Anda di halaman 1dari 1

Laporan Majlis Pelancaran Program 3K, Sekolah Selamat

Anti Dadah dan Anti Rasuah Tahun 2019

Hari : Isnin

Tarikh : 25 Februari 2019

Tempat : Dataran Cendekiawan SMKDD

Sasaran : Semua Warga SMKDD

Objektif :

 Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan,


sikap dan amalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
 Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
 Membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan
program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
 Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara KPM dengan agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merialisasikan
Perlaksanaan Program 3K.

Perlaksanaan :

 Ketibaan Pengetua SMK Durian Daun Puan Hjh. Juariah Binti Yunus di Dataran Cendekiawan
diiringi oleh para pentadbir.
 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah.
 Bacaan doa oleh pelajar tingkatan 6.
 Amanat Perutusan Ketua Pengarah Agensi Dadah yang dibacakan oleh Puan Hjh. Siti Salwa
Bt Ahmad
 Penyampaian Sijil Pengiktirafan kepada pemenang-pemenang pertandingan keceriaan kelas
oleh Bonda Pengetua.
 Majlis Perasmian Pelancaran Program 3K, Sekolah Selamat, Anti Dadah dan Anti Rasuah yang
dirasmikan oleh Bonda Pengetua dengan gimik penyerahan Buku Polisi Sekolah Selamat
kepada Setiausaha Sekolah Selamat En. Sayuti bin Manan.
 Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Merentas Desa Peringkat SMKDD
2019 yang disampaikan oleh Bonda Pengetua.
 Majlis bersurai dan pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan PdPC.

Anda mungkin juga menyukai