Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS JAMUAN HARI GURU 2018

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Jamuan Hari Guru SMK Tinggi
Perempuan Melaka 2018 pada petang yang mulia ini.
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,Jadikanlah hari-hari
yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan
keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah ,
pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga
Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu ,bekerjasama dan
bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan
sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.Satukanlah hati-
hati kami sebagai pentadbir , para pendidik dan kakitangan sekolah disekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami
yang utama dan bersama .Amin Ya Rabbal’alamin
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan
lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai