Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan seni visual pendidikan seni di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak.

Selain itu, subjek ini menekankan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Sehubungan itu, proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu. Melalui subjek ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Pendidikan Seni merangkumi empat bidang iaitu : 1. Melukis dan membuat gambar 2. Membuat rekaan corak 3. Membentuk dan membuat binaan 4. Kraf tradisional Murid dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas berdasarkan empat bidang asas tersebut.

1. Melukis dan membuat gambar Bidang ini menegaskan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penghasilan gambar akan menjadi lebih menarik melalui aplikasi teknik-teknik yang betul. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar berdasarkan ekspresinya. Antara teknik menggambar: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek

2. Membuat rekaan corak Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara bebas atau terkawal. Contoh jenis susunan corak: Penuh Batu bata Berjalur Berombak

Teknik corak pula dibuat secara terancang dan tidak terancang. Contoh corak tidak terancang, renjisan, titisan, tiupan dan lipatan. Manakala corak terancang pula seperti catan, cetakan, capan, lukisan dan kaligrafi. 3. Membentuk dan membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang kegiatan ini membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi arca timbul, model, diorama, topeng, boneka dan origami.

4. Kraf tradisional Didefinisikan sebagai perusahan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif yang diwarisi mengikut kaum. Antara contoh jenis-jenis kraf ialah alat domestik, alat permainan, alat mempertahankan diri, batik, tembikar, anyaman dan ukiran.

Estetika dalam pendidikan seni visual Hasilan karya yang dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis ynag dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruanglingkup yang ingin dihasilkan. Burgurt 1961 berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. a) Peniruan sebagai representasi gambar dan imej Bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej iaitu sejauh mana pelukis dapat menterjemahkan semula estetika semulajadi tiruan. b) Ekspresi dalam perasaan dan emosi Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi melalui karya seni.

c) Menggunakan kaedah formalistik Menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruan dan jalinan. d) Keaslian Karya seni yang dihasilkan daripada keunggulan idea atau gagasan tersendiri. Asas Seni Reka Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. a) Garisan Merupakan cantuman satu siri titik dan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Antara teknik menghasilkan garisan ialah teknik koyakan, tampalan, gosokan dan cetakan. b) Warna Terdiri daripada warna asas, sekunder dan tertier. c) Jalinan Merupakan kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Terbahagi kepada dua iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh. Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. d) Rupa Adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Bentuk terdiri daripada dua jenis iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit. Bentuk ilusi hanya boleh dilihat atau wujud dalam bentuk gambar atau lukisan. Manakala bentuk konkrit adalah bersifat tiga dimensi, maujud, berjisim, berisipadu dan sebagainya. f) Ruang Merupakan kawasan di antara atau kawasan disekeliling objek. Prinsip rekaan Harmoni Menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman, dan tenang

Penegasan Kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Imbangan Menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Kontra Percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam karya seni. Pergerakan Pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan sebagai kekuatan imej Kesatuan Gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat.

Kepelbagaian Kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan

Anda mungkin juga menyukai