Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN EKSEKUTIF

Grand Prix Hoki Kota Marudu


2017(GP SUNSUI)
Anjuran : Jawatankuasa Hoki, Unit Sukan PPD Kota Marudu
(Dibawah Unit Sukan, Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kota Marudu)

Pengelola : Sekolah Kebangsaan Sunsui Kota Marudu

i. GRAND PRIX HOKI KOTA MARUDU 2017


Usaha memartabatkan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum perlu merentasi pelbagai aspek termasuk bidang pentadbiran,
pengurusan kejurulatihan, pengurusan teknikal dan kepengadilan termasuklah
penyediaan kejohanan dalaman yang bersifat kompetetif.
Pejabat Pendidikan Daerah kota Marudu (PPD Kota Marudu) melalui
Jawatankuasa Hoki, Unit Sukan (dibawah Unit Pembangunan Kemanusiaan) telah
merancang sebuah program pembangunan peringkat akar umbi (grass root) sebagai
aktiviti pembangunan sukan berterusan untuk sekolah rendah Kota Marudu yang
dinamakan sebagai ’Grand Prix Hoki Kota Marudu 2017’
Sehubungan itu, usaha murni ini diharapkan akan menjadi langkah positif
(sukan hoki) dalam merancang kecemerlangan akan datang agar merealisasikan
aspirasi murid seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025 sekaligus
merealisasikan moto ’PPD Kota Marudu No. 1 di Utara!’.

ii. MATLAMAT
Program ini mempunyai matlamat seperti yang berikut :
1. Merealisasikan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dengan menjadikan bersukan
sebagai suatu amalan.
2. Meningkatkan penglibatan murid dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan
Kokurikulum (PAJSK).
3. Medan memilih pemain untuk diketengahkan ke peringkat daerah.
4. Menarik minat pelajar terhadap permainan hoki yang juga merupakan sukan
berprestasi tinggi di negara kita.
5. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri, semangat juang dalam
mengharumkan nama daerah Kota Marudu.

iii. OBJEKTIF
Pada akhir program ini, semua Ahli Jawatankuasa Hoki Kota Marudu akan dapat :
4.1 merancang periodisasi yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan
murid, guru, sekolah dan konteks daerah Kota Marudu.
4.2 meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam sukan hoki.
LAPORAN EKSEKUTIF GRAND PRIX HOKI KOTA MARUDU 2017 (GPSunsui)
1.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
Tarikh : 24/8/2017
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SK sunsui

2.0 PENGLIBATAN KATEGORI LELAKI


Bilangan Sekolah :4
Bilangan Guru :8
Bilangan Murid : 32

3.0 PENGLIBATAN KATEGORI PEREMPUAN


Bilangan Sekolah :4
Bilangan Guru :8
Bilangan Murid : 32

4.0 KEPUTUSAN PERLAWANAN


Kategori Lelaki
Johan : SK Sunsui
Naib Johan : SK Marak Parak
Ketiga Bersama : Sk Lampada dan SK Timbang Batu

Kategori Perempuan
Johan : SK Marak Parak
Naib Johan : SK Lampada
Ketiga Bersama : Sk Sunsui dan SK Timbang Batu

5.0 LAPORAN KESELAMATAN/PERISTIWA LUAR JANGKA


Sepanjang kejohanan GP SUNSUI ini berlangsung, cuaca tidak memberikan
implikasi keselamatan dan kesihatan yang negatif. Tiada laporan kecederaan
parah/teruk dari mana-mana pasukan yang mengambil bahagian.

6.0 RUMUSAN
Kekuatan :
Jalinan kerjasama antara jawatankuasa pengelola dan pasukan yang bertanding.
Kekurangan :
Tiada Jaring Tiang Gol
Kelemahan :
Wujud pasukan yang lewat tiba. Tiada makluman faktor kelewatan tiba.
Penambahbaikan :
Peraturan ‘walk over’ dsb
7.0 RUANGAN TANDATANGAN

TANDATANGAN CATATAN
Disediakan oleh;

MOTHY MAJITOL
Setiausaha GP HOKI SK SUNSUI Tarikh :
Semakan pertama oleh;

HARRYAN TOMIN
Pengurus Teknikal Hoki Kota Marudu (Sek. Ren.)
(Setiausaha Grand Prix Hoki Kota Marudu) Tarikh :
Disahkan oleh;

SUDIN MAIDIN
Guru Besar SK Sunsui,
Merangkap Pengerusi Pengelola GP SUNSUI Tarikh :
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu

Anda mungkin juga menyukai