Anda di halaman 1dari 65

TAJUK 4.

0 : LAKARAN
( 24 jam / 12 Minggu)

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


KANDUNGAN
4.1 Lakaran Piktorial Murid boleh:
4.1.1 Menyenaraikan Peranan Lakaran Dalam Reka
Bentuk
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial
4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam
Bentuk 3D Berdasarkan 2D

4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan


Elemen Reka Bentuk

4.1.5 Menilai Maklumat Yang Ada Pada Lakaran Yang


Dipilih

4.1.6 Mencadangkan Penambahbaikan Ke Atas


Lakaran Yang Dipilih
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 i. Menyatakan satu peranan lakaran dalam reka bentuk.
i. Menyenaraikan dua teknik lakaran piktorial.
2 i. Mengenal pasti dua teknik lakaran piktorial
3 i. Menghasilkan lakaran asas produk* dalam bentuk 3D
dengan mengaplikasikan teknik lakaran piktorial.
4 i. Menganalisis rupa bentuk lakaran dan membuat
penambahbaikan.
5 i. Menilai maklumat yang ada pada lakaran.
6 i. Menghasilkan lakaran baharu dengan nilai tambah*.

Produk – Lakaran.
Nilai tambah – Estetika, keceriaan atau ergonomik
MINGGU 1
MASA : 2 JAM (120 minit)

STANDARD 4.1.1 Menyenaraikan Peranan Lakaran Dalam Reka Bentuk


PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN TP1 i Menyatakan satu peranan lakaran dalam reka


bentuk.
i. Menyenaraikan dua teknik lakaran piktorial.
Maklumat Penting

4.1.1 Menyenaraikan Peranan Lakaran Dalam Reka Bentuk

Peranan lakaran dalam reka bentuk seperti berikut:

1. Mempercepatkan Pembangunan Konsep

Lakaran adalah kaedah terbaik untuk mengeksplorasi konsep.

Rajah 1: Contoh melakarkan beberapa konsep idea awal


mereka bentuk sebuah beg menggunakan kulit kerang
2. Asas Komposisi untuk Ilustrasi

Lakaran adalah kaedah pantas untuk menunjukkan komposisi asas/perancangan


ilustrasi awal bagi menghasilkan lakaran ringkas.

Komposisi = perletakan sesuatu bahagian mengikut kesesuaian.

Contoh: kedudukan zip, tali pada lakaran

Rajah 2: Kaedah lakaran bersandarkan kreativiti


3. Medium Komunikasi Antara Pereka Dengan Pelanggan

Lakaran dapat menunjukkan imej mengikut kehendak pelanggan. Komunikasi pereka


dengan pelanggan lebih mudah.

Rajah 3: Reka bentuk yang dihasilkan oleh pereka


4. Eksplorasi Visual (Perkembangan Idea)

Lakaran yang boleh digunakan bagi tujuan memperkembangkan idea sesuatu reka
bentuk kepada pelbagai pilihan untuk dipilih oleh pelanggan.

Rajah 5: Lakaran perkembangan idea

5. Penyelesaian Perincian Visual


Perincian terhadap lakaran pembangunan konsep yang telah dibuat pada awal
percambahan idea. Penerangan tentang elemen, prinsip dan bahan yang digunakan
boleh ditambah pada lakaran untuk memudahkan proses reka bentuk. Hasil lakaran
boleh diperhalusi dengan menggunakan lakaran digital.

Rajah 6: Perincian visual yang memudahkan perkembangan reka bentuk


M
I MINGGU 2, 3 & 4
N
G
GU 1 MASA : 6 JAM ( 360 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN . 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial

TAHAP PENGUASAAN TP2 Mengenal pasti dua teknik lakaran piktorial


4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.

Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea
dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis
lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.

Jenis-jenis Lakaran

l
Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran

Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital

Lakaran contengan ialah lakaran yang tidak kemas dan tidak tersusun

Rajah 7: Lakaran contengan


Langkah 1 – 4.1.1

1. Guru menayangkan video suatu lakaran produk.


2. Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan video tersebut.
3. Apakah produk yang anda telah lihat?
4. Apakah rupa bentuk produk itu?
5. Sebutkan elemen dan prinsip pada produk tersebut?
6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk iaitu peranan lakaran dalam
reka bentuk.

