Anda di halaman 1dari 3

Bab

4 Lakaran

Nota Ekstra

Definisi
Lukisan awal atau lukisan draf.
1 Lakaran Menggunakan teknik lakaran tanpa Peranan
menggunakan alat melukis seperti
pembaris atau jangka lukis.

Asas komposisi untuk ilustrasi


• Lakaran merupakan suatu kaedah Mempercepat pembangunan konsep
yang cepat dan pantas untuk • Kaedah terbaik untuk meneroka
menunjukkan komposisi komponen konsep dan menjimatkan masa.
dalam ilustrasi awal sesuatu reka • Misalnya jika menghadapi masalah
bentuk. membawa beg sekolah yang berat
• Misalnya lakaran beberapa boleh menghasilkan pembangunan
bahagian kereta dari sudut konsep.
pandangan yang berlainan.

Medium komunikasi
Penyelesaian perincian
pelanggan
visual
• Pereka dan pelanggan Eksplorasi visual
• Diperincikan dengan
berkomunikasi untuk • Sebagai catatan aktiviti
menambah pelbagai
menghasilkan idea dan eksplorasi pereka.
elemen berasaskan
reka bentuk yang
prinsip reka bentuk.
dikehendaki.

1
Lakaran peribadi atau contengan,
iaitu lakaran tidak kemas, dilukis
dalam buku lakaran. Penting untuk
penyediaan konsep produk.

Lakaran penerokaan, iaitu


lakaran yang lebih kemas dan buat
perbandingan pada produk yang
sedia ada melalui pelbagai aspek
misalnya saiz.

Tangkai 400 mm

Lakaran teknikal, menggambarkan


lakaran ceraian, keratan rentas
dan sebagainya. Mengandungi
perincian dimensi produk yang ingin Bahagian
dihasilkan. Bahan daripada kain belakang
menggunakan
lembut bahan PVC

2 Jenis Lakaran

Lakaran perkembangan idea,


untuk menunjukkan kesemua lakaran
objek bermula daripada idea pertama
hingga ke objek terakhir yang
hendak dibuat.

Lakaran persembahan, iaitu


membantu pelanggan memahami
konsep rekaan yang ingin
disampaikan oleh pereka.

Lakaran digital, penggunaan alatan


(gadjet) dan aplikasi terkini untuk
melakar rekaan supaya hasil dan
persembahan lebih menarik.

2
3 Teknik Lakaran Piktorial

(a) Kaedah asas lakaran, iaitu menguasai teknik melakar garisan lurus yang terbahagi kepada kaedah
garisan pendek dan kaedah melakar garisan terus dua titik.

(b) Lakaran oblik, iaitu lakaran berbentuk 3D. Antara prinsip melakar oblik adalah:
(i) Bergantung pada jenis kavalier atau kabinet.
(ii) Berpandukan kepada tiga paksi asas.
(iii) Paksi surut adalah sudut yang digunakan 45°.
(iv) Paksi mendatar adalah bersudut tegak dengan paksi menegak.

(c) Lakaran isometrik, menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan objek dalam bentuk 3D seperti
pandangan atas (pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi.

(d) Lakaran perspektif, iaitu satu kaedah ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia. Objek
dekat bersaiz besar berbanding dengan objek yang jauh. Elemen yang penting melukis lakaran perspektif
ialah:
(i) Garisan ufuk (GU) digunakan untuk menunjukkan aras penglihatan mata sama ada di bawah, separas
atau di atas.
(ii) Garisan bumi (GB) digunakan untuk tapak objek.

(e) Lakaran bulatan, lengkungan dan elips, iaitu tidak semua objek berada pada garisan lurus. Oleh itu, lakaran
bulatan, lengkungan dan elips diperlukan untuk melakar objek-objek berbentuk silinder, sfera dan kon.

(f) Gaya visual lakaran iaitu teknik untuk menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik.
Terdapat dua teknik, iaitu:
(i) Rendering, digunakan untuk memaparkan permukaan rata supaya kelihatan melengkung atau
membonjol keluar. Boleh juga menggunakan warna, tekstur, garisan dan bentuk.
(ii) Kesan cahaya dan bayang, digunakan untuk menjadikan lakaran lebih realistik. Sebelum melakar
kesan bayang, kedudukan sumber cahaya perlu diketahui terlebih dahulu.

4 Lakaran Asas Produk dalam Bentuk 3D berdasarkan 2D

Lakaran 2D Lakaran 3D
• Terdiri daripada satu pandangan sahaja sama • Memberikan gambaran sebenar objek yang ingin
ada pandangan atas, pandangan hadapan dan dibina.
pandangan sisi. • Lebih daripada satu permukaan kerana menunjukkan
• Dilihat pada satu arah dan tidak berstruktur. tiga ukuran dimensi, iaitu panjang, lebar dan tinggi.
• Ukuran dalam lakaran ini bergantung pada sudut
pandangan.

Anda mungkin juga menyukai