletak tepat di garisan pemadan bahagian bawah.
Moch imbangan dengan tepi luasnya hendaklah sama.
VI. Semat,jelujur dan mesin hampir dengan lipatan.
VII. Cabut jelujur dan kemaskan belakangnya.
-Dari sebelah dalam mesin kedua-dua basi lipatan sekali 7mm,jauhnya
dari jahitan mesin pertama.
-kemaskan tepi-tepinya dengan jahitan insang pari atau jahitan lilit
kemas.
-cara ini sesuai untuk fabrik tebal yang mudah berjerumpai.
1. Tepi-tepinya boleh dikemaskan dengan kun sendiri.
-Dari sebelah dalam,gunting kedua basi lipatan,bahagian atas hingga
tinggal 1cm dan bahagian bawah kurang sedikit dari 1.5cm.
-lipat basi yang lebar di atas basi yang kecil.
-Semat,jelujur dan sembat lipatan pada setiap jahitan mesin.
-Cara ini sesuai untuk rabrik yang nipis dan mudah berjerumbai.


Cara menjahit:
1. Lipat basi kelim bahagian atas ke
sebelah dalam di sepanjang
garisanpemadan. Susup basi
lipatan di tepi-tepi yang
melengkung
2. Semat dan jelujur.jika bahagian
bawah bergelembung,mesin atau
jahit kasar pada basi kelim
bahagian bawah.jahit dua barisan.
Tarik benang kedutan bahagian
bawah supaya kedutan sama
lebar dengan kedua -dua noch
imbangan pada bahu atau
pinggang mendatang atau tekan
lisu-lisu jika bahagian bawah
berlisu.




3. Letakkan bahagian
atas kepada
bahagian bawah
dengan bahagian
atas terletak tepat
digaris pemadan
bahagian bawah.
Moch imbangan
dengan tepinya
hendaklah sama.

4. Semat , jelujur dan
mesin hampir dengan
lipatan
5. Cabut jelujur dan
kemaskan
belakangnya
-dari sebelah dalam
mesin kedua-dua basi
lipatan sekali
7mm,jauhnya dari
jahitan mesin
pertama
-kemaskan tepi-
tepinya dengan
jahitan insang pari
atau lilit kemas
-cara ini sesuai untuk
fabrik tebal atau

sederhana tebal
yang mudah
berjerumbai
6. Tepi-tepinya boleh
dikemaskan dengan
kun sendiri
-dari sebelah
dalam,gunting kedua
basi lipatan, bahagian
atas hingga tinggal 1cm
dan bahagian
bawahnya kurang
sedikit dari 1.5cm
- lipat basi yang lebar
diatas basi yang kecil
-sembat, jelujur dan
sembat lipatan pada
setiap jahitan mesin
-cara ini sesuai untuk
fabrik nipis yang mudah
berjerumbai


























KELEPET
Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan
juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet
digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan
kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu.
Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-
kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan
pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahitan
sembat susup atau jahitan silang pangkah.
a) PROSES MENJAHIT KELEPET LURUS
Langkah 1
Tandakan kedudukan kelepet

Langkah 2
Lipat lipatan pertama kesebelah dalam selebar 6mm.


Langkah 3
Lipat lipatan kedua di garisan kelepet selebar 2 cm 6
Semat dan jelujur

Langkah 4
Cabut peniti
Jahit sembat susup di sepanjang kelepet

Langkah 5
Menetapkan kelepet pada pakaian dengan jahitan silang pangkah




Langkah 6
Menetapkan kelepet pada pakaian dengan jahitan sembat

b) PROSES MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG
1. Kelepet Lisu
2. Kelepet Kedut Lepas
1) Kelepet Lisu
Langkah 1
Sediakan dan kemaskan kelim
Jelujur pada garisan pemadam

Langkah 2
Lipat fabrik pada garisan pemadam
Tekan dan semat dengan peniti

Langkah 3
Lisukan fabrik yang lebih dan halakan ke Kelim rusuk
Semat dan jelujur pada lisu

Langkah 4
Jahit sembat pada lisu
Lipat lipatan pertama dan tetapkan
Kelepet pakaian dengan jahit sembat susup






2) Kelepet kedut lepas

Langkah 1
Sediakan dan kemaskan Kelim
Jelujur pada garisan pemadam


Langkah 2
Lipat 6 mm untuk lipatan pertama
Jahit mesin mata kia kasar di garisan lipatan pertama untuk
membuat kedut halus

Langkah 3
Cantum garisan Kelim
Lipat pada garisan kelepet dan tekan
Tarik jahitan mesin menjadi longgar serta kedutkan dan padankan
kedudukan kelim supaya kelepet terletak rata pada pakaian.
Tetapkan kelepet dengan jahitan yang sesuai

