Anda di halaman 1dari 6

SOALAN OBJEKTIF

TAJUK 8 : SENI TEKAT

1 Apakah jenis benang yang digunakan untuk menyulam pada kain dasar bagi seni tekat ?

I Emas
II Perak
III Sutera
IV Rayon

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Pilih kawasan di negeri Perak yang terkenal dengan seni tekat .

A Hulu Perak
B Bagan Datuk
C Kuala Kangsar
D Batang Padang

3 Gambar rajah di bawah menunjukkan alatan bagi seni tekat.


Manakah yang dikenali sebagai cuban ?

Jawapan : D
4 Apakah nama lain bagi bagi kraf tradisional seni tekat ?

A Tekat bersuji
B Tekat bersulam
C Tekat bunga timbul
D Tekat sulaman tangan
5 Apakah motif yang digunakan bagi produk seni tekat di bawah ?

A Bunga padi
B Bunga raya
C Bunga kekwa
D Bunga anggerik

6 Pilih alatan berikut yang berfungsi untuk melilit benang emas dalam proses seni tekat.

A Suji
B Cuban
C Pemidang
D Mempulur

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan salah satu produk seni tekat.


Namakan produk tersebut .

A Kotak kraf
B Kotak Tekat
C Tepak Sireh
D Bekas bersulam

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan alat yang digunakan bagi seni tekat.
Apakah fungsi alat tersebut ?

A Kain dasar untuk acuan


B Alat meregangkan kain
C Alat untuk melilit benang emas
D Isi tekat untuk disulam benang emas
9 Pilih antara berikut produk seni tekat dimensi baru .

A B

C D

10 Mengapakah alat mempulur sangat penting dalam penghasilan Kraf Tekat ?

A Alat melilit benang emas


B Aksesori tambahan tekat
C Meregangkan kain dasar baldu
D Sebagai acuan motif untuk tekat
SOALAN OBJEKTIF

TAJUK 9 : SENI ANYAMAN

1 Antara senarai berikut, pilih bahan yang digunakan bagi produk seni anyaman .

A Daun mengkuamg, buluh, rotan dan daun nipah


B Daun mengkuang, buluh,rotan dan upih pinang
C Daun pandan, daun mengkuang, buluh dan rotan
D Daun pandan, buluh ,upih pinang dan daun semambu

2 Maklumat di bawah merupakan definisi bagi satu Seni Kraf .

Proses menjalin helaian atau jaluran bahan secara silang menyilang

Apakah kraf tersebut ?

A Seni Batik
B Seni Tekat
C Seni Tenunan
D Seni Anyaman

3 Piliha antara berikut produk yang dikenali sebagai anyaman rombong.

A B

C D
4 Gambar di bawah menunjukkan satu jenis Seni Anyaman .
Apakah jenis anyaman tersebut ?

A Anyaman Gadas
B Anyaman Sulam
C Anyaman Kelarai
D Anyaman Menyilang

5 Antara jenis tikar seni anyaman berikut, yang manakah mempunyai saiz yang paling kecil ?

A Tikar nikah
B Tikar biasa
C Tikar parudan
D Tikar jemuran

6 Pilih antara berikut kelarai kraf anyaman yang dikenali sebagai Kelarai Buntut Siput .

A B C D

7 Nyatakan fungsi alatan di bawah dalam proses menyediakan daun pandan bagi seni anyaman .

A Melembutkan daun mengkuang


B Alat untuk mematikan anyaman
C Alat semasa menitik daun mengkuang
D Membelah mengkuang menjadi helaian kecil

8 Motif dihasilkan dari proses seni anyaman dikenali sebagai ______________.

A Motif
B Kelarai
C Ragaman
D Rupa Corak
9
Bakul alas yang dianyam daripada rotan atau bemban
yang digunakan sebagai alas periuk, kuali atau pasu

Berdasarkan pernyataan di atas apakah produk hasil seni anyaman tersebut ?

A Raga
B Nyiru
C Lekar
D Talam

10 Alat di bawah dikenali sebagai belantan bagi penyediaan daun mengkuang untuk seni anyaman .
Apakah fungsi alatan tersebut ?

A Alat melurut daun mengkuang


B Alat menyisip daun mengkuang
C Alat membelah daun dari mempulur
D Alat memukul semasa menitik daun

Anda mungkin juga menyukai