Langkah 2 – 4.1.2
Guru membentangkan isi pelajaran menggunakan lembaran grafik atau multimedia.
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan 1 soalan.
Kumpulan 1: Definisi lakaran – Guru membekalkan potongan perkataan ayat definisi
lakaran yang murid perlu sambung menjadi ayat lengkap. (Lembaran 1)

Kumpulan 2 & 3: Peranan lakaran dalam reka bentuk – Guru membekalkan


kepingan tajuk atau gambar sebagai bahan ransangan dan murid perlu mencari
maklumat merujuk kepada bahan yang mereka peroleh. (Lembaran 2)

Kumpulan 4:Jenis-jenis lakaran – Guru membekalkan lembaran grafik. (Lembaran 3)

Langkah 3

Murid memindahkan maklumat yang mereka peroleh pada kertas sebak atau mini
white board. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing.
Pada masa yang sama ahli kumpulan sendiri dan kumpulan yang lain akan menyalin
nota. Murid diedarkan borang peta pemikiran (Lembaran 4) atau meminta murid
memilih membina peta pemikiran yang difikirkan sesuai dan perlu mengisi secara
kumpulan. Hasil kerja pelajar dijadikan bahan pameran di bengkel RBT.

Langkah 4

Guru meminta murid membuat lakaran contengan dengan bimbingan guru.


(Lembaran 5)
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lukisan Awal
+ Lukisan Draf + Yang Dihasilkan + Menggunakan Teknik + Lakaran
Bebas + Tanpa Bantuan + Alat melukis
a) Mempercepat pembangunan dan Konsep

Rajah 8: Lakaran mempercepatkan pembangunan dan konsep

b) Asas Komposisi untuk Ilustrasi

Rajah 9: Lakaran asas komposisi untuk ilustrasi


c) Medium komunikasi antara pereka dengan pelanggan

d) Eksplorasi visual
Latihan

Nama:……………………………………………………………………………………

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lengkapkan ruang kosong pada rajah di bawah dengan jawapan yang betul.

Jenis-jenis Lakaran
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.

Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea
dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis
lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.

Jenis-jenis Lakaran

l
Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran

Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital

Lakaran penerokaan ialah lakaran perbandingan dengan produk yang sedia ada di
pasaran dari aspek evolusi (trend), bentuk, saiz, bahan dan sebagainya.

Rajah 1: Lakaran penerokaan


Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.2

Guru meminta murid melakar lakaran penerokaan berdasarkan produk yang dibawa
murid atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4.
(Lembaran 1)

Langkah 2

Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan
putih bengkel.
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:…………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran Penerokaan
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.
Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea
dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis
lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.

Jenis-jenis Lakaran

l
Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran
Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital

Lakaran teknikal ialah lakaran yang menggambarkan perincian seperti ceraian keratan
rentas dan pelbagai sudut pandangan.
Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.2

Guru meminta murid melakar lakaran teknikal berdasarkan produk yang dibawa murid
atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4. (Lembaran 1)

Langkah 2

Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan
putih bengkel.
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:…………………………………… Tarikh:………………………………….

Lakaran Teknikal
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.

Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea dan
menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis lakaran
yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.

Jenis-jenis Lakaran

l
Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran
Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital
Lakaran persembahan ialah lakaran yang boleh membantu pelanggan
memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka dengan
menekankan elemen reka bentuk.

Rajah 1: Lakaran Persembahan

Lakaran digital ialah lakaran yang menggunakan perisian teknologi lakaran .

Gambarfoto 1: Lakaran digital


Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.2

Guru meminta murid melakar lakaran persembahan berdasarkan produk yang dibawa
murid atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4.
(Lembaran 1)

Langkah 2

Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan
putih bengkel.

Langkah 3

Guru menerangkan mengenai lakaran digital.


Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran Persembahan
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.

Lakaran piktorial boleh dihasilkan dengan mengaplikasikan teknik lakaran oblik,


lakaran isometik dan lakaran perspektif. Pada peringkat ini murid hanya diajar
menggunakan teknik perspektif.

a. Lakaran Perspektif

Lakaran Perspektif ialah salah satu kaedah terbaik dalam menghasilkan lakaran
piktorial dalam bentuk 3 dimensi. Lakaran Perspektif boleh dihasilkan melalui kaedah
satu titik lenyap (TL), dua titik lenyap atau tiga titik lenyap.

Rajah 1: Perspektif 1 titik lenyap Rajah 2: Perspektif 2 titik lenyap


Rajah 3: Perspektif 3 titik lenyap
b. Elemen Perspektif

Terdapat tiga elemen penting untuk menghasilkan lukisan perspektif. Elemen


tersebut ialah garis bumi, garis ufuk dan titik lenyap.

