Anda di halaman 1dari 4

MALAYSIA TECHLYMPICS 2023

Cabaran Cetakan 3D
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Cetakan 3D

Pertandingan Cabaran Cetakan 3D

Penyertaan Pelajar Sekolah Menengah & Belia

Peringkat Kebangsaan

Penglibatan
Terbuka kepada semua sekolah, kolej & IPT di seluruh Malaysia

Bidang 1. Reka bentuk kreatif & animasi


Pengfokusan 2. Cetakan 3D dan Pembangunan
Teknologi

Penerangan Cetakan 3D merupakan teknologi penting yang memainkan peranan


Pertandingan besar dalam dunia pembuatan, perubatan, dan senibina. Keunikan
cetakan 3D membolehkan reka bentuk yang lebih rumit dan kompleks
dihasilkan dengan lebih mudah dan efisien, memberi ruang kepada
inovasi dan perkembangan dalam pelbagai industri. Dalam memahami
kepentingan cetakan 3D, kita dapat melihat bagaimana teknologi ini
membuka jalan ke arah masa depan yang lebih baik dan membawa
impak yang besar terhadap dunia kita.

Objektif 1. Meningkatkan kemahiran melukis 3 dimensi terutamanya


Pertandingan secara digital serta memupuk daya kreativiti peserta dengan
menggalakkan mereka untuk berfikir di luar kotak dan
mencipta reka bentuk yang unik dan menarik.
2. Meningkatkan kesedaran peserta tentang teknologi
pencetakan 3D, memperlihatkan kelebihan dan potensinya
dalam pelbagai bidang.
3. Meningkatkan kemahiran teknikal mereka dalam bidang
penggunaan perisian pemodelan 3D dan penggunaan printer
3D.
Menyumbang kepada perkembangan teknologi dan inovasi dalam
bidang pencetakan 3D, dengan mendorong penyelidikan dan
pembangunan dalam aplikasi baru teknologi.

Tarikh Tutup 15 Julai 2023


Penyertaan

Mod Pertandingan Fizikal (Peringkat Negeri & Kebangsaan)

Aktiviti Setiap
Sekolah
Peringkat
Pelajar akan diberikan tema/pernyataan masalah dan perlu
menyerahkan hasil lukisan 3D mereka
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Cetakan 3D

Negeri
Peserta akan dibimbing untuk menggunakan perisian TinkerCAD dan
perlu menyerahkan lukisan digital 3D sebelum pertandingan dan ujian
kemahiran menggunakan mesin pencetak 3D akan diadakan pada hari
pertandingan
Kebangsaan
Peserta akan dibimbing dengan lebih mendalam untuk teknik
penggunaan mesin. Peserta perlu melukis dan mencetak idea inovasi
mereka berdasarkan tema dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Penglibatan Guru
Peringkat Sekolah: Guru akan membimbing dan menyampaikan
program kepada pelajar.
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Guru akan memantau tugas pelajar.

Keperluan
Peringkat Sekolah: Guru perlu mempunyai satu komputer riba sebagai
peranti pembelajaran
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Setiap Kumpulan yang menyertai
pertandingan perlu juga mempunyai Peranti Pintar

1. Pertandingan ini adalah untuk :-


a. Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 sehingga tingkatan 5).
b. Kategori Belia (Berumur 18 sehingga 30 tahun)
Syarat & Peraturan 2. Penyertaan peserta adalah secara BERKUMPULAN (4 peserta).
3. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Khas Pertandingan
4. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama
yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam
talian.
5. Wakil sekolah ke peringkat seterusnya, dibenarkan dalam kalangan
peserta yang telah mendaftar dan guru pembimbing boleh memilih
peserta terbaik dalam kalangan peserta yang telah mendaftar.
6. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran TIDAK DIBENARKAN
semasa peringkat negeri dan kebangsaan.
7. Peralatan dan komponen UTAMA dalam pertandingan akan disediakan
oleh pihak penganjur. Sebarang keperluan tambahan daripada peserta
yang difikirkan perlu akan dinyatakan dalam maklumat pertandingan.
8. Penjurian pertandingan akan dibuat berdasarkan skala pemarkahan
yang disediakan oleh pihak penganjur dan keputusan juri adalah
muktamad. Sebarang aduan dan bantahan perlu dimaklumkan pada
ketua juri dengan mengisi satu borang bantahan beserta dengan Wang
Bantahan sebanyak RM300 dalam masa 10 minit setelah pertandingan
tamat. Wang ini akan dipulangkan sekiranya bantahan diterima dan
tidak dipulangkan sekiranya bantahan tidak berasas setelah ditentukan
oleh ketua juri.
9. Kumpulan-kumpulan yang layak ke peringkat kebangsaan akan
diumumkan oleh pihak penganjur.
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Cetakan 3D

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai