Anda di halaman 1dari 5

SEK. MEN. KEB.

DURIAN DAUN
LORONG TUN FATIMAH
75400 MELAKA

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE
BALAI SENI VISUAL NEGARA
KUALA LUMPUR

TARIKH :
27 OGOS 2019
(SELASA)

ANJURAN :
KELAB SENI VISUAL
TINGKATAN 6
1
1.0 PENDAHULUAN

Kelab Seni Visual SMK Durian Daun terdiri daripada pelajar berbeza aliran yang
menyertai kelab ini. Justeru Kelab Seni Visual SMK Durian Daun bercadang
mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Seni Visual Negara dan Pasar Seni
Kuala Lumpur bagi menambah pengetahuan dan pendedahan kepada ahli kelab
mengenai dunia seni tampak Malaysia serta memberi kesedaran dalam diri
pelajar tentang kepentingan dan sumbangan bidang seni di Malaysia. Pelajar
juga akan didedahkan dengan aktiviti berpameran yang boleh dilihat di Balai
Seni Visual Negara.

2.0 RASIONAL

Adalah menjadi harapan guru agar pelajar-pelajar Kelab Seni Visual yang
mengikuti program lawatan ini mendapat informasi seterusnya dapat memberi
pendedahan tentang dunia seni tampak Malaysia serta dapat memupuk minat
pelajar menjadi seorang yang kreatif dalam menghasilkan karya bagi pelajar
yang mengambil subjek seni visual. Pelajar juga akan didedahkan dengan
konsep lukisan dan dapat mengenali tokoh-tokoh pelukis negara. Seterusnya
dapat melihat aktiviti pameran yang sebenar.

3.0 OBJEKTIF

Selepas menamatkan lawatan diharapkan pelajar dapat:-

3.1 Meningkatkan pengetahuan seni tampak Malaysia.


3.2 Meningkatkan kreativiti dengan melihat hasil seni lukis pelukis-pelukis di
Malaysia.
3.3 Memberi pendedahan kepada aktiviti berpameran.
3.4 Mengetahui harga dan nilai hasil sesebuah karya.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tingkatan Enam Kelab Seni Visual

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


5.1 Pelaksanaan
Tarikh : 27 Ogos 2019
Hari : Selasa
Masa : 6.45 pagi – 4.30 petang

5.2 Penyertaan
Jumlah murid : 32 orang
Jumlah Guru : 4 orang

2
5.3 Aturcara Program

Selasa, 27 Ogos 2019

Masa Aktiviti

6.30 pagi Berkumpul di sekolah


6.45 pagi Bertolak ke Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
9.30 pagi Sampai ke Balai Seni Visual Negara.
hingga
12.00 tengah hari Aktiviti
 Lawatan berpandu oleh Kurator Balai Seni
Visual Negara
 Sesi fotografi murid-murid, guru bersama
Kurator Balai Seni Visual Negara.

1.00 petang Bertolak ke Pasar Seni, Kuala Lumpur

2.00 petang Sampai di Pasar Seni, Kuala Lumpur

hingga Aktiviti
4.00 petang  Melihat hasil seni lukis pelukis di sekitar pasar
seni
 Melihat aktiviti pelukis.
 Sesi fotografi murid-murid dan guru di
perkarangan Pasar Seni.

4.30 petang Bertolak pulang ke Melaka

3
6.0 JAWATANKUASA

6.1 JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Puan Hajah Juariah Binti Yunus (Pengetua SMKDD)


Naib Pengerusi : Puan Hajah Siti Salwa Binti Ahmad (GPK Tingkatan 6)
Penyelaras : Pn. Robiah Binti Ismail
Setiausaha : En. Mohd Faridzuan Bin Malek
Bendahari : Pn. Gunavathy A/P Periasamy

6.2 JAWATANKUASA PELAJAR

Pengerusi : Farah Atira Binti Fuad


Naib Pengerusi : Nur Hazirah Binti Mat Rifin
Setiausaha : Norashikin Binti Shamsuri
Penolong Setiausaha : Siti Norainatasya Binti Mohd Noor
Cenderahati : Nur Suhaila Binti Liyakath Ali
Dokumentasi : Nurul Fatin Asyikin Binti Mohd Nizam
: Nur Fadzilah Binti Jeffri
Fotografi : Siti Nur Dini Binti Mazli
: Nurul Huda Binti Mohd Zaki
Makanan : Syakila Amira Binti Saadon
Pengangkutan : Atiqah Binti Rostani
: Nur Aleea Najihah Binti Basiran
Keselamatan : Aina Nurnatasya Binti Mohd Azmi
: Nina Ariesya Binti Azmi

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan hasil daripada lawatan ini para pelajar dapat


mempertingkatkan pengetahuan dalam aspek dunia seni tampak di Malaysia.
Seterusnya dapat memupuk minat murid-murid agar menjadi seorang yang berfikiran
kreatif dan kritis dalam menghasilkan karya.

4
8.0 SUMBER KEWANGAN

Pendapatan

Pelajar 32 X RM 35.00 RM 1120.00


Guru 4 X RM 35.00 RM 140.00
Jumlah Besar RM 1260.00

Perbelanjaan

Pengangkutan RM 1080.00
Makan Tengah Hari 36 X RM 5.00 RM 180
Jumlah Besar RM 1260.00

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(MOHD FARIDZUAN BIN MALEK) (HAJAH SITI SALWA BINTI AHMAD)


Guru Seni Visual Tingkatan 6 GPK Tingkatan 6,
SMK Durian Daun SMK Durian Daun

Disahkan oleh :

(PUAN HAJAH JUARIAH BINTI HAJI YUNUS)


Pengetua,
SMK Durian Daun

Anda mungkin juga menyukai