Garisan-garisan yang membentuk perspektif

GB Garis Bumi - Garisan dasar berdirinya sesuatu objek

GU Garis Ufuk - Garisan yang kelihatan memisahkan objek dari langit

TL Titik Lenyap – Titik selari dengan garisan ufuk yang diunjurkan ke arah lakaran
hadapan di garisan bumi bagi membentuk pandangan perspektif . Titik lenyap
merupakan satu titik di mana semua objek yang menyentuh titik ini tidak kelihatan
lagi.

Rajah 4: Kedudukan elemen perspektif


c. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Satu Titik Lenyap

Langkah 1

Binakan satu garis ufuk (GU)

Rajah 5: Garis ufuk

Langkah 2

Tandakan satu titik lenyap (TL) di atas garis ufuk (GU) tersebut.

Rajah 6: Menanda titik lenyap

Langkah 3

Bina bahagian hadapan objek yang akan dilakarkan A,B,C dan D

Rajah 7: Membina bahagian hadapan objek


Langkah 4

Binakan semua garisan unjuran ke belakang A, B, C dan D menuju ke satu titik

lenyap (TL)

Rajah 8: Membina garisan unjuran dari A,B,C, dan D ke belakang TL

Langkah 5
Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan

menggunakan garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian E, F G dan H.

Rajah 9: Melakar bahagian dalaman objek iaitu E, F, G, H


Langkah 6

Lengkapkan lakaran objek itu dengan menghitamkan garis bagi objek yang

dikehendaki seperti rajah yang ditunjukkan.

Rajah 10: Menghitamkan garis objek

d. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Dua Titik

Langkah 1
Bina satu garis ufuk (GU)

Rajah 11: Membina garis ufuk


Langkah 2
Tandakan dua titik lenyap 1 (TL1) dan titik lenyap 2 (TL2) pada garis ufuk (GU)

Rajah 12: Menanda titik lenyap 1 dan 2

Langkah 3
Bina satu garis menegak A dan B yang mewakili bahagian penjuru objek yang
hendak dilakar

Rajah 13: Bina garis tegak A dan B

Langkah 4
Lakarkan semua garisan unjuran ke belakang dari A dan B menuju ke TL1 dan TL2

Rajah 14: Garisan unjuran dari A dan B ke TL1 dan TL2


Langkah 5

Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan menggunakan


garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian C, D dan E, F.

Rajah 14: Buat garisan binaan A ke B, C ke D dan E ke F

Langkah 6

Bina satu unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan satu ujuran TL2 ke
sempadan D.

Rajah 15: Buat garisan unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan
TL2 ke sempadan bahagian D
Langkah 7

Lakarkan garisan yang mewakili objek yang dikehendaki dari A-C, A-F, F-E, C-D,

D-G, G-E, A-B, dan B-D

Rajah 16: Melakar garisan objek


Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.2

Guru menerangkan teknik lakaran piktorial. Guru memberi penekanan teknik yang
akan digunakan pada peringkat ini ialah lakaran perspektif. Penerangan kepada tiga
teknik lakaran perspektif iaitu kaedah satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tigas titik
lenyap.

Langkah 2
Guru memberi penerangan tiga elemen penting dalam menghasilkan lakaran
perspektif.

Langkah 3

Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah satu titik
lenyap. Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya
sehingga murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan
lakaran yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan
menampal pada papan kenyataan di belakang bengkel.

Langkah 4

Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap.
Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga
murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran
yang sempurna (Lembaran 2). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada
papan kenyataan di belakang bengkel.
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran perspektif kaedah satu titik lenyap


Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap


f. Gaya visual lakaran

Lakaran yang dihasilkan oleh pereka biasanya dalam bentuk rangka 2D atau 3D,
realistik dan konseptual. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk
menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik. Antara gaya visual
lakaran yang biasa digunakan ialah rendering dan kesan bayang.

i. Rendering

Proses rendering merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya
visual lakaran objek yang seolah-olah wujud. Ianya juga digunakan untuk
menerangkan maklumat berkaitan dengan permukaan lakaran seperti warna, tekstur,
garisan dan bentuk.

Penggunaan alatan asas mewarna digunakan untuk tujuan rendering ini.


