Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik, pengurusan
mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa
akan datang.
Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari ini sebagai hamba-hamba
Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka guru, kakitangan dan murid yang
sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka,
dalam bidang akademik mahupun perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan, agar majlis anugerah ini akan
menjadi dorongan dan galakkan kepada guru, kakitangan dan murid yang lain, supaya mereka sama-
sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.