Anda di halaman 1dari 7

SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 1 MURID 1 SUKAN 2013
27 OGOS 2013 / SELASA

Anjuran : KELAB PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) SMK TUNKU SYED IDRUS

Dengan Kerjasama :

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

R. B SPORTS & TRAVEL BUKIT KATIL, MELAKA

Page 2

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 1 MURID 1 SUKAN 2013

1.0

PENGENALAN Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap pelajar akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat Malaysia. Setiap pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Maka, sukan permainan badminton telah dipilih sebagai aktiviti yang wajib disertai oleh para pelajar bekeperluan khas SMK Tunku Syed Idrus. Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan kemahiran di dalam permainan badminton, aktiviti seperti penganjuran klinik kemahiran ini diadakan sebagai salah satu aktiviti bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Aktiviti ini juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak sukarelawan R.B Sports & Travel. Mereka telah bersetuju untuk mengendalikan program klinik kemahiran ini dan mengajar para pelajar pendidikan khas teknik asas kemahiran dalam permainan badminton.

2.0

RASIONAL Selaras dengan dasar 1 Murid dan 1 Sukan dan keperluan melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cerdas dan fizikal yang cergas, secara relevannya Kelab Permainan Badminton PPKI SMKTSI perlu mengadakan Klinik Kemahiran Asas Permainan Badminton sebagai salah satu aktiviti pada tahun 2013 ini. Ia juga merupakan medium atau sebagai satu kaedah pembelajaran secara langsung, iaitu

Page 3

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

para pelajar didedahkan kepada pengurusan dan tatacara bagi sesuatu perlawanan atau kejohanan.

3.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT 3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran permainan badminton di kalangan

para pelajar pendidikan khas SMK Tunku Syed Idrus. 3.2 Memberi pendedahan dan meningkatan keyakinan diri di kalangan pemain

baru yang belum menyertai pertandingan badminton. 3.3 Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan

pertandingan.

4.0

TEMPOH / MASA PROGRAM 4.1 4.2 Program ini dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari Selasa. Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang (rujuk lampiran / tentatif program)

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM 27 Ogos 2013 (Selasa)

6.0

LOKASI / TEMPAT 6.1 6.2 Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus Dataran Gelanggang Badminton Smk Tunku Syed Idrus

7.0

SASARAN PESERTA Page 4

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

7.1 7.2

Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (27 orang) Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (8 orang)

8.0

RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM Aktiviti akan dikendalikan oleh tiga jurulatih permainan badminton dari R&B Sports & Travel yang bertindak sebagai sukarelawan bagi program ini. Para pelajar pendidikan khas akan dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana para pelajar kelas Amanah dan Bahagia akan bermain sebagai satu kumpulan manakala para pelajar kelas Cergas dan Dedikasi dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap penguasaan permainan yang akan dikendalikan oleh jurulatih tersebut.

9.0

SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PENGURUSAN Penaung Penasihat Penyelaras PPKI JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengerusi Program Setiausaha Bendahari AJK Peralatan / Persiapan Tempat AJK Disiplin AJK Kebajikan / First Aid AJK Dokumentasi AJK Sijil / Cenderahati AJK Makanan : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin : Pn. Faizol Azni Binti Azazi : En. Jaafar Bin Md. Zin : Pn. Nur Ilyani Binti Mamat : Pn. Nurafidah Binti Razali : Pn. Azura Binti Rosli : Pn. Azura Binti Rosli Pn. Nurafidah Binti Razali Pn. Navamani A/P Raman : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini : Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa : Pn. Syazrah Binti Sahrani

Page 5

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

10.0

TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM TARIKH MASA


8.30 am -

AKTIVITI
Berkumpul di Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus

CATATAN
Semua pihak

27 OGOS 2013 SELASA

8.40 am

Kata Alu Aluan Jurulatih dan Sesi Penerangan Ringkas Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan

Jurulatih

9.00 am

Bengkel

Kemahiran

Asas

Semua pihak

Permainan bermula 10.00 am 10.30 am 2.00 pm Rehat / Makan Pagi Sambungan Bengkel Bersurai AJK Makanan Semua pihak

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN BUTIRAN a) Makanan - RM 3.00 x 12 x 1 hari (sarapan pagi) - RM 15.00 x 2 katon air mineral JUMLAH BESAR : RM RM RM 36.00 30.00 66.00 ANGGARAN

12.0

SUMBER KEWANGAN 12.1 12.2 Peruntukan LPBT Pendidikan Khas Peruntukan PCG Kokurikulum Pendidikan Khas

13.0

PENUTUP Page 6

KERTAS KERJA KLINIK KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) 2013

Adalah diharapkan agar Klinik Kemahiran Asas Permainan Badminton ini akan dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan kesempatan mengadakan aktiviti ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengumpul seluas mungkin pengalaman, pengetahuan dan meneliti teknik permainan badminton yang efektif. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan di dalam program ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) Guru Penasihat Permainan Badminton PPKI SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin, Negeri Sembilan

(PN. SYAZRAH SAHRANI) Penyelaras Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Disokong oleh, (TN.HJ MOHAMMAD JEFFRY MOHD ISA) GPK Kokurikulum SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Diluluskan oleh, (HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI) Pengetua SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan : .............................................................................................................................................. ..............................................................................................................................................

Page 7

Anda mungkin juga menyukai