Antara alatan asas mewarna yang biasa digunakan seperti:

1. Pensel pelbagai gred

2. Pensel warna

3. Pen penyerlah (highlighter pen)

4. Pen dan dakwat

5. Pastel kapur (chalk pastel)

6. Design marker

Rajah 9: Pelbagai idea kreatif gaya visual


Penggunaan Design Marker lebih mudah digunakan kerana bentuk mata pen yang
dapat menghasilkan pelbagai jenis bentuk garisan yang berbeza. Highlighter pen
juga dapat digunakan dengan pantas dan memberikan kesan yang menarik kepada
objek. Pada masa kini, pen jenis ini boleh didapati dalam pelbagai warna dan
memudahkah pereka untuk membezakan permukaan lakaran yang terang dan
gelap.

Gambarfoto 1: Pelbagai pilihan warna Design Marker yang terdapat di pasaran

ii. Kesan cahaya dan bayang (Shading)

Pereka menggunakan kesan bayang pada lakaran untuk menjadikan lakaran


nampak lebih hidup. Sebelum melakarkan kesan bayang, kedudukan sumber
cahaya perlu diketahui terlebih dahulu. Kesan cahaya yang terkena pada objek yang
dilakarkan, akan menunjukkan warna terang atau putih berbanding kawasan lain.
Tona yang gelap pada lakaran menunjukkan permukaan objek itu terlindung dari
cahaya. Kesan bayang biasanya dihasilkan (shading) dengan warna yang gelap dan
dilakar dikawasan yang terlindung. Kesan bayang juga dilakar di atas permukaan
lantai untuk menunjukkan objek tersebut tidak terapung di udara. Kesan bayang
boleh dilakar menggunakan pensel pelbagai gred ataupun Design Marker (Grey
Set).

Rajah 10: Mewarna dengan kesan bayang dan cahaya


Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.2

Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah tiga titik lenyap.
Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga
murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran
yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada
papan kenyataan di belakang bengkel.

Langkah 2

Guru menerangkan dan tunjuk cara mengenai gaya visual lakaran iaitu rendering dan
shading.

Langkah 3

Guru meminta murid menghasilkan gaya visual lakaran iaitu rendering (Lembaran 2)
dan shading (Lembaran 3).
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Gaya visual iaitu rendering


Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Gaya visual iaitu shading


MINGGU 5, 6, 7 & 8
1
MASA : 8 JAM ( 480 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk


3D Berdasarkan 2D

TAHAP PENGUASAAN TP3 Menghasilkan lakaran asas produk* dalam bentuk


3D dengan mengaplikasikan teknik lakaran piktorial.

Produk – Lakaran.
4.1.3 Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D

a) Lakaran 2 Dimensi (2D)

Lakaran 2 dimensi terdiri daripada satu permukaan atau pandangan sahaja.

Lakaran ini dapat dilihat pada satu arah dan tidak berstruktur.
Hanya terdapat dua dimensi ukuran dalam lukisan 2D iaitu panjang dan lebar
objek.

Lakaran 2D hadapan Lakaran 2D Belakang Lakaran 2D Sisi

Rajah 1: Lakaran 2D
b) Lakaran 3 Dimensi (3D)

Lakaran 3 dimensi memberikan gambaran sebenar objek yang ingin dibina. Ianya
mempunyai panjang, lebar dan tinggi (kedalaman) serta isipadu.

Rajah 2: Lakaran 3D

c) Perbezaan bentuk di antara 2D dan 3D

Terdapat perbezaan ketara lukisan yang dilakar menggunakan kaedah 2D dan 3D


seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Bentuk 2 dimensi Bentuk 3 dimensi


1. Leper 1. Mempunyai bentuk yang menonjol
2. Mempunyai satu permukaan 2. Mempunyai tiga permukaan
3. Mempunyai dua ukuran iaitu 3. Mempunyai tiga ukuran iaitu
panjang dan tinggi panjang, lebar dan tinggi
4. Tidak menggambarkan 4. Menggambarkan kedalaman dan
kedalaman ketinggian
5. Menggambarkan keluasan 5. Menggambarkan keluasan dan
isipadu

Jadual 1: Perbezaan 2D dan 3D


Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.3

Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D

Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D
berdasarkan 2D menggunakan tayangan multimedia atau lembaran grafik. Guru
meminta murid menghasilkan beberapa lakaran dengan baik dan sempurna
(Lembaran 1).

Langkah 2

Murid melangkapkan lakaran termasuk warna dan gaya visual.