Penjuru
Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi. Ia dibuat untuk
mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet. Penjuru boleh
disudahkan dengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan penjuru temu
sudut atau kelongsong. Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada
belah kelepet sama lebar blaus, kemeja, dan jaket, langsir kelengkapan
rumahtangga yang mempunyai dua kelepet sama lebar atau tidak.
Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yang
mempunyai kelepet yang sama lebar. Penjuru ini selalunya digunakan
pada kelengkapan rumahtangga.



a) PROSES MENJAHIT PENJURU JAHIT TINDIH

1) Penjuru Jahit Tindih
Langkah 1
Lipat dan tekan supaya mendapat kesan garisan kelepet.
Tandakan dengan peniti.


Langkah 2
Buka penjuru yang telah ditekan dan gunting bahagian X 6mm dari
lipatan atas dan 6 mm dari peniti.
Buka penjuru yang telah ditekan dan gunting bahagian X 6mm dari
lipatan atas dan 6mm dari peniti.


Langkah 3
Lipat semula kelepet dan jahit jelejur.
Kemas kelepet dengan jahit sembat susup.
Jahit sembat halus.
Jahit lilit ubi.


2) PENJURU TEMUSUDUT ATAU KELONSONG

Langkah 1
Tekan supaya mendapat kesan kelepet atau lipatan.
Tandakan dengan peniti 6 mm dari lipatan.


Langkah 2
Lipat semula kelepet, kemudian jahit jelujur.



Langkah 3
Jahit sembat, jahit sembat susup atau sulam menyulam.
Jahit lilit ubi.



LAPIK
Lapik ialah salah satu penyudah tepi yang menggunakan sekeping
fabrik tambahan dijahit pada tepi pakaian. Ia serupa dengan kelepet
tetapi mempunyai kelim tetapi mempunyai kelim yang bukan lipata ditepi
nya. Fabrik ini menghadaap satu bahagian pakaian dan tidak kelihatan
daripada bahagian yang lain. Lapik terbahagi kepada tiga iaitu lapik
lurus, lapik berbantuk atau perhiasan dan lapik jalur serong tepat. Ia
digunakan untuk tepi leher, lubang lengan, kocek dan kelepet sket.
PROSES MENJAHIT LAPIK LURUS
Langkah 1
Temukan SL lapik dengan SL pakaian.
Semat dan jelujur pada G.P di G.P.
Cabut peniti dan jahit mesin di G.P

Langkah 2
Cabut jelujur dan gunting lipatan hingga 6mm lebar.

Langkah 3
Tekan buka kelim.
Balikkan lapik ke S.D pakaian.
Semat dan jelujur.

Langkah 4
Lipat tepi lapik 6 mm ke dalam.
Semat dan jelujur.
Cabut peniti dan jahit sembat susup.







PROSES MENJAHIT LAPIK BERBENTUK
Langkah 1
Sediakan lapik berbentuk dengan mengemaskan tepinya.

Langkah 2
Temukan S.L lapik dengan S.L pakaian.
Semat dan jelujur pada G.P.

Langkah 3
Cabut jelujur dan jahit mesin pada G.P.
Kemaskan kelim.
Snip pada tiap-tiap penjuru hingga jahit mesin.


Langkah 4
Balikkan lapik ke S.L pakaian.
Takan rata kelimnya dan jelujur keduanya tepi lapik.
Tetapkan lapik kepada pakaian dengan jahit silang pangkah.




4.3.4 RENDA

Renda ialah jaringan benang yang ditenun untuk membentuk satu
corak yang indah. Ia boleh ditenun dari benang kapas, linen, sutera,
nailon atau campuran dari semua jenis benang-benang tersebut. Renda
kelihatan halus, teguh dan coraknya timbul disebelah luar. Renda dari
fabrik kapas dan renda nailon atau campuran sesuai untuk fabrik nailon
atau fabrik buatan.renda boleh dilekatkan pada pakaian dengan jahitan
tangan atau jahitan mesin. Tepi yang disudahkan dengan renda adalah
menarik. Renda selalu dijahit pada pakaian kanak-kanak, pakaian
dalam, blaus, pakaian wanita dan kain kelengkapan rumahtangga.


