Anda di halaman 1dari 3

Ruj : KEA 3122 600-10

KERTAS CADANGAN
BENGKEL KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN BERSAMA
PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN
JAWATANKUASA INOVASI DAN KREATIVITI
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

18 JULAI 2019 (KHAMIS)

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan untuk menjalankan Bengkel
Kajian Tindakan anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Inovasi
& Kreativiti SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok.

LATAR BELAKANG
2. Usaha pembudayaan penyelidikan dalam kalangan guru telah lama diperkenalkan di
dalam bilik darjah, sesuai dengan perkembangan untuk menjadikan guru sebagai
pengamal reflektif. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang
ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek pedadogi dalam menguruskan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas.
Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan
penyelidikan seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan
tindakan. Bengkel ini memberi fokus kepada penyelidikan berskala kecil seperti
penyelidikan tindakan atau dikenali sebagai kajian tindakan kerana ia tidak
memerlukan masa dan kos yang begitu besar untuk melaksanakannya. Sebaliknya,
kajian tindakan dapat membantu guru untuk menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran masing – masing.

ASAS PERTIMBANGAN
3. Membimbing guru memahami konsep dan inovasi pengajaran yang terkini serta
mampu membuat pengubahsuaian kendiri dalam kaedah penyampaian pengajaran di
bilik darjah.
4. Membimbing guru melaksanakan kajian tindakan dengan menggunakan kaedah yang
bersesuaian dan dapat diterjemahkan ke dalam format laporan kajian tindakan yang
betul.

CADANGAN PERLAKSANAAN
5. Bengkel ini telah diputuskan oleh pihak jawatankuasa yang terlibat dan dicadangkan
seperti ketetapan berikut :

1
5.1 Tarikh / Hari : 18 Julai 2019 / Khamis
5.2 Lokasi : Pusat Sumber SMPKVM
5.3 Bilangan Peserta : 20 orang guru
5.4 Tentatif Program :

WAKTU PERKARA
02.00 pm Pendaftaran
02.05 pm Bengkel Kajian Tindakan
04.30 pm Bersurai

AHLI JAWATANKUASA
6. Jawatankuasa yang telah dibentuk adalah seperti berikut :
Pengerusi : En. Suhaini Shaari
Naib Pengerusi : En. Mohd Fuzi Md.Saad
Penyelaras : Pn. Nur Rawaidah Rahmat
Teknikal : En. Amir Hamzah Adnan

IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

RUMUSAN
7. Semoga program seumpama ini mendapat perhatian dan kerjasama dari semua
pihak yang terlibat. Dengan keprihatinan pihak pengurusan sekolah dalam
membenarkan program ini, diharap ia dapat memberi pelbagai manfaat kepada guru
yang terlibat di masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH

NUR RAWAIDAH BINTI RAHMAT


GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

2
MOHD FUZI MD.SAAD
GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

SUHAINI SHAARI
PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

Anda mungkin juga menyukai