Langkah 3

Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan dalam bengkel.
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran Asas Produk


MINGGU 9 & 10

MASA : 4 JAM ( 240 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan


Elemen Reka Bentuk

TAHAP PENGUASAAN TP4 Menganalisis rupa bentuk lakaran dan membuat


penambahbaikan.
4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka Bentuk

Bagi memilih lakaran terbaik, beberapa kriteria boleh dinilai pada lakaran tersebut.

Penilaian lakaran ini dipermudahkan dengan mewujudkan jadual perbandingan antara

produk.

Rajah 1: Kriteria pemilihan lakaran produk


Penilaian produk boleh dibuat terus pada lakaran seperti rajah di bawah atau
menyediakan borang kepuasan pelanggan. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan untuk tujuan penambahbaikan produk dari segi kos, bahan lebih baik dan
kaedah pembuatan yang lebih pantas. Ini akan menguntungkan pihak pengeluar dan
pelanggan juga berpuas hati.

Rajah 2: Contoh penilaian lakaran


Pemilihan lakaran produk terbaik boleh dilakukan dengan mengedarkan borang
kepuasan pelanggan. Kumpulan sasaran ditetapkan berdasarkan umur dan jantina.
Maklumat yang diperoleh membantu pereka memilih lakaran yang terbaik
berdaarkan kriteria pemilihan.

Contoh borang penilaian kepuasan pelanggan


M
I MINGGU 11
M
I
NGGU
MASA : 2 JAM ( 120 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran yang
dipilih

TAHAP PENGUASAAN TP5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran.


4.1.5 Lakaran Persembahan Bermaklumat

Lakaran persembahan bermaklumat ialah lakaran akhir yang dihasilkan oleh pereka
bentuk. Reka bentuk lakaran ini akan digunakan dalam proses seterusnya, iaitu
penyediaan lukisan kerja dan penyediaan mock-up atau model. Untuk memudahkan
pereka bentuk, maklumat yang berkaitan dengan produk dimasukkan ke dalam
lakaran. Antara maklumat yang biasa dinyatakan dalam lakaran persembahan
termasuklah elemen, prinsip, bahan yang digunakan, dimensi, fungsi setiap bahagian
/ komponen, dan kemasan yang digunakan seperti cat, lekar, dan varnis.

Prinsip

Reka

Elemen Reka

Bentuk
Bahan yang

digunakan
Maklumat yang
perlu ada pada
lakaran

Fungsi

produk
Dimensi

Jenis

kemasan

Rajah 3: Maklumat yang perlu ada dalam sesebuah lakaran persembahan


Rajah 4: Contoh lakaran bermaklumat berdasarkan produk sebenar

Gambarfoto 1: Produk sebenar


MINGGU 12

MASA : 2 JAM ( 120 minit)

STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan ke atas lakaran


yang dipilih.

TAHAP PENGUASAAN TP6 Menghasilkan lakaran baharu dengan nilai tambah*.

Nilai tambah – Estetika, keceriaan atau ergonomik.


4.1.6 Cadangan Penambahbaikan Lakaran Yang Dipilih

Persaingan antara pengeluar produk sentiasa wujud di mana memerlukan kepekaan


pereka untuk merekabentuk dan membuat penambahbaikan mengikut trend.

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Memenuhi citarasa pengguna.

2. Mengikut trend.

3. Menyaingi reka bentuk produk yang ada di pasaran.

4. Mengikut kehendak pasaran semasa.

Rajah 5: Contoh lakaran produk yang ditambah baik dari segi elemen reka bentuk
Aktiviti

Langkah 1 - 4.1.3

Murid menghasilkan beberapa lakaran produk (Lembaran 1).

Langkah 2 - 4.1.4

Murid memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk.

Langkah 3 - 4.1.5

Murid menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipililh dengan bimbingan guru
(Lembaran 2). Murid mempamerkan lakaran yang dipilih pada papan kenyataan di
belakang bengkel.

Langkah 4 - 4.1.6

Murid mencadangkan penambahbaikan ke atas lakaran yang dipilih dengan


bimbingan guru (Lembaran 3).
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran produk
Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran produk bermaklumat yang dipilih


Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran produk yang telah dibuat penambahbaikan


Latihan

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran produk baharu dengan nilai tambah

Jadual 1: Kriteria atau


pertimbangan utama projek brief
up atau model
model

Anda mungkin juga menyukai