4.3.4.1 CARA-CARA MELEKATKAN RENDA PADA PAKAIAN
BIL Jahit Tangan Jahit Mesin
1 Jahit Lilit Ubi Jahitan Mesin
2 Jahit Insang Pari Kelim Papan Mesin
3 Jahit Sulam Kelim Mantua atau
Kun Sendiri


Cara-Cara Memilih Renda
Pembinaan renda kukuh dan tidak longgar dan kemas. Belilah
renda yang mempunyai tepi yang elokdan jahitanya kukuh supaya
ia tahan lasak dan tidak mudah berbulu.
Corak renda dijahit atau ditenun dengan kemas dan timbul di S.L
Jangan beli renda yang berwarna tua.
Belilah renda yang sesuai dengan warna pakaian.
Renda nailon sungguhpun cantik akan cair apabila terkena haba
yang terlalu panas.
Pastikan berwarna tidak luntur supaya tidak merosakkan pakaian.
Pastikan renda yang dibeli mencukupi.




Proses menjahit renda ( Menjahit dengan mesin )
Langkah 1
Temukan S.L renda dengan S.L luar pakaian.
Semat, jelujur dan jahit mesin di G.P.

Langkah 2
Gunting basi kelepet sehingga 3 hingga 5mm.

Langkah 3
Kelepetkan basi lipatan renda ke atas tepi pakaian yang telah digunting.


Langkah 4
Tekan tepi yang berlipat kepada bahagian pakaian.
Semat, jelujur dan mesin berhampiran tepi yang berlipat.

Proses menjahit renda ( Menjahit dengan Tangan )
Langkah 1
Buat kelepet 6mm ke S.D pakaian.
Semat, jelujur dan jahit sembat susup kelepet.





Langkah 2
Temukan S.L renda dengan S.L pakaian.
Tepi renda sama dengan tepi kelepet pakaian.
Jelujur dan jahit lilit ubi kelepet ke renda.


Langkah 3
Tarikan renda dari pakaian.
Tekan pada jahitan supaya rata.
Garis kelepet terletak pada hujung renda.




Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya
kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.walaupun
tugasan ini pada mulanya dilihat agak sukar untuk disiapkan. Namun berkat
kesabaran dan usaha keras kamidalam menyiapkan tugasan ini telah membuahkan
hasil.
Tidak lupa juga kepada pensyarah saya iaitu Puan Rohani Bt Seman yang
telah banyak mengajar kami dan juga rakan-rakan yang lain.selain itu, beliau turut
memberikan kata-kata rangsangan kepada kami supaya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa
kami yang telah banyak membantu sama ada secara langsung ataupun tidak seperti
memberikan bantuan kewangan dan nasihat serta teguran membina.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan
yang telah banyak membantu terutama dari segi berkongsi bahan rujukan dan tanpa
mereka semua kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna





HALAMAN PENGAKUAN
Adalah di sini saya mengakui bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja yang
disediakan oleh saya sendiri dan diolah oleh saya sendiri dan saya tidak melakukan
sebarang penyalinan semula atau memplagiat sebarang bahagian di dalam setiap helaian
kertas tugasan kerja kursus yang kami serahkan ini.
Adalah juga saya mengakui, bahawa saya:
i. Mengakui bahawa semua kerja dan idea yang terdapat di dalam tugasan
kerja kursus ini adalah diambil atau dirujuk atau berpandukan atau
bersumberkan bahan-bahan yang diterbitkan melalui cetakan mahupun
elektronik;
ii. Tidak menyalin semula atau memplagiat dari sebarang bahagian sumber atau
dari pelajar lain;
iii. Tidak membenarkan pelajar lain menyalin atau memplagiat hasil tugasan
kerja kursus kami; dan
iv. Mengakui setiap petikan yang diambil daripada sumber telah kami nyatakan
nama penulis asal petikan tersebut di dalam tugasan kerja kursus kami ini.

Oleh itu, saya AHMAD SAFUAN B ZAKARIA(910824-08-6699)faham bahawa
sekiranya salah satu dari penyataan/pengakuan di atas didapati tidak benar/palsu, Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, adalah dibenarkan untuk mengambil sebarang
tindakan tatatertib/disiplin yang difikirkan perlu oleh pihak Institut dan menganggap ianya
adalah tepat untuk tugasan kerja kursus pendek (KKP 1)

(Tandatangan)

Nama Pelajar : AHMAD SAFUAN BIN ZAKARIA
No Kad Pengenalan : 910824-08-6699
Tarikh : 14 SEPTEMBER 2009


INSTITUT PERGURUAN PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR,PERLIS.


PPISMP AMBILAN
JULAI 2009


Nama

AHMAD SAFUAN BIN ZAKARIA
Kelas RBT/BI/BM (B)
Subjek AMALI JAHITAN
Pensyarah PUAN HAJAH SOFIAH BINTI ZAKARIA
Tarikh serahan 14 SEPTEMBER 2009

Anda mungkin juga menyukai